Showing posts with label Musa Aman Vs LDP-Sabah. Show all posts
Showing posts with label Musa Aman Vs LDP-Sabah. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Timbalan Presiden LDP ulangi serangan terhadap Musa Aman

SANGAT ketara bahawa pergeseran antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dengan Timbalan Presiden LDP Senator Datuk Chin Su Phin semakin kusut, apabila Timbalan Presiden LDP itu membangkitkan semula tiga isu utama yang ada hubungkait dengan Musa Aman.

Semasa merasmikan Persidangan Pemuda dan Wanita LDP yang ke-22 bertempat di SM Yu Yuen, Batu 4 Bandar Sandakan, Chin mengulangi isu pembangunan Dewa Laut (MAZU) di Kudat Sabah, isu ucapan wakil Rakyat Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh di Parlimen yang berkaitan dengan hasrat Parti Gerakan bertanding di Sabah dan isu rampasan wang bernilai Sin 16 juta yang dirampas di Hong Kong melalui Micheal Chia, semasa PRK Pematang Pauh pada tahun 2008.

Chin menyifatkan akibat pembatalan pembangunan Mazu di Kudat itu, mengakibatkan mantan Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat meletakkan jawatan daripada kabinet Negeri Sabah. Berkaitan dengan isu MAZU juga, Timbalan Presiden LDP pernah menyatakan bahawa parti LDP sukar berkerjasama dengan Musa. Ekoran kenyataan Chin itu, Naib Presiden LDP, Peter Pang yang pada masa itu merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah kuota kaum cina meninggalkan LDP.

Isu Datuk Abdul Ghapur pula, Chin mempersoalkan kenapa begitu cepat, Musa memberi ulasan, bahawa kenyataan Ghapur mendesak DS Najib agar tidak memberi peluang kepada Gerakan bertanding di Sabah, kerana parti itu hanya akan menjadi liabilti kepada BN; adalah pendapat peribadi. Namun kenyataannya, kenyataan Ghapur itu bukanlah pendapat peribadi, kerana selain Ghapur, AMT Umno, Lajim Okin, mantan MP Libaran Datuk Akhbarkan, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup juga sependapat dengan wakil rakyat Kalabakan itu.

Isu ketiga yang dibangkitkan Chin adalah isu rampasan wang Sin 16 juta pada tahun 2008 oleh kastam Hong Kong melalui seorang proksi Musa, Micheal Chia. Timbalan Presiden itu, menggesa agar pihak SPRM mempercepat siastan terhadap rampasan wang itu, demi membersihkan nama Musa sebagai Ketua BN negeri Sabah.

Isu-isu yang dibangkitkan Chin tersebut, perlu diperbetulkan oleh pucuk pimpinan Parti BN, sebelum PRU-13, kerana isu-isu ini akan terus berkisar di kalangan akar umbi LDP dan juga rakyat atas pagar. Selain itu, jika isu tidak diselesaikan dengan cepat, takut-takut dimanipulasi oleh pihak pembangkang, dan pada giliranya akan memberi impak negatif kepada gabungan 12 parti itu.

Apa kah Tan Sri Muhiyiddin akan mengambil kira pergeseran antara Musa dan Chin semasa berucap merasmikan persidangaan Agung ke-22 parti itu esok, sama-sama kita tunggu.

Sunday, October 23, 2011

UMNO Sabah-Perlu hormati perkongsian kuasa: VK Liew

PERKONGSIAN kuasa antara parti-parti komponen BN Sabah pada mulanya berjalan lancar, namun akibat perubahan situasi politik di negeri itu,maka perkongsian itu, menjadi pincang dan tercemar.

Perkongsian kuasa berubah, pertama apabila Tun Abdullah Badawi menghapuskan sistem pengelirian Ketua Menteri, janji BN pada PRU 1994. Walaupun BN belum menumbangkan PBS pada PRU itu, namun salah satu faktor menyebabkan PBS kehilangan kuasa kerana faktor penggiliran kuasa itu.

Selepas sahaja BN-Sabah mengambil alih tampuk kerajaan negeri, maka komponen-komponen utama parti itu, telah diberi peluang menjadi ketua Menteri; yang terdiri daripada Ketua Menteri mewakili bumiputera islam, bukan islam dan kaum cina.

