1. Perbezaan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Tun Razak apabila diasak oleh Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan, didapati melalui sokongan Umno. Abdullah tidak mendapat sokongan Umno seperti mana diperolehi Najib.
2. Sebelum Pak Lah meletakkan jawatan Perdana Menteri pada 2 April 2009, Najib dan timbalan beliau sekarang Tan Sri Muhiyiddin sepasukan dengan Tun Mahathir dalam rangka meminta Pak Lah meletakkan jawatan.
3. Perancangan hanya tinggal perancangan. Perancangan politik, kononnya jika Pak Lah meletakkan jawatan, maka Umno dan Bn dapat dipulihkan. Sasaran pemulihan tersebut adalah melalui pilihan raya umum, dengan anggapan melalui nahkoda baru, UBN akan mendapat kembali penguasaannya di dewan rakyat, yakni kuasa 2/3.
4. Kita semua sudah tahu, pada PRU-13 yang diketuai Najib sebagai Perdana Menteri, perancangan mendapatkan kuasa 2/3 di dewan rakyat bagi UBN tidak tercapai, malah keputusan lebih buruk berbanding pencapaian Pak Lah, di mana kerusi UBN berkurang daripada 140 kepada 133, meskipun Umno menambah 9 kerusi daripada 79 kepada 88.
5. Tidak diketahui apa punca sebenar kegagalan UBN menambah kerusi, hanya berasaskan fakta, berlakunya tsunami cina, kerana parti-parti yang mewakili kaum itu hampir ranap.
6. Najib dan Muhiyiddin dengan sokongan Tun berdepan dengan PRU-13 tanpa isu yang signifikan, hanya isu post PRU-12, iaitu tsunami cina.
7. UBN mengharungi PRU-13 dengan berbagai polisi yang mesra rakyat antaranya pemberian BR1M, sementara dalam politik, Umno berada dalam landasan yang kokoh, kerana tidak terdapatnya perbalahan antara mana-mana pihak dalam parti tersebut.
8. Pun demikian, UBN gagal mendapat sokongan rakyat untuk mengembalikan kuasa 2/3 di dewan rakyat, malah kehilangan undi popular.
9. Meskipun kehilangan undi popular, namun sistem domokrasi berparlimen negara pemenang dilihat pada jumlah kerusi.
10. Walaupun UBN kehilangan undi popular, namun masih lega, kerana dapat menawan Kedah dan mempertahankan Perak yang jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-12 (walaupun kembali ke pangkuan UBN kurang setahun selepas PRU tersebut, akibat keluarnya 1 ADUN DAP dan 2 ADUN PKR yang mengistiharkan kedudukan mereka ADUN mesra UBN).
11. Sehingga pemebentukan kerajaan Persekutuan pada Mei 2013, tiada tanda-tanda bahawa kerajaan yang dipimpin Najib mendapat sanggahan daripada Tun Mahathir, kecuali kenyataan-kenyataan mantan PM tersebut berkaitan dengan BRIM, dan GST di mana pada masa itu masih belum dilaksanakan.
12. Meledaknya sanggahan Tun M terhadap kepimpinan Najib, apabila 1MDB gagal memenuhi obligasi membayar hutang tepat masanya. Selain itu, keputusan mahkamah kes Altantuya Shaaribu, di mana dua anggota polis didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati.
13. Rentetan dua peristiwa tersebut, Tun M menulis di blog beliau chedet.cc, mengumumkan beliau menarik balik sokongan terhadap Najib. Alasan yang diberikan, bahawa Perdana Menteri itu, tidak menerima nasihat atau teguran.
14. Berkembanglah kritikan Tun M selepas itu, dan perkara utama yang kerap diwar-warkan adalah berkaitan dengan 1MDB.
15. Umum kini mengetahui, bahawa isu 1MDB dijadikan faktor utama oleh Tun M mendesak agar supaya Najib meletakkan jawatan.
16. Menjawab desakan tersebut (meletakkan jawatan)- Najib berkata TIDAK, kerana beliau masih mendapat sokongan Umno dan rakyat.
17. Kenyataan Najib itu mempunyai kebenaran, apabila tidak kurang 150 Bahagian Umno seluruh negara membuat pendirian, berdiri teguh di belakang beliau. Alasan para pemimpin Umno, mereka ingin memberi peluang kepada Najib menyelesaikan isu 1MDB, sama dengan memberi peluang kepada Tun M menyelesaikan isu Perwaja dan Raja-Raja Melayu semasa mantan PM itu berjawatan Perdana Menteri.
