Showing posts with label Bn Sabah. Show all posts
Showing posts with label Bn Sabah. Show all posts

Sunday, May 21, 2017

Kerjaan BN Sabah- Sudah Mantap: Mengapa Perlu Ubah?

Perjuangan parti Warisan Sabah, kononnya mahu kerajaan negeri yang kuat, supaya kerajaan pusat mendengar suara rakyat Sabah. 

Sejak tahun 2004, kerajaan negeri Sabah adalah kerajaan terkuat di negara ini, selepas negeri Sarawak. Jadi mengapa mahu mencari lagi kerajaan negeri yang kuat???

Terlupa kah Datuk Shafie Apdal, bahawa Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap barisan nasional!!!!. Mengapa menjadi simpanan tetap? sebabnya kerana kerajaan negeri kuat.

Jika tujuan parti Warisan Sabah diwujudkan seperti mana kata Presiden parti pembangkang itu, hanya untuk mengwujudkan kerajaan negeri yang kuat, maknanya, para pemimpin parti itu, sebenarnya sudah ketinggalan keretaapi, kerana sudah 13 tahun, kerajaan yang memerintah negeri merupakan kedua terkuat selepas Sarawak di negara ini.

Hujah Shafie, kononnya melalui kerajaan negeri yang kuat, maka pemimpin persekutuan akan mendengar suara rakyat Sabah. Aik, rupanya mantan Naib Presiden Umno itu sudah lupa, bahawa sebaik sahaja Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, maka Perdana Menteri yang menggantikan beliau, telah benar-benar mendengar dekup jantung rakyat Sabah dan Sarawak, khususnya Perdana Menteri ke-6 Dato Seri Najib Razak.

Terlupa kah Shafie, bahawa kerajaan Pusat telah menyediakan berbilion ringgit melalui KKLW yang beliau terajui, untuk Sabah dan Sarawak!!!!

Terlupa kah Shafie, Lebuh Raya Borneo berjaya direalisasikan kerana pemimpin pusat mendengar suara rakyat Sabah dan Sarawak.

Shafie mungkin terlupa, walaupun hanya lebih setahun meninggalkan kabinet Persekutuan, bahawa para pemimpin persekutuan sangat komited berkaitan memajukan Sabah dan Sarawak, agar setara dengan kemajuan Semenanjung.

Shafie sebenarnya, cuba mengabui mata rakyat Sabah, dan mahu menggambarkan, bahawa kerajaan parti Barisan Nasional Sabah tidak kuat, sehinggakan suara rakyat Sabah tidak didengar pemimpin persekutuan.

Sedar kah Shafie, bahawa para pemimpin persekutuan khususnya Perdana Menteri dan Timbalannya, sungguh kerap melawat Sabah, dan setiap lawatan, ada sahaja ole-ole untuk rakyat Sabah; dan yang terbaharu, apabila Perdana Menteri mengumumkan naik taraf lapangan Terbang Sandakan berkos RM80juta, selain mengumumkan pemansuhan Dasar Kabotaj yang berusia lebih 30 tahun.

Terlupa kah Shafie, kerana kerajaan Sabah dan Sarawak kuat, maka ramai pemimpin dua negeri itu dilantik ke jawatan menteri Pusat.

Jika matlamat parti Warisan sabah, untuk mengwujudkan kerajaan negeri yang kuat, syogianya hasrat itu perlu dilupakan, kerana kerajaan parti Barisan Nasional Sabah bukan sahaja kuat, tetapi MANTAP. TATAP BN.

Friday, May 19, 2017

PRU-14 Sabah: Apa Yang Rakyat Sabah Cari?


Apa yang rakyat Sabah cari pada PRU-14? apabila parti kerajaan yang ada meminta semula mandat untuk memerintah sepenggal lagi.

Kurang lebih 12 bulan lagi, kerajaan yang ada akan meminta mandat semula daripada rakyat. Pada masa itu, 995,000 hakim/rakyat akan membuat keputusan, samada masih menyokong parti kerajaan yang sedang berkuasa atau menggantikan dengan parti yang lain.

Mari kita lihat, faktor-faktor yang ada pada parti kerajaan yang sedang memerintah berbanding parti-parti yang mahu menggantikannya.

Dimulai dulu dengan parti yang mahu mengambil kuasa, atau istilah yang kerap digunakan sebagai parti pembangkang.

Parti-parti pembangkang yang ada di Sabah sekarang, tiga parti yang didaftarkan di Semenanjung, yakni DAP, PKR dan Pas. Manakala di Sabah, disebut hanya parti-parti yang menonjol, sebab terlalu banyak parti pembangkang tempatan. 

Parti-parti yang menonjol adalah parti Warisan Sabah, Parti Cinta Sabah, Parti SAPP, parti Harapan Sabah, parti STAR dan parti PAKAR.

Melihat kepada parti-parti tempatan Sabah itu, semuanya adalah mantan-mantan pemimpin kerajaan suatu masa lalu. Manakala parti pembangkang yang berdaftar di Semenanjung, kini, tiada lagi pemimpin parti-parti itu merupakan mantan pemimpin kerajaan masa lalu, kecuali Pengerusi PKR Sabah yang baru, satu ketika lalu merupakan pemimpin parti PBS.

Melihat banyaknya parti-parti pembangkang, nampak sungguh, mereka itu, mahu merebut kuasa untuk kepentingan mereka secara individu, bukannya rakyat, kerana kalaulah rakyat yang diutamakan, maka cukup satu parti sahaja sebagai wadah untuk menentang kerajaan yang sedang memerintah.

Rakyat Sabah kena faham matlamat parti-parti pembangkang, mereka itu, hanya menjadikan rakyat sebagai kuda tunggangan untuk mendapat kuasa, kemudiannya kuasa itu, mereka salah gunakan untuk kepentingan peribadi.

Pada PRU-PRU yang lalu, terlihat benar, bagai mana parti-parti pembangkang mencuba menjadi wakil rakyat, sehinggakan kawasan ditandingi sehinggakan 5 penjuru.

Rakyat juga perlu melihat parti kerajaan yang memerintah, meskipun merupakan berbagai parti, akan tetapi semasa pilihan raya hanya menggunakan satu lambang. Maknaya, parti yang sedang memerintah iaitu parti Barisan Nasional, bertanding untuk membela rakyat, bukannya untuk kepentingan individu.

Kepada rakyat Sabah, pilihlah parti yang mampu bersepakat membela rakyat, bukannya parti yang berlawanan satu sama lain yang memperkuda rakyat bagi kepentingan diri sendiri. 

Hakikatnya rakyat Sabah tidak perlu mencari apa-apa lagi, kerana kerajaan yang ada memangpun sebuah kerajaan yang mementingkan rakyat dahulu, kini dan selamanya.

Friday, March 10, 2017

Kad Pengenalan Palsu- Pasukan Khas Terpaksa Ditubuh

Pengeluaran Kad Pengenalan palsu, semakin serius, sehinggakan kerajaan terpaksa menubuhkan pasukan khas.

Sebenarnya, kad pengenalan palsu, tiada kena mengenapun dengan jumlah rakyat, kerana mereka yang membeli kad itu, tiada locus standi, sebabnya kad pengenalan mereka tidakpun terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran negara.

Apabila kad pengenalan tiada dalam sistem Jabatan Pendaftaran negara, ertinya mereka itu, tiada peluang mendaftar sebagai pengundi, tiada peluang membuka akaun bank, tiada peluang mendapatkan lesen perniagaan atau tidak peluang mendapat sebarang bantuan kerajaan. Namun, yang menjadi perhatian kerajaan adalah, selain mereka itu tertipu, akan tetapi juga perbuatan sindiket pemalsuan kad pengenalan itu memburukkan imej negera, seperti mana berlaku, berkaitan cetak rompak filem atau kaset lagu suatu masa lalu.