Selama sistem penggiliran itu, empat Ketua Menteri daripada bumiputera islam sempat dilantik, dua daripada kaum cina dan satu daripada bumiputera bukan islam.

Namun demikian penggiliran Ketua Menteri dihapuskan pada tahun 2003, apabila Tun Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir.

Pada PRU-2004, Sabah terus melantik ketua Menteri daripada Umno, dengan tiga Timbalan Ketua Menteri; masing-masing seorang daripada Umno, PBS dan SAPP.

Kedudukkan itu tidak berubah selepas PRU-12 (2008), pemimpin yang sama mengekalkan jawatan masing-masing; sehinggalah parti komponen BN-SAPP keluar daripada BN, kerana hilang keyakinan kepada Tun Abdullah.

Selepas SAPP keluar BN pada 17 September, 2008 sehari selepas negara menyambut kemerdekaan yang ke-45; salah seorang pemimpin itu terperangkap dengan situasi itu. Pemimpin yang dimaksudkan adalah Timbalan Presiden SAPP-Datuk Raymond Tan dimana pada masa itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina.

Berbulan-bulan Raymond Tan memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, walaupun partinya telah keluar daripada BN. Disebabkan sayang dengan jawatannya, maka mantan pemimpin itu mengistiharkan dirinya keluar daripada SAPP,dan menjadi ADUN bebas dalam DUN Sabah.Pun demikian, Raymond Tan tidak dilucutkan daripada jawatan Timbalan ketua Menteri Sabah.

Akibat desakkan daripada komponen parti BN Sabah, terutama LDP, maka jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina diberikan kepada Naib Presiden LDP, Datuk Peter Pang. Pun demikian, kedudukkan Peter Pang tidak kekal lama sebagai Timbalan Ketua Menteri, kerana ADUN Karamunting itu, keluar daripada LDP, kerana menyebelahi Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, dalam isu perbezaan pendapat antara Timbalan Presiden LDP mengenai isu pembatalan Topikong Mazu di Kudat Sabah.

Selepas Peter keluar daripada LDP,jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah kuota kaum cina diberikan kepada Timbalan Presiden PBS- Datuk Yee Moh Chai. Melalui perlantikan itu, sejarah telah tercatat, bahawa untuk pertama kalinya dalam kabinet Sabah, dianggotai oleh Timbalan Ketua Menteri daripada parti yang sama.

Perlu diingat, Parti PBS hanya meyertai semula BN-Sabah pada tahun 2002, semasa Tan Sri Chong Kah Kiat masih Ketua Menteri Sabah dalam sistem pengiliran Ketua Menteri.

Untuk mengimbas kembali, Parti Komponen BN Sabah yang tertua adalah Umno-LDP dan AKAR( AKAR pimpinan TS Pandikar telahpun dibubarkan).

Gandingan Umno-LDP-AKAR telah bertanding pada PRU-1990, namun masih gagal menumbangkan parti PBS, demikian juga pada PRU-1994, tiga gabungan parti itu, masih gagal memerintah; walaupun pada tahun itu juga PBS kehilangan kuasa akibat dua orang ADUNnya melompat ke parti Umno. Berikutan terbentuknya kerajaan BN, maka serpihan pemimpin PBS seperti Datuk Yong Teck Lee keluar daripada PBS untuk menubuhkan SAPP, Tan Sri Bernard G Dompok menubuhkan PDS (kini UPKO) dan Tan Sri Joseph Kurup menubuhkan PBRS dan bergabung dengan BN-Sabah.

Parti-parti seriphan PBS tersebut, tidak menyerlah pada PRU-1999, sehingga Presidennya pun, pada masa itu menjawat jawatan Ketua Menteri, kalah di DUN Moyog. Boleh dikatakan, majoriti pemimpin seriphan PBS itu kecundang di tangan calon-calon PBS pada PRU-1999; kecuali SAPP pimpinan Yong Teck Lee.

Pada PRU-1999, hanya para calon daripada Umno-LDP dan AKAR serta SAPP yang berjaya menyumbang kerusi kepada BN-Sabah untuk membolehkan gabungan itu memerintah Sabah.

Pada PRU-2004, BN Sabah diterjaui oleh Datuk Musa Aman, selepas dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Penguasaan BN cukup mnyerlah, kerana tiada lagi calon-calon pembangkang yang kuat. Pada PRU itu, hanya dua kerusi terlepas daripada tangan BN, yaitu kerusi parlimen Sandakan dan DUN Kuala Penyu.

