Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Friday, March 03, 2023

PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB: NAJIB DAN ARUL DIDAPATI TIDAK BERSALAH

HAKIM Mahkamah Tinggi- Datuk Mohamed Zaini Mazlan memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda sama-sama bersubahat mengarahkan Ketua Audit Negara (KAN) berkaitan 1MDB dipinda sebelum dibentangkan kepada PAC Parlimen.

Dengan pembebasan ini, hujah kedua-dua tertuduh, bahawa kes mereka bermotif politik dan tiada asas untuk pendakwaan akhirnya terbukti benar.

Kolaborasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk Datuk Nor Salwani Muhammad (pegawai jabatan Audit negara) yang popular “menyembunyikan draft asal laporan tersebut” terbukti tidak menjurus kepada memanggil kedua-dua tertuduh untuk membela diri.

Keputusan mahkamah tinggi pada hari ini adalah kes pertama yang menyebelahi mantan Perdana Menteri ke-6 itu berkaitan 1MDB.

Menerusi keputusan mahkamah ini, maka orang ramai perlu belajar daripadanya, termasuk mereka yang suka sangat mensenasikan sesuatu siasatan, sebelum pun di bawa ke mahkamah mereka memutuskan mereka yang disiasat tersebut bersalah.

Najib sedang menunggu keputusan semakan kehakiman berkaitan hukuman bersalah yang dijatuhkan mahkamah tinggi Datuk Nazlan Ghazali berkaitan RM42 juta wang SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi mantan Perdana Menteri itu.

Ketika ini Najib sedangkan menjalankan hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

Thursday, July 13, 2017

Disebalik Kemelut 1MDB Yang Dipolitikkan

Menerusi pilihan raya, parti yang mendapat majoriti kerusi, maka parti itulah yang membentuk kerajaan. Sokongan terhadap parti juga bergantung kepada para pemimpin dan ahli parti.

Tidak dapat dinafikan, dalam sesebuah parti, terdapat pemimpin yang terpalit dengan imej buruk, selain tindakan pemimpin juga pihak-pihak yang ada hubungkait dengan mereka.

Kini, Dato Seri Najib Razak terpalit dengan isu 1MDB, syarikat yang diilhamkan beliau semasa masih Timbalan Perdana Menteri.

Kalau diteliti betul, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, tidak merugikan negara apatah lagi rakyatnya, kerana obligasi kerajaan terhadap syarikat itu adalah melalui dana RM1juta semasa menubuhkan syarikat tersebut.

Modus operandi syarikat itu mendapatkan modal perniagaan adalah melalui pinjaman dan penerbitan bon.
 
Seperti yang tular kini, kebocoran berlaku, apabila menerusi penerbitan bon, “perantara” dalam rangka penerbitan bon, mendapat manfaat kewangan. 

Terbitan bon 1MDB yang berjumlah AS6bilion, dikatakan AS1bilion daripadanya dibayar dalam bentuk komisyen kepada pihak perantara. Dengan kata lain, melalui penerbitan bon itu, 1MDB hanya menerima AS5bilion, akan tetapi dibebankan dengan hutang As6bilion tidak termasuk faedah.

Adat berniaga, perlu ada risko. Risko yang diambil 1MDB adalah melalui pinjaman. Namun risiko yang diambil itu memberi manfaat kepada syarikat itu, termasuk kepada negara dan rakyat.

Antara manfaat yang terhasil akibat risiko yang ditempah syarikat itu, apabila membeli beberapa IPP yang dibina semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir. Akibat pembelian beberapa IPP itu, maka tarif litrik di negara ini berjaya dikekang kenaikkannya, selain kerajaan dapat berjimat RM10bilion setahun melalui bayaran subsidi harga minyak yang digunakan oleh IPP tersebut.

Malah, akibat tertubuhnya syarikat gergasi itu, maka terwujud Bandar Tun Razak, dan terbinanya pengakalan TUDM baru di Negeri Sembilan, yang lebih canggih berbanding pengkalan TUDM Sungai Besi. Semua kos pembinaan pengkalan TUDM baru itu, ditanggung sepenuhnya syarikat gergasi tersebut, selain membayar kos tanah bagi pengkalan TUDM Sungai Besi.

Juga melalui tertubuhnya syarikat itu, sumbangan sosial kepada rakyat sungguh banyak, termasuklah tajaan kepada umat islam terpilih menunaikan ibadat haji sejak tahun 2013.

Apa yang dipermasalahkan oleh pihak-pihak tertentu, adalah ‘bayaran” komisyen kepada perantara terbitan bon syarikat itu, dan ‘kebetulan” individu yang dikatakan “perantara” kepada terbitan bon itu adalah Low Taek Jho, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang.

Kini, berbagai pihak mengejar wang komisyen itu, termasuklah Amerika, Singapura dan beberapa negara lain, dan mengkategorikan wang komisyen itu dalam pengubahan wang haram, atau wang curi.

Di Singapura, beberapa penasihat kewangan didapati bersalah, kerana terlibat mengurus wang komisyen daripada Jho Low, malah beberapa bank didenda termasuk diperintah ditutup.

Di Amerika melalui DOJ Amerika, dikatakan sebahagian komisyen AS1bilion itu, AS540milion daripadanya telah digunakan membeli harta di negara itu, dan perlu dirampas.

Apa yang sangat menarik, sejak diuar-uarkan oleh berbagai pihak, kononnya ada wang 1MDB telah dicuri, akan tetapi syarikat gergasi itu, sehingga kini menafikan, bahwa tiada wang syarikat itu telah hilang atau dicuri, namun, tidak mengulas berkaitan dengan komisyen terhadap perantara.

Syogianya, tindakan yang betul yang perlu dilakukan syarikat itu, adalah menjelaskan, bahawa semasa menerbitkan bon, maka ada perantara yang terlibat, dan syarikat menjanjikan, jika bon dapat dilanggan maka komisyen akan dibayar. Adalah obligasi syarikat penerbit bon, untuk membayar komisyen, kerana perantara juga mempunyai tugas mempertemukan pelanggan bon dengan penerbit bon.

Dalam dunia kewangan, jika syarikat belum mempunyai rekod perniagaan, maka jarang sekali mempunyai peluang untuk menerbitkan bon, kerana bon biasanya bernilai di atas AS1bilion atau RM1bilion jika diterbitkan dalam negara.

1MDB tiada rekod perniagaan, kerana hanya ditubuhkan pada Februari 2009 dengan modal berbayar RM1juta. Jika diteliti betul, sesebuah syarikat yang bermodal RM1juta, boleh juga mendapat pinjaman, akan tetapi jumlah pinjaman itu, paling tinggipun 2kali berbanding modal berbayar.

1MDB sejak ditubuhkan, telah berjaya mengumpul harta termasuk wang tunai sebanyak RM54bilion, dan menurut laporan kewangan syarikat itu, semua hutang jangka pendek telah dilangsaikan, kecuali terbitan bon. 

Hingga setakat ini, tiada indikasi, bahawa syarikat itu perlu dibill-out, malah projek-projek yang sedang dan bakal dilaksanakan syarikat itu menurut jadual dan perancangan.

Mengapa syarikat itu menjadi bahan cerita berbagai pihak? sebabnya atas kewujudan syarikat itu, ada pihak yang mendapat keuntungan, selain itu ada pihak yang kehilangan pegangan perniagaan, iaitu para pemilik IPP yang dibeli 1MDB.

IPP yang dibeli 1MDB, adalah syarikat yang mempunyai perjanjian berat sebelah, sehinggakan sungguh membebankan rakyat, kerana syarikat itu mempunyai kuasa menaikkan tarif litrik yang dibekalkan kepada TNB. TNB terpaksa membayar kompensasi terhadap perbezaan tarif litrik yang dikenakan syarikat-syarikat itu kepada TNB, dengan tarif yang dikenakan kepada rakyat.

Dengan pembelian seluruh IPP itu, selain tarif litrik di negara berjaya tidak dinaikkan, malah kerajaan berjaya berjimat RM100bilion.

Jika semua IPP diperpanjang, maka RM100bilion, akan menjadi sumber kekayaan pemilik IPP itu. Sebab itulah, para pemilik syarikat tersangat marah, siapa manusia yang normal, tidak marah, apabila kehilangan wang sebanyak itu?