Namanya sindiket, ertinya mereka mempunyai jaringan termasuk di pihak berkuasa, kerana sindiket itu menggunakan wang sebagai pendekatan. Sebagai contoh, pemegang kad pengenalan palsu, boleh sahaja bertolak daripada Lapangan Terbang Kota Kinabalu menuju Kuala Lumpur, tanpa halangan, kerana semasa pemegang kad pengenalan palsu itu hendak bertolak, “agent” sindiket sedang bertugas. Mereka ini, suatu masa lalu, hanya mempunyai peluang one-way, kerana mereka tidak boleh lagi kembali ke Sabah, kerana apabila kembali, adalah pasti tertangkap. Kerja sindiket hanya terhad pada one way out, dan selepas itu, maka pandai-pandailah.

Di Semenanjung kini, sudah merasakan bahang kebanjiran pemegang kad pengenalan palsu yang dikatakan penduduk Sabah, khususnya di kawasan-kawasan peladangan, kawasan-kawasan perindustrian, malah di perkampungan. Akibat kebanjiran “penduduk Sabah” itu di Semenanjung, maka mahu tidak mahu, kerajaan persekutuan bersama kerajaan Sabah terpaksa menubuhkan pasukan khas bagi memburu dan menangkap mereka yang terlibat.

Sebenarnya, sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu merupakan satu bisnes yang sangat “lucrative” kerana anggota sindiket satu masa lalu telah menjadi jutawan sekelip mata, malah mampu membeli kereta-kereta mewah, termasuk mempunyai pendaftaran nombor kereta dengan angka 1.

Pengeluran kad pengenalan palsu, sebenarnya faktor penarik pendatang tanpa izin asing (PATI) masuk ke Sabah, kerana mereka itu, sebenarnya digait oleh sindiket untuk datang. Kedatangan mereka itu, menjadi masalah besar kepada negeri, sehinggakan ada pihak-pihak tertentu mempolitikkannya, kononnya kerajaan yang memerintah terlibat. 

Bagi merungkai isu kedatangan PATI ke Sabah, maka kerajaan telah menubuhkan RCI Pati pada tahun 2012, dan keputusan RCI itu telahpun diumumkan pada Disember 2014. Menerusi keputusan RCI PATI Sabah itu, kerajaan Negeri telah membuat keputusan drastik, MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR pulang PATI ke negara asal.

Sebagai catitan, bermula tahun 1990 sehingga 3 Mac 2017, seramai 553,692 PATI telah diusir daripada Sabah. Untuk tahun 2017 sahaja sehingga 3 Mac lalu, seramai 1,120 PATI telah dihantar pulang.

Adalah diharapkan melalui Pasukan Khas yang ditubuhkan bagi membendung pengeluaran Kad Pengenalan palsu, maka akan menghalang kemasukan PATI ke Sabah.

PRU-14: Mengapa Timbul- Siapa Yang Mengetuai?

Warisan tikam belakang para pemimpin politik Sabah, tidak pernah pudar. Sejarah politik Sabah diwarnai tikam belakang.

Parti USNO tumbang, kerana tikam belakang. Parti Berjaya tumbang juga kerana tikam belakang. Parti PBS juga tumbang kerana tikam belakang.

Kini berlaku kasak kusuk antara pemipin UMNO Sabah, berkaitan siapa yang mengetuai BN Sabah pada PRU-14, sedangkan sudah jelas, Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga Pengerusi BN Sabahlah yang mengetuai Parti Barisan Nasional Sabah pada PRU-14.

Mengapa timbul isu, siapa yang mengetuai BN Sabah pada PRU-14? Satu isu yang perlu dirungkai oleh kepimpinan Sabah sendiri.

Cerita kedai kopi, kononnya, Musa tidak akan mengetuai BN Sabah pada PRU-14. Entah daripada mana sumber cerita demikian. Para pencerita kedai kopi, seolah-olah mewakili Presiden UMNO, dengan berbagai dalil dan sebab musabab, punca mengapa Musa tidak boleh mengetuai BN pada PRU-14.

Para pencerita kedai kopi, tidak akan terlalu berani, jika tiada dalang. Mereka itu memperkuat kata peribahasa, pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.

Bukan susah sangat mencari dalang. Pemimpin yang berkeinginan jawatan Ketua Menterilah, dalang yang paling dekat. Bagaimana carapun, para pemimpin yang mahukan jawatan Ketua Menteri menafikan cerita-cerita ini, tidak mudah diterima.

Cerita Musa, tidak akan mengetuai pilihanraya, bukan timbul pada kali ini sahaja, ianya bermula sejak PRU-12, kemudiannya disambung lagi pada PRU-13. Mereka yang menjajah cerita demikian, mereka yang itu-itu juga. Sebenarnya, jika diperhatikan betul, mereka ini, bukan penyokong Parti Barisan Nasional yang tegar. Mereka ini, bersifat multi-parti. Kata peribahasa, di mana ada gula di situ ada semut.

Di Semenanjung atau Sarawak, jarang betul memperkatakan menjelang pilihanraya umum, maka pemimpin ini, dan pemimpin itu akan mengetuai pilihanraya. Di Sarawak atau di Semenanjung, setiap Ketua Menteri atau Menteri Besar, adalah pemimpin yang mengetuai pilihanraya. 

Mengapa di Sabah, setiap kali menjelang pilihanraya, maka diisukan, siapa yang bakal mengetuai? sebabnya, warisan politik Sabah, yang tidak setia kepada kerja berpasukan, tidak sabar menunggu. Sebagai contoh, apa yang berlaku pada mantan-mantan pemimpin UMNO yang telah keluar daripada parti. Datuk Lajim, satu ketika kemaruk sangat dengan jawatan Ketua Menteri, demikian juga Datuk Shafie Apdal, sehinggakan beliau tergamak mensabotaj pembangunan luar bandar Sabah, supaya rakyat menuding jari kepada Datuk Musa Aman, kerana gagal memajukan luar bandar. Pemimpin veteran Sabah Datuk Nilwan Kabang yang juga ADUN Kunak, mengakui, bahawa keinginan Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah, bukan rahasia lagi. Malah Perdana Menteri sendiri mengakui, bahawa MP Semporna itu pernah meminta jawatan Ketua Menteri Sabah.

Berbalik kepada isu, Musa bakal tidak mengetuai BN Sabah pada PRU-14, menjadi rancak, apabila “cadangan” mengadakan pilihanraya mengejut bagi Sabah, terpaksa sorong tarik, kerana ada pemimpin Sabah, tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Adalah biasa, apabila berlaku pertembungan keinginan, maka akan dicari cara penyelesaian, melalui kaedah “menang-menang”. 

Isu pertembungan keinginan sebenarnya, adalah produk permainan politik Sabah. Faktor ini, bukan cara politik yang matang, kerana politik matang, akan senantiasa mengikut cara pertukaran jawatan secara harmoni, seperti mana perlantikan Perdana Menteri dan atau, Ketua Menteri atau Menteri Besar, di Sarawak dan negeri-negeri di Semenajung.

Sebenarnya, di Sabah, jika dilihat daripada segi kepimpinan parti, parti PBS telah menunjukkan bagaimana sistem kepimpinan. Tan Sri Pairin sejak menjadi Presiden parti itu, tiada seorangpun yang pernah bertanding melawan beliau, kecuali mereka yang menentang kepimpinan beliau, mengambil tindakan keluar daripada parti. Sehinggalah Tan Sri Pairin menyerahkan kepimpinan parti kepada timbalan beliau, tidak terdengar, selama 30 tahun, bahawa beliau dicabar bagi jawatan Presiden parti.

Persoalannya mengapa timbul Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga Ketua Menteri tidak bakal mengetuai BN Sabah pada PRU-14? sedangkan Musa sudah membuktikan, melalui tiga pilihanraya umum, BN Sabah menang dengan kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri, malah jumlah wakil parlimen penyumbang yang signifikan terhadap BN Pusat.

Apa kah yang menjadi “dalang” kepada penyebaran isu ini adalah mereka yang termasuk pemimpin yang tiada kesabaran, dan tidak setia kepada pasukan?

Seharusnya, para pemimpin Sabah perlu memupuk politik matang, ke arah kestabilan politik, kerana melalui kestabilan politiklah, Sabah boleh membangun dan maju. 

Tindakan “politicking” sebenarnya punca kepada ketidak stabilan, dan boleh berakhir kepada tindakan tikam belakang.

