Showing posts with label Tun M. Show all posts
Showing posts with label Tun M. Show all posts

Tuesday, July 02, 2019

TERPANCAR ERATNYA HUBUNGAN

Tidak perlu ulasan apa2, bahasa badan antara 2 pemimpin veteran ini menggambarkan hubungan

Thursday, July 20, 2017

Strategi DAP-Menjadikan Kaum Melayu Kelas 2

Tergambarkan sangat staregi DAP mahu memecahkan undi melayu di Semenajung, melalui saf kepimpinan Pakatan Harapan.

Dap hanya akan menjadi kingmaker, apabila melayu berpecah pada PRU-14. 

Kalau mlihat kerusi yang dimenagi parti Umno, 88 kerusi dan Pas 21, ertinya kawasan majoriti melayu adalah 109 tidak termasuk di Sarawak, dan kalau mengambilkira kerusi kaum melayu dimenangi PKR, 8, maka kawasan majoriti melayu secara kseluruhan 117, maknanya, kalau ditilik-tilik, kaum melayu boleh membentuk kerajaan Persekutuan secara besendirian.

Berasaskan kepada fakta itulah, DAP kalau mahu menjadi tulang belakang parti yang mmbentuk kerajaan Persekutuan, perlu memecahkan undi kaum melayu sekurang-kurangnya menjadi dua kelompok, iaitu kelompok Bn (Umno) dan (PPBM, Amanah dan PKR serta Pas).

DAP yakin, akan menang 54 kerusi Parlimen kawasan cina dan kawasan campuran (jika undi kaum melayu benar-benar pecah). 

Membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah hanya memerlukan 112, ertinya DAP hanya perlu 58 kerusi parlimen yang disumbangkan oleh PPBM, PKR dan Amanah.

Melihat Saf kepimpinan Pakatan Harapan, dimana top gun adalah melayu, Dato Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir dan Dato Wan Aziziah Ismail (isteri Anwar), menunjukkan, strategi DAP benar-benar menjadi ikutan.

DAP hanya mempunyai matlamat membentuk kerajaan Persekutuan. Melalui strategi memecah undi kaum melayu, maka DAP akan bertindak, jika parti Pas masih tidak bergabung dengan pakatan Harapan, maka akan mendesak, membiarkan parti berlogo bulan itu, bertembung satu lawan satu dengan Bn di negeri-negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan, dengan persetujuan, parti PAS pula bersetuju kebanyakan calon-calon Pakatan Harapan akan bertembung satu lawan satu dengan Bn di Peringakat Parlimen.

Rakyat negara ini, akan menjadi pengadil, jika pada PRU-14, parti Pas tidak meletakan 140 calon di 140 kawasan parlimen, ertinya, DAP telah berjaya memperkudakan parti itu, bagi mencapai starteginya.

Jika itu berlaku, maka DAP khususnya Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, bukan sahaja dapat memperkudakan parti-parti kaum melayu, akan tetapi dapat menjadikan para pemimpinnya seperti kerbau dicocok hidung. 

Sebenarnya pemimpin Pakatan Harapan, seperti Mahathir dan Anwar menyedari perkara itu, akan tetapi demi tujuan peribadi, mereka sanggup melaksanakannya. 

Kalaulah menjadi kenyataan bahawa negara ini, diperintah dengan mempertunjangkan DAP, maka bersiaplah menjadi rakyat kelas kedua.

Sunday, July 16, 2017

Tenggelamnya Pakatan Harapan

Karma, mengejar Tun Dr Mahathir. Kerana karma itu, maka penyebab Pakatan Harapan tenggelam.

Destinasi yang diimpikan PKR dan DAP adalah Putrajaya, namun kerana berkawan dengan Tun Dr Mahathir, maka impian dua parti itu, pudar dan sirna.

Pada PRU-14, DAP tidak bakal menang 38 kerusi parlimen lagi, demikian juga PKR tidak bakal menang 30 kerusi lagi, mungkin berulang PRU-2004, PKR bernasib baik menang satu kerusi di Parlimen Permatang Pauh.

Parti Amanah, janganlah bermimpi, mampu menang, kerana tiada isyarat langsung bahawa penyokong parti Pas akan mengundi calon-calon Amanah.

DAP dan PKR kena ingat, kemenangan banyak kerusi pada PRU-12 dan 13, kerana sumbangan ahli dan penyokong PAS. Dua parti itu, tidak akan mendapat undi, seperti masa bersama parti Pas, sebabnya, kawan barunya, PPBM dan Amanah, hanya parti melukut ditepi gantang.

Tidak keterlaluan, pada PRU-14, DAP maksima akan menang 28 kerusi, PKR di bawah 10, manakala PPBM dan Amanah kosong.

PRU-14 akan mengembalikan kedudukan BN dengan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. 

Mengapa pengundi negara ini kembali menyokong BN, sebabnya, rakyat tidak mahu tenggelam bersama Pakatan Harapan, dengan LOGO jelmaan ROKET.

Tidak dinafikan, bahawa calon-calon Pakatan Harapan mendapat undi, namun undi itu tidak dapat diterjemahkan melalui kerusi. Kerusi gabungan 4 parti itu, hanya diperolehi di kawasan-kawasan super majoriti cina.

Nampak gayanya, Pakatan Harapan pada PRU-14, hanya menang sorak, tetapi kampung tergadai.

Wednesday, July 12, 2017

SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA SALAH?

Tun Dr Mahathir sejak menjadi sebahagian daripada pembangkang, telah mengakui bahawa sistem pemerintahan negara ini adalah salah, sebab itu perlu diubah. Cara mengubahnya, maka parti yang memerintah negara ini sejak merdeka perlu diganti.

Mantan Perdana Menteri itu terang-terangan mengakui, bahawa tuduhan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim pada pemerintahan mantan Perdana Menteri itu, adalah ciptaan kerajaan, dan seterusnya, mahkamah hanya merupakan pelaksana kepada ciptaan kerajaan itu.

Oleh kerana kerajaan yang ada mewarisi sistem pemerintahan yang salah, maka Dato Seri Anwar menjadi mangsa untuk kedua kalinya, dan seterusnya mantan TPM itu terpaksa merengkok dalam Penjara Sungai Buloh selama 5 tahun.

Sungguh malang bagi rakyat negara ini, selama 22 tahun, terpaksa mengikut sistem pemerintahan yang salah. Rupanya, mahakamah yang menjatuhkan hukuman kepada mereka yang kononnya didapati bersalah, bukanlah mengikut lunas-lunas undang-undang yang sebenarnya, akan tetapi sentiasa berkiblat pada skrip yang disediakan oleh kerajaan of the day, demikianlah dakwaan Tun Dr Mahathir.

Rupanya, perbicaraan Anwar bermula tahun 1998, di mana tilam-tilam diusung ke mahkamah, hanya merupakan babak-babak dalam skrip yang disediakan oleh Tun Dr Mahathir, untuk tujuan mengabui mata rakyat, bahawa Anwar memang terlibat dengan hubungan seks songsang, berzina dan sebagainya.

Berasaskan pengakuan Tun Dr Mahathir, patutpun, Anwar bermatian-matian menafikan bahawa beliau terlibat terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada beliau.

Rakyat negara ini tahu, walaupun Anwar dituduh melakukan hubungan seks dengan lelaki dan berzina dengan isteri orang melalui sodomi I, namun mahkamah membebaskan beliau daripada semua tuduhan itu, sebaliknya beliau hanya didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasa demi kepentingan dirinya.