Menerusi perancangan awal, memang 1MDB mahu menjadi pelaksana bekalan tenaga di di negara ini, melalui Edra, akan tetapi akibat berbagai konspirasi, maka EDRA terpaksa dijual kepada syarikat China, bagi melangsaikan hutang yang digunakan membeli IPP yang dikumpulkan melalui EDRA, akibat, 1MDB gagal menerbitkan IPO.

Rakyat negara ini, perlu berfikir secara rasional dan matang, sebelum percaya kepada dakwaan pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir dan mendapat sokongan media luar negara, termasuk DOJ Amerika, berkaitan 1MDB yang memalitkannya dengan Dato Seri Najib Razak, kerana dakwaan itu, hanya berpunca daripada perebutan perniagaan. Perebutan perniagaan yang dijadikan bahan politik. 

Sebenarnya, jika diteliti, rakyat negara ini, tidakpun rugi dengan wujudnya 1MDB, malah rakyat biasa mendapat memanfaat; yang dirugikan hanya para pemilik IPP, dan para kontraktor yang tidak mendapat projek sebagai pelaksana di Bandar Tun Razak, atau pembinaan pengkalan baru TUDM. Mereka yang marah itu, adalah para pencari kontrak “turn-key project”, dan mereka itu, terdiri daripada mereka yang ada hubungan dengan Tun Dr Mahathir.

Akibat perebutan perniagaan, maka DS Najib dipalitkan dengan isu wang derma AS681juta yang disumbangkan keluarga DiRaja Arab Saudi sebelum PRU-13. Wang itu kononnya wang 1MDB, kerana mengaitkan dengan “jumlah” komisyen yang diterima perantara (broker) semasa penerbitan bon 1MDB.

Penulis pernah menjadi “wealth advisor” dan komisyen yang diperoleh bagi setiap pelaburan adalah 3.2%, ertinya, kalau seseorang melabur RM1juta, maka penulis dibayar komisyen RM32,000, manakala pelabur itu dikenakan caj sebanyak 6.5%, atau pelabur perlu membayar RM65,000 sebagai kos pelaburan. 

Memanglah, kalau dikira, komisyen sebanyak AS1bilion daripada AS6bilion adalah 16.7%, memang tinggi, tetapi, jumlah itulah mungkin syarat dan terma perundingan itu. Dalam perundingan itu, masing-masing pihak menerima terma “willing sale and willing buy”. Jadi apa masalahnya??? 

Mereka yang mendakwa dirugikan melalui perniagaan 1MDB, tidak lain tidak bukan hanya berlegar-legar kepada mereka yang hilang peluang perniagaan, bukannya rakyat jelata. Jika ada rakyat negara ini merasa dirugikan, kena jujur pada diri sendiri, kerugian daripada segi apa? Fikir-fikirkan lah.

Wednesday, July 27, 2016

Benarkah Tun Dr Mahathir Menang Perang Saraf?

Tidak dinafikan, bahawa kumpulan Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohammad, sebenarnya menang perang saraf menggunakan 1MDB sehinggakan syarikat itu menjadi kemelut dan  kemudiannya  kemelut itu dipalitkan kepada Perdana Menteri.

Lebih 3 tahun lalu, jarang sekali rakyat yang mengetahui berkaitan 1MDB, walaupun masa itu, Dato Seri Anwar Ibrahim pernah bercakap mengenainya di Dewan Rakyat.

Tiga tahun lalu, tiada yang kenal siapa Jho Low, siapa Reza Aziz dan dua individu daripada Petrosaudi, termasuk seorang warga Swiss yang bernama Xavier Andre Justo.

Tiga tahun lalu, tiada ura-ura, bahawa Tan Sri Muhiyiddin Yassin atau Datuk Shafie Afdal, bercakap berkaitan 1MDB. 

Pada PRU-13 yang diadakan pada mei tahun 2013, isu 1MDB tidakpun menjadi bahan kempen pembangkang, ertinya, 1MDB pada masa itu belum lagi menjadi faktor yang boleh dijadikan sebagai pemancing undi atau sokongan.

Namun, apabila Tun Dr Mahathir pada Disember 2014, mengambil 1MDB sebagai maskot untuk mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, maka makin rancaklah cerita berkaitan dengan syarikat itu. 

Laporan bertali arus Sarawak Reports, portal-portal pembangkang tempatan, serta media antarabangsa seperti The Wall Street Journal, New York Times, maka semakin banyak cerita berkaitan dengan syarikat itu. Penangkapan warga Swiss di Thailand, Xavier Andre Justo yang dikaitkan dengan syarikat itu, memperancak lagi, keinginan tahuan rakyat negara ini berkaitan dengan syarikat gergasi itu.

Tulisan-tulisan berkala Tun Dr Mahathir melalui blog beliau www.chedet.cc dengan berbagai dakwaan, termasuk kehilangan wang RM42 bilion yang dipinjam syarikat itu daripada berbagai pihak, menarik perhatian rakyat negara ini. 

Isu 1MDB semakin diminati, apabila berlaku pendedahan USD681milion wang didapati dimasukan ke akaun pribadi Perdana Menteri di AmBank menjelang PRU-13, kemudiannya wang itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri sebagai sumbangan daripada Timur Tengah.

Sebelum penedahan berkaitan sumbangan itu, memang Sarawak Reports, telah mendakwa, bahawa wang mendekati jumlah itu dipindahkan daripada akaun 1MDB kepada satu akaun di Swiss, Gold Star, dan mendakwa bahawa akaun itu kepunyaan Jho Low. Jho Low adalah kenalan keluarga DS Najib Razak, kerana “jutawan” itu kawan baik Reza Aziz, anak tiri Perdana Menteri.

Ekoran-ekoran tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir di blog beliau berkaitan 1MDB, Datuk Salleh Tun Said, di mana masa itu sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, mula membela DS Najib Razak dan 1MDB melalui blog beliau www.sskeruak.blogspot.com.

Pada satu perjumpaan di Kota Belud tahun 2015, di situlah Perdana Menteri mengumumkan, bagaimana beliau teruja dengan sokongan Salleh khususnya tulisan-tulisan Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu melalui blog. Melalui isyarat itu, ramai penganalis politik tempatan, khususnya daripada Kota Belud, sudah dapat mencium, bahawa Salleh akan di bawah masuk ke dalam kabinet Persekutuan. Benarlah juga, kurang daripada dua bulan, semasa rombakan kabinet pada julai 2015, Salleh dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Seingat penulis, sejak timbulnya isu 1MDB, hanya dua pemimpin yang kerap sekali membela 1MDB dan DS Najib Razak. Dua pemimpin itu, adalah Salleh dan Dato Rahman Dahalan. Dua pemimpin ini, memperuntukan masa untuk mengemukakan berbagai argumentasi, penjelasan, malah data yang berkaitan dengan syarikat gergasi itu. Walaupun dua pemimpin itu, kerap menangkis berbagai dakwaan berkaitan dengan syarikat itu, antara lain, bagaimana Rahman menyanggah kenyataan anggota kabinet khususnya Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Afdal yang berpura-pura tidak faham berkaitan dengan perjalanan syarikat tersebut. Para pemimpin lain, bersifat tunggu dan lihat, kerana dibenak masing-masing telah tertanam, bahawa dakwaan-dakwaan Sarawak Reports yang dibantu portal-portal pembangkang dan media luar negara, hanya berupa dakwaan semata-mata, dan cara itu, memang cara pembangkang untuk memalitkan isu-isu rekaan kepada kerajaan.

Pada awal tahun 2015, dengan pertimbangan berasaskan berbagai dakwaan berkaitan 1MDB, maka DS Najib Razak memutuskan, agar Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut. Ekoran keputusan itu, maka Peguam Negara masa itu ikut mengumumkan penubuhan Pasukan Khas yang melibatkan Bank Negara, PDRM, SPRM dan Pejabat Peguam Negara sebagai pusat urus setia menyiasat 1MDB. Rentetan itu juga jawatankuasa kira-kira Parlimen (PAC) juga turut sama menyiasat.

