Sunday, April 19, 2015

Sokongan Pada Najib Palsu- Tun M

PWTC-Ahad 19/4/2015
1. Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan ke atas Datuk Seri Najib Razak hari ini dengan mendakwa sokongan yang diberikan kepada perdana menteri itu adalah tidak benar.

2. Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat tersebut menyindir Najib dengan membandingkan antara sokongan yang diterimanya daripada orang ramai semasa membuat keputusan untuk berundur pada 2003 dengan sokongan yang diterima Najib kini.

3. "Apabila seseorang merasakan beliau tidak lagi menerima sokongan, lebih baik beliau pergi (lepas jawatan)," kata Dr Mahathir semasa ditemui wartawan selepas forum anti peperangan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pagi ini.

4. "Saya berundur, walaupun saya memiliki sokongan, tapi itu disebabkan saya menjadi perdana menteri terlalu lama.

5. "Tetapi, apabila rakyat menyatakan mereka tidak gembira, anda perlu respons, jangan hanya fikir diri sendiri, tetapi fikirkan rakyat yang anda pimpin, mereka yang di belakang anda.

6. "Apabila mereka tiada lagi, anda bukan lagi seorang pemimpin," katanya.

7. Katan Tun Mahathir, pendiriannya supaya Najib berundur dikongsi ramai orang kerana ia demi Umno dan kebaikan negara.

8. "Bukan saya seorang saja yang mahukan beliau (Najib) letak jawatan. Saya rasa ramai yang mahu beliau letak jawatan untuk kebaikan Umno dan negara," katanya.

9. Beliau berkata, ketika ini pun ramai pemimpin Umno dan orang ramai yang berjumpa dengannya bagi menyatakan sokongan terhadapnya dalam mengkritik Najib.

10. Tetapi, mereka tidak menyatakannya secara terbuka kerana bimbang ditangkap, katanya sambil menambah beliau memahami kebimbangan yang dihadapi menyebabkan mereka tidak berani untuk tampil ke depan.

11. "Ramai yang bertemu saya, tapi mereka tidak suka dilihat bertemu atau sokong saya. Saya memahami kebimbangan mereka.

12. Dr Mahathir dalam blognya sebelum ini mengakui keseorangan dalam mengkritik pentadbiran Najib, bagaimanapun keadaan tersebut berubah apabila ramai yang tampil menyatakan pendirian mereka bersamanya.

13. Katanya, ramai yang sependapat dan bersetuju dengannya, cuma mereka tidak menyokong secara terbuka.

14. "Jadi, mereka bersetuju dengan saya, tapi mereka tidak akan tunjuk (sokongan)," katanya.

15. Dr Mahathir kini secara terbuka melancarkan serangan terhadap Najib dan menyenaraikan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya, mengatakan tiada satu pun dijawab dengan sempurna.

16. Isu yang dibangkitkan termasuk pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu; dakwaan salah seorang yang disabitkan, bekas komando Sirul Azhar Umar; masalah dihadapi dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad; gaya hidup mewah anak tiri Najib, Riza Aziz; dan jet peribadi baharu untuk Najib.

17. Walaupun pada 9 April Najib dalam program soal jawab Edisi Khas TV3 menghabiskan kira-kira 45 minit menjelaskan banyak perkara yang dipertikaikan Dr Mahathir, ia masih tidak memuaskan hatinya.

18. Dr Mahathir kemudiannya meneruskan serangan melalui wawancara dengan para blogger yang kemudiannya memuat naik klip video perbualan mereka di beberapa blog di Internet. – 19 April, 2015.

20 comments:

Anonymous said...

Semua orang sokong Mahathir jer. Mahathir je yang paling bagus. Semua PM sebelum dan selepas beliau semuanya salah.

Tiada siapa yang layak memimpin UMNO selain daripada Mahathir atau Mukhriz.

Mahathir satu2nya PM yang tak buat silap. Semua orang sokong Mahathir. Pembangkang pun sekarang tiba2 menyokong Mahathir.

Caya lah.

Jadikan Mahathir PM Malaysia seumur hidup dan Mukhriz TPM!

Puas?

Anonymous said...

Haha lu apahal?