Sepatutnya, politik Sabah, tiada lagi pemimpin yang bersifat musang berbulu ayam dan gunting dalam liptan, kerana pengalaman politik Sabah yang mengamalkan politik sedemikian, telah mengorbankan rakyat dan negeri, sehinggakan satu ketika dahulu, Sabah merupakan negeri termiskin dan termundur.

Thursday, March 09, 2017

Jangan Jadi Seperti Tikus Membaiki Labu

Rakyat Sabah perlu mengambil iktibar, bahawa akibat mengubah kerajaan dengan kerap, maka rakyat sendiri menjadi korban.

Kalaulah Parti Berjaya tidak tumbang pada tahun 1985, kadar pembangunan dan kemajuan Sabah, sudah berkali ganda.

Akibat perubahan kerajaan tahun 1985, maka Perdana Menteri masa itu, membalas dendam terhadap parti yang menumbangkan Parti Berjaya. Rententan balas dendam itu, maka peruntukan pembangunan untuk Sabah disekat.

Walaupun parti yang menumbangkan kerajaan Berjaya diterima sebagai anggota Barisan Nasional, namun tingkah laku pemimpin parti berkenaan, suka sangat mengambil jalan konfrontasi, terutama Dr Jeffery Kitingan.

Selain tindakan konfrontasi, cara pemerintahan parti itu, semacam pilih bulu, sehinggakan menimbulkan ketidak puas hatian rakyat, khususnya kaum bumiputera islam.

Kerajaan Sabah masa itu, hanya bergantung pendapatan dengan menebang hutan. Apabila hutan semakin habis, maka pendapatan juga semakin berkurang. 

Aktiviti perekonomian masa itu, cukup perlahan, sehinggakan banyak agensi kerajaan terpaksa ditutup, malah ada yang diswastakan.

Pada masa itu, hanya sebuah agensi Persekutuan yang aktif di Sabah, yakni Felda, akan tetapi, sumbangan agensi itu terhadap negeri dalam bentuk cukai, cukup rendah, kerana harga kelapa sawit masa itu juga rendah.

Kadar pengangguran masa itu cukup tinggi, sehinggakan mereka yang ada kelulusan degree, terpaksa mengambil jawatan perkeranian, hanya semata-mata untuk hidup.

Huluran kewangan daripada Persekutuan, hanya sekadar sambung nyawa, itupun disalurkan melalui Jabatan Persekutuan, yang ditadbir oleh para pegawai kerajaan. 

Nasib rakyat Sabah berubah, apabila Parti yang memerintah keluar daripada Parti Barisan Nasional. Peluang itu, diambil kesempatan oleh Allahyarham Tun Mustpaha Datu Harun, menjemput Parti UMNO masuk ke Sabah. Alasan Tun masa itu, penyokong dan ahli USNO kena berpindah daripada kapal kecil ke kapal besar.

Walaupun Parti UMNO Sabah dipimpinan oleh pemimpin Sabah, akan tetapi diberi nasihat oleh para pemimpin UMNO pusat yang berpengalaman, khususnya bagaimana membangun dan memajukan negeri.

Selepas Parti UMNO dan parti-parti komponen BN Sabah membentuk kerajaan pada tahun 1994, maka langkah memajukan negeri dimulai. Kelajuan pembangunan dan kemajuan ditingkatkan melalui pacuan dana daripada persekutuan yang disalurkan melalui kementeraian-kementerian persekutuan.

Tindakan pertama kerajaan negeri dengan bantuan persekutuan, adalah memasang bekalan litrik di semua kawasan, termasuk luar bandar. Membina jalan raya perhubungan. Tujuan kepada semua itu adalah, untuk memperancakkan aktiviti ekonomi.

Pembangunan dan kemajuan Sabah dipacu lagi, apabila Datuk Musa Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada tahun 2003. Musa membawa bersama beliau pengalaman sebagai ahli perniagaan.

Berbagai perancangan telah dibuat, termasuk blue print pembangunan dan kemajuan Sabah, Hala Tuju Sabah.

Agensi kerajaan negeri ditabir urus dengan baik, sehinggakan boleh membayar dividen kepada kerajaan. Berbagai sektor diterokai, termasuk pelancongan. Hasilnya, Sabah dapat membentangkan bajet sehingga RM4.088 bilion pada tahun 2012. Selain itu, Sabah dapat mengumpul simpanan kewangan lebih RM3bilion, sedangkan pada tahun 2003, simpanan kerajaan hanya RM180juta.

Mengapa kerajaan Sabah boleh mengumpul simpanan kewangan diatas RM3bilion? sebabnya adanya kesinambungan kerajaan dan kestabilan politik. Sebenarnya kerajaan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1994, sudah menjangkau usia hampir 23 tahun. Tempoh pemerintahan itu merupakan satu rekod, sejak Sabah merdeka pada tahun 1963, kerana sebelum ini, usia pemerintahan hanya dua penggal.

Sejak akhir-akhir ini, ada usaha-usaha daripada Parti Pembangkang untuk mengubah kerajaan yang telah berjaya membangun dan memajukan negeri. Mereka mendakwa, kononnya mereka boleh membangun negeri dengan lebih baik apabila diberi mandat. Mereka itu lupa, bahawa sebahagian besar daripada mereka itu, suatu masa lalu adalah juga sebahagian daripada kerajaan, namun telah meninggalkan kudis kepada kerajaan.

Sebagai contoh, Presiden Parti Warisan Sabah. Menurut ADUN Kunak, Datuk Nilawan Kabang, oleh kerana cita-cita MP Semporna itu mahu menjadi Ketua Menteri Sabah, maka beliau sanggup mensabotaj pembangunan luar bandar, supaya rakyat marah terhadap kerajaan yang diterajui Datuk Musa Aman.

Cuba bayangkan dana KKLW sebesar RM3.3bilion yang sepatutnya untuk menyelesaikan bekalan air luar bandar Sabah, ianya tidak digunakan sewajarnya, sehinggakan ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan, menyelewang dana itu untuk kepentingan peribadi.

Seandainya dana itu, disalurkan kepada kerajaan negeri, sudah tentu, penggunaannya akan lebih teratur, dan adalah pasti masalah air luar bandar Sabah telah terselesaikan.

Bagaimana kah rakyat Sabah boleh menyokong pemimpin yang mempunyai nawaitu buruk? Yakinlah, apabila mereka itu diberi peluang, yakinlah mereka akan bertindak seperti tikus membaiki labu, rakyat pula, akan berputih mata, kerana yang digendong berciciran. 

Ambil iktibarlah apa yang berlaku selepas Parti Berjaya tumbang!!!.

Thursday, September 17, 2015

Siapa Kata Ada Kerenggangan Dalam Umno Sabah?

1. Rafizi Ramli- Setiausaha Agung PKR cuba menggambarkan bahawa terdapatnya kerenggangan dalam Umno Sabah, hanya kerana berlakunya tiga pemimpin daripada Umno Kota Belud mempunyai kedudukan di Peringkat Pusat.

2. Rafizi merujuk kepada kedudukan Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Salleh Tun Said- Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Dato Rahman Dahlan-Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3. Keputusan melantik tiga pemimpin tersebut merupakan keputusan kepimpinan Pusat atas sokongan kepimpinan negeri, kerana dilihat bahawa mereka itu dapat memperkukuh kepimpinan Pusat dan juga dapat membantu pembangunan negeri.

4. Dalam satu pasukan, kadangkala berlaku pertukaran pemain, sebabnya, satu perlawanan yang perlu dimenangi memerlukan pemain yang saling bersefahaman semasa dalam perlawanan.

5. Mengenepikan Datuk Shafie Apdal semasa rombakan kabinet pada 27 julai lalu, merupakan keputusan kapten pasukan, iaitu Perdana Menteri, dan keputusan itu merupakan keputusan kolektif semua jajaran kepimpinan. DS Najib memang mempunyai kuasa menentukan barisan kabinet beliau, namun beliau juga melihat pendapat para pemimpin lain, dan keputusan dibuat berasaskan kepada keputusan majoriti, kerana keputusan itu merupakan tindakan yang betul, demi kelangsungan pasukan untuk menuju kemenangan dan kejayaan.