Umum mengetahui, selepas sahaja pasukan khas dibentuk, maka tidak semana-mana didedahkan kemasukan USD681milion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank. Selain itu, didedahkan juga sejumlah wang SRC International (syarikat milik Kementerian kewangan yang diperbadankan) telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri. Umum mengetahui, para pengurus/individu yang mempunyai jawatan penting dalam SRC International, sehingga kini, missing In Action (MIA). 

Berjalanlah siasatan. SPRM mengesahkan, bahawa USD681milion memang derma daripada Timur Tengah. PAC Parlimen mengesahkan tiada salah laku berlaku pada 1MDB. Ketua Audit Negara membuat laporan, tiada wang 1MDB yang hilang. Peguam Negara yang baru, mengesahkan, DS Najib Razak tidak melakukan apa-apa salah guna kuasa. Siasatan terhadap 1MDB dihentikan. Titik.

Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir serta dibantu pembangkang, dan seperti biasa media asing, dan tentunya Sarawak Reports, terus mengulang-ulang dakwaan mereka, sehinggalah pada 20 julai, apabila DOJ Amerika, melalui Peguam Negara, negara itu Loretta E Lynch, mengulangi seluruh dakwaan daripada kumpulan anti Najib. DOJ mengulangi, semacam “copy n paste” laporan-laporan Sarawak Reports. tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir, serta tulisan-tulisan The Wall Street Journal (WSJ).

DOJ Amerika, mendakwa USD1bilion wang 1MDB dicuri oleh empat individu, salah seorang adalah anak tiri DS Najib Razak-Reza Aziz, seorang lagi “jutawan” daripada Pulau Pinang Jho Low, kawan rapat Reza dan dua rakyat arab. Dakwaan DOJ, bahawa wang USD1bilion digunakan selain membeli harta seperti rumah-rumah agam, jet, lukisan-lukisan mahal, malah sebahagian wang digunakan berjudi di kasino Las Vegas selain menerbitkan filem boxoffice “The Wolf Of Wall Street”.

Susulan itu, DOJ mencadangkan menyita semua harta yang disenaraikan, membekukan akaun-akaun yang berkaitan dengan para individu itu. Tindakan DOJ itu disambut oleh negara Singapura, apabila membekukan sejumlah wang kononnya dikaitkan dengan Jho Low.

Kini, melalui tindakan DOJ Amerika itu, mereka yang memang awal-awal lagi mahu DS Najib Razak digulingkan, membuat kesimpulan, bahawa panggilan “Malaysian Offcial 1” merujuk kepada DS Najib Razak. Memang, DOJ tidak secara langsung menyebut DS Najib Razak dalam laporan 136 muka surat itu, namun mereka memberi naratif seperti skrip yang dikemukakan oleh kumpulan anti najib, seolah-olah MO1, adalah DS Najib Razak.

Kumpulan anti najib, sudah bertindak sebagai penyiasat, hakim, pendakwa sekaligus, atas sebab itu, mereka mahu memaksa rakyat untuk bersetuju dengan mereka, bahawa DS Najib memang didapati bersalah. Tindakan mereka itu, tidak sama apabila Ketua Menteri Pulau Pinang- Lim Guan Eng yang nyata telah dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan rasuah, namun mereka, menganggapnya sebagai tindakan politik, dan Guan Eng tidak bersalahpun.

Kini, meskipun majoriti rakyat tidak terpengaruh dengan isu 1MDB, setidak-tidaknya ramai sudah turut bercakap mengenainya. Di laman-laman sosial, di majlis-majlis, termasuk di kampung-kampung, ramai sudah bercakap berkenaan dengan 1MDB, khususnya wang USD681milion atau RM2.6bilion. Berasaskan kepada keadaan itu, sebenarnya Tun Dr Mahathir menang perang saraf, walaupun kalah dalam pertarungan.

Sunday, July 24, 2016

Disebalik Nama “Malaysian Official 1”

Sepatutnya, kita sudah boleh menduga, bahawa tujuan menyembunyikan sesuatu disebalik istilah Malaysian Offical 1 (MO1), adalah untuk mengumpulkan persepsi yang buruk terhadap terhadap Perdana Menteri DS Najib Razak. Selain itu, tujuan DOJ Amerika berteka teki berhubungan istilah itu, adalah untuk menimbulkan kehakisan kepercayaan rakyat terjadap Perdana Menteri.

Satu sandiwara yang dimainkan oleh DOJ adalah menyebut 36 kali MO1, tanpa merujuk kepada DS Najib. Apa tujuan DOJ? agar supaya rakyat negara ini berteka teki, dan seterusnya membawa rakyat kepada fitnah, malah mendapat dosa, kerana ikut berteka teki.

Kalau melihat kembali, laporan perisik Amerika berkaitan senjata kimia pemusnah Iraq tahun 2000, perisik Amerika, khususnya CIA, menyebut jenis senjata itu ratusan kali melalui laporan mereka, sehingga menyakinkan dunia, bahawa memang Sadam Hussein memempunyai senjata kimia pemusanah. Apa yang kita sama-sama saksikan, Iraq diserang, Sadam dibunuh, dan kini semua rakyat dunia diberi tahu, bahawa laporan persisik Amerika itu bohong belaka.

Amerika adalah sebuah negara yang tidak pernah mengaku kalah. Jika sesebuah rancangan atau tindakan gagal, maka negara itu mengalih pandang kegagalan itu. Seperti mana dunia ketahui, termasuk rakyat negara kita, bahawa CIA gagal di Turki. Bagi mengalih pandang kegagalan itu, maka Malaysia pula dijadikan sasaran.

Serangan DOJ Amerika terhadap Malaysia dengan mempergunakan 1MDB, sebenarnya menyerang seluruh lapisan agensi kerajaan negara ini. Seluruh agensi kerajaan yang bersifat penguatkuasa undang-undang, tidak ketinggalan Jawatankuasa Kira-kira Dewan Rakyat (PAC Parlimen) telah menyatakan bahawa tiada salah laku dalam syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut. Tiada wang syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2009 dengan modal RM1juta telah hilang atau lesap. Akaun syarikat yang diaudit oleh juruaudit bertauliah, dengan jelas, menyatakan, bahawa wang yang dipinjam syarikat itu, sudah dipertanggungjawabkan, dan sebarang transkasi mengambarkan ketelusan pengurusan kewangan yang telus dan betul.

Apa yang muskil berkaitan tindakan DOJ Amerika itu, adalah satu pemaksaan kepada 1MDB, agar supaya mengaku, bahawa ada wang syarikat itu dicuri dan lesap. Agensi Amerika itu, seolah-olah mengajar syarikat itu, bagaimana wangnya dicuri, dengan mengemukakan satu perjalanan wang daripada satu bank ke bank lain, dari satu syarikat ke syarikat lain, dan kemudiannya, wang itu digambarkan berakhir ke dalam akaun MO1.

DOJ Amerika, hanya bersandarkan kepada aduan Sarawak Reports, Datuk Khairuddin Hassan, serta Mathias Chang, proksi Tun Dr Mahathir, dan seterusnya agensi Amerika itu percaya bulat-bulat pada skema atau grafik aliran wang yang diberikan, tanpa meminta pengesahan daripada semua agensi kerajaan yang membuat siasatan terhadap subjek yang dipermasalahkan.

Adalah sesuatu yang pelik berlaku, bagaimana DOJ Amerika bersungguh-sungguh sangat mengatakan bahawa wang 1MDB digunakan untuk membeli harta di Amerika, Swiss termasuk menerbitkankan filem boxoffice.

AYT masih yakin dengan skema perniagaan yang berlaku pada 1MDB. Bagaimana syarikat yang bermodalkan RM1juta itu mendapat pinjaman sehingga 42ribu kali. AYT yakin, bahawa peranan penasihat kewangan atau pengurusan kewangan, membolehkan syarikat itu dan pemberi modal/peminjam dapat berkerjasama.

Peranan penasihat kewangan/fund manager, adalah untuk mempertemukan peminjam dan yang meminjam. Sudah tentu, pihak penasihat/fund manager mempunyai bayaran tertentu yang disebut komisyen. Kalau melihat jumlah wang yang dipermasalahkan oleh DOJ Amerika berjumlah USD1bilion, jumlah itu menepati jumlah komisyen yang diterima oleh penasihat kewangan/fund manager. Apa yang muskil di benak AYT, mengapa pihak 1MDB tidak mengulas berkaitan komisyen? Apa kah para pengurus atau pengarah syarikat itu merasa malu, kerana membayar komisyen kepada penasihat kewangan/fund manager menggambarkan mereka itu tidak berkemampuan??? 

