Saturday, October 29, 2011

Tiga asas pemilihan calon BN untuk PRU-13: Hisham

Tiga asas pemilihan calon BN pada PRU-13 akan datang; yakni faktor calon, lokasi dan situasi , kata Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut Naib presiden Umno itu, tidak ada satu formula tetap bagi menentukan kemenangan calon kerana terdapat isu yang berbeza-beza ketika berdepan dengan situasi pilihan raya umum itu kelak.

“Yang penting adalah formula kemenangan (bagi BN) dari semua aspek yang akan ditentukan akhirnya oleh rakyat sebagai pengundi,”

Dipetik Bernama Online, Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa BN akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang digunapakai kini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Najib yang juga Pengerusi BN dilaporkan berkata perubahan politik yang dinamik menyebabkan perlu pelarasan kerana formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008.

Menurut Hishammmuddin input kepimpinan peringkat negeri akan diambilkira dalam formula itu selain persefahaman pemimpin tertinggi parti-parti komponen BN.

Beliau juga berkata kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak akan menentukan transformasi dibawa oleh Najib yang diterima rakyat pada masa kini dapat diteruskan.

Katanya sejak dua tahun Najib mengambilalih pucuk pimpinan, negara telah melihat banyak perubahan.

No comments:

Blog Archive