Latest News

Timbalan Presiden LDP ulangi serangan terhadap Musa Aman

SANGAT ketara bahawa pergeseran antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dengan Timbalan Presiden LDP Senator Datuk Chin Su Phin semakin kusut, apabila Timbalan Presiden LDP itu membangkitkan semula tiga isu utama yang ada hubungkait dengan Musa Aman.

Semasa merasmikan Persidangan Pemuda dan Wanita LDP yang ke-22 bertempat di SM Yu Yuen, Batu 4 Bandar Sandakan, Chin mengulangi isu pembangunan Dewa Laut (MAZU) di Kudat Sabah, isu ucapan wakil Rakyat Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh di Parlimen yang berkaitan dengan hasrat Parti Gerakan bertanding di Sabah dan isu rampasan wang bernilai Sin 16 juta yang dirampas di Hong Kong melalui Micheal Chia, semasa PRK Pematang Pauh pada tahun 2008.

Chin menyifatkan akibat pembatalan pembangunan Mazu di Kudat itu, mengakibatkan mantan Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat meletakkan jawatan daripada kabinet Negeri Sabah. Berkaitan dengan isu MAZU juga, Timbalan Presiden LDP pernah menyatakan bahawa parti LDP sukar berkerjasama dengan Musa. Ekoran kenyataan Chin itu, Naib Presiden LDP, Peter Pang yang pada masa itu merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah kuota kaum cina meninggalkan LDP.

Isu Datuk Abdul Ghapur pula, Chin mempersoalkan kenapa begitu cepat, Musa memberi ulasan, bahawa kenyataan Ghapur mendesak DS Najib agar tidak memberi peluang kepada Gerakan bertanding di Sabah, kerana parti itu hanya akan menjadi liabilti kepada BN; adalah pendapat peribadi. Namun kenyataannya, kenyataan Ghapur itu bukanlah pendapat peribadi, kerana selain Ghapur, AMT Umno, Lajim Okin, mantan MP Libaran Datuk Akhbarkan, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup juga sependapat dengan wakil rakyat Kalabakan itu.

Isu ketiga yang dibangkitkan Chin adalah isu rampasan wang Sin 16 juta pada tahun 2008 oleh kastam Hong Kong melalui seorang proksi Musa, Micheal Chia. Timbalan Presiden itu, menggesa agar pihak SPRM mempercepat siastan terhadap rampasan wang itu, demi membersihkan nama Musa sebagai Ketua BN negeri Sabah.

Isu-isu yang dibangkitkan Chin tersebut, perlu diperbetulkan oleh pucuk pimpinan Parti BN, sebelum PRU-13, kerana isu-isu ini akan terus berkisar di kalangan akar umbi LDP dan juga rakyat atas pagar. Selain itu, jika isu tidak diselesaikan dengan cepat, takut-takut dimanipulasi oleh pihak pembangkang, dan pada giliranya akan memberi impak negatif kepada gabungan 12 parti itu.

Apa kah Tan Sri Muhiyiddin akan mengambil kira pergeseran antara Musa dan Chin semasa berucap merasmikan persidangaan Agung ke-22 parti itu esok, sama-sama kita tunggu.

0 Response to "Timbalan Presiden LDP ulangi serangan terhadap Musa Aman"

Blog Archive