18. Umno tidak mahu mengulangi kesilapan apabila meminta Pak Lah meletakkan jawatan, sedangkan desakan itu, tidak pun mengembalikan kuasa UBN seperti mana anggapan atau alasan yang diberikan ketika mendesak PM ke-5 itu meletakkan jawatan.
13 comments:
bro..satu soalan? apakah pandangan org berdarah UMNO pada isu kesan persepsi dan sokongan rakyat Malaysia pada perbalahan Tun vs Jibby?adakah nampak majoriti rakyat bersama Tun?sbb kalau sibuk cr sokongan dlm UMNO/BN tp rakyat tidak mnyokong bila PRU umno yg bungkuh..siapa yg BODOH??
Sepatut nya dan pecen duduk diam..jgn timbulkan masalah.semua irg ada cara nya..cara irg prcen udah lepas..nak cakap fasal kepincangan..sesiapa yg ada diatas semua nya adkan ada masalah..mereka bukan malaikat....lihat disgor dan pulau pinang..apa keuntungan nya melayu dan islam mendapat nya...walau apa pun kalu kita rasakan negara ini ingin ditadbir olih dan islam..bersatulah demi banasa, agama dan negara..jgn esok anak cucu berputih mata..saya bukan ahli mana mana parti..undi tetap rahsia...sya mahukan melayu dan islam kekal merajui negara ini...kalau suadah menjadi arang dan abu apa guna nya lagi...ya, sekarang kita kutuk org itu dan ini..ingat kita bukan ahli politik dan beryanding..kita hanua memilih..tersalah pilih padah nya bukan sehari...tapi menerusi bebrapa generasi...jadi pada saya dabagai rakyat kita mereka yg meminpin dgn cara positive..jgn jatuhkan bangsa sendiri..yg kita tentang melayu yg tidak mempunyai semangat kebangsaan..
terbaik tuan.
Persepsi Najib pada mata Rakyat sudah hancur. Rakyat sudah tidak lagi mempercayai Najib, terlampau banyak persepsi buruk dikeliling Najib.
UMNO harus bijak, Jika tiadak PRU14 adalah yang terakhir buat BN.
Najib pemimpin boros..
Semua keluar dari mulut n janji tentang $$
Sini 5 juta ... Sana 10 juta..
Sini 1 billion... Sana 5 billion..
Berapa sgt manafaat yg dpt utk rakyat khususnya bumiputra.
Lebih bnyk kn program memperkasakan ekonomi utk Melayu. Dari segi bantuan kemahiran & pinjaman kewangan.
Hapuskan monopoli bangsa dlm menguasaai sektor perniagaan.
Ketua-ketua UMNO masih tidak faham atau mereka sudah tidak peduli dengan keadaan parti dan negara.
Dalam isu Perwaja Steel, bukannya ada kehilangan wang, syarikat itu rugi sebab kaedah pengurusan, kaedah operasi yang tidak menguntungkan pasa masa itu. Tidak ada kejadian besi dibeli dengan harga yang lebih mahal dari harga pasaran dari syarikat tertentu sebagaimana 1MDB membeli stesen janakuasa elektrik dengan harga yang berlipat kali ganda seperti Genting Sanyen, harga sebenar RM 400 juta, tapi 1MDB beli dengan harga RM 2.3 bilion, lepas beli, Genting yang merupakan pemilik Genting Sanyen sebelum ini dengan tidak semena-mena memberikan 'sumbangan' sebanyak RM 35 juta kepada Yayasan Rakyat 1 Malaysia yang ada kaitan dengan Najib. Dalam isu Perwaja Steel, tak ada pun kegiatan seperti yang berlaku dalam 1MDB dan urusniaganya sekarang ini.
Malahan dalam isu imuniti raja-raja, tindakan Tun Dr. Mahathir adalah betul, Tun Dr. Mahathir bertindak atas prinsip keadilan di mana sebelum imuniti raja-raja dihadkan, raja-raja bebas buat apa, tak boleh bawa ke mahkamah, tetapi bila ada had untuk imuniti, raja-raja sendiri tertakluk kepada undang-undang selaras dengan syariat Islam yang tidak membezakan darjat dan pangkat dalan isu undang-undang.