Telah tiba masanya, mereka yang terlibat dengan pengurusan 1MDB atau para pemimpin yang mempertahankan syarikat itu, bercakap berkaitan dengan komisyen. Komisyen yang dibayar kepada penasihat kewangan/fund manager adalah sesuatu yang diamalkan di dunia kewangan, dan diakui di persada antarabangsa. Jangan kita membiarkan DOJ Amerika menipu bulat-bulat rakyat negara ini, dengan menyembunyikan fakta sebenar berakitan dengan komisyen. Komisyen adalah hak para individu yang terlibat. Terserah mereka, bagaimana mempergunakan komisyen yang mereka terima, termasuk berjudi, menyewa kapal mewah, membeli kapal terbang, membeli lukisan mahal atau berpesta.

Saturday, July 23, 2016

Kes 1MDB: Mengapa DOJ Amerika Hanya Percaya Pada Sarawak Reports?

Jika DOJ Amerika, bertindak adil, maka perlu juga mendapat maklumat daripada subjet utama (1MDB), bukan hanya bergantung pada Sarawak Reports Dan Datuk Khairuddin Abu Hassan serta Mathias Chang.

DOJ juga, kalau mahu bertindak adil, perlu menggunapakai pendekatan, bahawa Sarawak Reports menggunakan maklumat yang dicuri kemudiannya ditokok tambah, manakala Khairuddin juga sama, kerana mantan Naib Ketua Bahagian Umno Balik Pulau, Pulau Pinang itu, tiada locus standi, atas sebab tidak terlibat sama sekali dengan pengurusan 1MDB.

Sesuatu keajiban dalam sesuatu siasatan, bahawa subject yang mahu dibela, dalam perkara ini 1MDB, tidak mengalami seperti mana tujuan untuk dibela. Sarawak reports dan Kharuddin, mendakwa dan menuduh bahawa sebahagian wang 1MDB telah dicuri, manakala subject tidak merasakan bahawa ada wang yang dicuri. 

Agensi penguatkuasa Malaysia termasuk PAC Parlimen telah siap melakukan siasatan, dan dalam semua siasatan itu, tidak didapati sebarang salah laku dalam 1MDB, tiada wang yang hilang, melainkan hanya terdapat kelemahan pengurusan syarikat. Kelemahan pengurusan, bukan kerana ada wang yang hilang, akan tetapi, rancangan perniagaan syarikat tidak menepati seperti mana yang dirancang.

Dalam dunia kewangan, memang berlaku istilah komisyen. Setiap pengurus dana, mempunyai komisyen tertentu yang ditetapkan. Misalnya, pelaburan unit amanah, seseorang pelabur dikenakan paling rendah 4 peratus, jika melabur pada unit amanah yang diluluskan kerajaan. Demikian juga, urusan pinjaman, seorang pengurus dana atau broker dana, mempunyai kadar komisyen tertentu. Pengurus dana adalah mereka yang bertanggungjawab memperlancar pemberian pinjaman kepada peminjam, samaada individu atau syarikat.

Pendek kata, 1MDB telah mendapat pinjaman sebanyak RM42bilion. Menurut standard bayaran pengurusan dana, pihak peminjam dikenakan 4% daripada jumlah itu. Empat peratus daripada RM42bilion adalah RM1.68bilion. Namun bagi majoriti dana yang dipinjam 1MDB, dikatakan di atas 5%, katakan secara kasar hanya 5%, maka jumlah komisyen daripada RM42bilion adalah RM2.1bilion.

Penulis sejak tahun 1993, merupakan salah seorang pengurus dana unit amanah bermula daripada Ban Hin Lee Bank, kemudian Southern Bank dan seterusnya CIMB Bank. Penulis dibayar 4% one-off daripada jumlah yang dilabur pelabur, begitulah seterusnya. sebagai tambahan, penulis juga mendapat bonus tahunan berasaskan jumlah aset yang terkumpul di bawa tajaan penulis. Ertinya, sudah menjadi lumrah dalam pengurusan dana, setiap pengurus mendapat komisyen daripada dana-dana yang diurus oleh pengurus dana tersebut.

Ertinya, penulis tidak merasa pelik, jika ada individu yang mendapat komisyen yang banyak daripada pinjaman 1MDB. Bagi pengurus dana itu, tiada kesalahan mendapatkan komisyen, kerana itulah peraturan yang digunapakai oleh semua pengurus dana di dunia.

Semua kita maklum, bahawa 1MDB yang ditubuhkan pada tahun 2009 dengan modal RM1juta. Oleh kerana kemahiran pengurus dana, maka mereka mampu memberi kepercayaan kepada pemberi/peminjam dana untuk memberi pinjaman kepada satu syarikat sehingga 42ribu kali ganda berbanding modal. Apa yang dapat dilihat kepada kejayaan ini? Hanya satu- satu keyakinan dan kepercayaan kepada plan perniagaan syarikat itu. Salah kah, pengurus dana yang berjaya memberi keyakinan kepada pemberi dana, untuk mendapat komisyen??? Komisyen yang diperolehi sudah menjadi hak peribadi. Terpulanglah kepada penerima komisyen untuk menggunakan komisyen yang diterima. Mengapa kah DOJ Amerika mahu menyembunyikan sistem kewangan yang digunapakai antarabangsa ini? Sebagai negara yang mempunyai reputasi tinggi di dunia, sepatutnya mereka tidak terikut rentak, cara mereka yang mengelabui atau menyembunyikan peraturan kewangan yang melibatkan pengurusan dana. 

Kepada pembaca, sangat mudah, bagi anda mengetahui, berapa peratus yang anda perlu bayar kepada pengurus dana jika anda melabur dalam sesuatu pelaburan, misalnya unit amanah. Datanglah ke mana-mana Pengurusan kewangan yang ada di negara kita, Public Mutual kah, CIMB Asset Managemnet kah, anda akan tahu dengan segera, berapa peratus yang anda bayar kepada pengurus dana.

Bagi mereka yang biasa terlibat dengan pengurusan dana, berlaku juga keadaan suka sama suka atau setuju untuk bersetuju. Biasanya yang disepekati adalah kadar bunga, masa luput dan sebagainya. 

Pengurus dana, adalah para individu yang tidak pernah rugi, sebabnya, pengurus dana, boleh sahaja mendapat bayaran komisyen daripada dua pihak, sipemberi dana dan penerima dana. Dalam hubungan dengan 1MDB, dengan pertimbangan latar belakang kewangan syarikat itu, kemungkinan yang berlaku, bahawa pengurus dana mendapat bayaran daripada kedua belah pihak. Ertinya, daripada RM42bilion, pengurus dana sekurang-kurangya mendapat RM4.2bilion komisyen. Sudah dijelaskan di atas, bahawa komisyen yang dibayar adalah hak peribadi, jadi seharusnya tiada yang mempersoalkan bagaimana seseorang atau kumpulan orang yang mendapat komisyen itu membelanjakan komisyen yang diperolehi.

Bagi mereka yang mempersoalkan sangat, berkaitan 1MDB, kononnya ada pihak-pihak yang mengaut keuntungan. Jangan persalahkan mereka, kerana setiap orang mempunyai peluang berbuat demikian. Hari ini, mungkin orang lain yang berpeluang, di masa depan kita juga yang berpeluang, atas sebab pengurus dana, merupakan kerja profesional yang diakui di seluruh dunia. Kadangkala, rezeki berpihak pada kita, kadangkala di pihak lain. Penulis berpengalaman mendapat dana pelaburan lebih RM1juta hanya dalam 2 hari, manakala, kawan-kawan seprofesion memerlukan berbulan-bulan untuk mendapatkan jumlah pelaburan sebanyak itu. Rezeki seseorang tidak boleh dihalang.

Tuesday, April 19, 2016

Kedudukan 1MDB Bercelaru- IPIC Tamatkan Pelan Menyelamat

International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpengkalan di Abu Dhabi, United Emerite Arab telah menamatkan pelan menyelamat 1MDB yang ditandatanagi pada Jun 2015 dengan Kemenenterian Kewangan malaysia.