Kini, melalui pengakuan Tun Dr Mahathir, menunjukkan bahawa mereka-mereka yang terlibat dalam pendakwaan, iaitu Jabatan Peguam Negara, pihak polis, rupanya hanya melaksanakan skrip sodomi I yang disedikakan oleh Tun Dr Mahathir, semasa menyingkir Anwar pada tahun 1998.

Rupanya, Tun Dr Mahathir menganggap, bahawa sodomi II, yang mendapati Dato Seri Anwar didapati bersalah meliwat, modus operandinya adalah sama dengan sodomi I, sebab itulah, mantan Perdana Menteri itu memberi tahu rakyat termasuk rakyat asing, bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada mantan TPM itu adalah konspirasi kerajaan Najib, bagi menghalang pemimpin PKR itu bergiat dalam politik.

Apa yang tidak diberitahu oleh mantan PM itu, bahawa Anwar bergiat dalam politik sejak beliau dibebas, malah menang melalui PRK Permatang Pauh pada tahun 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di dewan Rakyat, malah menyertai PRU-13 dan menang di parlimen Permatang Pauh.

Anwar bukan saja bebas berpolitik sebelum dipenjarakan pada 7 Mac 2014, akan tetapi sempat merancang Langkah Kajang untuk menjadikan beliau Menteri Besar Selangor.

Anwar mengetuai parti-parti pembangkang (Pakatan Rakyat) pada PRU-13, di mana PRU itu merupakan IBU kepada semua pilihan raya di negara ini. Seperti yang telah diketahui, bahawa keputusan PRU itu, PR mendapat 89 kerusi Parlimen, sementara BN 133 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Tun Dr Mahathir, cuba menafikan, bahawa PRU-13, merupakan peluang terbesar parti-parti pembangkang merampas Putrajaya, akan tetapi kerajaan of the day tidak bertindakpun terhadap Anwar, akan tetapi berdepan dengan mantan TPM itu dalam pesta demokrasi.

Mantan PM itu, sudah tentu maklum, bahawa pada PRU-13, bukan sahaja BN gagal mendapatkan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, akan tetapi kehilangan undi popular. Apa makna keadaan itu? Kerajaan of the day, tidak pernah menghalang Dato Seri Anwar berpolitik, sejak dibebaskan daripada penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.

Adalah tidak lojik, pemimpin yang tewas dalam pesta demokrasi, kemudian diambil tindakan untuk menghalang kegiatan dalam politik. Bagi BN, kedudukan Anwar adalah pemimpin yang telah kalah di medan pertempuran yang amat sengit, dan pertempuran sengit itu sudah reda, dan tidak akan berulang lagi dalam masa yang dekat, apatah lagi pada PRU-14.

Tuduhan terhadap Anwar melalui sodomi II, bukan bermula pada era Dato Seri Najib Razak, akan tetapi pada era Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun). Hukuman dijatuhkan pada era DS Najib, atas sebab panjangnya perbicaraan itu. 

Kerajaan DS Najib, tidak mempunyai apa-apa keterkaitan dalam sodomi II, kerana kes itu, semata-mata antara bekas kakitangan dan majikan. Mangsa sodomi II, tiada kaitan dengan kerajaan, kerana bukanpun kakitangan kerajaan, akan tetapi kaktangan mantan TPM itu sendiri.

Menerusi pengakuan Tun Dr Mahathir, bahawa sistem pemerintahan yang beliau warisi menggunakan sistem pemerintahan yang salah, hanya dakwaan beliau untuk menjustifikasikan tindakan beliau merampas Putrajaya daripada BN, kononnya untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya.

Monday, February 29, 2016

Tun Dr Mahathir Keluar Umno- Tindakan Tepat

Seperti yang dijangka, Tun Dr Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri selama 22 Tahun, dan pada masa yang sama sebagai Presiden Parti, untuk ketiga kalinya tidak bersama parti terbesar kaum melayu dan tunjang kerajaan sejak merdeka.

Tun Dr Mahathir dua kali keluar Umno termasuk hari ini-Isnin, yang pertama sebaik sahaja selesai PRU-12, apabila Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, bagi memberi tekanan kepada Dato Seri Abdullah Badawi meletakan jawatan, namun kembali pada Tahun 2009, sebaik sahaja DS Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 negara.

Jangkaan bahawa Tun Dr Mahathir akan meninggalkan Umno, apabila bermula Disember 2014, mengistiharkan tidak menyokong DS Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno. Bermula dari masa itu, mantan Perdana Menteri terlama itu melalui berbagai peluang, termasuk tulisan-tulisan di blog beliau, terus mengasak, agar DS Najib Razak meletak jawatan.

Tindakan Tun Dr Mahathir, berjaya membawa bersama mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal, dan sudah tentunya anaknya Dato Seri Mukhriz Mahathir. 

Ekoran masuknya ketiga-ketiga pemimpin itu dalam kem Tun Dr Mahathir, maka Muhiyiddin dan Shafie digugurkan dalam kabinet pada Julai Tahun lalu, manakala Mukhriz disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah pada Februari Tahun ini.

Pada 26 Februari, jawatan Timbalan Presiden yang disandang Muhiyiddin digantung, walaupun mantan TPM itu dikekalkan sebagai ahli parti, dan masih merupakan Ketua Bahagian Umno Pagoh, Johor.

Sebentar tadi, Tun Dr Mahathir bersama isteri beliau Tun Dr Hasmah Mohd Ali untuk kali kedua keluar daripada parti.

Alasan yang diberikan mantan Perdana Menteri itu, bahawa parti Umno kini, bukan lagi parti politik, akan tetapi parti individu yang hanya membela DS Najib Razak.

Apapun alasan yang diberikan mantan Perdana Menteri, sebenarnya tindakan agar beliau keluar daripada parti memang ditunggu-tunggu, kerana kehadiran beliau dalam parti, bukannya menguatkan parti, akan tetapi menimbulkan berbagai masalah, kerana para pemimpin parti yang berjawatan tidak dapat bekerja memperkuatkan parti, kerana setiap gerakan memperkuat parti, senantiasa dirosakan oleh mantan Perdana Menteri itu. Tun Dr Mahathir senantiasa menebuk kapal yang sedang belayar, atas sebab itu semua kelasi terpaksa bertungukus lumus menampal tebukan tersebut.

Tindakan Tun Dr Mahathir adalah keputusan tepat, kerana ianya adil bagi ahli dan para pemimpin Umno dan juga adil bagi dirinya. Apabila keluar daripada parti, maka jelas dan terang, siapa lawan dan siapa kawan. Kini, apa sahaja tindakan mantan Perdana Menteri, merupakan lawan kepada Umno, lawan kepada ahli Umno dan juga lawan kepada pemimpin Umno.

Sunday, January 17, 2016

Tindakan Tun Dr Mahathir Selepas Bersara

Tun Dr Mahathir Mohammad bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 untuk memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Meskipun telah bersara, beliau pada masa itu, masih juga memberi pandangan, apa yang seharusnya boleh dilakukan dan apa yang tidak, kepada penggantinya. Masa itu, ramai yang beranggapan, bahawa Malaysia cukup beruntung kerana seorang negarawan yang telah bersara, masih juga perihatin kepada negara.

