Monday, April 20, 2015

DS Najib Kena Jawab Sendiri Pertanyaan Tun M

1. Bukan sahaja ahli politik akan tetapi ahli akademik juga berpendapat, agar supaya Dato Seri Najib menjawab sendiri pertanyaan Tun Dr Mahathir.

2. Jangan membiarkan orang lain menjawab, kerana semakin rancaknya pihak lain menjawab, semakin banyak persoalan timbul.

3. Dalam isu IMDB, misalnya sebelum ini, Menteri dan Timbalan Menteri malah CEO IMDB pernah berkata, bahawa ada wang 1MDB di simpan di Pulau Cayman, namun pada 9 April melalui soal jawab khas PM bersama TV3, beliau menyatakan bahawa tiada wang di simpan di Pulau itu.

4. Dato Seri Najib perlu berterus terang, berhubungan dengan 1MDB, kalau boleh adakan satu rancangan khas, bukan berbentuk soal jawab, akan tetapi memberi penjelasan secara tuntas apa yang berlaku pada syarikat Kementerian Kewangan itu, daripada ditubuhkan, sehinggalah menumpuknya hutang sehingga RM 42 bilion.

5. Dalam tulisan terbaru Tun Dr Mahathir, masih membangkitkan isu 1MDB, malah sebelum tulisan itu, mantan PM itu mendakwa bahawa ada wang hilang begitu sahaja.

6. PM Najib, kena jelaskan, apa sahaja kelemahan jika berbangkit, kebaikan, keuntungan syarikat itu kepada negara dan rakyat, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.

7. PM Najib kena jelaskan kedudukan sebenar Jho Low, apa peranaan tauke itu dalam urusniaga 1MDB.

8. Apapun berkaitan 1MDB, perlu dijelaskan sejelas-jelas, bukan sahaja untuk memuaskan hati Tun Dr Mahathir akan tetapi juga rakyat yang ternanti-nanti mendengar berkaitan kemelut yang berlaku dalam syarikat gergasi itu.

9. Memang sebelum ini, banyak jawpan yang diberikan pihak-pihak tertentu, termasuk blog-blog pro BN, namun jawapan itu, dianggap samar-samar, kerana masih dianggap menembak merata, teraba-raba tanpa fakta yang jitu.

10. Sebaiknya Najib tumpuhkan kepada jawapan yang telus dan berfakta, agar supaya isu 1MDB tidak mengundang persepsi yang parah kepada kerajaan.

No comments:

Blog Archive