Pada perjanjian tahun lalu itu, IPIC telah menyalurkan AS1bilion tunai kepada 1MDB, untuk tujuan membayar hutang daripada konsertum Bank yang diketuai Dutse Bank, Jerman sebanyak AS970juta. Melalui perjanjian itu juga, IPIC mengambil alih hutang bond 1MDB bernilai AS3.5bilion melalui pertukaran aset milik 1MDB yang tidak dinyatakan. 

Jika berasaskan laporan berkaitan dengan perjanjian menyelemat itu, 1MDB perlu membayar AS3.54bilion, kepada IPIC. Menurut rekod 1MDB, memangpun syarikat itu telah menyalurkan AS3.5bilion kepada BVI Aabar PJS Ltd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island pada tahun 2012. Syarikat itu walau bagaimanapun ditutup pada Jun 2015.

Pada 11 April lalu, IPIC dan Aabar telah memberi tahu Bursa London, bahawa syarikat itu tidak mempunyai kaitan dengan BVI Aabar PJS Ltd, dan pada masa yang sama memberitahu, bahawa syarikat itu tidak pernah mendapat apa-apa bayaran daripada 1MDB.

Semalam, IPIC telah memberitahu Bursa London, bahawa pelan menyelamat 1MDB ditamatkan sepihak, atas sebab 1MDB gagal membayar AS1,102,750,000.00 beserta faedah. juga, ekoran kepada penamatan itu, maka IPIC juga tidak akan membayar faedah RM50juta ke atas AS3.5bilion nilai bond yang dijamin syarikat itu, di mana faedah itu perlu dibayar pada 19 April 2016.

Jaminan IPIC ke atas bond yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS3.5bilion, tidak boleh ditukar milik atau dibatal, ertinya obligasi terhadap bond itu masih tanggungjawab IPIC.

Melihat kepada kedudukan IPIC dan 1MDB, 1MDB tertipu AS3.5bilion, akan tetapi IPIC menjamin bond yang diterbitkan 1MDB dalam jumlah yang sama. Ertinya 1MDB di atas kertas tidak rugi apa-apa. Dalam keadaan yang sama, IPIC telah menyalurkan AS1bilion kepada 1MDB, dan bersamaa dengan itu 1MDB yang sepatutnya membayar balik wang pendahuluan itu, namun tidak memulangkan wang itu.

Pada kedudukan sekarang, 1MDB dalam kedudukan ingkar janji berkaitan faedah bond AS3.5bilion sebanyak AS50juta. Jika 1MDB mempertahankan ingkar janji itu, maka, 1MDB boleh disenarai hitamkan oleh bank-bank atau institusi kewangan antarabangsa, jika ianya berlaku, maka akaun-akaun syarikat itu boleh dibekukan.

Semalam, 1MDB mengumumkan, bahawa semua hutang jangka pendek syarikat telah dibayar, dan pada masa yang sama, syarikat itu mempunyai lebihan tunai sebanyak RM2.3bilion.

Melihat senario yang menyelubungi bayaran 1MDB kepada BVI Aabar, macam, syarikat milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MKD) itu tertipu oleh satu syarikat “bogus”, maka pihak 1MDB perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa, kalau memang syarikat itu merasa tertipu. 

Jika laporan tidak dibuat, maka persepsi negatif akan menyelubungi syarikat itu termasuk memalitkan imej buruk kepada penasihat lembaga pengarah, DS Najib Razak.

Melihat tindakan IPIC menamatkan pelan menyelamat ke atas 1MDB, merupakan satu perkembangan baru yang menyelubungi syarikat gergasi itu. Laporan PAC Parlimen pada 19 Mac ke Dewan Rakyat, sebelum ini dianggap sebagai titik terang berkaitan syarikat itu, kini telah bertukar, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan turun di tengah hari.

Kemelut pembayaran 1MDB kepada BVI Aabar PJS Ltd yang mencecah AS3.5bilion, sebenarnya berpunca daripada dua pengurus tertinggi IPIC dan Aabar, iaitu Pengarah Urusan IPIC Khadem al Qubaisi dan Pengerusi Aabar Mohamed Al Husseiny. Dua individu ini telah menubuhkan BVI Aabar pada mac 2012 untuk rancangan menipu 1MDB.

Monday, April 18, 2016

1MDB: Apa Kah Meneruskan Bayaran Bunga RM50juta?

Bayaran bunga bagi bond yang bernilai AS3.5bilion, jatuh tempoh pada 19 April 2016. Jumlah bond itu sebelum ini dijamin oleh IPIC (International Petroleum Investment Company) yang berpusat di Abu Dhabi, dimana melalui perjanjian antara 1MDB dan IPIC, 1MDB perlu membeli unit IPIC dan Aabar Investments PJS bernilai AS3.54bilion. Namun, pada Isnin lepas (11 April), IPIC dan Aabar memberitahu bursa London, bahawa syarikat itu tidak menerima bayaran itu daripada 1MDB, sebaliknya dakwaan 1MDB bahawa telahpun membayar kepada BVI Aabar, sebenarnya IPIC dan Aabar PJS tiada kaitan dengan syarikat yang berdaftar di British Virgin Island tersebut. Di pihak 1MDB pula, memang tercatit melalui laporan audit tahun 2013 dan 2014, memang syarikat itu telah menyalurkan AS3.5bilion kepada BVI Aabar atas arahan dua pengarah tertinggi IPIC.

Apa kah 1MDB meneruskan bayaran bunga bond tersebut? Jika ya, maka syarikat itu, berdepan dengan kerugian berganda, atas sebab, wang AS3.54bilion, tidak pasti kedudukannya.

Jika dilihat berasaskan laporan-laporan, wang AS3.54bilion milik 1MDB yang dibayar kepada BVI Aabar, sebenarnya satu gerakan penipuan oleh pengurus tertinggi IPIC dan Aabar. Atas sebab itu, 1MDB menjadi mangsa penipuan oleh syarikat “bogus”. BVI Aabar di mana 1MDB telah menyalurkan wang itu telahpun ditutup. Dengan penutupan syarikat itu, maka 1MDB, tidak dapat mengesan, di mana sudah wang yang telah disalurkan itu.

Wang AS3.54bilion jika dinilai berasaskan pertukaran terkini, berjumlah RM13.8bilion. Nilai ini lebih 6 kali ganda “bail-out” proton dan 1.725 kali ganda “bail-out” Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atau 1.5 kali ganda kos pembinaan fasa pertama KLIA. 

Penduduk Malaysia sejumlah 37juta termasuk bayi, maka purata bagi rakyat Malaysia adalah RM373 seorang jika dinisbahkan dengan RM13.8bilion. Jika benarlah wang AS3.54bilion hilang, maka rakyat Malaysia telah kerugian RM373 seorang. Jumlah RM373 itu, merupakan 36 peratus bagi kadar kemiskinan bulanan bagi rakyat Sabah atau 45 peratus kadar kemiskinan bulanan penduduk Semenanjung.

Thursday, April 14, 2016

Impak 1MDB kepada Pengundi?

Andaian pengeritik Dato Seri Najib Razak, bahawa isu 1MDB akan mempengaruhi naluri rakyat dalam menentukan kerajaan pada PRU-14, hanya akan terus jadi andaian.

Pengalaman menunjukkan bahawa naluri rakyat memilih kerajaan pada setiap pilihanraya umum di negara ini, jarang sekali berkiblat pada isu-isu sebegini. Dahulu isu Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang kehilangan puluhan juta ringgit, isu Perwaja Steel, kerugian tukaran wang asing Bank Negara yang berjumlah lebih RM30bilion, kerugian besar Penerbangan Malaysia (Mas), tidakpun mempengaruhi arah pengundi semasa pilihanraya.

Negara ini telah berjaya menjalankan 13 kali pilihanraya umum, dan perlu diakui, bahawa mode atau arah pengundi lebih dipengaruhi isu-isu setempat termasuk isu-isu calon atau parti. Malah beberapa kali dibuktikan, bahawa isu peribadi juga tidak mempengaruhi arah atau mode pengundi, sepertimana Dato Seri Anwar Ibrahim buktikan.

