Friday, January 28, 2011

Skandal Normala terbongkar sudah

Salam 1 Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia khusunya pengundi pengundi di Dun Tenang Johor. Sudah 2 hari berturut turut Gomo keluarkan kenyataan Temubual Gomo dan rakan Blogger yang lain dengan para penduduk di Dun Tenang, Felcra Sekijang dan Felcra Kemelah yang merangkumi peneroka, Guru, Pekedai dan jiran tetangga Keluarga Normala KFC.

Hari ini Gomo nak dedahkan pula mengenai Peribadi Calon PAS Normala KFC yang semua sudah mengatahui bahawa Beliau Normala KFC merupakan BEKAS Isteri Kepada seorang pekerja Makanan Segera.

Sebelum itu Gomo ingin berpesan kepada pembaca bahawa apa yang Gomo keluarkan ini bukanlah berniat Jahat terhadap Normala KFC mahupun Keluarganya ataupun Bekas suaminya itu. Namun para pengundi di Dun Tenang perlu mengetahui Latar Belakang Calon bagi membuat keputusan memilih Yang Berhormat yang paling bersih dari segala sudut!!!

Harus juga di ingat Bukan Kami yang memulakan serangan peribadi terhadap Calon PAS tetapi Salahuddin Ayob Naib Presiden PAS lah yang memulakan serangan Peribadi calon BN dengan dakwaan FITNAH Calon BN Merompak Tanah Rakyat.

Ini Ceritanya......

Normala KFC pada 13 tahun yang lalu telah pun bernikah dengan seorang Lelaki yang bernama Abdul Rahman Nordin yang kini lebih dekenali dengan nama Bang Haji. Suami pertama Normala KFC ini merupakan seorang pekerja di Marrybrown JB pada waktu itu. Normala pada waktu ini hanya merupakan Guru Sandaran.

Sejuruh Pernikahan Normala dan Abdul Rahman, Normala telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang hasil dari usaha Bapa nya yang bertungkus lumus meminta bantuan UMNO untuk melayakkan Normala ke Maktab.

Sejurus Normala Sampai di Maktab dan menimba Ilmu lebih kurang 3 bulan selepas itu Beliau telah meminta CERAI dari Suaminya Abdul Rahman hanya melalui panggilan talifon dan Penceraian tersebut di bawa ke Mahkamah Syariah.

Dalam Proses 3 bulan pertama Normala Sudirman ini di Maktab rupa rupanya beliau yang waktu itu merupakan Isteri yang SAH dengan Abdul Rahman telah bermain KAYU TIGA bila bercinta dan berkasih kasihan dengan Maarof Abdul Talib yang juga merupakan penuntut di Maktab perguruan tersebut.

Penceraian antara Normala dan Abdul Rahman ini tidak di ketahui oleh penduduk Felcra Sekijang kerana isu berkenaan di diamkan oleh Normala dan keluarganya.

Menurut rakan sekuliah Normala sewaktu di Maktab, Normala berkenalan dengan Maarof ini dan sering keluar bersama sama dan pada waktu ini juga ramai rakan sekuliah yang tidak mengetahui bahawa Normala waktu itu sudah Bernikah dan merupakan Isteri orang.

Cinta 3 Segi merupakan penyebab kepada penceraian Normala dan Abdul Rahman dan salah satu faktor yang menyebabkan Normala Sudirman bermain Kayu Tiga adalah kerana pandangan HINA nya ke atas Suaminya yang hanya merupakan pekerja di Marrybrown yang di labelkan tidak berkedudukan dan mempunyai masa hadapan yang tidak menentu.

Untuk makluman Normala Sudirman Bekas suaminya yang pertama itu sekarang sudah berjawatan Manager di sebuah KFC bertempat di Lembah Klang. Jika dahulu Normala menghina bekas suaminya itu kerana tidak berjawatan namun kini Beliau Abdul Rahman sudah berjawatan besar dan menjadi Manager KFC yang Suksess.

Emmm Setakat itu pendedahan peribadi Calon PAS Normala KFC. Gomo nak ingatkan kepada para pengundi di Dun Tenang bahawa Normala KFC ini bukanlah seorang wanita yang layak menjadi Pemimpin kerana latar belakangnya yang tidak menentu dan mempunyai Rekod Pernikahan, Percintaan yang memalukan Keluarganya sendiri.

Boleh di tanya kepada penduduk Felcra Sekijang akan peribadi Normala ini yang tidak bercampur gaul dengan masyarakat.

Buat Normala KFC, Jangan di HINA pekerja Makanan Segara kerana setiap kerja yang di lakukan adalah mencari Rezeki yang Halal buat keluarga. Jangan di HINA pekerja Makanan Segera walaupun mereka tidak sepopular kerjaya Guru. Jangan di HINA pekerja Makanan Segera kerana mereka juga manusia yang hidup mencari Nafkah dalam meneruskan kehidupan.

Buat Salahuddin Ayob Pengarah Jentera PAS bagi PRK Tenang ini Gomo nak ingatkan anda bahawa serangan Peribadi Calon adalah di mulakan oleh anda semua. Kami tidak memulakan serangan peribadi Calon dan di harap Redo dengan TERBONGKAR nya cerita Normala KFC ini yang BERMAIN KAYU TIGA membelakangkan Suaminya dan MengHINA pekerja Makanan Segera.


Malam ini tepat jam 9 Malam GOMO sekali lagi akan membongkarkan Bagaimana Normala KFC Layak masuk ke Maktab Perguruan walaupun Normala KFC hanya berkelayakkan SPM tahap SRP.

MALAM INI TEPAT JAM 9 MALAM NANTIKAN NYA.......... Daripada Bloger PAPAGOMO.

No comments:

Blog Archive