Friday, May 22, 2015

Disebalik Isu Perletakan Jawatan TS Pandikar

1. Kalau bukan kerana kenyataan Tun Dr Mahathir di Ipoh Perak pada 16 Mei lalu bahawa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia telah meletakkan jawatan, kemungkinan besar, tiada rakyat yang mengetahui bagaimana tersiksanya Speaker itu menjalankan tugasnya.

2. Melalui kenyataan mantan Perdana Menteri itu, akhirnya terdedah, bahawa speaker itu tidak mendapat penghormatan sesuai dengan tugasnya sebagai speaker, antara lain, pejabat speaker tidak mempunyai tandas sendiri, seperti mana dinyatakan oleh Pengerusi Penyokong Kerjaan- Tan Sri Sharir Samad, walaupun dinafikan oleh speaker itu sebagai asas peletakan jawatan beliau pada 18 Mac.

3. Sejak 7 tahun lalu, Pandikar menginginkan satu pengasingan antara kuasa eksekutif dan legislatif agar supaya institusi parlimen tidak dianggap sebagai "rubber stamp". Untuk mengelak persepsi itu, maka reform parlimen perlu dibuat antara lain, pemansuhan Menteri yang menjaga Parlimen.

4. Pandikar, salah seorang pemimpin yang teliti dalam membuat sebarang tindakan. Apabila satu tindakan dibuat, ertinya berbagai cara telah dilakukan secara perbincangan. Apabila semua perbincangan yang nampak dipersetujui, namun tidak juga berlaku, maka satu tindakan drastik perlu dilakukan, termasuklah meletakkan jawatan.

5. Pandikar, mahu melihat Parlimen merupakan satu institusi yang dihormati semua pihak, termasuklah sebarang isu yang dibincangkan, dibahas atau dikemukakan di sidang August itu, adalah perkara-perkara pokok dan utama untuk kepentingan negara dan rakyat, bukannya bersifat remeh termasuklah kepentingan individu atau parti.

6. Parlimen perlulah sebagai dulang kepada legistatif untuk dilaksanakan oleh pihak eksekutif, bukan sebaliknya.

7. Reform Parlimen, nampaknya bukan sahaja disambut baik oleh pihak pembangkang juga oleh pihak barisan nasional, perkara dilihat semasa sidang parlimen yang bermula pada isnin, pandikar mendapat pukul meja gemuruh daripada kedua belah pihak.

No comments:

Blog Archive