Andaian para pengeritik Najib, kononnya isu 1MDB serta wang derma AS681milion akan mempengaruhi pelabur, juga tinggal andaian, sebabnnya, suku pertama tahun 2016, pelabur asing telah membeli saham di Bursa malaysia sebanyak RM5.9bilion, satu pencapaian luarbiasa, mengingat sentimen yang ditiupkan oleh berbagai pihak terhadap kepimpinan negara sejak 14 bulan lalu.

Andaian bahawa isu 1MDB akan membebankan rakyat, tidak akan berlaku, sebabnya, syarikat itu kini mempunyai sumber wang yang cukup untuk mengurus hutang piutangnya. PAC Parlimen sesuai dengan laporan Ketua Audit Negara, setakat januari 2016, syarikat milik Kementerian Kewangan yang Diperbadankan (MKD) itu mempunyai wang tunai RM3bilion, di mana wang sebanyak itu, boleh mengurus perniagaan syarikat itu. Lagipun, syarikat itu bukan dalam keadaan buruk, atas sebab, jumlah hutang lebih kecil berbanding nilai asset.

Pengurusan sesebuah syarikat, bukannya terletak pada andaian, akan tetapi fakta sebenar yang dalam syarikat itu. 1MDB mempunyai asset RM53bilion berbanding hutang RM50bilion, ertinya syarikat itu “liquid” dan tiada sebab ianya membebankan rakyat, atau kewangan negara, sehingga perlu tindakan penyelematan (bail-out).

Rakyat biasa, tidak terkesan dengan perjalanan syarikat itu, malah ianya memberi impak positif kepada para kontraktor atau tenaga buruh malah syarikat itu dapat menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Pengwujudan sesebuah syarikat besar seperti 1MDB, sangat perlu dalam rangka membuka peluang-peluang pekerjaan. melihat kepada gerak kerja syarikat itu, tidak nampak ianya membebankan negara, malah ianya memberi impak positif.

Mereka yang mengeritik syarikat itu, sebenarnya mempunyai tujuan, agar supaya para kontraktor atau pencari kerja akan terus menganggur, dan ianya berlaku, maka dijadikan sebagai modal untuk menyalahkan kerajaan, atas sebab gagal mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan.

Hanya yang menjadi muskil, jika benar AS5.31bilion wang 1MDB yang dibayar kepada BVI Aabar PJS Ltd merupakan satu "scam". Jika ianya benar-benar scam, maka meyerupai "love scam" yang memerangkap ramai wanita negara ini oleh awang hitam. Selain itu, terperangkapnya orang berduit melalui "black money".

Jika 1MDB terperangkap dengan "scam" maka sesuatu yang malang.

Wednesday, April 13, 2016

Benarkah 1MDB Tertipu AS7bilion (RM28bilion)?

Sehari selepas Laporan PAC Parlimen membentangkan laporan siasatan terhadap 1MDB, di mana salah satu kesimpulan laporan tersebut terdapat mismanagement, dan menyalahkan bekas Ceo syarikat itu- Datuk Sharol Azral Hilmi sebagai biang kerok, International Petrolieum Investment Corp (IPIC) membuat kenyataan, bahawa syarikat itu tidak mempunyai anak syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) atas nama Aaabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI).

Pengelibatan 1MDB dengan Aabar BVI, kerana syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) itu telah menyalurkan AS3.5bilion pada Tahun 2012 dan 2014, dengan perincian AS855milion, S933milion, AS295milion dan AS1.4bilion pinjaman melalui Goldman Sachs sebagai deposit atau wang jaminan bagi bond Aabar BVI.

IPIC syarikat milik penuh kerjaan Abu Dhabi dan Aabar Investment PJS (Aabar) anak syarikat IPIC secara bersama-sama membuat kenyataan kepada Bursa Saham London, bahawa mereka tiada kaitan dengan BVI Aabar, di mana 1MDB berurusan, atas sebab itu, dua syarikat itu tidak pernah menerima bayaran AS3.5bilion sepertimana diwar-warkan.

Memang melalui akaun 1MDB yang diaudit Tahun 2013 dan 2014, menunjukkan bahawa 1MDB telah menyalurkan AS3.5bilion kepada Aabar BVI, sebagai bentuk pelaburan, dan kenyataan sebelum ini, bahawa pelaburan itu dalam kedudukan “secure”, namun melalui kenyataan IPIC dan Aabar Investment PJS(Aabar), bahawa syarikat itu tiada hubungan dengan Aabar BVI, dan tidak menerima deposit AS3.5bilion, membawa maksud, bahawa 1MDB tertipu oleh satu syarikat bogus.

Penangkapan bekas Pengarah Urusan IPIC Khadem Al Qubaisi dan Bekas Pengerusi Aabar Mohamed Badawy Al Husseiny memperkuat lagi, bahawa 1MDB telah teperangkap dalam satu “scam” atau penipuan. Badawy dan Qubaisi adalah dalang yang memperakui Aabar BVI merupakan anak syarikat IPIC.

Melalui laporan PAC Parlimen, sekurang-kurangnya AS7bilion wang 1MDB sukar dipertanggungjawabkan. Perincian wang tersebut adalah- AS1.56bilion (1MDB Global Investment Ltd), AS940milion dalm bentuk “unit” di Bank BSI Singapura, AS330milion (Petrosaudi) dan AS700milion yang dimasukkan ke Good Star Ltd, AS3.5bilion ke Aabar BVI. Selain itu, AS2.318bilion yang dilaburkan ke Cayman Island, tidak diperinci oleh Laporan PAC.

Nampaknya, hanya pembelian beberapa IPP yang berjumlah RM18bilion, serta pembelian tanah TRX, Tanah Air Itam dan Pulau Indah yang benar-benar aset yang nyata milik 1MDB, sedangkan AS7bilion (RM28bilion), merupakan “scam” yang memerangkap syarikat gergasi itu. Jika benarlah 1MDB kehilangan AS7bilion, dan kerananya terpaksa membayar angsuran RM3.3bilion setahun, maka keadaan atau isu ini, merupakan satu malapetka besar dalam kewangan atau pengurusan syarikat milik negara.

Jika benar, kehilangan ini, maka jangan salahkan orang yang berjaya memperdaya para pengurus 1MDB, termasuk penasihatnya, kerana ianya menunjukkan, kelemahan kita, keadaannya hampir sama dengan “love scam” yang melibatkan para wanita malaysia yang jatuh cinta kepada “awang hitam” atau orang-orang yang berduit yang terperangkap dalam scam”black money”.

Thursday, April 07, 2016

Kemelut 1MDB- Rupanya Shahrol Jadi Biang Kerok

Laporan PAC Parlimen berkaitan 1MDB setebal 106 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis, menyalahkan pengurusan yang diketuai CEO pertama syarikat gergasi itu Datuk Shahrol Azrai Ibrahim Halmi sebagai punca kemelut dalam syarikat itu.

Sesuai dengan laporan Ketua Audit Negara, setakat Januari 2016, jumlah hutang terakru syarikat itu adalah RM50bilion, lebih tinggi berbanding laporan awal RM42bilion.

Perincian berkaitan laporan Ketua Audit negara itu, tidak dapat dihebakan, atas sebab masih dikategorikan sebagai dokumen sulit/rahsia.

PAC dalam satu kesimpulannya, Shahrol merupakan biang kerok wujudnya kemelut dalam syarikat itu, antara lain peyebabnya, beliau kerap tidak mengikuti keputusan Lembaga Pengarah, malah ada tindakan beliau mendahului keputusan lembaga.

Ekoran kepada temuan dan kesimpulan itu, PAC mencadangkan, agar Shahrol disiasat kerana salah guna kuasa.

1MDB dijadikan alat untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, hanya kerana beliau merupakan penasihat kepada Lembaga Pengarah syarikat gergasi itu.

Wednesday, February 24, 2016

Saman WSJ: TS Muhiyiddin Perlu Baca Speech Act Amerika Sebelum Cabar DS Najib

Rachel Ehrenfeld, pengasas ‘think-tank’ bernama American Center for Democracy telah menulis sebuah buku berjudul “Funding Evil: How Terrorism is Financed, and How to Stop It” pada tahun 2003.

Dalam buku tersebut, Rachel telah tuduh Khalid bin Mahfouz, seorang ahli perniagaan daripada Arab Saudi sebagai banker utama untuk kumpulan pengganas al-Qaeda.