Tun Dr Mahathir sebelum dilantik ke jawatan Perdana Menteri, beliau telah menjadi perhatian rakyat apabila menulis buku Dilemma Melayu (The Malay Dilemma) serta tindakan beliau mendesak Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan, kerana mendakwa bahawa Perdana Menteri pertama itu lebih condong kepada kaum cina berbanding kaum melayu. Kenyataan beliau itu, telah mengakibatkan beliau turut kalah dalam pilihanraya, kerana pengundi cina tidak mengudi calon parti perikatan bagi parlimen Alor Setar di mana calonnya adalah beliau sendiri.

Tindakan Tun Dr Mahathir menulis buku Dilemma Melayu, bagaikan menyapu garam ke luka yang belum sembuh, kerana peristiwa 13 May, pergaduhan antara melayu dan cina. 

Tahun 1981 Tun Dr Mahathir dilantik ke jawatan Perdana Menteri, kerana pengunduran diri Tun Hussien Onn, kononnya kerana faktor kesihatan, walaupun terbukti kemudian, kesihatan bukanlah penyebab PM ke-3 itu meletakkan jawatan, kerana mantan PM ke-3 itu sempat menyertai S-46, walaupun berpatah balik kemudiannya.

Apabila Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, ramai yang menduga bahawa perang saudara akan berlaku, kerana beliau adalah pencetus idea itu melalui buku beliau Dilemma Melayu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kaum cina dan india yang jutawan, berubah kepada multi jutawan.

Mempergunakan kaum cina dan bukan melayu sebagai punching bag terus digunakan apabila Tengku Razalegh Hamzah bertanding Jawatan Presiden Umno tahun 1987. Dengan propaganda, jika KULI menang, maka Malaysia akan mendapat Perdana Menteri yang bertindak sebagai proxi kaum cina. Akibat kempen itu, KULI tewas dalam pertandingan itu.

Benarlah kata orang, apa yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir sebenarnya bukan perkara sebenar yang berlaku, akan tetapi perhatikan kepada tindakan beliau. Selepas KULI kalah kerana kononnya jika KULI jadi PM, maka kaum lain akan bertambah kaya, namun apa yang berlaku, kaum yang digunakan mengalahkan KULI diperkayakan seterusnya, sehingga beliau bersara.

Tun Dr Mahathir pakar sangat mempergunakan sentimen perkauman. Sebagai bukti pada PRU 1999, sebenarnya di atas kertas BN akan tumbang, ekoran pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada Tahun 1998. Kepintaran PM ke-4 itu mempergunakan kartu perkauman, membuatkan kaum cina dan india mengundi Bn pada tahun PRU itu, kerana kempen yang dahsyat yang mengatakan, jika Bn kalah, maka 13 May akan berulang. Pergaduhan atau kedudukan negara yang kacau adalah musuh utama orang-orang kaya, dan orang-orang kaya itu adalah bukan melayu. Oleh kerana melayu bukan golongan kaya, atas sebab itu kempen 13 may bakal berlaku tidak dipedulikan, sebab itu kaum melayu mengundi pembangkang, sehingga Negeri Terengganu jatuh ke tangan Pas.

Pada 15 Januarii, Tun Dr Mahathir menulis dalam blog beliau chedet.cc yang membicarakan soal-soal keyakinan kepada kerajaan Bn. Kononnya, ketidak yakinan kepada kerajaan hari ini, hanya kerana seorang individu- DS Najib Razak. Apa yang cuba dinafikan oleh mantan PM itu, ketidakyakinan kepada kerajaan sebenarnya bermula sejak Tahun 2008, apabila beliau mengecam Tun Abdullah Badawi.

Selain itu, mantan PM itu mendakwa bahawa pemecatan bebebarpa pemimpin daripada kabinet, para pegawai kerajaan termasuk peguam negara, adalah punca kepada ketidak yakinan rakyat kepada kerajaan Bn pimpinan DS Najib. Apa yang beliau lupa, bahawa beliau pernah memercat hakim, ketua hakim dan pemimpin kerajaan kerana tidak sehaluan dengan beliau semasa beliau menjawat Perdana Menteri. Kini beliau bercakap pula, memecat orang-orang tertentu, walaupun boleh menjahanamkan pentadbiran negara, adalah salah, dan menurut beliau pemecatan itu, mengambarkan bahawa dakwaan terhadap DS Najib adalah benar, namun bagaimana pula pengertian semasa beliau bertindak serupa pada masa lalu??? tepuk dada tanya selera.

Tuesday, June 23, 2015

Umno Beri Peluang Pada Najib?

1. Perbezaan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Tun Razak apabila diasak oleh Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan, didapati melalui sokongan Umno. Abdullah tidak mendapat sokongan Umno seperti mana diperolehi Najib. 

2. Sebelum Pak Lah meletakkan jawatan Perdana Menteri pada 2 April 2009, Najib dan timbalan beliau sekarang Tan Sri Muhiyiddin sepasukan dengan Tun Mahathir dalam rangka meminta Pak Lah meletakkan jawatan.

3. Perancangan hanya tinggal perancangan. Perancangan politik, kononnya jika Pak Lah meletakkan jawatan, maka Umno dan Bn dapat dipulihkan. Sasaran pemulihan tersebut adalah melalui pilihan raya umum, dengan anggapan melalui nahkoda baru, UBN akan mendapat kembali penguasaannya di dewan rakyat, yakni kuasa 2/3.

4. Kita semua sudah tahu, pada PRU-13 yang diketuai Najib sebagai Perdana Menteri, perancangan mendapatkan kuasa 2/3 di dewan rakyat bagi UBN tidak tercapai, malah keputusan lebih buruk berbanding pencapaian Pak Lah, di mana kerusi UBN berkurang daripada 140 kepada 133, meskipun Umno menambah 9 kerusi daripada 79 kepada 88.

5. Tidak diketahui apa punca sebenar kegagalan UBN menambah kerusi, hanya berasaskan fakta, berlakunya tsunami cina, kerana parti-parti yang mewakili kaum itu hampir ranap.

6. Najib dan Muhiyiddin dengan sokongan Tun berdepan dengan PRU-13 tanpa isu yang signifikan, hanya isu post PRU-12, iaitu tsunami cina. 

7. UBN mengharungi PRU-13 dengan berbagai polisi yang mesra rakyat antaranya pemberian BR1M, sementara dalam politik, Umno berada dalam landasan yang kokoh, kerana tidak terdapatnya perbalahan antara mana-mana pihak dalam parti tersebut.

8. Pun demikian, UBN gagal mendapat sokongan rakyat untuk mengembalikan kuasa 2/3 di dewan rakyat, malah kehilangan undi popular.

9. Meskipun kehilangan undi popular, namun sistem domokrasi berparlimen negara pemenang dilihat pada jumlah kerusi. 

10. Walaupun UBN kehilangan undi popular, namun masih lega, kerana dapat menawan Kedah dan mempertahankan Perak yang jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-12 (walaupun kembali ke pangkuan UBN kurang setahun selepas PRU tersebut, akibat keluarnya 1 ADUN DAP dan 2 ADUN PKR yang mengistiharkan kedudukan mereka ADUN mesra UBN).

11. Sehingga pemebentukan kerajaan Persekutuan pada Mei 2013, tiada tanda-tanda bahawa kerajaan yang dipimpin Najib mendapat sanggahan daripada Tun Mahathir, kecuali kenyataan-kenyataan mantan PM tersebut berkaitan dengan BRIM, dan GST di mana pada masa itu masih belum dilaksanakan.