6. Tidak timbul, bahawa pemimpin Pantai Timur Sabah diketepikan dalam barisan kepimpinan, atas sebab, MP Tawau, MP beluran serta MP Kinabatangan masih mempunyai kedudukan di Peringkat pusat, manakala di Peringkat negeri, Ketua Menteri Datuk Musa Aman sendiri mengwakili Pantai Timur, selain itu salah seorang ADUN Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merupakan Menteri Penuh kabinet negeri, Datuk Syed Abas Ali - Speaker Dewan Undangan Negeri, dan tiga ADUN menjawat Pembantu Menteri di peringkat negeri.

7. Jika dilihat daripada sususan kepimpinan, khususnya dalam Umno Sabah, memang berlaku keseimbangan, dan tidak seharusnya menjadi faktor kepada pembangkang untuk melagak-lagakan para pemimpin Umno.

8. Kempimpinan Umno tidak perlu mendapat nasihat daripada pembangkang seperti Rafizi, kerana MP Pandan itu sendiri seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul. Rafizi gagal melihat sendiri, bahawa dalam partinya berlaku parti keluarga sendirian berhad.

Wednesday, April 17, 2013

PRU-13: Senarai calon BN bagi negeri Sabah

KOTA KINABALU 16 April - Berikut senarai calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

PARLIMEN:

P167 Kudat- Datuk Abdul Rahim Bakri (penyandang)

P168 Kota Marudu - Datuk Dr. Maximus Ongkili (penyandang)

P169 Kota Belud - Datuk Abd. Rahman Dahlan (penyandang)

P170 Tuaran - Madius Tangau (penampilan semula) 

P171 Sepanggar - Datuk Jumat Idris (baharu)

P172 Kota Kinabalu - Chin Tek Ming

P173 Putatan - Dr. Marcus Mojigoh (penyandang)

P174 Penampang - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (penyandang)

P175 Papar - Rosnah Abdul Rashid Shirlin (penyandang)

P176 Kimanis - Datuk Anifah Aman (penyandang)

P177 Beaufort - Datuk Azizah Mohd. Dun (pertukaran kawasan)

P179 Ranau - Ewon Ebin (pertukaran kawasan)

P178 Sipiting - Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (penyandang)

P180 Keningau - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)

P181 Tenom - belum diumumkan (kuota UMNO)

P182 Pensiangan - belum diumumkan (kuota PBRS)

P183 Beluran - Datuk Ronald Kiandee (penyandang)

P184 Libaran - Datuk Juslie Ajirol (penyandang)

P185 Batu Sapi - Linda Tsen Thau Lin (penyandang)

P186 Sandakan - Datuk Liew Vui Keong (penyandang)

P187 Kinabatangan - Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)

P188 Silam - Datuk Datu Nasrun Datu Mansor (pertukaran kawasan)

P189 Semporna - Datuk Mohd. Shafie Apdal (penyandang)

P190 Tawau - Datuk Mary Yap Kain Ching (baharu)

P191 Kalabakan - Datuk Abdul Ghapur Salleh (penyandang)

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

N1 Banggi - Abdul Mijul Unaini (penyandang)

N2 Tanjong Kapor - Teo Chee Kang (Penyandang)

N3 Pitas - Bolkiah Ismail (penyandang)

N4 Matunggong - Sarapin Magana (penyandang)

N5 Tandek - Lasiah Baranting@Anita (penyandang)

N6 Tempasuk - Musbah Jamli (penyandang)

N7 Kadamaian - Herbert Timbon Lagadan (penyandang)

N8 Usukan - Datuk Seri Salleh Said (penampilan semula)

N9 Tamparuli - Datuk Jahid@Noordin Jahim (penyandang)

N10 Sulaman - Datuk Hajiji Noor (penyandang)

N11 Kiulu - Datuk Lovis Rampas (penyandang)

N12 Karambunai - Jainab Ahmad (penyandang)

N13 Inanam - Goh Chin Lok@Johny Goh (penyandang)

N14 Likas - Chin Shu Ying (muka  baru)

N15 Api-api - Datuk Dr. Yee Moh Chai (penyandang)

N16 Luyang - Agnes Sim (baharu)

N17 Tanjong Aru - Edward Yong Oui Fah (penyandang)

N18 Petagas - Datuk Yahya Hussin (penyandang)

N19 Kapayan - Datuk Edward Khoo Keok Hai (penyandang)

N20 Moyog - Philip Benedict Lasimbang (penampilan semula)

N21 Kawang - Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (penyandang)

N22 Pantai Manis - Datuk Abdul Rahim Ismail (penyandang)

N23 Bongawan - Mohamad Alamin (baharu)

N24 Membakut - Mohd. Arifin Mohd. Arif (penyandang)

N25 Klias - Isnin Aliasnih (baharu)

N26 Kuala Penyu - Limus Jury (baharu)

N27 Lumadan - Kamarlin Ombi (penyandang)

N28 Sindumin - Ahmad Bujang (penyandang)

N29 Kundasang - Dr. Joachim Gunsalam (penyandang)

N30 Karanaan - Datuk Masidi Manjun (penyandang)

N31 Paginatan - Siringan Gubat (pertukaran kawasan)

N32 Tambunan - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)

N33 Bingkor - Kennedy Jie John@Kenn (baharu)

N34 Liawan - Datuk Sairin Karno (penyandang)

N35 Melalap - Datuk Radin Malleh (penyandang)

N36 Kemabong - Datuk Rubin Balang (penyandang)

N37 Sook - belum diumumkan (kuota PBRS)

N38 Nabawan - Datuk Bobbey Ah Fang Suan (penyandang)

N39 Sugut - Datuk James Ratib (baharu)

N40 Labuk - Datuk Micheal Asang (penyandang)

N41 Gum-gum - Datuk Zakaria Mohd. Edris (penyandang)

N42 Sungai SIbuga - Datuk Seri Musa Aman (penyandang)

N43 Sekong - Datuk Shamsuddin Yahya (penyandang)

N44 Karamunting - Charles Pang Su Pin (Muka baru)

N45 Elopura - Au Kam Wah (penyandang)

N46 Tanjong Papat - Datuk Raymond Tan Shu Kiah (penyandang)

N47 Kuamut - Masiung Banah (penyandang)

N48 Sukau - Saddi Abdul Rahman (penyandang)

N49 Tungku - Datuk Mohd. Suhaili Said (penyandang)

N50 Lahad Datu - Datuk Mohd. Yusof Apdal (baharu)

N51 Kunak - Nilwan Kaban (penyandang)

N52 Sulabayan - Datuk Jaujan Sambakong (baharu)

N53 Senallang - Datuk Nasir Tun Sakaran (penyandang)

N54 Bugaya - Datuk Ramlee Marahaban (penyandang)

N55 Balung - Datuk Syed Abas Syed Ali (penyandang)

N56 Apas - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (penyandang)

N57 Sri Tanjong - Fung Len Fui (baharu)

N58 Merotai - Pang Yuk Ming (Penyandang)

N59 Tanjung Batu - Datuk Hamisah Samat (penyandang)

N60 Sebatik - Abd Muis Picho (penyandang)

Friday, April 05, 2013

PRU-13 Sabah: Calon parti Komponen Mana jadi liabiti?

KOMPONEN BN Sabah yang terdiri tiga parti tempatan dan tiga parti kebangsaan yang terdiri daripada Umno, PBS, Upko, PBRS, LDP, MCA, Gerakan  dan  MIC. 

Daripada enam parti komponen parti itu, hanya Gerakan dan MIC tidak pernah bertanding di sebarang pilihanraya Sabah.

Sebagai Fakta, daripada tiga kompenan parti itu, empat parti iatu Upko, PBRS, Gerakan dan MIC, di mana presidennya pernah kalah dalam pilihanraya.

Presiden Upko dulu PDS Tan Sri Bernard Dampok pernah kalah pada tahun 1999 di kerusi Dun Moyog, demikian juga Tan Sri Joseph Kurup kalah di Parlimen Keningau. Sementara Presiden Gerakan dan MIC kalah pada PRU-2008.