Anonymous said...

sdra anon 14.57,

1. Apakah masaalah anda?

2. Berhujjah seperti budak sekolah yang akan ambil UPSR tahun ini

3. Tidak kah anda dapat bezakan yang realiti dan fantasi, yang benar dan salah, yang asli dan palsu dsbnya?

4. Mahathir manusia biasa yang dianugerah ALLAH minda yang bijak dan cerdik dalam membuat penilaian namun bukan maksum.

5. Apakah gunanya membawa nama mukhriz dalam pertelingkahan najib dan mahathir?

6. Apa perlu dan logiknya mengatakan anda semua puas hati?

Sdra, saya melayu dan islam, bukan ahli umno dari malaysia timur menyokong mahathir bukannya beliau msksum tapi berani berkata benar dan membantu rakyat keseluruhan serta negara Malaysia yang aman damai ini.

Ingatlah Muhyiddin, selaku pemimpin no. 2 negara turut berkata, "you ard never alone, sir" in a forum (today or yesterday). Why, because he can see the truth and be guided by such truth as expounded by mahathir.

So, anon 14.57.....get help



UMNO PARTI PENJARA said...

....


(( Rahsia Tertutup ))- Puteri UMNO Tidak Kisah Tun M Keluar UMNO

Tun jangan samakan keadaan Pak Lah dan Najib..
Keadaannya sangat berbeza..

Tun jangan samakan zaman Tun jadi PM lebih 20 tahun dgn Najib baru sepenggal lebih..
Keadaannya sangat berbeza..

Jadi, Tun keluar UMNO pun, penjilat2 Najib tak kisah sikit pun... Mereka tetap jilat Najib lah..!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskn & Pembunuh Antartuya DiTANGKAP Segera!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Selamatkan Malaysia - Perpaduan Hanya Akan Wujud Selepas BN Dikuburkan!

** UMNO menyalak untuk perpaduan rakyat di Malaysia sejak dulu lagi.. Mereka bakal menyalak lagi penghujung tahun ini!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<

Anonymous said...

Saya generasi sekarang tidak bayak yg saya tahu perkara2 yg berlaku semasa era pemerintahan Tun.kini Najib menjadi peneraju negara byk juga programe yg dilakukan oleh Najib demi memacu Malaysia kearah mencapai status negara maju & berkependapatan tinggi jadi pads pendapat says Najib harus diberi mass & peluang bagi terus mengimplantasikan segala dasar yg sedang dijalankan insyaallah dasar2 mentransformasikan ekonomi akan mula berhasil dlm sedikit mass lagi.nasihat saya pd Tun M mass anda telah berlalu nikmatilah usia persaraan ini.

Anonymous said...

AS SALAM ANON14.57 LU ADA PROBLEM KER? KITA ORANG SOKONG TM SEBAB KITA CAYA SAMA DIA. NAJIB TAK BOLIH PAKAI BRO.

Anonymous said...

Lu rba jangann main2 di sini... mau jadi batu api ke?

Gabenor johor said...

MELAYU MUDAH LUPA..
Siapa yg menyelamatkn karier TM semasa zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abd Razak yg menyelamatkat politik beliau...Siapa yg memberi TM ic biru, Tun Hussein Onn yg memberikan kpd beliau..siapa yang memberi kepercayaan kpd Mukhriz menjadi MB Kedah, DSN yg memberi kebenaran..legasi TM telah ada dlm pentadbiran sekarang apa yg TM mahu lagi..adakah kerana TM tidak sabar untuk melihat anak beliau menjadi PM..sedangkan Tun Razak dan Tun Hussein Onn pun x sempat melihat anak mereka menjadi PM..bersabarlah TM..kita tahu TM mengamuk sbb ank ank beliau sudah tidak dpt lg projek kerajaan..cukup cukuplah TM..dan siapa yg menaja Tun M semasa pergi ke London dahulu dan semestinya Ananda Krishna..rasanya lebih baik TM usahakan untuk keluarkan anak kesayangan dan anak emas TM yg bernama Anwar Ibrahim dari penjara agar TM boleh buat perjanjian dgn Anwar utk jd PM sehari dan selepas itu lantik Mukhriz jd PM..itu lagi bagus dan lagi MAHA HEBAT..melayu mudah lupa dan terus lupa hingga ajal dijemput illahi.