Isu 1MDB adalah sangat berlainan dengan isu yang berlaku di zaman Tun Dr. Mahathir, di zaman Tun Dr. Mahathir, berlaku kerugian kepada syarikat negara, berlaku kerugian dalam urusniag kerajaan, tetapi kerugian itu diketahui sebabnya, bukannya suka-suka bagi rugi, sebabnya untuk kepentingan negara seperti urusniaga di Pasaran Timah London, tujuan kerajaan adalah untuk menyelamatkan para pelombong kecil, para pekerja lombong yang begitu terjejas akibat kejatuhan harga timah dengan melampau, wang yang rugi itu tidak diselewengkan ke mana-mana pun.
Jadi harapnya ketua-ketua bahagian UMNO sedar dah faham dengan apa yang sebenarnya berlaku, jangan menjadi penyokong membawa rebah kepada parti pula.
Jika ketua-ketua UMNO itu masih berdegil nak menyelindungkan kesalahan Najib yang melakukan penyelewengan itu, teruskan, ingatlah rakyat akan ingat akan muka ketua-ketua bahagian UMNO itu terutama yang berstatus menteri besar, menteri-menteri, timbalan menteri, exco, muka-muka inilah yang akan disenarai hitamkan oleh pengundi dalam PRU 14 jika mereka dipilih sebagai calon, kerana bersekongkol melingkupkan negara, buat apa pilih rakan subahat penyamun sebagai wakil rakyat, lebih baik tak payah ada wakil rakyat pun tak apa dari pilih rakan subahat penyamun sebagai wakil rakyat.
Ketua-ketua bahagian UMNO perlu sedar dah faham, mereka sendiri tak tahu dengan jelas mengenai 1MDB, mereka hanya menjadi penyokong membuta tuli terhadap Najib kerana takut tidak dicalonkan dalam PRU 14, tapi kalau menyokong salah laku Najib, biarkan dicalonkan dengan kertas dari emas pun dalam PRU 14, rakyat akan menolak kepimpinan keji sebegini.
Najib diberi masa oleh ketua-ketua UMNO ini dengan alasan untuk memulihkan dan menstrukturkan semula operasi 1MDB, tetapi apa yang Najib dan kuncu-kuncunya buat adalah dengan menggunakan GLC, badan berkanun yang ada wang untuk bayar hutang 1MDB tetapi 1MDB sendiri tak dapat dipulihkan kerana terlalu banyak penyelewengan di dalam 1MDB hinggakan berlaku kehilangan wang berjumlah sekurang-kurangya RM 27 bilion, nak cover macam mana lagi, sekarang ni 1MDB nak biaya pengurusannya pun tak mampu, nak biaya pengurusan operasi apatah lagi, wang sudah kering kontang, ada pelaburan dari Aabar Group sebanyak USD 1 bilion, tapi USD 975 juta digunakan untuk bayar hutang bersamaan 97.5 peratus pelaburan dari Aabar Group itu, kemudian hanya ada baki 2.5% bersamaan USD 25 juta untuk pelaburan semula, macam mana 1MDB nak buat untung dan bayar keuntungan kepada Aabar Group dengan jumlah yang kecil itu? Malahan 1MDB nak buat apa dengan jumlah sedemikan dan macam mana nak dapat untung?
Ketua-ketua bahagian UMNO yang kononnya faham sangat dengan isu 1MDB ini sebenar mereka sendiri tak faham, samada Najib memberikan maklumat palsu, atau pun mereka tak diterangkan apa-apa cuma diberi kata dua oleh Najib samada menyokong Najib dan dapat jadi calon dalam PRU 14 atau menentang Najib dan akan disenarai hitamkan oleh Najib dari jadi calon PRU 14 dalam perjumpaan Najib dan 154 ketua bahagian UMNO sebelum ini.
Sekarang ini sekumpulan pemegang saham minoriti dalam Tanjong Plc telah membuat laporan polis, salah sebuah syarikat yang telah terlibat dengan urusniaga dengan 1MDB terutama melibatkan RM 2 bilion yang kononnya didermakan oleh Ananda Krishnan kepada 1MDB kemudiannya kononnya Tanjong Plc melanggan ekuiti di dalam Powertek Investment Holding Sdn. Bhd. sedangkan sebelum itu Tanjong Plc telah jualkan Powertek kepada 1MDB, lepas jual kemudian langgan saham berjumlah RM 2 bilion, apa kejadahnya semua ini?