12. Meledaknya sanggahan Tun M terhadap kepimpinan Najib, apabila 1MDB gagal memenuhi obligasi membayar hutang tepat masanya. Selain itu, keputusan mahkamah kes Altantuya Shaaribu, di mana dua anggota polis didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati.

13. Rentetan dua peristiwa tersebut, Tun M menulis di blog beliau chedet.cc, mengumumkan beliau menarik balik sokongan terhadap Najib. Alasan yang diberikan, bahawa Perdana Menteri itu, tidak menerima nasihat atau teguran. 

14. Berkembanglah kritikan Tun M selepas itu, dan perkara utama yang kerap diwar-warkan adalah berkaitan dengan 1MDB.

15. Umum kini mengetahui, bahawa isu 1MDB dijadikan faktor utama oleh Tun M mendesak agar supaya Najib meletakkan jawatan.

16. Menjawab desakan tersebut (meletakkan jawatan)- Najib berkata TIDAK, kerana beliau masih mendapat sokongan Umno dan rakyat.

17. Kenyataan Najib itu mempunyai kebenaran, apabila tidak kurang 150 Bahagian Umno seluruh negara membuat pendirian, berdiri teguh di belakang beliau. Alasan para pemimpin Umno, mereka ingin memberi peluang kepada Najib menyelesaikan isu 1MDB, sama dengan memberi peluang kepada Tun M menyelesaikan isu Perwaja dan Raja-Raja Melayu semasa mantan PM itu berjawatan Perdana Menteri.

18. Umno tidak mahu mengulangi kesilapan apabila meminta Pak Lah meletakkan jawatan, sedangkan desakan itu, tidak pun mengembalikan kuasa UBN seperti mana anggapan atau alasan yang diberikan ketika mendesak PM ke-5 itu meletakkan jawatan.

Saturday, June 20, 2015

Tidak Salah Tun Dr Mahathir Mengeritik

1. Tidak salah Tun Dr Mahathir mengeritik kepimpinan negara. Mengeritik ada dua tujuan- memperbaiki dan menghancurkan. Pada mulanya terlihat bahawa cara Tun mengeritik bermaksud memperbaiki, namun selepas itu menjurus kepada menghancurkan.

2. AYT pada mulanya dengan penuh minat bersetuju dengan beberapa pertanyaan dan kemuskilan Tun berkaitan dengan 1MDB, kerana sebagai rakyat biasa, mahu tahu juga pencapaian dan kemajuan syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan tersebut. Jarang sekali, rakyat biasa mengetahui perjalanan sebenar satu syarikat yang dikendalikan agensi kerajaan khususnya urusan sehariannya.

3. Faktor penarik kepada 1MDB adalah, bagaimana sebuah syarikat yang bermodalkan RM1juta, dalam masa 5 tahun boleh mengumpul hutang RM42bilion, 42 kali ganda modal asal.

4. Tun M dalam menyusun pertanyaan beliau berkaitan syarikat tersebut, lama ke lamaan bukan lagi bertanya, sebaliknya pertanyaan bertukar kepada menuduh. Menuduh bahawa RM27 bilion daripada pinjaman tersebut telah lenyap. Angka-angka yang diberikan kononnya, bagaimana wang diguna tidak dipercayai. 

5. Berbagai dakwaan, khususnya pembelian IPP yang berjumlah RM18 bilion. Menurut pengeritik, bahawa melalui pembelian tersebut, sekurang-kurangnya RM3bilion terlebih bayar kepada pemilik IPP tersebut. Sebagai contoh pembelian Genting Senayan pada oktober 2012 berjumlah RM2.3bilion, namun menurut laporan Genting, syarikat tersebut mendapat keuntungan RM1.9 bilion daripada transksi tersebut, ertinya nilai sebenarnya IPP tersebut hanya RM400juta. Melalui pembelian tersebut ertinya 1MDB terlebih bayar RM1.9 bilion yang dilaporkan sebagai keuntungan penjual.

6. Kini timbul dakwaan, bahawa lebihan bayaran tersebut konon dibayar berbentuk "kick back" bagi maksud pembiayaan pilihanraya Tahun 2013. Dakwaan ini, semakin mengundang persepsi, bahawa memang berlaku "kong ka likong" dalam urus niaga 1MDB. Mungkin, urusniaga Powertek, Jimah akan menyusul, kerana IPP tersebut sebenarnya akan tamat tempoh sebelum dibeli. Persoalan juga timbul, kenapa 1MDB sanggup mengambil alih tanggungan hutang RM6bilion?

7. Jika Tun M terus sahaja menumpukan pertanyaan dan kritikan berkaitan 1MDB, AYT akan terus mempercayai bahawa memang tujuan mantan PM itu mahu memperbetulkan keadaan demi rakyat dan negara. Namun, apabila kritikan beliau merebak kepada masalah peribadi, termasuk isu pembunuhan Altantuya yang telah diputuskan mahkamah, juga mengikut rentak pembangkang menjadikan Datin Rosmah sebagai alasan untuk meminta DS Najib melepaskan jawatan, AYT terfikir, Tun M mempunyai agenda untuk menjatuhkan Najib, bukan lagi membuat teguran untuk kebaikan rakyat dan negara.

8. Kini, Tun M mempergunakan media asing termasuk New York Times, di mana surat khabar itu dari dahulu kala mempunyai agenda untuk menghancur sesebuah negara yang dipimpin orang islam. Tun juga terpalit mempercayai laporan Sarawak Reports, di mana sebelum ini dibidas oleh beliau.

9. Kumpulan Tun bagi memberi tekanan kepada DS Najib meletakkan jawatan tidak lagi mengira keududukan seseorang- janji, orang tersebut sanggup menghentam Najib. Sebagai contoh semasa perjumpaan KAMY MAHATHIR pada malam Khamis lalu, perjumpaan facebooker yang dikatakan perjumpaan tertutup dan atas jemputan yang meliputi peserta daripada seluruh negara termasuk daripada Sabah dan Sarawak, salah seorang yang bercakap adalah seorang "conman" daripada Sabah. klik disini penipuan kedua klik Ternampak sangat bahawa kumpulan Tun M sudah desperado menggalas sokongan, tanpa mengira latar belakang seseorang. 

Friday, June 19, 2015

Guna Media Asing: Tun M Langgar Prinsip Sendiri

1. Semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, beliau sungguh anti media asing, malah Mantan PM tersebut tunjukkan bila mana Dato Seri Anwar Ibrahim mempergunakan media asing memperburukkan negara.

2. Hingga awal tahun ini, Tun masih anti media asing, namun sejak mac beliau kerap menggunakan media asing, termasuk mempercayai laporan Sarawak Reports di mana satu masa dulu beliau katakan sebagai portal kucing kurap.

3. Apa kah mantan PM itu mendapat balasan karma? sehingga sesuatu yang beliau tidak sukai, kini beliau berpaling?

4. Cuba tanya kepada mereka yang pernah menjadi menteri kabinet semasa Tun M, pasti akan memberitahu, bahawa perkara yang tidak disukai mantan PM tersebut, apabila ada pemimpin negara menggunakan media asing.

5. Sebuah artikel The New York Times yang menyiarkan kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ditemubual di Putrajaya baru-baru ini.

6. Menerusi temubual itu, Dr. Mahathir juga melontarkan pandangan bahawa Umno dikuasai golongan ‘Napoleon kecil’ yang menyekat kemasukan individu berbakat dan bijaksana dalam parti semata-mata untuk membolehkan mereka terus berkuasa.