Persetasi BN Sabah terus menyerlah pada PRU-2008; di mana pada PRU itu berlakunya tsunami politik di Semenanjung, terutama parti-parti komponen yang berasaskan kaum cina dan india.

Pada PRU-12, BN menyaksikan semua presiden parti Komponen yang berasaskan bukan melayu di Semenanjung; kalah, kecuali presiden MCA, kerana bertanding di Johor, kubu kuat BN. Namun bagi Sabah, semua komponen parti yang berasaskan kaum cina menang, termasuk merampas kerusi Parlimen daripada bebas melalui Presiden LDP, Datuk VK Liew. Manakala, parti yang ada calonnya kalah adalah PBS, satu di Parlimen Kota Kinabalu dan satu ADUN, kedua-duanya kepada DAP.

Melihat prestasi calon-calon BN Sabah pada PRU-12, hanya calon-calon PBS yang mendapat tantangan hebat, malah beberapa kawasan yang dimenangi PBS, jumlah undi pembangkang jauh lebih banyak berbanding undi yang diperoleh calon PBS yang mewakili BN. Sebagai contoh: DUN Inanam; BN 5,979, undi gabungan pembangkang 7,353; Likas, BN 4,097, gabungan pembangkang 5,305- namun yang pelik juga kawasan majoriti KDM-Bingkor, undi BN melalui PBS hanya menang majoriti 171 undi.

Disebabkan Parti PBS mempunyai kerusi terbanyak kedua selepas UMNO,maka jawatan-jawatan penting diserahkan kepada parti itu, termasuk Kementerian Infrastrutur yang disandang Presiden Parti- Tan Sri Pairin Kitingan yang juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Kuota bumiputera bukan islam.

Dari segi pengertian dan persefahaman komponen-kompnen parti dalam BN, PBS mewakili kaum Kadazan Dusun Murut, bukannya kaum cina. Manakala yang mewakili kaum cina adalah LDP, MCA dan Gerakan. Namun, pengertian itu bercelaru, apabila wakil rakyat daripada PBS dilantik sebagai TKM mewakili kaum cina.

Perlantikkan TKM daripada PBS itulah yang melukai perasaan para pemimpin komponen BN daripada kaum cina, terutama para pemimpin LDP.

Berasaskan kepada keadaan itulah, Presiden LDP-Datuk VK Liew mendesak agar persefahman dalam kontek BN diperbetulkan semula. Menurut Presiden LDP itu, disebabkan nila setitik, maka mengakibatkan kerosakan persefahman dalam konsep perkomgsian kuasa yang dipersetujui selama ini.

Pendapat VK juga selari dengan pendapat dua pemimpin utama Umno Sabah- Datuk Abdul Ghapur Salleh, kini wakil rakyat Kalabakan, mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, mantan menteri Kewangan Sabah, dan kini ketua Bahagian Umno, Kalabakan. Ghapur adalah pemimpin akar umbi yang menyuarakan kebimbangannya terhadap perkongsian kuasa yang tercemar itu.

Selain itu, Datuk Lajim Ukin, maskot pemerintahan BN Sabah pada tahun 1994, menyuarakan sokongan kepada pendapat Ghapur, kerana menurut Lajim, jika ianya berterusan, maka akan merosak keharmonian hubungan antara komponen parti BN Sabah, yang dianggap sebagai simpanan Tetap BN pada PRU-13.

Malah ramai pemimpin UMNO sendiri, berkata perlantikkan Yee Moh Chai, mengekalkan dua ADUN lompat dalam kabinet negeri dimana parti yang diwakili mereka adalah parti yang telah ditolak oleh pengundi di tempat asalnya, termasuk Presidennya kalah teruk pada PRU-12 lalu; sepatutnya tidak berlaku, namun mereka juga menghormati Ketua Menteri Sabah, Musa Aman; bahawa kuasa melantik ke jawatan anggota kabinet adalah kuasa mutlak Ketua Menteri.

AYT difahamkan bahawa pada Kongress LDP yang ke-22 pada 30 Oktober ini di Sandakan, para perwakilan parti itu akan membuat resolusi agar supaya perkongsian kuasa dalam komponen parti BN terutama dalam perlantikkan jawatan-jawatan politik senantiasa dipatuhi.

