Sunday, June 05, 2011

Musa Aman terperangkap dengan permainannya sendiri

Pergerakan buah catur yang salah, memerangkap Musa Aman, dalam politik negeri Sabah.

Musa bertindak apabila Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin mengeluarkan kenyataan di mana, LDP tidak dapat lagi berkerjasama dengan Musa Aman (bukan BN; berasaskan kepada kenyataannya itu, maka Musa bertindak apabila melantik Yee Moh Chai daripada PBS sebagai Timbalan Ketua Menteri mewakili kaum cina; meskipun PBS bukan mewakili kaum cina dalam konsep BN.
Tujuan Musa, agar supaya LDP marah dan akan keluar BN, sepertimana tindakan Presiden SAPP Yong Teck Lee.

Musa tersilap, kerana Presiden LDP Datuk VK Liew terbaca pergerakkan itu; dan seterusnya mempergunakan pergerakkan Musa yang silap itu untuk memerangkap Musa sendiri.

Parti LDP mempunnyai kerusi satu Parlimen dan tiga DUN. Kawasan Parlimen yang dimenangi LDP adalah kawasan pembangkang; maknanya bukan kawasan selamat pada PRU-12 lalu, pun demikian LDP mampu merampas kawasan itu, melalui Presiden LDP-Datuk VK Liew.

Sokongan terhadap LDP terutama daripada kaum cina terbukti melalui PRK Batu Sapi, tahun lalu, sokongan kaum cina memberikan kemenangan mutlak kepada calon PBS Linda Tsen, dengan majoriti yang meningkat.

Selepas pergerakan silap yang dilakukan oleh Musa, pertama mempertahankan Raymond Tan dalam kabinet selepas keluar daripada SAPP dan masuk gerakan dan kedua mempertahankan Peter Phang selepas keluar LDP dan masuk Gerakan.

Walaupun Parti Gerakan tidak bertanding dalam PRU-12 lalu, kini dengan mudah mendapat dua jawatan menteri dalam kabinet Musa.

Kesilapan ketiga Musa, apabila melantik Yee Moh Chai sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, mewakili kaum cina.

Melihat kepada kesilapan-keslipan tersebut, puncuk pimpinan BN pusat, melihatnya sebagai liabilti kepada imej BN secara sekeseluruhan, atas sebab itu- DS Najib melantik Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin sebagai seorang senator dan telahpun mengangkat sumpah hujung bulan lalu.

Selain itu, DS Najib melihat kepada tindak tanduk Musa dalam penggantian Ketua Pemuda Umno Sabah, atas sebab itu memberi lampu hijau kepada Ketua Pemuda Umno-Khairy Jamluddin untuk mendedahkan "perang dingin" antara Musa dan Naib Presiden Umno- Datuk Mohd Safie Apdal.

Perang dingin yang berlaku ini, apa lagi diperkuat dengan pendedahan Khairy, membuatkan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Salleh Tun Said, terpaksa membuat penafian; tujuannya untuk meredakan keadaan.

Namun, penafian Datuk Salleh itu, bukan sahaja mengiakan keadaan sebenar yang berlaku dalam Umno negeri; juga membongkar kelibat Musa dalam pengurusan parti di Sabah.

Kembali kepada perteligkahan antara LDP dan Musa, DS Najib melihat kehadiran LDP merupakan aset kepada BN, kerana imej Presidennya yang bersih. Imej itu, dapat membantu kerajaan Najib dalam penghapusan rasuah.

Sebenarnya, pemenang antara pertelingahan antara LDP dan Musa adalah LDP, kerana akibat tindakan "acah" LDP, Musa tersalah gerak buah caturnya.

Apa kah Musa akan menerajui BN Sabah pada PRU-13 akan datang? hanya DS Najib yang mengetahuinya.

No comments:

Blog Archive