Anonymous said...

Tun M ckp benda betul...
Benda betul sememangnya pahit utk diterima..
Turunnya Najib bukan penyelesaian..
Tp sekurang2nya penyelesaian buat masa skrg. Sblm keadaan lebih parah..

Kami hormat kamu Najib.. tp ternyata kamu lemah. Kami tidak mahu berPM kan insan lemah spt kamu. Hanya mereka yg gila wang dan kuasa saja yg berada di sekeliling kamu...


Mat Umno Pendang

Anonymous said...

saya tak yakin Najib sebab Ah Jib Gor.

Labu8455 said...

Anon 14:57 - sebaiknya makan ubat dulu sebelum nak keluarkan komen. Karang ni kan dah terserlah kebobodohan kamu tu !

Ahmad said...

Sedih sungguh melihat sikap Tun Mahathir.
Lepas seorang semi seorang jad 'korban' nafsu amarah politiknya. Siapa yang tak sokong kata2nya akan di label sebagai bodoh, Melayu mudah lupa, walaupun tindak tanduknya jauh dr prinsip negarawan dan seorng Islam yang redha dengan takdir Tuhan.

TS Muhyiddin dijadikan batu loncatan seterusnya? Apakah TS Muhyiddin akan kekal lebih lama dari DS Najib.

Sudah 23 tahun lebih Tun memerintah belum dicampur dengan campur tangan beliau sehingga hari ini.. Tun semakin tidak ada kesopanan lagi bila terang2 menyerang Najib dalm isu yang rakyat pun tak suka ia dibesarkan.

Elokla lantik semula Tun jadi PM.. biar puas hati beliau dan pengikutny2.. taksub berlebihan..

Saya sokong anon 14.57.. sudah lama nak diperkatan. kecewa dengan sikap Tun yang suka pecah belahkan UMNO dan Melayu

Zahary said...

Tak sudah2 dengan justifikasi 'Tun seorang yang cerdik'.. amboi.. kalau betul cerdik sekali pun apakah menghalalkan Tun caturkan apa sahaja sekarang ini?

Rakyat terpelihara selagi mana taat padapemimpin. Jika mula kurang ajar pd pemimpin tunggulah saat seperti di negara2 Arab bila mereka di hasut untuk jatuhkan pemimpin

Belajarlah pengajaran dari kejatuhan 'rejim' Saddam Hussain.. apakah Iqag semakin bagus sekarang?

Musuh2 berjaya lumatkan Iraq dr sebuah negara bertamaddun kpd negar ayag penuh dgn pergolakan..

Tanpa berfikir apa sbrnya 'cerdik' Tun dalam isu menyerang dan terang2 mahu menghasut jatuhkan Najib?

Apakah itu halal atau mendatangkan murka Allah.. sufat BUGHAH yg diharamkan dalam Islam??

Apa kesalahan Najib yg dihalalkan dalam Islam untuk beliau diturunkan sekarang?

Bagaimana dengan penyelewngan wang PERTONAS, KWSP dan Tabung Haji semasa Tun jadi PM? Skandal PERWAJA steel yang ditutup rapat?

Allah Maha Adil..

tunggulah kehinaan buat org yg konon kelihatan mulia bila mana tiada keinsafan atas dosa lalu..

Anonymous said...

Saya warga emas yang telah melalui era pentadbiran PM1 hingga sekarang. Pada pendapat saya semua PM ada kebaikan dan kekurangan masing2 sebagai manusia biasa. Kini diusia emas ini saya amat menghargai BR1M pemberian DS Najib. Ia amat membantu, dan Najib ni memang kelihatan pemurah dan berjiwa rakyat.

Anonymous said...