Sunday, June 05, 2011

Musa Aman terperangkap dengan permainannya sendiri

Pergerakan buah catur yang salah, memerangkap Musa Aman, dalam politik negeri Sabah.

Musa bertindak apabila Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin mengeluarkan kenyataan di mana, LDP tidak dapat lagi berkerjasama dengan Musa Aman (bukan BN; berasaskan kepada kenyataannya itu, maka Musa bertindak apabila melantik Yee Moh Chai daripada PBS sebagai Timbalan Ketua Menteri mewakili kaum cina; meskipun PBS bukan mewakili kaum cina dalam konsep BN.
Tujuan Musa, agar supaya LDP marah dan akan keluar BN, sepertimana tindakan Presiden SAPP Yong Teck Lee.

Musa tersilap, kerana Presiden LDP Datuk VK Liew terbaca pergerakkan itu; dan seterusnya mempergunakan pergerakkan Musa yang silap itu untuk memerangkap Musa sendiri.

Parti LDP mempunnyai kerusi satu Parlimen dan tiga DUN. Kawasan Parlimen yang dimenangi LDP adalah kawasan pembangkang; maknanya bukan kawasan selamat pada PRU-12 lalu, pun demikian LDP mampu merampas kawasan itu, melalui Presiden LDP-Datuk VK Liew.

Sokongan terhadap LDP terutama daripada kaum cina terbukti melalui PRK Batu Sapi, tahun lalu, sokongan kaum cina memberikan kemenangan mutlak kepada calon PBS Linda Tsen, dengan majoriti yang meningkat.

Selepas pergerakan silap yang dilakukan oleh Musa, pertama mempertahankan Raymond Tan dalam kabinet selepas keluar daripada SAPP dan masuk gerakan dan kedua mempertahankan Peter Phang selepas keluar LDP dan masuk Gerakan.

Walaupun Parti Gerakan tidak bertanding dalam PRU-12 lalu, kini dengan mudah mendapat dua jawatan menteri dalam kabinet Musa.

Kesilapan ketiga Musa, apabila melantik Yee Moh Chai sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, mewakili kaum cina.

Melihat kepada kesilapan-keslipan tersebut, puncuk pimpinan BN pusat, melihatnya sebagai liabilti kepada imej BN secara sekeseluruhan, atas sebab itu- DS Najib melantik Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin sebagai seorang senator dan telahpun mengangkat sumpah hujung bulan lalu.

Selain itu, DS Najib melihat kepada tindak tanduk Musa dalam penggantian Ketua Pemuda Umno Sabah, atas sebab itu memberi lampu hijau kepada Ketua Pemuda Umno-Khairy Jamluddin untuk mendedahkan "perang dingin" antara Musa dan Naib Presiden Umno- Datuk Mohd Safie Apdal.

Perang dingin yang berlaku ini, apa lagi diperkuat dengan pendedahan Khairy, membuatkan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Salleh Tun Said, terpaksa membuat penafian; tujuannya untuk meredakan keadaan.

Namun, penafian Datuk Salleh itu, bukan sahaja mengiakan keadaan sebenar yang berlaku dalam Umno negeri; juga membongkar kelibat Musa dalam pengurusan parti di Sabah.

Kembali kepada perteligkahan antara LDP dan Musa, DS Najib melihat kehadiran LDP merupakan aset kepada BN, kerana imej Presidennya yang bersih. Imej itu, dapat membantu kerajaan Najib dalam penghapusan rasuah.

Sebenarnya, pemenang antara pertelingahan antara LDP dan Musa adalah LDP, kerana akibat tindakan "acah" LDP, Musa tersalah gerak buah caturnya.

Apa kah Musa akan menerajui BN Sabah pada PRU-13 akan datang? hanya DS Najib yang mengetahuinya.

Monday, April 25, 2011

Garis pemisah ciptaan Musa Aman lah punca ujudnya konflik antara LDP dengan Ketua Menteri Sabah itu: VK Liew

Sebenarnya krisis antara parti LDP dan komponen BN-Sabah tidak ujud, yang ada adalah perbezaan pendapat antara beberapa pemimpin LDP dengan Datuk Musa Aman sebagai pengerusi BN negeri.

Musa adalah pengerusi BN, juga Ketua Menteri kepada beberapa parti, bukannya presiden atau ketua menteri pada sesebuah parti, sepertimana era tahun 70-an; di mana Sabah di perintah berasaskan single parti- yakni oleh presiden sebuah parti.

