1. Mungkin berlaku salah faham, dan Tun Dr Mahathir tidak update apa yang berlaku, berkaitan "letak" jawatan Tan Sri Pandikar sebagai Speaker Dewan Rakyat.
2. Memang menurut sumber lebih setahun lalu, memang "peletakan jawatan" itu berlaku, namun, ianya tidak menjadi kenyataan, kerana " isu" yang menyelubungi atau latar belakang "perletakan jawatan" itu diselesaikan dengan sempurna.
3. Memang pada Mac 2015, hampir sebahagian persidangan Dewan Rakyat, Speaker tidak memimpin mesyuarat, kerana Speaker sedang bercuti. Mungkin keadaan ini, digunakan oleh pihak tertentu menasihati mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa speaker telah letak jawatan.
4. Bukan salah Tun Dr Mahathir, dan tiada penipuan dilakukan mantan Perdana menteri itu, hanya pihak-pihak tertentu yang memberi nasihat, menipu beliau. Oleh kerana tiada "update" berkaitan "perletakan jawatan" itu, maka pada satu forum di Ipoh pada Ahad, Tun Dr Mahathir, memberi jawapan pada satu pertanyaan, bahawa Speaker dewan rakyat pun "telah" berhenti.
3 comments:
jujurlah pada diri dan orang lain...jgn pusing dan alih kesalahan yang ada jelas depan mata.
mungkin pandika amin betul ada berjumpa tun, cuma letak jawtan je yg tak jadi..
Bagi saya memang ada pandikar jumpa mahathir. Ini dipetskui sendiri oleh pandikar.
Pandikar juga mengaku ada meluahkan rasa tidak puas hati di atas prosiding dewan rakyat yang selalu bawa isu2 remeh.
Malangnya isu berkenaan dengan perletakkan jawatan agak mengelirukan.
1. Naper pandikar mengadu pada mahathir atas isu2 yang beliau tak puas hati? Naper tak luahkan pada najib?
2. Naper mahathir berani mengeluarkan statement tersebut? Adakah mahathir menipu atau pandikar buat u turn?
Saya melihat najib ada sedikut keberanian cuba menjawab secara in blog and or online isu2 yang dipersoalkan. Malangnya jawapan "mere denials", tak menjawab secara terus seolah2 ada benda yang tak kena dan hendak disembunyikan.
Jangankan mahathir atau nazir yang tak puas hati, kesemua rakyat yzng inginkan jawapantak puas hati especially isu 1MDB. Oh ...tunggu pac atau ag blah.....blahh
Kalau najib berani sumpah di masjid pasal altantuya, buatlah sekali lagi untuk 1MDB.
Ingatlah najib dan penyokong2nya, melayu tetap akan hilang kuasa come pru14. No two way about it jika najib masih memimpin umno dan bn.
Maka ketika itu, kesalahan diletak atas mahathir, namun hakikatnya najib tak mahu mendengar nasihat orang tua yang dituduh nyanyuk.
Tun Razak membina umno untuk melayu islam, anaknya najib meruntuhkan umno.....buatlah pilihan anda sendiri.
Wallahuaklam
Post a Comment