7. Tun M lupa memberitahu, bahawa semasa DS Najiblah Umno mengalami transformasi, apabila memberi peluang kepada 150,000 perwakilan memilih kepimpinan parti, banding 2,600, malah semasa pemerintahan Tun, terdapatnya kuota bagi mereka yang menjadi calon bertanding jawatan dalam parti.

8. Tun cuba mengelirukan rakyat dan masyarkat dunia, namun yang jelas, rakyat Malaysia tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut.

9. Tun M juga gagal memberi tahu, bahawa RM42 bilion yang menyelubungi 1MDB merupakan hutang sebuah syarikat. Dengan hutang tersebut maka terkumpul aset RM52bilion. 

10. Tun M juga gagal memberitahu bahawa 1MDB hanya bermodalkan RM1juta, jika tidak menjalankan urusniaga, maka tidak akan bakal memiliki aset sebesar RM52 bilion.

11. Siapa kata wang RM42 bilion hilang? wang sebanyak itu digunakan memiliki aset, sebahagian wang digunakan untuk pelaburan yang ada potensi untuk mendapatkan keuntungan.

12. Tun M gagal memberitahu, bahawa plan perniagaan 1MDB diterima oleh pemberi pinjaman sebagai plan perniagaan yang boleh membayar pinjaman. Mana ada pemberi pinjaman, memberi pinjaman jika yang meminjam tidak mampu bayar balik pinjaman.

Tun M Sanggup Sudah Memperburuk Negara Sendiri

1. Sukar diterima seorang Mantan Perdana Menteri mempergunakan media asing memburuk negara sendiri.

2. Tun Mahathir mempergunakan New York Times memburukkan DS Najib dengan mengelarkan Perdana Menteri ke-6 itu sebagai kriminal.

3. Tun menghukum sendiri Najib, walaupun tiada sebarang mahkamah di negara ini, mahupun mahkamah dunia mendapati PM ke-6 itu melakukan sebarang jenayah.

4. Tun didorong oleh nafsu sendiri, hanya kerana desakan beliau agar Najib meletakkan jawatan tidak dipenuhi.

Tuesday, June 16, 2015

1MDB: Benarkah Tun M Mahu Jawapan?

1. Benar kah Tun Dr Mahathir mahu jawapan berkaitan urusniaga 1MDB? atau mantan Perdana Menteri itu hanya menggunakan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut sebagai alat untuk menjatuhkan DS Najib.

2. Berbagai pihak yang terlibat dengan 1MDB, termasuk para menteri, para pengurus syarikat tersebut telah menjawab berbagai persoalan dan pertanyaan berkaitan syarikat tersebut, namun masih juga diungkit soalan-soalan yang sama. Sampai kepada kenyataan TIDAK LOJIK mahu melihat wang RM42bilion secara 'REAL". 

3. Tulisan terbaru mantan PM tersebut mahu bukti-bukti termasuk perjanjian-perjanjian dan kertas kabinet berkaitan pinjaman syarikat yang melibatkan RM42 bilion. 1MDB dalam satu kenyataan terbaharu, menyatakan semua dokumen berkaitan pinjaman sejak syarikat tersebut beroperasi Tahun 2009 sudah diserahkan kepada Ketua Audit negara, manakala pertanyaan-pertanyaan yang kerap muncul umpamanya pelaburan dengan PetroSaudi terkandung dalam laporan Audit syarikat tersebut yang dikepilkan melalui notes to account.

4. Kerjasama dengan PetroSaudi dijelaskan dengan lengkap melalui Laporan Audit syarikat tersebut yang melibatkan pelaburan tunai USD1.83 bilion yang kemudian ditukar kepada bentuk Mudaraba yang bernilai USD 2.318 bilion dengan keuntungan USD488 milion apabila diredeem pada September 2012.

5. Pihak 1MDB telah mengemukan perincian pinjaman syarikat tersebut yang berjumlah RM41.8bilion, di mana melalui perician tersebut disenraikan kemana wang tersebut digunakan, malah daripada semua pinjaman tersebut, syarikat itu mendapat tunai RM900 juta.

6. 1MDB telah menyatakan dengan jelas, masalah utamanya adalah wang tunai, kerana gagal menerebitkan IPO. Oleh kerana kegagalan tersebut, maka terpaksa meminjam RM2bilion daripada Ananda Khrisnan untuk membayar hutang pada bank-bank tempatan pada Januari 2015. Juga terpaksa melepaskan beberapa aset bernilai syarikat semata-mata untuk mendapatkan wang tunai, termasuk aset di BSI Singapura untuk membayar USD975 kepada Bank Jerman.

7. Syarikat juga terpaksa meminta bantuan tunai daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM950 milion untuk menyokong operasi syarikat.

8. Kini, semakin hari, masalah hutang syarikat tersebut semakin terungkai, namun pertanyaan berkaitan dengan semakin rancak terutama daripada Tony Pua, Rafizi Ramli dan Tun Dr Mahathir.

9. DS Najib telah menyatakan dalam masa paling cepat 2 bulan kemelut 1MDB akan selesai dan paling lambat hujung Tahun 2015.

Saturday, June 13, 2015

DS Najib Lawan Tun Dr Mahathir: Siapapun Yang Menang-Tetap Jadi Abu

1. Kata peribahasa cina, jangan ada dua harimau di satu bukit. Inilah yang berlaku dalam Umno. DS Najib bersandarkan kepada jawatan, sementara Tun Dr Mahathir bersandarkan kepada pengaruh.

2. Keadaan terkini perbalahan antara kedua pemimpin tersebut sudah terkeluar daripada garis norma sebagai pemimpin dalam satu parti, mereka berdua tidak menggunakan lagi norma-norma parti, sebaliknya saling baku hentam.

3. Kemasukan Tan Sri Lim Kok Weng dalam pasukan Najib memperancak hentaman Najib, kepada matan bos beliau tersebut. Di lain pihak pula, Tun Dr Mahathir meneruskan serangan bertali arus berasaskan isu yang masih dikarang-karang.

4. Tun mendesak agar Najib berundur. Najib menjawab TIDAK, kerana beliau mendapat sokongan penuh bukan sahaja daripada Umno akan tetapi parti-parti komponen BN dan juga rakyat. Sebaliknya Tun mendakwa bahawa beliau diminta oleh berbagai pihak agar bertindak kerana terdapatnya salah laku pentadbiran Najib selain gagalnya Najib menjawab berbagai persoalan khususnya yang melibatkan 1MDB.

5. Najib dalam menepis serangan Tun masih menggunakan pendekatan berlapik, sambil menegaskan bahawa pentadbiran beliau dilakukan secara telus dan tidak terdapat sebarang salahlaku atau jenayah sepertimana dakwaan Tun.

6. Namun, Tun tidak menerima jawapan tersebut, sebaliknya semakin agresif menyerang sambil melemparkan pelbagai dakwaan. Sebagai nota, sebelum kemelut 1MDB, Tun sudah menyatakan menarik balik sokongan beliau terhadap Najib.

7.Melalui kemelut 1MDB, Tun mendakwa, bahawa hampir RM27 bilion wang pinjaman syarikat milik Kementerian Kewangan (MOF) tersebut telah lesap, kononnya disebabkan gaya hidup Najib dan isterinya yang berbelanja boros.