Presiden parti LDP Datuk VK Liew telah mengulas beberapa reaksi para pemimpin Umno terhadap kenyataan Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin mengenai reaksinya terhadap keputusan PRN Sarawak pada 16 April.

Pada PRN Sarawak ternyata parti komponen BN-Sarawak SUPP mengalami tsunami politik, apabila semua kerusi majoriti kaum cina yang ditandinginya terlepas kepada parti pembangkang-DAP. Berasaskan fakta tersebut, Timbalan Presiden LDP tersebut-membuat kesimpulan, bahawa kaum cina Sarawak menolak kepimpinan Taib Mahmud; dan kemungkin itu juga akan berlaku di Sabah-kerana keadaan terkini- bahawa Musa Aman telah membuat GARIS pemisah antara parti berteraskan kaum cina-yakni LDP dalam mentadbir negeri.

Krisis antara Timbalan Presdien LDP dengan Musa Aman bermula pada tahun lepas, apabila Timbalan Presiden itu mengatakan bahawa LDP sukar berkkerjasama dengan Musa Aman. Akibat kepada kenyataan tersebut-Naib Presiden Parti itu-Datuk Peter Pang-yang ketika itu berjawatan Timbalan Ketua Menteri-telah keluar parti-dan kemudian menyertai parti Gerakan-parti yang berpusat di Pulau Pinang.

Menurut Liew, konflik antara Datuk Chin dan Datuk Musa kini telah merebak kepada konflik antara beberapa pemimpin UMNO dan beberapa pemimpin LDP- bukannya konflik antara parti. Untuk itu, pemimpin pusat perlu melihat perkara ini dengan telus dan saksama agar tidak menjadi serius.

Sementara itu, beberapa pemimpin BN-terutama Timbalan Ketua Perhubungan Umno Negeri-Datuk Salleh Tun Said dalam satu kenyataan mengatakan bahawa sebenarnya tidak ujud krisis DALAM BN sabah, yang ada "riak-riak" kecil. Biasalah katanya-laut mana yang tidak bergelora.

Sunday, March 27, 2011

Musa Aman langgar konsep BN: VK Liew

Konsep BN dilanggar dengan jelas oleh Ketua Menteri Sabah-Datuk Seri Musa Aman. Fakta yang merujuk kepada pelanggaran itu, adalah melalui perlantikan anggota kabinet negeri. Memang benar, bahawa perlantikan anggota kabinet adalah kuasa Ketua Menteri, namun perlu juga mengambil kira pandangan komponen parti yang membentuk BN.

Kini Anggota kabinet Sabah, dikuasai oleh wakil daripada Umno dan PBS. Jika ADUN Umno dipilih adalah logik, kerana komponen parti itu mempunyai ramai ADUN, dan juga merupakan salah satu komponen parti BN- yang menentang kerajaan PBS sejak tahun 1990.

Komponen parti BN asal adalah terdiri daripada parti AKAR (kini dibubarkan),LDP dan Umno.

PBS menikam belakang BN pada ambang pembuangan undi tahun PRU-1990, atas tindakan itu Umno masuk Sabah.

Pada PRU-1994, PBS tidak kalah, namun kehilangan majoriti di DUN Sabah-apabila dua ADUN PBS-yakni Datuk Lajim Okin dan Datuk Rubin Balang melompat pada Umno.

PBS menjadi pembangkang sehingga tahun 2002. 12 Tahun diperlukan oleh parti itu, memasuki semula pada BN atas perantara Presiden LDP yang juga Ketua Menteri Sabah-pada masa itu-Tan Sri Chong Kah Kiat.

Rakyat Sabah tidak lupa terutama bumiputera islam-selama pemerintahan PBS-islam masa itu sangat tertindas, atas sebab itu UMNO datang untuk menyelamatkan islam bumiputera.

Kini, parti dan pemimpin yang pernah ditentang oleh LDP-AKAR dan UMNO, bertapak semula di arena kepimpinan negeri atas kepututan Musa Aman-bukan berasaskan prinsip BN.