Tuan, mohon izin :

GERAKAN ETD Najib.
Najib is not Irreplaceable.
Najib bukan kebal.
Masa sudah amat dekat - Estimated Time of Departure Najib).
Najib is not irreplaceable.
He is Clueless.
Since 2008 he liberalised and transformed,hari ini dia marah ,sebab dia sendiri lahir kan information democratisation. Last Mile connectivity. Not Competent.
TDM, You are not alone.
Rakyat tolak BN sebab ;
UMNO sudah jauh memyimpang dari aspirasi rakyat dan Najib mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan, warga bangsawan,upper class kasta, juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan
Kepimpinan AjibGor Luar jangkaan memingirkan rakyat luar bandar.
Getah RM1.98 tak dapat beli :
1.beras 5 %,
2.Minyak subsidi 2.50,
4. Ron 95, 1.95,
5.gula 2.58.
5.tepung 2.60.
Masih mahu beli kapal terbang private jet.
Liberalisasi.Kelainan. Lembab.Longlai.Lambat.
1M.BR1M KR1M,Kain 1M,Buku 1M.Restoran Menu1M klinik 1M.UTC.RTC .
Endless possibilities dan 1000 macam slogan.Najib mekanik Tulin.
Endless festivals.
Nak bagi PRC VISA LESS agar Pelancung lain dapat hidangan cina dolls.
Boros pembelajawan, sanggup naik gaji AP atas dasar nak samakan dengan orang lain macam Singapork..
Mengutamakan kepentingan PRC, ASEAN dan Singapork,sekolah sekolah cina yang jelas anti dasar kerajaan,mengutamakan liberal kebaratan lebih orang putih dari orang putih.Najib-sapa kata dia jiwa rakyat ?Kalau hidup mewah ?
Nak pakai kapal terbang baru, nak jumpa ketua negara ASEAN.PRC sudah gasak Malaysia punya pasir untuk buat hegemonony di pulau pulau batu karang.
Depan mata kita, PRC nak menjadi neo imperialism,.Baik sangat Najib dengan PRC.
TDM You Are Not Alone.
#2 arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

Dia nie tertelan anak cicak kot...Tak payah lah hot bro!...lu apa hal?!!@@

Anonymous said...

Najib sudah jadi PM lebih dari satu penggal, Mahathir tak kritik pada masa tu kerana semua nampak okay. Tapi apabila mula berlembut dgn pembangkang dgn memansuhkan ISA, fasal 1MDB, BRIM,kejatuhan ringgit, kos sara hidup, cara kempen pilihanraya yg lalu yg terlalu memberi muka pada kaum cina, Mahathir sudah tidak yakin dgn Najib.

Anonymous said...

Mahathir insan yg paling gembira dan berjaya di M'sia & mungkin juga seantaro nusantara ini. Bayangkan dia boleh bertahan menjadi PM selama 22 th. Dia juga berjaya mencaturkan PM sebelum & selepasnya. Setakat ini rakyat M'sia telah dicaturkannya selama 45 th. Macam ramai yg masih belum puas. Sokongan kpdnya adalah tulen tapi sokongan kpd PM lain semuanya palsu. Dia masih membayangkan sesiapa yg menyokong dia akan ditangkap sebagaimana dia menangkap penyokong musuhnya dulu. Dia tidak mahu melihat PM lain mencipta kejayaan dibimbangi rakyat tidak lagi memujinya. Sebab itu PM lain tak boleh berkuasa lama. Perlu diundurkan sebelum sesuatu dirancang bejaya. Dia sebenarnya sudah nampak Najib akan mencipta kejayaan besar apabila agenda tranfomasinya mencapai matlamat. Dia mendapat masa yg panjang utk mencipta kejayaan, sedangkan orang lain tak boleh. Dia hanya taksub kpd dirinya sendiri.

Anonymous said...

dari pandangan saya, Mahathir adalah seorang yang membawa kemajuan secara menyeluruh..Tun Razak juga membawa kemajuan yang pada rakyat pada ketika zaman pemerintahannya...Tuanku hanya seorang pemimpin awal yang diperlukan....Tun Husein tidak membawa banyak perubahan dengan hanya menruskan agenda Tun Razak...Pak Lah cuba membawa perubahan yang tidak menjadi....DS Najib cuba membaiki keadaan dgn usaha yg berani..tetapi menggunakan ilham dan fikiran org lain...bukan dari diri sejati...Nampak beza antara buah fikiran sendiri dgn buah fikiran org...tak dapat dipenuhi dgn kejayaan...Tun M anda bukan sahaja berpolitik dlm Negara tetapi di pentas dunia...siapa yang tidak kenal Tun dipelosok dunia...yang lain tu...umpama pak turut saja tapi tak ada keberanian (tak ada telur)...

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

Blog Archive