8.Berasaskan dakwaan Tun tersebut, Najib bertindak diplomasi, apabila pada Mac mengarahkan Ketua Audit Negara memerikasa akaun 1MDB yang belum diaudit oleh audit luar sejak 1 April 2014. Beliau juga mengarahkan agar laporan tersebut diserahkan kepada PAC Parlimen.

9. Bagaimanapun Tun bertindak, bahawa beliau tidak percaya kepada laporan Ketua Audit Negara, kerana badan itu tidak akan mampu melihat salahlaku dalam syarikat gergasi itu. Melihat keadaan itu, PAC bertindak dan mengumumkan akan melakukan auditnya sendiri tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara. Pada 19 Mei, PAC memulakan siasatan. Impak tindakan PAC tersebut, mulanya Tun merasa lega, namun tidak juga memuaskan hati beliau, apabila berlaku kekecohan pada 5 Jun dalam majlis forum NOTHING2HIDE yang dibatalkan oleh polis, dengan alasan demi ketenteraman awam dan kerharmonian rakyat.

10. Tun meneruskan serangan beliau. Bagi beliau tiada lagi jawapan yang diperlukan berkaitan 1MDB, kerana jawapan-jawapan yang diberikan adalah jawapan bohong, kerana yang menjawab itu adalah individu yang didapati berbohong. 

11. Tun memperluas serangan beliau dengan mengaitkan CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bahawa CEO tersebut adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, atas sebab itu kenyataan atau jawapan beliau berkaitan 1MDB meragukan.

12. Tun tidak berganjak kepada serangan beliau. Najib dan Arul perlu meletakkan jawatan, kerana kedua orang tersebut penyebab kepada kecelaruhan dalam negara khususnya berkaitan dengan 1MDB. Nota: 1MDB adalah syarikat diperbadankan milik penuh MOF yang ditubuhkan pada Febreuari 2009 dengan modal RM1juta, namun selang 5 tahun operasi mampu mengumpul hutang sebanyak RM42bilion, 42ribu kali modal. 1MDB juga dikatakan mempunyai aset berjumlah RM52bilion antara aset 1PP bernilai 18bilion, aset tanah dan aset berbentuk pelaburan unit amanah.

13. Nampaknya serang menyerang antara Najib dan Tun, ibarat kata peribahasa Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah, namun apa yang malang, siapapun pemenang antara keduanya, bekasnya hanya abu. Akan berulang kah musnahnya pemerintah melayu Melaka?

Sunday, June 07, 2015

Di Malaysia Saja- Tabiat Menjatuhkan PM Bukan Melalui Demokrasi

1. Tabiat menjatuhkan Perdana Menteri di Malaysia bermula selepas sahaja PRU-12 tahun 2008. Alasan yang diberikan pada masa itu, UBN gagal mempertahankan kuasa 2/3 di dewan Rakyat, selain kehilangan lima negeri- Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

2. Dalam usaha menurunkan Perdana Menteri, berbagai teori, alasan, dakwaan, hujah dikemukakan. Pendek kata, jika PM diganti, maka UBN akan pulih dan rakyat akan kembali menyokong dan seterusnya kuasa di Dewan Rakyat akan didapat semula.

3. Sepanjang 4 tahun diberikan kepada Perdana Menteri yang mengganti, namun selepas PRU berikutnya, iaitu PRU-13, nampaknya penyakit tahun 2008 kembali semula. Teori yang sama dikemukan, dakwaan yang sama dikemukakan, selain ditambah dengan berbagai isu yang berbangkit sepanjang pemerintahan.

4. Sungguh malang, kerana kerajaan yang dibentuk kurang kuat, walaupun parti tunjang telah menambah kerusi daripada 79 ke 88.

5.Malang sungguh bagi Perdana Menteri yang kebetulan presiden parti tunjang,kerana jawatan itu, walaupun parti kawan dalam BN yang tidak mendapat sokongan daripada kaum yang diwakili parti-parti itu, namun yang dipersalahkan adalah Perdana Menteri.

6. Tambah malangnya lagi, mereka yang menghentam Perdana Menteri adalah mereka yang separti, di mana sebelum ini, mereka yang mendakwa itu, mengatakan bahawa melayu tidak lagi menjadi kaum yang dihormati kerana telah berpecah kepada tiga kumpulan- kumpulan Umno, kumpulan Pas dan kumpulan PKR. 

7. Nampaknya agar kaum melalui menjadi rakyat kelas ke-2, maka perlu dipecahkan lebih jauh lagi, iaitu membahagikan Umno kepada dua bahagian. Apa yang diharapkan kepada perpecahan tersebut, agar Umno akan terus lemah, dan seterusnya kalah dalam pilihanraya.

8. Pihak yang menentang Najib, sudah memutuskan dan mampu membaca pilihan rakyat, bahawa selagi Najib sebagai Perdana Menteri dan menerajui BN, maka sudah yakin dan percaya bahawa UBN akan kalah, kerana UMNO tidak akan dapat mempertahankan kerusi sejumlah 88 malah jauh lebih rendah daripada itu.

9.Dakwaan mereka itu, samalah dengan dakwaan beberapa penganalisis Muktamar Pas yang diadakan pada 4 Jun, bahawa kumpulan Ulama akan kecundang, kerana menurut kajian mereka, Dato Seri Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man, hanya mendapat sokongan kurang daripada 40 peratus. Namun, apabila keputusan diumumkan, semua analisis tersebut adalah auta.

10. Najib bukan ahli politik ingusan. Beliau bermula sejak tahun 1976, selama 39 tahun telah menceburkan diri dalam dunia politik, termasuk hampir kalah pada PRU-1999. Selain itu, beliau pernah menjadi Ketua Pemuda, bertahun-tahun sebagai Naib Presiden urutan pertama. Berbagai kementerian telah beliau pegang, malah semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan, rekod beliau dalam seagames sehingga kini belum terpecahkan.

11. Hanya kerana putar belit Sarawak reports dan Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), berkaitan 1MDB, sehinggakan menghukum Najib seolah-olah, semua dakwaan tiga pihak itu benar belaka. 

12. Sungguh pelik dan ajaib, apabila "konon penyokong Umno" tiba-tiba berkiblatkan kepada dakyah-dakyah pembangkang, dan terus menerima apa sahaja dakwaan pembangkang sebagai benar dan tiada cacat celah.

13. AYT hanya melihat daripada jauh, membaca berbagai dakwaan, pihak-pihak tertentu, dan apabila dilihat secara mendalam, rupanya dakwaan mereka itu, hanya bertujuan satu- Najib mesti letak jawatan kerana mereka yang tidak suka, bukan rakyat yang tidak suka.

14. AYT bersetuju dengan kenyataan DS Najib, takkanlah beliau letak jawatan kerana permintaan minoriti, sedangkan majoriti memerlukan beliau. Seperti kata Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri Sarawak, DS Najib adalah seorang pemimpin yang tidak pandai berlakon.

Sunday, May 24, 2015

Teruk Betul Kah Imej DS Najib?

1. Imej yang bagai mana DS Najib perlukan? sehingga melantik Tan Sri Lim Kok Wing pemilik Universiti yang bernama sama?

2. Di peringkat antarabangsa, nama beliau cukup gah, sehingga boleh menemani Presiden Barack Obama bermain golf, di kala presiden Amerika itu sedang bercuti di Hawaii hujung tahun lalu.