Semalam dalam mesyuarat MKT LDP- parti itu merasakan bahawa Musa Aman telah bertindak diluar prinsip dan setiakawan BN. Asas kepada tindakan LDP itu, bahawa sebagai komponen tertua BN, para pemimpinnya tidak diberi peluang bagi sebarang jawatan agar supaya parti itu boleh menyumbang kepada pembangunan rakyat, sebaliknya perananan parti itu terus diketepikan. LDP kini hanya mempunyai seorang pembantu menteri pada kabinet Musa Aman dibanding parti Gerakan, yang tidak pun bertanding pada PRU-12 lalu, namun mempunyai dua jawatan menteri pada kabinet Musa Aman.

Sebagai rekod-semua kerusi yang ditandingi oleh LDP semasa PRU-12 lalu, telah dimenangi oleh parti itu dengan kemenangan besar.

Sebaliknya, parti PBS yang diterima oleh BN semula pada tahun 2002, kalah dua kerusi satu parlimen dan satu DUN, kedua-duanya kepada DAP. TKM kuota cina yang baru dilantik Datuk Dr Yee Moh Chai, hanya menang dengan majoriti 174 bagi DUN Api-Api, jumlah undi yang diperolehnya jauh lebih rendah dibanding undi yang diperolehi pembangkang (DAP+PKR), namun kerana pertandingan itu ada tiga penjuru, maka Yee Moh Chai menang.Yee Moh Chai dilantik pada kabinet Musa Aman, untuk mewakili kaum cina, namun jika dilihat pada undi yang diperolehinya, penyumbang kepada kemenangannya bukan pada saluran pengundi kaum cina, namun pada saluran bumiputera.

Semalam, pada sidang media VK Liew-Presiden LDP selepas mesyuarat MKT Parti itu, Presdien parti itu mengatakan, bahawa tindakan Musa Aman dalam melantik anggota kabinetnya serta pengerusi GLC, telah melanggar kesepakatan dan prinsip BN itu sendiri.

Tindakan Musa itu, telah mencipta satu gangguan dan keadaan yang merugikan kesafahman antara komponen parti.

Thursday, March 24, 2011

Perlantikan TKM Sabah-Kemelut Musa Aman-VK Liew bermula

Parti LDP merasa dipinggirkan dalam perlantikan TKM Sabah. Sebelum ini, Presiden LDP itu berkata, partinya menghormati bahawa perlantikan anggota kabinet negeri adalah kuasa Ketua Menteri, namun demi keadilan pada komponen parti, suara LDP juga perlu diambil kira.

Isu TKM Sabah bagi kuota cina, terus bergolak, ekoran keluarnya SAPP daripada BN Sabah selepas PRU-12 lalu.

Jawatan TKM kouta cina sebelum ini disandang oleh wakil daripada SAPP.

Selepas SAPP keluar BN, jawatan TKM tersebut diserahkan pada parti LDP. Ekoran keluarnya wakil LDP daripada parti itu, maka jawatan tersebut, menjadi kosong-ekoran pelucutan Peter Phang, minggu lalu.

Semalam, Musa Aman mengumumkan Timbalan Presiden PBS Datuk Yee Moh Chai sebagai TKM kuota kaum cina yang baru. Melalui perlantikan itu, kini dua TKM Sabah berasal daripada parti PBS.

PBS telah diterima semula kepangkuan BN-Sabah pada tahun 2002, selepas lebih sepuluh tahun sebagai parti pembangkang, ekoran peristiwa tikam belakang diambang pembuangan undi pada PRU-1990.

Ketidak puasan parti LDP sangat berasas, sebagai komponen tertua BN Sabah, wajar pimpinan negeri memberi muka kepada parti itu.

Sunday, August 29, 2010

Gerangan siapa kah yang Salleh maksudkan bersekongkol dengan LDP itu?

Datuk Salleh tidak akan tergamak mendedahkan bahawa LDP dan pihak tertentu bersekongkol menjatuhkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman; jika mantan ketua menteri itu tidak mempunyai maklumat yang sahih.

Timbalan pengerusi umno negeri itu mendakwa semalam, bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan presiden LDP yang menyerang Musa Aman secara peribadi merupakan sebahagian daripada plot menjatuhkan Musa Aman.

Komplot menjatuhkan Musa Aman tersebut termasuklah menyingkirkan Ketua Menteri Sabah tersebut daripada jawatan Pengerusi BN-Sabah.

