Rakyat Sabah perlu mengambil iktibar, bahawa akibat mengubah kerajaan dengan kerap, maka rakyat sendiri menjadi korban.
Kalaulah Parti Berjaya tidak tumbang pada tahun 1985, kadar pembangunan dan kemajuan Sabah, sudah berkali ganda.
Akibat perubahan kerajaan tahun 1985, maka Perdana Menteri masa itu, membalas dendam terhadap parti yang menumbangkan Parti Berjaya. Rententan balas dendam itu, maka peruntukan pembangunan untuk Sabah disekat.
Walaupun parti yang menumbangkan kerajaan Berjaya diterima sebagai anggota Barisan Nasional, namun tingkah laku pemimpin parti berkenaan, suka sangat mengambil jalan konfrontasi, terutama Dr Jeffery Kitingan.
Selain tindakan konfrontasi, cara pemerintahan parti itu, semacam pilih bulu, sehinggakan menimbulkan ketidak puas hatian rakyat, khususnya kaum bumiputera islam.
Kerajaan Sabah masa itu, hanya bergantung pendapatan dengan menebang hutan. Apabila hutan semakin habis, maka pendapatan juga semakin berkurang.
Aktiviti perekonomian masa itu, cukup perlahan, sehinggakan banyak agensi kerajaan terpaksa ditutup, malah ada yang diswastakan.
Pada masa itu, hanya sebuah agensi Persekutuan yang aktif di Sabah, yakni Felda, akan tetapi, sumbangan agensi itu terhadap negeri dalam bentuk cukai, cukup rendah, kerana harga kelapa sawit masa itu juga rendah.
Kadar pengangguran masa itu cukup tinggi, sehinggakan mereka yang ada kelulusan degree, terpaksa mengambil jawatan perkeranian, hanya semata-mata untuk hidup.
Huluran kewangan daripada Persekutuan, hanya sekadar sambung nyawa, itupun disalurkan melalui Jabatan Persekutuan, yang ditadbir oleh para pegawai kerajaan.
Nasib rakyat Sabah berubah, apabila Parti yang memerintah keluar daripada Parti Barisan Nasional. Peluang itu, diambil kesempatan oleh Allahyarham Tun Mustpaha Datu Harun, menjemput Parti UMNO masuk ke Sabah. Alasan Tun masa itu, penyokong dan ahli USNO kena berpindah daripada kapal kecil ke kapal besar.
Walaupun Parti UMNO Sabah dipimpinan oleh pemimpin Sabah, akan tetapi diberi nasihat oleh para pemimpin UMNO pusat yang berpengalaman, khususnya bagaimana membangun dan memajukan negeri.
Selepas Parti UMNO dan parti-parti komponen BN Sabah membentuk kerajaan pada tahun 1994, maka langkah memajukan negeri dimulai. Kelajuan pembangunan dan kemajuan ditingkatkan melalui pacuan dana daripada persekutuan yang disalurkan melalui kementeraian-kementerian persekutuan.
Tindakan pertama kerajaan negeri dengan bantuan persekutuan, adalah memasang bekalan litrik di semua kawasan, termasuk luar bandar. Membina jalan raya perhubungan. Tujuan kepada semua itu adalah, untuk memperancakkan aktiviti ekonomi.
Pembangunan dan kemajuan Sabah dipacu lagi, apabila Datuk Musa Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada tahun 2003. Musa membawa bersama beliau pengalaman sebagai ahli perniagaan.
Berbagai perancangan telah dibuat, termasuk blue print pembangunan dan kemajuan Sabah, Hala Tuju Sabah.
Agensi kerajaan negeri ditabir urus dengan baik, sehinggakan boleh membayar dividen kepada kerajaan. Berbagai sektor diterokai, termasuk pelancongan. Hasilnya, Sabah dapat membentangkan bajet sehingga RM4.088 bilion pada tahun 2012. Selain itu, Sabah dapat mengumpul simpanan kewangan lebih RM3bilion, sedangkan pada tahun 2003, simpanan kerajaan hanya RM180juta.
Mengapa kerajaan Sabah boleh mengumpul simpanan kewangan diatas RM3bilion? sebabnya adanya kesinambungan kerajaan dan kestabilan politik. Sebenarnya kerajaan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1994, sudah menjangkau usia hampir 23 tahun. Tempoh pemerintahan itu merupakan satu rekod, sejak Sabah merdeka pada tahun 1963, kerana sebelum ini, usia pemerintahan hanya dua penggal.
Sejak akhir-akhir ini, ada usaha-usaha daripada Parti Pembangkang untuk mengubah kerajaan yang telah berjaya membangun dan memajukan negeri. Mereka mendakwa, kononnya mereka boleh membangun negeri dengan lebih baik apabila diberi mandat. Mereka itu lupa, bahawa sebahagian besar daripada mereka itu, suatu masa lalu adalah juga sebahagian daripada kerajaan, namun telah meninggalkan kudis kepada kerajaan.
Sebagai contoh, Presiden Parti Warisan Sabah. Menurut ADUN Kunak, Datuk Nilawan Kabang, oleh kerana cita-cita MP Semporna itu mahu menjadi Ketua Menteri Sabah, maka beliau sanggup mensabotaj pembangunan luar bandar, supaya rakyat marah terhadap kerajaan yang diterajui Datuk Musa Aman.
Cuba bayangkan dana KKLW sebesar RM3.3bilion yang sepatutnya untuk menyelesaikan bekalan air luar bandar Sabah, ianya tidak digunakan sewajarnya, sehinggakan ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan, menyelewang dana itu untuk kepentingan peribadi.
Seandainya dana itu, disalurkan kepada kerajaan negeri, sudah tentu, penggunaannya akan lebih teratur, dan adalah pasti masalah air luar bandar Sabah telah terselesaikan.
Bagaimana kah rakyat Sabah boleh menyokong pemimpin yang mempunyai nawaitu buruk? Yakinlah, apabila mereka itu diberi peluang, yakinlah mereka akan bertindak seperti tikus membaiki labu, rakyat pula, akan berputih mata, kerana yang digendong berciciran.
Ambil iktibarlah apa yang berlaku selepas Parti Berjaya tumbang!!!.
1 comment:
Ini kalilah..jom tukar. BN perintah apa pun xde..barang naik adalah.
Post a Comment