PEMIMPIN pembangkang khususnya Datuk Dr Jeffery Kitingan, cuba menggambarkan bahawa rakyat Sabah, langsung tidak mengerti berkaitan dengan istilah "regime". Sebab itu, dalam usaha mereka meminta sokongan politik daripada rakyat, mereka menggunakan perkataan itu.
Perkataan "regime" memang digunakan bagi pemerintah yang bersifat kuku besi atau kerajaan ala tentera. Bentuk pemerintahan "regime" memang bersifat "top-down" ertinya, suara hanya se ala, iaitu suara kerajaan yang menerintah.
Apa kah keadaan itu berlaku di Malaysia atau Sabah? sedangkan, kerajaan "kewalaan" menangkis berbagai isu fitnah, bohong, malah berita palsu. Rakyat bebas bertindak semahunya, termasuk menolak kerajaan melalui peti undi.
Hakekatnya, para pemimpin pembangkang tiada isu yang boleh digunakan untuk memancing sokongan rakyat, atas sebab itu, mereka sanggup menggunakan istilah ekstrim, seperti "regime".
Kepada rakyat, anda kena menghadam setiap hujah para pemimpin pembangkang, kerana hujah mereka itu mempunyai maksud memesong fikiran anda. Sebagai contoh, sedekade yang lalu, Dr Jeffery kerap mempergunakan isu 20 Perkara semasa Sabah menyertai Persekutuan Malaysia. Namun, kini, selepas ramai yang mengetahui duduk perkara 20 point itu yang hanya bersifat "lampiran" atau "memorandum" di mana tidak didapati legality-nya, maka mereka beralih kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Mereka mempergunakan MA63, dengan matalamat Sabah for Sabahan, sedangkan mereka sendiri, tidak dapat mengemukakan butiran-butiran mana kah melalui MA63 tidak dipenuhi atau barangkali terlebih laksana.
Mereka cuba menafikan, bahawa keberadaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia, sebenarnya banyak manfaatnya daripada keburukan.
Memang, dalam prinsip bernegara, ada kekurangan atau kelemahan, namun kekurangan atau kelemahan itu diperbaiki atau ditambah baik daripada masa ke semasa.
Para pemimpin kerajaan khususnya selepas Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, telah melihat kelemahan yang melibatkan Sabah dan Sarawak, khususnya semasa pemerintahan Dato Seri Dr Mahathir Mohammad.
Apabila melihat kelemahan itu, maka kerajaan sekarang memperbetulkan kelemahan itu. Atas sebab itu pembinaan lebuhraya Pan Borneo dibina, atas sebab itu projek perumahan rakyat dibina, atas sebab itu kebenaran eksplorasi minyak dan gas diberikan, atas sebab itu penurunan kuasa Persekutiuan yang boleh diurus di peringkat negeri diberikan,
Atas sebab itu, ketua-ketua agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah dan Sarawak diberikan kepada anak watan Sabah dan Sarawak,
Atas sebab sehingga 90 peratus tenaga guru diberikan kepada anak watan Sabah dan Sarawak.
Apa yang pembangkang tidak beritahu rakyat, ialah, sejak merdeka, kerajaan yang dibentuk diketuai oleh anak watan Sabah, Tiada hak Sabah yang diambil, malah Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen, seperti halnya kuasa Persekutuan.
Kerajaan Sabah dan Sarawak ditentukan sendiri oleh rakyat Sabah, tanpa pengelibatan daripada mana-mana pihak.
Penglibatan Parti UMNO dalam pemerintahan Sabah, kerana atas pilihan rakyat Sabah sendiri. Parti UMNO masuk ke Sabah atas jemputan pemimpin Sabah.
Kini, majoriti rakyat Sabah merasai, bahawa Parti UMNO dengan pengelaman memerintah negara, dapat membela dan membangun negeri dan rakyatnya.
Pembangunan dan kemajuan Sabah, sejak parti UMNO menjadi tunjang kepada kerajaan negeri begitu pesat sekali. Kesimpulannya, apa maksud pembangkang mengubah "regime"
No comments:
Post a Comment