Menurut Salleh, kumpulan yang diketuai oleh LDP tersebut meminta Pengerusi BN; Datuk Seri Najib Razak agar supaya Musa Aman disingkir daripada jawatan Pengerusi BN negeri Sabah, sebagai prasyarat sokongan mereka kepada BN.

Siapa kah pemimpin tertentu yang bersekongkol dengan LDP tersebut? AYT yakin dan sangat yakin Salleh dan Musa Aman mengetuainya.

Tetapi yang membuatkan AYT sangat terkilan adalah peranan Setiausaha BN Sabah-Datuk Rahman Dahlan; kenapa kah keadaan ini boleh berlaku? kenapa kah tidak dirungkai terlebih dahulu, sebelum ianya meletup! Sebagai pemimpin yang menjaga urusetia, sepatutnya jalinan antara komponen BN perlu diselaraskan demi perpaduan dan keutuhan parti-parti komponen termasuk para pemimpinnya.

Keadaan ini mungkin berlaku kemungkinan jalianan kerjsama yang sepatutnya disusun dengan baik oleh pihak urusetia BN tidak berjalan sepertimana yang diinginkan.

Akibat daripada kelemahan dipihak urusetia BN tersebut maka melalui perkembangan terbaru ini, BN Sabah yang sebelum ini cukup tenang; sehinggakan dicanangkan oleh Najib sendiri sebagai Fixed Deposit BN kini harapan itu kemungkinan akan berkicai ekoran perkembangan terkini politik Sabah.

Sebelum ini, Presiden UPKO mengeluarkan kenyataan bahawa Umno tidak serius dalam memprkasakan 1Malaysia tajaan Najib. Ekoran kenyataan tersebut,Umno Sabah juga merasa terkilan dan tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Yang menjadi pertanyaan adalah, kenapa sejak akhir-akhir ini para pemimpin komponen BN-Sabah dengan mudah menyatakan bahawa mereka tidak dapat lagi menerima kepimpinan Musa Aman? Pendedahan Salleh semalam merupakan bukti nyata, bahawa memang ada komplot menjatuhkan Musa Aman.

Musa Aman adalah pemimpin yang mengetuai PRU-12 Sabah dimana pada PRU tersebut, BN hampir menyapu semua kerusi yang ditandingi.

Selepas PRU tersebut, parti komponen Sabah, yakni SAPP telah awal-awal keluar daripada BN, tetapi penyebab kepada keluarnya SAPP adalah parti itu telah kehilangan keyakinan kepada kepimpinan perdana menteri masa itu; Tun Abdullah Badawi.

Melalui perkembangan terbaru ini pula, parti LDP yang merupakan komponen BN Sabah yang tertua, mengatakan bahawa parti itu tidak dapat berkerjasama dengan Musa Aman aka telah kehilangan kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah tersebut.

Apakah melalui kenyatataan-kenyataan pedas ini merupakan petanda bahawa LDP akan keluar daripada BN-Sabah? atau kah akan ada tikam belakang, sama dengan tindakan PBS pada tahun 1990?

Apa pun para pemimpin Sabah khasnya Umno terutama Musa Aman dan Timbalannya dalam parti perlu membuat analisa dengan mendalam sekali agar supaya peristiwa 1990 berulang. Jika peristiwa 1990 berulang, maka ertinya kemenangan percuma diberikan kepada parti yang menikam belakang. Fikir-fikirkan lah.

LDP dan Pihak Ke-3 bersekongkol jatuhkan Musa Aman:Salleh Said

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa ada pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, pihak berkenaan juga merancang untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Musa selaku pengerusi BN Sabah.

"Kami percaya ada dalang di sebalik semua ini dan kami tahu apa yang mereka lakukan, tetapi kami BN Sabah tidak akan membiarkan mereka merealisasikan agenda mereka yang melakukan serangan peribadi ke atas Datuk Seri Musa,” katanya dalam satu kenyataan, di Kota Kinabalu semalam.

Salleh yang juga bekas ketua menteri mempersoalkan rasional di sebalik kenyataan timbalan presiden LDP, Datuk Chin Su Phin pada Selasa lalu, dan mendakwa ia adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan Musa.

"Kami percaya majoriti pemimpin LDP adalah rasional dan cukup bijak untuk membezakan antara yang betul dan yang salah, terutama apabila isu yang dibangkitkan Su Phin melibatkan kepentingan peribadi orang lain.