Di antara komponen parti itu, MIC mendahului menerima tamparan tsunami politik tahun 2008, diikuiti MCA, sementara lain masih mengekalkan sokongan rakyat terhadapnya. Malah UPKO dan LDP mencapai kemenangan 100 peratus pada tahun 2008, bersamaan dengan Umno Sabah, walaupun Umno Semenanjung hampir menerima serangan tsunami politik.

Bagi berdepan PRU-13, pembahagaian kerusi antara komponen Bn mempertahankan status quo tahun 2008, kecuali untuk kerusi yang dikuasai SAPP, Parlimen Tawau, Parlimen Sepanggar, Dun Tanjong Papat  Dun Elupora, Dun Luyang dan Dun Likas.

Pada Rabu, Presiden LDP Datuk VKLiew dipetik sebagai berkata, DUN Karamunting yang pada asalnya kerusi LDP, namun kerana DUNnya berpindah kapal ke parti Gerakan, akan tetap ditandingi parti itu, selain mendapat tambahan kerusi di Pantai barat, samada Dun Luyang atau Likas.

Pada PRU-12, hanya calon-calon daripada PBS menjadi liabilti apabila dua calonnya kalah, satu di peringkat Parlimen dan satu di peringkat Dun.

Berdasarkan keadaan semasa, nampaknya beberapa komponen parti Bn Sabah akan kehilangan kerusi samada di peringkat Parlimen mahupun Dun, termasuk parti Umno. 

Kerusi Umno yang dikatakan dalam keadaan bahaya adalah Dun Klias dan Parlimen Beaufort. Sementara bagi Upko adalah Parlimen Penampang,Dun Moyog dan Dun Kuala Penyu. MCA pula hanya Dun Kepayan, sementara PBS dijangka kehilangan DUN Api-Api, Dun Tanjong Aru, dan Dun Inanam, namun akan menang semula di Dun Sri Tanjung Tawau.

Sementara Gerakan yang pertama kali bertanding akan menang di Dun Tanjong Papat dan Dun Elopura, manakala LDP walaupun akan menghadapi saingan hebat, akan mampu mempertahankan Parlimen Sandakan, Merotai, Karamunting dan dalam keadaan 50:50 bagi Dun Tanjong Kapur, Kudat,  dan mungkin gagal menang pada kerusi baru yang diperuntukan kepada parti itu.

Pada PRU-13 kali ini, Bn Sabah akan menyapu bersih kawasan Pantai Timur Sabah, termasuk pedalaman, kecuali Dun Tanjong Kapur, Kudat. Bn Sabah akan hanya kehilangan  beberpa kerusi-kerusi di pantai Barat Sabah, terutama kawasan Bandar.

Kawasan yang sukar dimenangi BN adalah Parlimen Kota Kinabalu, Dun Luyang, Dun Api-Api, Dun Kepayan, Dun Tanjong Aru dan Dun Inanam, namun masih ada peluang bagi Parlimen Penampang, Parlimen Beaufort, Dun Klias, Dun Kuala Penyu, Dun Moyog dan Dun Likas.

Apapun, selepas PRU-13 nanti, BN Sabah akan membentuk kerajaan Negeri dengan kuasa 2/3 walaupun akan kehilangan beberapa kerusi. Di Peringkat Parlimen pula, Bn Sabah akan kehilangan 2-3 kerusi, dan maksima empat daripada 25 kerusi  dipertandingkan.

Analisis ini, berdasarkan kepada trend pengundi kaum cina, dimana menurut beberapa penganalis politik, 80 peratus kaum itu condong kepada pembangkang. 

Sunday, March 24, 2013

PRU-13: Sabah will Show The Way

Pada PRU-13 ini Sabahan will show the way. Rakyat Sabah akan tunjuk jalan kepada pembangkang, bahawa Putrajaya tetap dalam gengaman BN.

Rakyat Sabah tidak mampu lagi melakukan cuba-cuba menukar kerajaan, kerana pengalaman menukar kerajaan, bukan sahaja menjadikan rakyat Sabah miskin, malah tertinggal dari segi pembangunan.

Sabah bertukar kerajaan empat kali sejak menyertai Malaya, Singapura dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Rakyat Sabah mengambil iktibar kepada kerajaan di Malaya (semenanjung) dan Sarawak, kerana kerajaan tidak bertukar, maka kemajuan dan taraf kehidupan rakyatnya lebih baik.

Rakyat Sabah menikmati pembangunan sejak 18 tahun terakhir, apabila tidak berlaku pertukaran kerajaan.

Kadar kemiskian telah menurun kepada satu angka, berbanding tahun 10 tahun lalu, di mana angka kemiskinan masih dua angka.

Disebabkan kestabilan politik yang ada di negeri itu, maka ada dalang-dalang tertentu mencuba mencipta huru hara dengan membayar Jamalul Kiram III dan konco-konconya mengganas di Sabah.

Rakyat Sabah tidak akan termakan dengan dakyah yang dicipta, kerana rakyat Sabah sudah matang menilai mana kaca dan mana intan.

Rakyat Sabah yang menjadi sebahagian daripada pembangkang, sebenarnya hanya memenuhi keinginan peribadi, bukan berjuang untuk rakyat. Mereka sama dengan pemimpin terdahulu, yang menipu rakyat kononnya melalui perubahan kerajaan, maka kemajuan lebih baik akan dicapai, tetapi kenyataannya semua itu tipu muslihat demi kepentingan diri sendiri mendapat kedudukan dan kuasa.

Kepimpinan Bn sekarang terutama selepas sahaja DS Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perhatian khusus diberikan kepada Sabah, kerana Perdana Menteri itu menerima hakekat, bahawa Sabah jauh ketinggalan dari semua segi.

Rakyat Sabah celik terhadap perubahan politik, namun sebagai balasannya ketinggalan dalam semua segi. Atas faktor inilah, pada PRU-13, berbuihlah mulut pemimpin Pembangkang, rakyat Sabah tidak akan terpengaruh lagi.

Sayang Sabah hanya 25 kawasan Parlimen, kalau lebih daripada itu, sudah pasti memberi keuntungan kepada Bn. 

Sabah melalui kepimpinan Datuk Seri Musa Aman dengan rakan-rakan dalam Bn Sabah akan memastikan Sabah tetap simpanan tetap Bn. Sabah TATAP Bn.

Tuesday, January 29, 2013

PRU-13 Sabah: Antara calon-calon Sabah

TEMPOH lima tahun mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan Bn akan berakhir dengan sendirinya pada 28 April, 2013.

Pada PRU lalu, rakyat memberikan mandat kepada Bn untuk memerintah negara ini dengan jumlah 140 kerusi parlimen daripada 222 yang dipertandingkan.

Di sabah pula, rakyat memberikan mandat kepada Bn Sabah dengan jumlah kerusi 24 parlimen daripada 25, dan 59 kerusi dun daripada 60 dun yang tersedia.

Pada PRU lalu, parti-parti komponen hampir semuanya menang 100 peratus, kecuali PBS yang kalah satu parlimen dan satu kerusi dun.

Melihat kepada kemenangan calon-calon bn pada PRU-PRU lalu, terlihat kawasan-kawasan yang merupakan kawasan tradisi Bn terus menjadi kawasan simpanan tetap.

Pada PRU kali ini juga, diperkirakan kawasan-kawasan tradisi bn akan terus dimenangi walaupun kekuatan pembangkang pada kali ini, dikatakan ada peningkatan.

Kawasan Kota Belud misalnya, hanya Dun Kedamian dikatakan agak rapuh, jika mempertahankan wakil rakyat yang ada sekarang. Bagi kawasan itu, bukan Bn yang kurang mantap, akan tetapi telah timbul kebosanan terhadap wakil rakyat yang ada.

Pencapaian wakil rakyat daripada PBS itu, dikatakan kurang menyerlah, kerana kurang mampu mengadakan berbagai pembangunan yang diperlukan bagi kawasan itu, walaupun beberapa penggal menjadi wakil rakyat.