3. Media arus perdana, saban hari, saban jam membawa berita berkaitan Perdana Menteri.

4. AYT tertanya-tanya, imej apa yang diperlukan Perdana Menteri?

5. Kalau melantik juru-juru cakap berkaitan dengan isu-isu yang melanda negara seperti GST, 1MDB, kenaikan harga barangan, serta penguraian berkaitan RMK-11. AYT fikir wajar dilakukan.

6. Perdana Menteri sebenarnya memerlukan juru-juru cakap rasmi, di mana mereka-mereka itu mempunyai merit dan dan jenama, di mana kenyataan-kenyataan mereka boleh diyakini dan dipercayaai rakyat.

7. Jika adanya juru-juru cakap tersebut dengan diimbangi berbagai program yang menarik minat rakyat, maka dengan sendirinya, imej Perdana Menteri akan naik dengan sendirinya.

Friday, May 22, 2015

1MDB membawa Perpecahan Yang Tidak Perlu

1. 1MDB tidak disangka telah membawa malapetaka kepada para pemimpin Umno. Kepimpinan berpasukan, kini telah retak dan menunggu berkicai.

2. Pembangkang tidak perlu berkerja keras, malah mereka kini, kopi-kopi hanya memperhatikan sepak terajang antara para pemimpin Umno.

3. Melalui kemelut 1MDB, nampak siapa yang setia dengan DS Najib, dan siapa yang tidak. Kalau bukan kerana parti, lama sudah berlaku perpisahan. 

4. Sekarang ini, hanya Umno menjadi pertautan, dan "mungkin" juga kerana jawatan. 

5. Berdepan dengan kemelut 1MDB, walaupun pada awal Mac DS Najib telah mengarahkan Ketua Odit Negara mengodit syarikat gergasi itu, namun ramai orang tidak sabar-sabar. Ketidak sabaran itu, ditunjukkan oleh Ketua Pemuda Umno, kemudian oleh Timbalan Presiden Umno. Kalau dilihat daripada mereka yang bukan pemimpin semasa Umno, tentunya Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir lagi tidak sabar, malah mendakwa, siasatan Ketua Odit tidak akan mampu menjawab dakwaan pengeritik 1MDB. Untuk itu, mantan PM itu mencadangkan satu RCI bebas.

6. Oleh kerana ketidak sabaran menunggu keputusan Ketua Odit Negara, dan kini PACpun sudah memulakan siasatan bermula pada 19 Mei lalu, malah timbul persepsi, bahawa sebenarnya, mereka yang lantang bersuara berkaitan 1MDB, sebenarnya tidak berminat mengetahui kedudukan syarikat itu, akan tetapi lebih berminat kepada menjatuhkan DS Najib, kerana 1MDB merupakan "brainchild" beliau, malah beliau juga merupakan penasihat kepada syarikat yang berhutang RM42 bilion tersebut.

7. Mengapa 1MDB menjadi punca perpecahan? sedangkan syarikat itu, jika ditelusuri memberi sumbangan besar kepada rakyat, setidak-tidaknya melalui pengambilan beberapa IPP, tarif litrik yang sepatutnya naik pada Tahun 2014, bukannya naik malah diturunkan. Juga melalui tindakan 1MDB itu, TNB yang membeli tenaga daripada IPP sebelum ini sukar mengumpul keuntungan, kini postif sehingga RM5.6bilion.

8. Juga tidak diuar-uarkan, bahawa sejak kewujudan IPP tahun 1990, subsidi yang ditelan oleh para pemilik IPP mencecah RM100bilion sehingga tahun 2012. ( Tiga IPP yang menjana tenaga kepada TNB telah diambilalih oleh 1MDB pada tahun 2012).

9. Kerana 1MDB, para pemimpin Umno terjerat oleh pihak pembangkang, sehingga kawanpun menjadi musuh.

Disebalik Isu Perletakan Jawatan TS Pandikar

1. Kalau bukan kerana kenyataan Tun Dr Mahathir di Ipoh Perak pada 16 Mei lalu bahawa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia telah meletakkan jawatan, kemungkinan besar, tiada rakyat yang mengetahui bagaimana tersiksanya Speaker itu menjalankan tugasnya.

2. Melalui kenyataan mantan Perdana Menteri itu, akhirnya terdedah, bahawa speaker itu tidak mendapat penghormatan sesuai dengan tugasnya sebagai speaker, antara lain, pejabat speaker tidak mempunyai tandas sendiri, seperti mana dinyatakan oleh Pengerusi Penyokong Kerjaan- Tan Sri Sharir Samad, walaupun dinafikan oleh speaker itu sebagai asas peletakan jawatan beliau pada 18 Mac.

3. Sejak 7 tahun lalu, Pandikar menginginkan satu pengasingan antara kuasa eksekutif dan legislatif agar supaya institusi parlimen tidak dianggap sebagai "rubber stamp". Untuk mengelak persepsi itu, maka reform parlimen perlu dibuat antara lain, pemansuhan Menteri yang menjaga Parlimen.

4. Pandikar, salah seorang pemimpin yang teliti dalam membuat sebarang tindakan. Apabila satu tindakan dibuat, ertinya berbagai cara telah dilakukan secara perbincangan. Apabila semua perbincangan yang nampak dipersetujui, namun tidak juga berlaku, maka satu tindakan drastik perlu dilakukan, termasuklah meletakkan jawatan.

5. Pandikar, mahu melihat Parlimen merupakan satu institusi yang dihormati semua pihak, termasuklah sebarang isu yang dibincangkan, dibahas atau dikemukakan di sidang August itu, adalah perkara-perkara pokok dan utama untuk kepentingan negara dan rakyat, bukannya bersifat remeh termasuklah kepentingan individu atau parti.

6. Parlimen perlulah sebagai dulang kepada legistatif untuk dilaksanakan oleh pihak eksekutif, bukan sebaliknya.

7. Reform Parlimen, nampaknya bukan sahaja disambut baik oleh pihak pembangkang juga oleh pihak barisan nasional, perkara dilihat semasa sidang parlimen yang bermula pada isnin, pandikar mendapat pukul meja gemuruh daripada kedua belah pihak.

Wednesday, May 20, 2015

Pelaburan 1MDB di Cayman- Mengundang Tanda Tanya

Perdana Menteri seharusnya tidak melakukan kesilapan yang mengundang tanda tanya. Pada 10 Mac lalu, di Dewan Rakyat, PM memberitahu dewan, bahawa pelaburan 1MDB di Pulau Cayman telah ditebus dan di simpan di BSI Singapura. Pada 9 April, dalam satu sesi soal jawab di TV3, PM memberi jawapan, bahawa tidak wang di simpan di pulau itu, namun semalam, dewan rakyat diberitahu, juga oleh PM, bahawa pelaburan di Cayman itu bukan berbentuk wang tunai, melainkan aset yang bernilai AS1.103 bilion. Benarkah ada aset di BSI??


Tuesday, May 19, 2015

Tun Dr Mahathir Tidak Bohong- Saya Juga Tidak Bohong: Tan Sri Pandikar

1. Sebelum tulisan ini, AYT pernah menulis, bahawa isu perletakan jawatan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sebagai Speaker Dewan Rakyat, telah berlaku salah faham maklumat antara Speaker tersebut dengan Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir.

2. Hari ini, terungkai sudah, antara dua pemimpin itu, tiada yang berbohong. Hanya kesilapan komunikasi sahaja menjadikan isu menjadi kemelut, sehingga timbul, di antara keduanya ada yang berbohong.