"Keadaannya mungkin berbeza jika isu yang dibangkit adalah berkaitan kepentingan masyarakat,” katanya.

Dalam kenyataannya pada Selasa, Su Phin dilapor berkata, LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Musa, tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada perdana menteri dan gagasan 1Malaysia.

Friday, August 27, 2010

LDP-Sabah jadi duri dalam daging kepada Musa Aman

Apa yang tidak kena dengan parti LDP dan Musa Aman? Tahun lepas hubungan antara parti itu dan ketua menteri Sabah tersebut menghangat apabila parti itu menimbulkan isu jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota Cina dalam kabinet negeri, di mana pada masa itu masih disandang oleh Raymond Tan mantan Timbalan Presdien Parti SAPP.

SAPP adalah komponen BN-Sabah yang telah keluar daripada Parti itu selepas PRU-12 kerana kononya telah hilang keyakinan kepada kepimpinan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

Ekoran kritikan pedas kepada Musa Aman, maka dalam rombakan kabinet negeri, Musa melantik Naib Presdien LDP sebagai Timbalan Ketua Menteri kuota Cina, sambil mengekalkan Raymond Tan sebagai anggota jemaah menteri. Raymond Tan akhirnya menyertai parti Gerakan.

Selepas sahaja PRU-12, suara parti LDP-Sabah, komponen tertua BN-Sabah seolah-olah tidak sebulu lagi dengan Musa Aman. Kritikan-kritikan yang dibawa parti itu terutama oleh Timbalan Presdiennya terhadap Musa Aman, tidak kendur-kendur.

Pada setiap kesempatan, Timbalan Presdien parti itu Chin Su Pin (bukan wakil rakyat) akan membawa isu-isu yang menyakitkan Musa Aman.

Semalam, Timbalan Presdien LDP itu mengeluarkan kenyataan bahawa LDP tidak mungkin lagi dapat berkerjasama dengan Musa Aman, namun tetap menyokong Umno di bawah kepimpinan Datuk Najib Razak.

Dalam mesyuarat BN-Sabah Rabu Chin Sui Pin yang diberi peluang mengemuka masalah-masalah yang perlu diberi perhatian oleh BN, sebaliknya membawa isu MAZU-Dewa Laut setinngi 36 meter di Kudat-Sabah, di mana pembinaan dewa laut itu telah ditolak oleh kerajaan negeri.

Bagi AYT, implikasi perbalahan antara LDP dan Musa Aman akan berakibat buruk kepada kemampuan BN-Sabah dalam pilihanraya umum akan datang.

BN-Sabah yang telah dicanang oleh Perdana Menteri sebagai SIMPANAN TETAP BN akan musnah, jika perbalahan antara komponen BN-Sabah dan Musa Aman berterusan.

Walaupun LDP adalah komponen kecil dalam BN-Sabah, namun sokongan akar umbi kepada parti itu tidak boleh diabaikan. Perjuangan Parti itu senantiasa konsisten dari dulu hingga sekarang.

Semalam Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang masih terbawa-bawa dengan isu pembinaan patung dewa Mazu dengan membangkitkannya dalam mesyuarat BN baru-baru ini walaupun perkara itu telahpun diselesaikan di mahkamah.

"Sebagai pemimpin BN, kita seharusnya hadir ke mesyuarat dengan niat yang baik dan dengan tujuan untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan individu," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan hari raya kepada anggota pasukan beruniform di Kota Kinabalu semalam.

Musa, yang juga pengerusi BN Sabah, mengulas kenyataan timbalan presiden LDP Chin Su Phin semalam bahawa parti itu tidak lagi dapat bekerjasama dengan beliau tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno.

Musa berkata mesyuarat BN itu amat berhasil dan dijalankan dalam suasana mesra.

"Kebanyakan pemimpin menyuarakan pendapat mereka mengenai isu kepentingan rakyat seperti dalam soal tanah dan isu pendatang," katanya.

Musa berkata kes mengenai patung Mazu itu telah diselesaikan di peringkat mahkamah tertinggi di negara ini.

Pada 26 Julai lalu, mahkamah persekutuan di Putrajaya menolak permohonan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat yang juga bekas presiden LDP, untuk merayu terhadap keputusan kerajaan negeri menarik balik keputusan membenarkan patung Mazu (dewa laut) setinggi 36 meter dibina di Kudat.

Blog Archive