Pada PRU 2008 misalnya calon Bn yang diwakili Helbert Timbon Lagadan daripada PBS hanya mendapat undi 5,382 berbanding undi pembangkang kalau digabungkan 4,638. Berasaskan kepada keputusan itu, kemenangan calon Bn itu hanya bermajoriti 744.

Melihat kepada kecenderungan perolehan undi Bn pada PRU lalu, Ketua Bahagian Umno Kota Belud yang juga merangkap Pengerusi Bn kawasan Kota Belud, memandang berat kecenderungan itu. Atas sebab itu, sejak hampir lima tahun, beliau begitu aktif di seluruh kawasan Kota Belud, meskipun beliau bukan wakil rakyat yang dipilih.

Bermula pada pengakhir tahun lepas sehingga kini, Datuk Dr Salleh boleh dikatakan rata-rata 5 hari seminggu berada di Kota Belud. Turun padang Speaker Dun Sabah itu, selain menghadiri berbagai acara termasuk acara rasmi, juga acara tidak rasmi termasuk aktiviti santai bersama pengundi.

Datuk Dr Salleh juga beruntung mempunyai wakil-wakil rakyat yang juga rajin turun padang, seperti Adun Tempasuk, MP Kota Belud dan Adun Ususkan, dan kadang-kadang Adun Kedamaianpun ikut serta.

Penulis tidak pelik, jika pada satu-satu majlis, akan turut dihadiri oleh semua wakil rakyat. Cara ini adalah menguntungkan rakyat, kerana mudah bagi mereka berhubung langsung dengan wakil-wakil rakyat yang berkaitan.

Kekompakan wakil-wakil rakyat Kota Belud cukup terserlah, demikian juga kerajinan dan komitmen mereka terhadap rakyat cukup tinggi, sehinggakan penulis cukup sedih, jika ada di antara mereka tidak dipertandingkan.

Sayang Kota Belud hanya ada tiga kawasan untuk calon-calon umno, kalaulah lima, maka semua pemimpin yang dekat dihati rakyat mempunyai tempat.

Sementara bakal-bakal calon Umno Kota Belud sudahpun sampai di tangan Perdana Menteri yang juga Presiden umno, namun tiada seorangpun yang mengetahui siapa-siapa yang bakal dipilih.

Meskipun demikian, para pemimpin Kota belud senantiasa meneruskan khidmat bakti mereka kepada rakyat, sehingga keputusan, siapa-siapa calon-calon yang dipilih.

Penulis difahamkan, bahawa siapapun bakal-bakal calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan, semua pemimpin Kota belud akan terus berkerjasama untuk memastikan kemenangan calon-calon Bn, terutama daripada Umno.

Kota Belud adalah tempat lahirnya Umno Sabah, atas sebab itu, pimpinan Umno tidak sanggup kehilangan sebarang kerusi daripada kawasan itu.

Apa yang unik bagi kawasan Kota Belud adalah persefahaman antara pemimpin dan penyokong masing-masing; sehinggakan boleh berlaku ganti berganti calon. Misalnya Dun Tempasuk, berganti-ganti antara Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Musbah Jamli. Demikian juga di Usukan berganti-ganti antara Datuk Dr Salleh Tun Said dan Datuk Japlin Haji Akim. Parlimen Kota Beludpun demikian, apabila Datuk Rahman Dahalan bertanding pada PRU-12 lalu.

Pendek kata, siapa-siapapun yang dicalonkan oleh pucuk pimpinan Bn bagi mempertahankan kerusi-kerusi di kawasan Kota belud, senantiasa disokong oleh rakyat dan penyokong tegar bn.

Pada PRU-13 akan datang, adalah diperkirakan akan berlaku pergantian calon-calon Bn daripada Umno di Kota Belud, berasaskan kepada kesepakatan dan maufakat antara pemimpin.

Siapa bakal-bakal calon itu, hanya Datuk Seri Najib yang mengetahuinya. Namun berasaskan mata kasar dan kecenderungan semasa, maka ada kemungkinan hanya berlaku bergantian diperingkat Dun Usukan. Atau ekstremnya di peringkat Parlimen, jika penyandang sekarang akan bertanding di Parlimen Sepanggar.

Berasaskan tipuan angin, ada kemungkinan Datuk Rahman Dahalan akan dicalonkan di Sepanggar, di mana kawasan itu disandang oleh Datuk Eric Majimbon daripada SAPP, yang merupakan wakil rakyat pembangkang selepas 17 September 2008 lalu.

Sementara Parlimen Kota Belud akan ditandingi oleh Speaker Dewan Rakyat sekarang Tan Sri Pandikar Haji Mulia. Kehadiran Tan Sri Pandikar dan Datuk Rahman di Parlimen, sangat diperlukan oleh Bn di Peringkat Parlimen, kerana kewibawaan masing-masing.

Datuk Dr Salleh terpaksa dipertandingkan diperingkat Dun, agar supaya beliau terus membantu Ketua Menteri Sabah memajukan Sabah, sesuai dengan Hala Tuju Sabah yang perlu direalisasikan pada tahun 2015. Selain itu, Salleh merupakan pemimpin yang diharapkan mengetuai jentera pilihanraya Sabah pada PRU-14.

Monday, October 15, 2012

Selagi pemimpin Utama Sabah bersatu- Sabah tetap Fixed Deposit BN

PASUKAN BN SABAH yang diketuai Musa Aman, dibantu oleh Salleh Said, Safie Apdal, Pandikar Amin, Pairin Kitingan, Bernard Dompok, VK Liew, serta para pemimpin lain seperti Ghafur Salleh, Rahim Ismail, Hajiji, dan para pemimpin muda BN, tiada peluang pembangkang mendapat tempat di negeri di bayu itu.

Kukuhnya perpaduan antara para pemimpin BN Sabah, menguatkan lagi harapan BN terhadap negeri sebagai simpanan tetap BN.

Selain itu, pembelaan pemimpin pusat terhadap negeri ini, sungguh dihargai rakyat. Tahun depan sahaja, sebanyak RM2.98 bilion peruntukan daripada pusat akan dibelanjakan untuk projek-projek yang mensasarkan kepada pembasmian kemiskinan.

Najib sendiri berkata, di masa yang tidak terlalu lama, Sabah akan bertambah maju agar supaya seiring dengan kemajuan di Semenanjung.

Pembinaan lebuhraya pesisir pantai daripada Kudat ke Tuaran, akan berimpak besar kepada pelancongan, kerana lebuh raya itu akan merentasi perbukitan yang menghadap laut, sehingga boleh digelar sebagai "Gold Coast"nya Sabah atau negara.

Kestabilan politik Sabah, tidak memungkinkan negeri itu terganggu oleh kehadiran pembangkang. Kejayaan pembangkang menggait pemimpin BN seperti Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Ibrahim Menudin, Yahya Lampong, tidak akan berimpak, kerana para pemimpin itu tidak mempunyai rekod dalam memajukan rakyat.

Mungkin Lajim akan berimpak di Klias dan Beaufort, atas nama kesukuan, namun pada zahirnya, penduduk kawasan itu, akan memberi sokongan kepada BN, kerana penduduk kawasan itu memerlukan pembelaan daripada segi pembangunan.

Walaupun Lajim mewakili kawasan Klias sejak tahun 1985, namun pembangunan kawasan itu tidak semulus sepertimana yang diharapkan, bukan kerana kerajaan BN, namun kerana ketiadaan wawasan daripada wakil rakyatnya.

Kota Belud, sebelum ini hampir sama kategorinya dengan daerah Pitas, di mana penduduknya ramai yang berada dalam kategori miskin, namun atas wawasan para pemimpin daerah itu, maka Kota Belud kini semakin membangun. Program Jelapang Padi, Agropolitan merupakan penyumbang kepada kemajuan daerah ini menjelang tahun 2020. Demikian juga Pitas, melalui projek agropolitan dan di tambah dengan pembangunan lebuh raya Kudat nanti, kawasan ini akan terkeluar daripada daerah miskin.

Pemerataan pembangunan antara daerah adalah salah satu strategi Ketua Menteri Sabah, atas sebab itu, pembangunan untuk kawasan pesisir pantai Kota Kinablau telah dimansuhkan.
 