Khalid, seperti dijangka, telah failkan kes saman terhadap Rachel di England tetapi Rachel enggan akur kepada perintah Mahkamah England untuk jawab tuntutan dalam kes saman yang difailkan terhadapnya.

Hujah Rachel adalah beliau berasal daripada Amerika dan buku tersebut pun diterbitkan di Amerika. Maka, menurutnya walau apa jua kes yang ingin difailkan terhadapnya pun, kes tersebut harus difailkan di Amerika Syarikat.

Mahkamah England telah tolak alasan Rachel tidak bela diri dan dalam ‘Judgement in Default’ mereka putuskan bahawa Rachel perlu hancurkan buku tersebut dan bayar ganti rugi sebanyak 250 ribu Pound kepada Khalid.

Lumrahnya dalam situasi sebegini, Mahkamah di Amerika Syarikat akan menguatkuasakan keputusan penghakiman Mahkamah England dan pastikan Rachel memenuhi kehendak keputusan penghakiman Mahkamah England.

Tetapi, sebuah Rang Undang-undang telah diluluskan di New York iaitu Libel Terrorism Protection Act (kini dikenali secara popular sebagai Rachel’s Law). Apa yang tertakhluk di dalam Akta baru ini adalah mana-mana keputusan kes Mahkamah England tidak lagi mampu diperkuatkuasakan di Amerika.

Rachel’s Law ini kemudian telah dibawa ke Senat Amerika dan pada tahun 2010, Presiden Obama telah perkenalkan “Speech Act” yang telah beri perlindungan yang kebal kepada pembuat dan pembikin kenyataan.

Implikasi Akta baru ini lah yang menyulitkan kes saman PM terhadap WSJ daripada difailkan,

Mengikut sistem perundangan di UK, defendan kes harus beri justifikasi yang sewajarnya kepada kenyataan yang dikeluarkannya terhadap plaintif. Maka, ikut prosedur ini, WSJ lah yang harus beri bukti untuk mengesahkan apa yang ditulis di dalam artikel mengenai PM Najib adalah benar dan sahih…

Tetapi, selepas Rachel’s Law diluluskan di Amerika, plaintif yang failkan kes pula pikul tanggungjawab untuk buktikan apa jua yang mereka sebut pasal diri plaintif adalah fitnah dan berunsur mala fide.

Dan, apabila PM Najib dapat juga buktikan semua kenyataan yang diterbitkan mengenai 1MDB dan duit 2.6 billion adalah fitnah melalui kenyataan SPRM, laporan PAC, akuan bersumpah Justo, keputusan report antarabangsa yang sebut dokumen yang keluar di Sarawak Report dimanipulasikan dan keputusan Peguam Negara untuk tidak dakwa PM,

Kepada yang kenal PM Najib, pasti akan tahu beliau tak failkan kes lagi kerana tidak mahu heret orang yang bantunya dengan beri dana untuk PRU tidak turun naik Mahkamah walaupun hanya sebagai saksi..

Seharusnya pengeritik DS Najib khususnya pemimpin Umno termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin membaca Speech Act Amerika, sebelum mendesak agar DS Najib menyaman WSJ.

Tuesday, February 09, 2016

Kemelut Wang RM2.6bilion- Dikirakan Sudah Berakhir- Rupanya Belum!!!

DIFIKIRKAN, apabila Peguam Negera Tan Sri Apandi Ali membersihkan DS Najib Razak bahwa wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi di AmBank itu sudah selesai, rupanya belum. Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir melalui New York Times, bahawa beliau lebih yakin bahawa wang itu merupakan bentuk pelaburan, bukannya sumbangan. Rentetan kenyataan MENLU Arab Saudi itu, maka Apandi membuat kenyataan bahawa wang sumbangan itu diberikan oleh salah seorang anak kepada Raja Abdullah yang mangkat Tahun 2015.

Oleh kerana, tiada sesiapa yang memperkenalkan, nama anak Raja Abdullah itu, maka ramai yang beranggapan, bahawa beliau adalah Prince Turki. Prince Turki ada kaitan dengan PetroSaudi Ltd yang pernah berurusniaga dengan 1MDB, walaupun kemudiannya urusniaga itu dibatalkan.

Sebelum ini, memang diakui bahawa sejumlah wang 1MDB disalurkan kepada PetroSaudi, namun kemudian diberitahu bahawa wang itu telah dikembalikan, malah berasaskan transaksi, yang berlaku, 1MDB dikatakan mendapat untung lebih setengah bilion dollar.

Oleh kerana isu wang RM2.6bilion menjadi isu yang amat trending, bukan sahaja di Malaysia akan tetapi di peringkat antarabangsa, maka adalah elok, semua teka teki dijawab, siapa kah sebenarnya anak Raja Arab Saudi itu?, agar supaya semua anggapan negatif diselesaikan once for all. Selagi, tidak dinyatakan siapa sebenarnya penyumbang dana itu, maka isu itu akan terus dibicarakan, malah mereka yang mahu menjatuhkan DS Najib Razak, akan terus mendakwa dana itu berasal daripada 1MDB.

Anggapan bahawa wang itu berasal daripada 1MDB diperkuat lagi melalui kenyataan Peguam Negara Swiss, bahawa terdapatnya USD4bilion dana 1MDB telah disalahguna.

Walaupun berbagai anggapan adalah sesuatu perbuatan luarbiasa, bahawa ada manusia yang memberi sumbangan sejumlah USD681milion, namun ada juga manusia bertindak lebih hebat daripada itu, apabila USD620milion daripada sumbangan itu dikembalikan. 

Dalam dunia moden seperti sekarang ini, perbuatan seseorang menderma begitu besar, dan kemudiannya sebahagian besar sumbangan dikembalikan, merupakan satu catitan yang bakal menjadi sejarah abad ini.

Bagi mereka yang hanya mengetahui cerita berkaitan sumbangan itu melalui laporan surat khabar, apakah laporan itu beragenda, atau berasaskan fakta sebenar, tiada yang mengetahui cerita sebenar. Hanya seseorang sahaja tahu asal usul wang itu, adalah Perdana Menteri sendiri.

Jika kenyataan Perdana Menteri diambilkira sebagai benar, maka sebenarnya Perdana Menteri telah menjawabnya kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin, apabila mantan TPM itu bertanyakan soal isu itu sebelum perombakan kabinet pada Julai 2015. Melalui jawapan itu, dan dibuktikan juga melalui kenyataan Peguam Negara pada 26 Januari, bahawa berasaskan siasatan SPRM, ternyata wang itu memang merupakan sumbangan. Selain itu, pada 3 Ogos 2015, SPRM juga menyatakan bahawa wang itu merupkan sumbangan, dan bukannya wang 1MDB.

Wang sumbangan sebesar USD681milion (RM2.6bilion) pertama kali diketahui umum, apabila pada 3 Julai 2015, The Wall Street Journal membuat laporan mengenainya, dengan memetik maklumat daripada pasukan khas yang penyiasat 1MDB, namun surat khabar itu, sehingga kini tidak menyebut siapa pembekal maklumat tersebut.

Bagi mereka yang mahu DS Najib Razak meletakan jawatan, tidak akan berhenti, selagi isu USD681milion tidak dapat dihubungkan dengan 1MDB. Atas pertimbangan itu, masa inilah masa untuk memperjelaskan secara tuntas, agar isu itu tidak terus dibicarakan.

Saturday, December 26, 2015

Siasatan Terhadap SRC International dan RM2.6bilion- Peguam Negara Perlu Hibahkan ?

Hanya Peguam Negara yang mempunyai kuasa meghibahkan jika memutuskan untuk tidak membuat sebarang dakwaan berkaitan siasatan terhadap isu RM42juta daripada SRC International dan wang derma RM2.6bilion.

Memandangkan dua isu itu menjadi perhatian orang ramai, maka apapun keputusan yang bakal dibuat jika diputuskan bahawa siasatan tidak mempunyai fakta kuat untuk membuat pendakwaan ke mahkamah, peguam negara mempunyai obligasi kepada rakyat negara ini, untuk mengemukakan alasan munasabah, mengapa beliau tidak dapat membuat sebarang dakwaan.