Sekarang pihak pemegang saham minoriti menuntut supaya diadakan audit forensik terhadap urusniaga Tanjong Plc yang meragukan termasuklah dengan 1MDB sendiri kerana kepentingan para pemegang saham minoriti diperkotak katikkan sedemikian rupa.
Kita lihat, satu persatu terbongkar, lepas ini audit forensik akan dibuat oleh firma perakaunan antarabangsa, lepas ini akan terbongkarlah pasal RM 2 bilion itu, malahan entah apalah lagi yang kita tak tahu yang akan terbongkar kelak.
Sama-samalah kita nantikan.
Anon 1705, Kalau benar kata kau mana buktinya. Jngn cakap je ini fitnah namanya macam macai PR sentiasa nipu, bohong dan spin cerita sana sini. Lain pada tu, eluk baca fasal perasugut Petro Saudi oleh bekas kakitangannya yg dipecat. Ini menunjukkan sebahagian isu 1MDB yg dijaja serawak report, Rafizi, Tony Phua dan TDM adalah x betul dan fitnah.
Setuju dengan kenyataan:
Ketua-ketua UMNO masih tidak faham atau mereka sudah tidak peduli dengan keadaan parti dan negara.
Dalam isu Perwaja Steel, bukannya ada kehilangan wang, syarikat itu rugi sebab kaedah pengurusan, kaedah operasi yang tidak menguntungkan pasa masa itu. Tidak ada kejadian besi dibeli dengan harga yang lebih mahal dari harga pasaran dari syarikat tertentu sebagaimana 1MDB membeli stesen janakuasa elektrik dengan harga yang berlipat kali ganda seperti Genting Sanyen, harga sebenar RM 400 juta, tapi 1MDB beli dengan harga RM 2.3 bilion, lepas beli, Genting yang merupakan pemilik Genting Sanyen sebelum ini dengan tidak semena-mena memberikan 'sumbangan' sebanyak RM 35 juta kepada Yayasan Rakyat 1 Malaysia yang ada kaitan dengan Najib. Dalam isu Perwaja Steel, tak ada pun kegiatan seperti yang berlaku dalam 1MDB dan urusniaganya sekarang ini.
Malahan dalam isu imuniti raja-raja, tindakan Tun Dr. Mahathir adalah betul, Tun Dr. Mahathir bertindak atas prinsip keadilan di mana sebelum imuniti raja-raja dihadkan, raja-raja bebas buat apa, tak boleh bawa ke mahkamah, tetapi bila ada had untuk imuniti, raja-raja sendiri tertakluk kepada undang-undang selaras dengan syariat Islam yang tidak membezakan darjat dan pangkat dalan isu undang-undang.
Isu 1MDB adalah sangat berlainan dengan isu yang berlaku di zaman Tun Dr. Mahathir, di zaman Tun Dr. Mahathir, berlaku kerugian kepada syarikat negara, berlaku kerugian dalam urusniag kerajaan, tetapi kerugian itu diketahui sebabnya, bukannya suka-suka bagi rugi, sebabnya untuk kepentingan negara seperti urusniaga di Pasaran Timah London, tujuan kerajaan adalah untuk menyelamatkan para pelombong kecil, para pekerja lombong yang begitu terjejas akibat kejatuhan harga timah dengan melampau, wang yang rugi itu tidak diselewengkan ke mana-mana pun.
Jadi harapnya ketua-ketua bahagian UMNO sedar dah faham dengan apa yang sebenarnya berlaku, jangan menjadi penyokong membawa rebah kepada parti pula.
Setuju dengan kenyataan:
Jika ketua-ketua UMNO itu masih berdegil nak menyelindungkan kesalahan Najib yang melakukan penyelewengan itu, teruskan, ingatlah rakyat akan ingat akan muka ketua-ketua bahagian UMNO itu terutama yang berstatus menteri besar, menteri-menteri, timbalan menteri, exco, muka-muka inilah yang akan disenarai hitamkan oleh pengundi dalam PRU 14 jika mereka dipilih sebagai calon, kerana bersekongkol melingkupkan negara, buat apa pilih rakan subahat penyamun sebagai wakil rakyat, lebih baik tak payah ada wakil rakyat pun tak apa dari pilih rakan subahat penyamun sebagai wakil rakyat.
Manalah ada penyelewengan? Kau ni tuduh tanpa bukti, ikut sedap kau aje anon 725. Cuba kalau kau pulak orang tuduh apa kau rasa? Fitnah dajal usah percaya.
Post a Comment