Yakinlah selagi para pemimpin BN Sabah bersatu, Sabah tetap menjadi Simpanan Tetap BN.

Tuesday, July 24, 2012

Apakah Sabah masih Fixed Deposit BN?

Apabila keputusan PRU-12 diumumkan, BN Sabah hampir menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan, baik Parlimen mahupun Dewan undangan negeri.

Sabah mempunyai 25 Kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN. Daripada jumlah kerusi itu, BN menang 24 bagi parlimen dan 59 bagi DUN. (Sarawak menyumbang 30 kerusi Parlimen daripada 31- membuatkan BN secara keseluruhan menang 139-kurang 9 kerusi bagi kuasa 2/3).

Disebabkan kemampuan Sabah memberikan kerusi yang banyak kepada BN, maka kerajaan Pusat masih diperintah oleh BN. Sebagai perbandingan, BN Semenanjung hanya mendapat 85 kerusi berbanding Pembangkang 82 daripada 167 (satu kerusi bagi wilayah persekutuan Labuan) kerusi keseluruhan. 

Berasaskan kepada sokongan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap BN, maka dua negeri di Kepulauan Borneo itu dicanang sebagai "Fixed Desposit BN".

Berasaskan kepada keputusan PRN Sarawak pada April, 2011- keupayaan Sarawak sebagai Fixed deposit mulai diragui. Kini pula, berasaskan perkembangan politik di Sabah, tag "Fixed despoit" bagi Sabah pula mulai diragui?

Biang kerok goncangnya politik Sabah apabila AMT Umno merangkap MP Beaufort dan Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan- Datuk Lajim Haji Ukin, bertindak melakukan tindakan seperti pembangkang, dengan harapan dipecat daripada Umno dan Kerajaan.

Selain itu, tindakan Timbalan Presiden UPKO Datuk Welfred Bumburing yang juga MP Tuaran meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran, bermula semalam. Namun, apakah beliau juga turut meletakan jawatannya daripada parti, akan diketahui pada 29 julai ini, apabila beliau hadir berjumpa Anwar di Beufort, Sabah.

Di perkirakan, pada 29 Julai Lajim dan Welfred akan menentukan parti mana yang mereka sertai.

Menurut perkiraan Lajim dan Welferd, keluarnya mereka daripada BN, akan mengubah lanskap politik Sabah, sepertimana biasa belaku di Sabah sebelum ini.

Namun kali ini, perkiraan mereka itu akan meleset, kerana rakyat sudah jemu dengan tindak tanduk pemimpin yang hanya berpaksi kepada keinginan peribadi, bukannya keinginan rakyat.

Para pemimpin Sabah yang diketuai oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Musa Aman dan Timbalan Pengerusi Umno Negeri- Datuk Salleh Tun Said, akan membuktikan bahawa anggapan mereka itu silap.

Berasaskan spekulasi, Lajim dan Welferd akan dituruti oleh mantan Ketua Menteri Sabah-Datuk Osu Sukan, Mantan Menteri Persekutuan-Tan Sri Kasitah Gadam- Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah-Datuk Amir Kahar Tun Mustapha dan Naib Presiden UPKO-Senator Maijol Mahap.

Saturday, June 30, 2012

Musa perlu terus mengemudi BN Sabah: Salleh Said

Datuk Seri MUSA Aman adalah pemimpin yang bersifat low profile, sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 27 Mac 2003, bagi meggantikan Tan Sri Chog Kah Kiat, dalam sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah.

Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasioal Sabah dan Pengerusi Perhubugan Umno Sabah, beliau telah melalui dua pilihanraya umum, yakni pada tahun 2004 dan 2008.

Di kedua-dua pilihanraya itu, Musa membawa kemenangan hampir mutlak kepada Barisan Nasional Sabah, walaupun ada sedikit kecacatan, apabila kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi dewan undangan negeri.

Menjelang PRU-13, Musa sekali lagi diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan untuk mengemudi BN Sabah bagi memastikan kemenangan terutama kerusi-kerusi parlimen yang menjadi sasaran pembangkang.

Musa sebagai Ketua Menteri mendapat sokongan daripada semua pemimpin komponen parti BN di Sabah, walaupun sedikit waktu lalu, ada suara-suara sumbang daripada parti LDP. Namun, semuanya itu telah berlalu; biasalah dalam keluarga besar ada sahaja unsur ketidak puashatian namun semuanya itu ibarat perahu lalu kiambang bertaut.

Selain sokongkan padu daripada pemimpin komponen BN Sabah, yang sangat signifikan terhadap kepimpinan Musa, adalah sokongan yang tidak berbelah bagi daripada Timbalannya, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud yang juga merangkap Speaker DUN Sabah itu, sejak dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, telah memberi komitmen yang tidak berbelah bagi dan menyokong Musa sesuai dengan jawatan dan peranan beliau sebagai orang nombor dua.

Semalam, Salleh mengulangi komitmennya itu, seraya berkata, bahawa kepimpinan Musa terus disokong dan diberi kepercayaan oleh pimpinan negeri termasuk juga pucuk pimpinan tertinggi negara, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno serta Pengerusi Barisan Nasional Pusat.

Berasaskan kepada sokongan yang tidak berbelah bagi itu, maka Musa diberi kepercayaan penuh bagi mencorakkan alah tuju pembangunan negeri ini. Untuk itu, beliau juga akan diberi kepercayaan untuk menentukan para pemimpin yang akan diketengahkan pada PRU-13 akan datang.

Musa mempunyai kapasiti untuk menilai, kualiti dan integriti para pemimpin di peringkat negeri untuk diketengahkan sebagai calon-calon yang mewakili BN yang menepati kretiria Perdana Menteri, yakni Winnable Candidate.

Berasaskan kepada sokongan padu para pemimpin negeri dan juga pucuk pimpinan, tidak syak lagi, BN dibawah kemudi Ketua Menteri ke-14 Sabah itu, akan mencapai kemenangan mutlak pada PRU-13 akan datang.

Saturday, May 19, 2012

PRU-13: Sabah siap sedia: Musa

BN Sabah sudah siap sedia menghadapi PRU-13, demikian kata Pengerusi Perhubungan Umno Negeri merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

"BN Sabah senantiasa bersiap sedia setiap masa, tidak sama dengan Parti Pembangkang, yang hanya sibuk setiap empat tahun sekali". Datuk Musa Aman.

Pada PRU-12 lalu, BN Sabah menang 24 kerusi Parlimen daripada 25 yang ditandinginya, sementara DUN, BN menang 59 daripada 60.

Berasaskan kepada pencapaian pada PRU-12, maka Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengistiharkan bahawa Sabah adalah "Fixed Deposit" BN pada sebarang pilihanraya, termasuk menghadapi PRU-13 yang dikatakan sebagai IBU kepada semua PRU di negara ini.

Musa telah menjelajah seluruh pelosok negeri, Ketua Menteri itu, melihat sendiri sokongan rakyat terhadap BN.

BN Sabah diramalkan tidak mempunyai masalah mempertahankan kawasan-kawasan tradisinya- terutama kawasan bumiputera islam.

Walaupun diatas kertas, BN Sabah berhadapan dengan tantangan yang kuat di kawasan-kawasan majoriti kaum cina, namun keadaan kawasan-kawasan tersebut masih dalam keadaan 50:50.

Jika trend pengundian kaum cina menyamai trend di PRN Sarawak pada April-2011, maka ada kemungkinan BN Sabah akan kehilangan kawasan-kawasan yang dihuni oleh kaum itu.

Kawasan seperti Parlimen Kota Kinabalu (sekarang DAP), Sandakan (LDP), Tawau (SAPP-menang atas tikit BN) ada kemungkinan akan terlepas kepada calon2 pembangkang. Namun, jika BN dapat mengemukakan calon2 yang boleh menang, tidak mustahil kawasan2 tersebut boleh dimenangi BN.

Bagi kawasan DUN pula- persepsi sekarang ini, DUN Kepayan, Luyang, Tanjong Aru, Api-api , Inanam akan dimenangi calon2 pembangkang, manakala kawasan2 50:50 adalah DUN Moyog, Tamparuli, Merotai dan Tanjong Kapur.