3. Pada selesa, di kediaman rasmi Speaker di Bukit Tunku, akhirnya, Tan Sri Pandikar mengaku, telah menulis surat perletakan jawatan sebagai Speaker pada 19 Mac lalu, namun perletakan jawatan tersebut tidak diterima oleh Perdana Menteri. 

4. Oleh kerana maklumat tersebut, tidak sampai kepada makluman Tun Dr Mahathir, maka pada Sabtu minggu lalu di Ipoh Perak, mantan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa speaker sudah meletakkan jawatan.

Berikut kandungan rumusan sidang akhbar Tan Sri Pandikar.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pandikar berkata satu pertemuan bersama Najib diadakan di bangunan Parlimen pada 19 Mac lalu dan Najib bersetuju untuk menerima saranan bagi menambah baik perjalanan Parlimen.

"Najib ketika itu jangan bilang dia membaca surat saya. Dia tidak mahu terima, pegang pun dia tidak mahu.

"Sebaliknya dia tanya apa sebenarnya permasalahanmu sebagai speaker,"

Pandikar berkata antara pembaharuan Parlimen yang dikehendakinya ialah mempunyai ketua pentadbir baru yang boleh bekerjasama dengan speaker.

Katanya, bagi menghilangkan persepsi rakyat Parlimen dan speaker bertugas atas arahan kerajaan, jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan.

"Jawatankuasa pilihan Parlimen baru juga perlu diwujudkan dan ditambah daripada lima jawatan kuasa pilihan yang sedia ada dalam usaha melicinkan proses perbahasan rang undang-undang.

"Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan Parlimen Malaysia hendaklah dinaik taraf sedarjat seperti bangunan pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan Istana Kehakiman," katanya.

Beliau berkata, Najib meminta masa untuk memenuhi segala kehendak bagi menambah baik perjalanan Parlimen kerana semuanya memerlukan persetujuan Kabinet.

Katanya, mesyuarat Kabinet pada 10 April berbincang mengenai perkara yang diajukan dan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengetuai kajian pembaharuan Parlimen termasuk penggubalan undang-undang.

"Adalah tidak benar perkara yang membawa kesinisan di mana-mana saja kenyataan akhbar yang speaker itu letak jawatan kerana merajuk tiada tandas atau perabot tidak sesuai dengan taraf Parlimen adalah tidak betul.

"Saya meletak jawatan atas niat saya mahu memartabatkan Parlimen Malaysia setaraf Parlimen kelas pertama di dunia," katanya.

Pandikar berkata, sudah menjadi janjinya selepas pilihan raya umum lalu untuk melakukan pembaharuan Parlimen dan sudah menunggu7 tahun untuk berbuat demikian.

Katanya, sebagai speaker, beliau akan terus mengamalkan konsep pengasingan kuasa dan tidak akan tunduk kepada kuasa eksekutif.

"Ini tahun ketujuh saya sebagai speaker, kalau tiada perubahan seperti saya sebut tadi, saya tidak akan teragak-agak menulis kepada perdana menteri dan saya akan meletak jawatan.

"Kalau apa yang saya sebut tidak ditunaikan eksekutif dalam tempoh sebelum Parlimen dibubar balik, saya akan hantar balik peletakan jawatan.

"Tidak perlu orang lain mengumumkan speaker meletakkan jawatan. Kalau perdana menteri tidak menerima peletakan jawatan saya, saya sendiri yang akan mengumumkan peletakan jawatan saya," katanya.

Monday, May 18, 2015

Disebalik Penjualan TRX Kepada Tabung Haji

1. Tabung Haji Property satu syarikat milik Tabung Haji di mana core bisnesnya adalah pemaju hartanah. Untuk mengembangkan bisnesnya 'Bank Tanah' sangat penting. Semakin luas tanah yang dimiliki, semakin baik.

2. Bagi setiap pemaju akan membeli tanah untuk disimpan supaya boleh dimajukan kemudian hari. Lebih bagus jika tanah tersebut di kawasan strategik.

3.Baru-baru ini MRCB membeli tanah kedutaan Jerman di Jalan Kia Peng pada harga RM3,188 per kaki persegi.

4.Sememangnya tanah berdekatan dengan KLCC menjadi idaman bagi mana-mana pemaju hartanah.

5. Untuk itu, Tabung Haji membeli plot tanah di kawasan TRX daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta. Ini bersamaan dengan RM2,800 per kaki persegi. Mengikut penilaian bebas, harga pasaran tanah tersebut adalah RM330 juta. Jadi harga yang dibayar Tabung Haji boleh dianggap 'bargain'. Tetapi isunya bukan sama ada Tabung Haji membuat pelaburan dengan bijak ataupun tidak. Jauh sekali isunya tentang harga tanah tersebut.Sebaliknya ini berkisar tentang 1MDB.

6. 1MDB dikatakan sebagai agensi strategik pelaburan yang ditubuhkan untuk membangunkan industri strategik demi ekonomi negara. Apa yang strategiknya jika sekadar membeli tanah dari kerajaan pada harga yang murah dan kemudiannya menjual kepada GLC kerajaan pada harga pasaran?

7. 1MDB membeli plot tersebut pada harga RM4 juta (RM64 per kaki persegi) dan kemudiannya menjual kepada Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta (RM2,800 per kaki persegi)?

8. Mungkin ada kos yang telah dikeluarkan oleh 1MDB seperti membersihkan tanah, memasang pagar dan infrastruktur asas tetapi adakah kos-kos tersebut menelan belanja sebegitu banyak sehinggakan plot tanah tersebut dijual 40 kali ganda lebih tinggi?

9. Jika kerajaan bimbang tanah strategik itu jatuh ke tangan orang luar, mengapa 1MDB perlu menjual pada harga pasaran dan tidak pada harga asal?

10. Jika kerajaan boleh bermurah hati dengan menjual tanah tersebut begitu murah kepada 1MDB, apa kurangnya Tabung Haji di mata Kementerian Kewangan?

11. 1MDB membuat untung atas angin sebanyak RM184.5 juta dengan transaksi ini. Wang ini adalah jumlah bayaran yang sepatutnya diterima kerajaan jika kerajaan menjual tanah tersebut pada harga pasaran kepada 1MDB.

Sunday, May 17, 2015

Tan Sri Pandikar Letak Jawatan- Satu Salah Faham?

1. Mungkin berlaku salah faham, dan Tun Dr Mahathir tidak update apa yang berlaku, berkaitan "letak" jawatan Tan Sri Pandikar sebagai Speaker Dewan Rakyat.

2. Memang menurut sumber lebih setahun lalu, memang "peletakan jawatan" itu berlaku, namun, ianya tidak menjadi kenyataan, kerana " isu" yang menyelubungi atau latar belakang "perletakan jawatan" itu diselesaikan dengan sempurna.

3. Memang pada Mac 2015, hampir sebahagian persidangan Dewan Rakyat, Speaker tidak memimpin mesyuarat, kerana Speaker sedang bercuti. Mungkin keadaan ini, digunakan oleh pihak tertentu menasihati mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa speaker telah letak jawatan.

4. Bukan salah Tun Dr Mahathir, dan tiada penipuan dilakukan mantan Perdana menteri itu, hanya pihak-pihak tertentu yang memberi nasihat, menipu beliau. Oleh kerana tiada "update" berkaitan "perletakan jawatan" itu, maka pada satu forum di Ipoh pada Ahad, Tun Dr Mahathir, memberi jawapan pada satu pertanyaan, bahawa Speaker dewan rakyat pun "telah" berhenti.

Blog Archive