Kalaupun kawasan2 yang disebutkan itu dimenangi pembangkang, namun BN Sabah tetap mempunyai kuasa 2/3 kerana jumlah kerusi untuk kuasa 2/3 hanya memerlukan 40.

Namun agak malang, jika pembangkang boleh menang lebih daripada satu kerusi Parlimen, kerana kerusi parlimen adalah penentu parti mana yang membentuk kerajaan pusat.

Pada PRU-12, Sabah dan Sarawak menyumbang 54 kerusi daripada 139 kerusi BN secara keseluruhan. Sekiranya, pada PRU-13 BN Sabah dan Sarawak tidak mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu, maka BN Semenanjung perlu menang kerusi2 yang kalah itu. Jika BN Semenanjung, hanya mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini, maka kuasa 2/3 semakin lebar jurangnya.

Akan tetapi berasaskan kepada persepsi semasa, BN Semenanjung akan menyerlah kali ini terutama di kawasan2 melayu dan india. 40 kawasan yang ditandingi UMNO pada PRU-12 yang kalah, sekurangnya akan menang 10, jika ini menjadi kenyataan, maka jumlah kerusi keseluruhan yang akan dimenangi BN berkisar antara 140-142- kurang enam atau lapan kerusi untuk kuasa 2/3. Jika, parti MIC mampu menambah 2 kerusi dan Gerakan 1 serta MCA mampu mempertahan 15 kerusi Parlimennya, maka secara keseluruhan BN hanya memperlukan 2 atau 3 kerusi untuk kuasa 2/3.

Namun, apabila Sabah dan Sarawak mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, maka BN secara keseluruhan akan memerintah dengan kuasa 2/3 dengan perolehan kerusi antara 148-150 daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Melihat kepada keyakinan Musa dan Taib Mahmud (Ketua Menteri Saraawak) sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil, kejayaan tahun 2008 akan berulang. Jika kejayaan itu berulang, maka sahlah, Sabah dan Sarawak adalah "fixed deposit BN".

Friday, February 17, 2012

Najib bayangkan PRU-13 semakin hampir- parti pembangkang Sabah pula bergaduh soal kerusi

Selepas mempengerusikan mesyuarat BN-Sabah petang semalam di sebuah hotel di Kota kinabalu, Perdana menteri membayangkan, mungkin ada lawatan lagi ke negeri di bawah bayu itu, atau sebaliknya, lawatan kali ini adalah lawatan terakhir.

Jika BN sudah pada peringkat mode tertinggi bagi menghadapi PRU-13, parti pembangkang Sabah pula bergaduh soal pembahagian kerusi.

Presiden STAR, Sabah chapter, Jeffery Kitingan mencadangkan agar parti dalam gabungan pakatan rakyat, DAP-PKR-PAS jangan bertanding di Sabah, sebaliknya biarkan SAPP dan STAR bertanding bagi menghadapi BN/Umno.

Sementara itu, pemimpin DAP Edwin Bosi, memperlekeh kemampuan SAPP, berdepan dengan BN/umno, dengan mengambil contoh PRK Batu Sapi, di mana persidennya sendiri, mendapat undi tercorot pada PRK november 2010 1tu.

Pada PRU-12, Bn/umno Sabah menang 59 kerusi daripada 60 kerusi ADUN dan 24 kerusi daripada 25 parlimen.

Bn/umno kalah di DUN Sri Tanjung, Tawau dan Parlimen Kota Kinabalu, kedua2nya kepada DAP.

Atas kemenangan cemerlang Bn/umno Sabah pada PRU 2008, maka Sabah dianggap sebagai simpanan tetap bn pada PRU-13.

Bagi kes Sabah, semakin banyak calon2 bertanding, maka peluang bn/umno semakin cerah, kerana penyokong bn/umno tetap bersatu, sementara undi pembangkang akan terbagi-bagi.

Melihat kepada kecenderungan sokongan rakyat, nampaknya pada PRU-13, bn/umno Sabah tidak akan menghadapi masalah mempertahankan negeri di bawah bayu itu untuk diperintah oleh gabungan 13 parti itu.

Wednesday, May 19, 2010

LDP Sabah Bagai Duri Dalam Daging?

Transkrip kenyataan Timbalan Presiden LDP-Sabah Datuk Chin Shu Pin belum AYT perolehi, namun berasaskan ulasan Timbalan Perhubungan Umno Negeri Datuk Salleh Said yang dipetik BERNAMA; Timbalan presdien LDP itu menyuarakan pendapatnya, yakni meminta pemimpin pusat agar supaya menghentikan anggapan bahawa Sabah dan Sarawak sebagai Fixed Deposit BN, kerana kononnya 2 negeri tersebut sedang mengalami krisis kepimpinan.

Berpunca daripada kenyataan ini lah Salleh beranggapan bahawa kenyataan itu sepatutnya tidak perlu ujud, kerana Timbalan presiden LDP itu tidak dapat memberikan fakta yang jelas bahawa Sabah dan Sarawak mengalami krisis kepimpinan.

Kalau hanya memeberi komen mengenai isu pertama yakni supaya pusat berhenti beranggapan bahawa Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap BN , itu wajar kerana kenyataan itu boleh menjadi pendorong kepada semua lapisan pemimpin berkerja keras agar supaya jaminan Sabah dan Sarawak tetap menjadi fixed deposit.

Namun kenyataan, bahawa Sabah dan Sarawak mengalami krisis kepimpinan adalah tidak wajar, kerana Timbalan presiden LDP komponen tertua BN Sabah itu tidak dapat membuktikan dakawaannya tersebut.

Diakui bahawa pada PRU-12, BN Sabah masih dianggotai SAPP- parti serpihan Parti Bersatu Sabah (PBS), namun parti itu keluar kerana termakan muslihat Anwar ibrahim, kononnya Presiden parti itu akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika gerakan 16 September 2008 berjaya.

SAPP walaupun sebagai parti berbilang kaum, namun secara praktikalnya didominasi oleh kaum cina.

LDP juga sebenarnya adalah parti berbilang kaum, namun secara praktikalnya parti itu juga didominasi oleh kaum cina. LDP sekarang ini diterajui oleh wakil rakyat Sandakan yang juga Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Kiong.

BN-Sabah sekarang ini hanya bersandar kepada parti MCA dan LDP serta PBS untuk mendapat sokongan kaum cina.

Untuk rekod, sebenarnya parti yang mendapat sokongan kaum cina adalah PBS, walaupun parti itu dipimpin oleh bumiputra Sabah,yakni Datuk Pairin Kitingan. Namun berasas kepada keputusan PRU-12 lalu, sokongan kaum cina telah terbagi dua, yakni sebahagian menyokong DAP atau Pakatan dan sebahagian BN.

Berasaskan kepada perkembangan semasa, kenyataan Timbalan presdien LDP itu ada asasnya, kerana pada masa kini, sokongan kaum cina kepada BN bukan bertambah baik, malah semakin merosot.

Datuk Salleh ada kebenarnya jika merujuk kepada kerusi-kerusi bumiputra, bahawa Sabah dan Sarawak adalah FD BN, kerana jika sekalipun semua kerusi majoriti cina dimenangi pembangkang, kerusi DUN bagi kedua-dua negeri tersebut tetap 2/3 berpihak kepada BN.

Namun apabila Timbalan Presiden LDP itu berkata bahawa BN Sabah dan Sarawak mengalami krisis kepimpinan, itu lah yang menjadi persoalan, kerana komen itu tidak mempunyai asas kokoh, malah mengundang persepsi bahawa secara dalaman BN- ada masalah.

Sebagai rekod, satu masa dulu, Timbalan presdien LDP ini juga membuat kritikan pedas terhadap kepimpinan Musa Aman, semasa Datuk Raymnond Tan, mantan Timbalan Presdien SAPP- yang tidak berparti ketika itu, tetap dipertahankan dalam kabinet negeri sebagai Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina.

Ada lah dirasakan, bahawa Timbalan Presdien LDP ini beraksi bagai duri dalam daging dalam BN Sabah.

Blog Archive