Menurut Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara mempunyai kuasa mutlak dalam membuat sebarang keputusan berkaitan sesuatu kes untuk pendakwaan, termasuk berkaitan dengan siasatan SPRM. 

Peguam negara hanya perlu membuat ulasan, samada meneruskan kes atau tidak (No further action @NFA), namun bagi isu RM42juta wang SRC International dan RM2.6bilion, tidak semudah itu peguam negara yang juga pendakwaraya boleh memutuskan NFA, atas sebab, dua isu itu telah menjadi perhatian rakyat.

Sebaliknya, jika terdapatnya pendakwaan, maka orang ramai boleh mengetahui berkaitan kes itu di mahkamah.

Dalam situasi sekarang, kerana siasatan terhadap dua isu itu belum dimuktamadkan , tiada sesiapa yang boleh menghibahkan hasil siasatan.

Ada pihak-pihak tertentu mendakwa, bahawa besar kemungkinan, tidak akan ada pendakwaan, berikutan kenyataan tidak langsung daripada Pengerusi SPRM, bahawa dalam menyiasat dua isu itu pihak SPRM tidak menerima sebarang gangguan daripada mana-mana pihak, serta siasatan itu merupakan kes yang amat mencabar yang pernah beliau depani, dikatakan sebagai signal, kepada rakyat agar mempercayai jika tiada sebarang dakwaan dibuat, maka sahlah memang tidak berlaku jenayah rasuah terhadap dua isu itu.

Pihak-pihak yang mahu mesabitkan Perdana Menteri terhadap dua isu itu, cuba mendahului masa dan keadaan, jika berlaku, tiadanya pendakwaan, maka, mereka dengan mudah menuduh atau mendkawa, bahawa Peguam negara atau SPRM hanya bersandiwara.

Siasatan SPRM Terhadap SRC International and RM2.6bilion- Bebas?

Apabila Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohammad mengatakan, bahawa tiada campur tangan daripada pihak mana-mana berhubungan dengan siasatan badan itu terhadap SRC International  dan wang derma RM2.6bilion, maka timbul sangkaan, kononnya, kenyataan itu sebagai mukadimah, bagi satu keputusan, dan akan diumumkan, bahawa tiada sebarang salah guna kuasa berkaitan dua isu tersebut. Selain itu, tujuan kenyataan awal itu, agar supaya rakyat percaya, memang benar tidak berlaku sebarang unsur jenayah rasuah.

Kenyataan awal Pengerusi SPRM antara lain menyifatkan bahawa menyiasat dua isu itu merupakan siasatan yang paling mencabar yang pernah didepani beliau, namun agensi itu mendepaninya “without fear or favour”kononya  merupakan satu intro awal, sebagai pengsahan, bahawa dua isu yang sedang disiasat bebas daripada gejala rasuah.

Memang, dewasa ini, kepimpinan negara diselebungi persepsi negatif; bagi menidakkan persepsi sedemikian, maka lawannya juga persepsi. Atas sebab itu, berbagai pihak bermain dengan persepsi, termasuklah kenyataan intro daripada Pengerusi SPRM tersebut.

Pada 3 Ogos, SPRM telah menyatakan bahawa wang RM2.6bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri menjelang PRU-13, merupakan derma daripada penderma budiman daripada Timur Tengah, pun demikian agensi pencegah rasuah itu tetap juga menyiasatnya. Manakala, wang yang dikatakan daripada SRC International seperti mana dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), masih disiasat dan belum ada sebarang kenyataan berkaitan dengannya (menurut SPRM siasatan terhadap wang SRC International itu akan dikemukakan kepada Peguam Negara sebelum Tahun 2015 berlabuh).

Apa yang menjadi kemuskilan berbagai pihak, adalah dakwaan, kononnya ada wang 1MDB yang telah digunakan, memandangkan syarikat milik Kementerian kewangan itu mengumpul hutang sehingga melibihi RM42bilion. Berbagai agensi yang menyiasat 1MDB, sedang menentukan, apakah benar dakwaan bahawa ada wang 1MDB digunakan dan termasuk dalam RM2.6bilion? atau sebaliknya. Jika semua agensi penguatkuasa membuat kesimpulan nanti, bahawa tiada sebarang wang 1MDB digunakan, maka dengan sendirinya seluruh persepsi negatif yang menyelubungi Perdana Menteri akan terselesaikan dengan sendirinya. Akan tetapi, apa yang malang, jika semua itu berlaku, ada sahaja yang membuat andaian, bahawa keputusan menyebelahi DS Najib Razak, atas sebab beliau masih berkuasa.

Monday, November 30, 2015

Disebalik Kemelut 1MDB

1. DS Najib Razak mengwujudkan 1MDB agar supaya satu peluang pelaburan dapat diwujudkan tanpa mendapat peruntukan daripada kerajaan. Kerajaan hanya membantu RM1juta sebagai modal awal syarikat. Oleh kerana tujuan penubuhan syarikat adalah untuk mengumpul harta, ikut serta dalam perniagaan selain mencipta peluang pekerjaan, maka syarikat mengikut cara berniaga, yakni, untuk mendapatkan aliran tunai, maka mengunakan bank, menerbitkan bond. Tujuan mendapatkan aliran tunai adalah untuk membeli harta, mengupgrade harta yang dibeli untuk tujuan nilai tambah.

2. Sejak diwujudkan bermula pada Februari 2009, 1MDB mengumpul pinjaman RM19.82bilion dalam mata wang ringgit dan RM22bilion dalam mata wang dollar amerika. Jika dijumlah, keseluruhan hutang syarikat itu berjumlah RM41.82bilion.

3. Daripada jumlah hutang itu, RM18bilion digunakan membeli berbagai IPP (kemudiannya dikumpulkan dalam Edra Energy). Kini Edra telah dijual kepada CGN China ( China General Nuclear Power Corporation) berjumlah RM17.26bilion, dimana 1MDB mendapat tunai RM9.83bilion dan RM7.43bilion jumlah hutang yang ditanggung CGN. Melihat kepada angka itu, sebenarnya, 1MDB telah pulang pokok (break-even), akan tetapi jangan lupa selama memilki semua IPP itu, syarikat itu telah mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2bilion, serta rakyat mendapat menafaat melalui penurunan tarif litrik bermula pertengahan tahun ini.

4. Melalui penjualan Edra Energy, kini 1MDB telah mengurangkan hutangnya sebanyak RM18bilion. Sementara baki hutang dalam USD, dilangsaikan melalui kerjasama dengan IPIC melalui alih milik harta dan alih milik harta (asset-swap) itu melibatkan USD3.5bilion atau RM15bilion, ertiya melalui dua urusan itu, hutang 1MDB yang telah dilangsaiakn berjumlah RM33bilion, baki RM8.82bilion sebenarnya telah dibayar sebelumnya. Pada keadaan sekarang, sebenarnya syarikat itu, telah bebas hutang.

5. Keupayaan 1MDB membebaskan diri daripada hutang, sebenarnya diluar jangkaan para pengeritik syarikat itu. Satu perkara yang menarik daripada kewujudan syarikat itu, harta tanah yang dibeli, mampu menjana perniagaan berbilion, serta mampu mencipta ribuan peluang pekerjaan.

6. Apa yang tidak mahu diterima oleh pengeritik syarikat itu, bahawa kewujudan syarikat itu, selain dapat meurunkan tarif litrik dan mampu mencipta peluang perniagaan baru.

7. Kini, kemelut 1MDB menghampiri selesai, namun masih adanya kritikan, kata orang rumah siap, pahat berbunyi. Ada yang mempertikai, mengapa dijual pada syarikat luar? mereka lupa, bahawa tujuan asal 1MDB adalah untuk mendapatkan modal asing masuk ke Malaysia. Ada juga mempersoalkan, jika 1MDB menjual hartanya kepada syarikat dalam negara atau GLC, mereka menuduh, tindakan itu sebagai "bail-out". Kesimpulannya, mereka yang mengeritik syarikat itu, tidak mahu penyelesaian, selain itu, mereka itu, mahu 1MDB musnah terus tanpa berbekas lagi.

8. Ada juga pengeritik 1MDB, kalau syarikat itu tidak diwujudkan, maka tidak wujud pinjaman, mereka lupa, jika syarikat itu, tidak wujud, wang daripada China sebesar RM18bilion tidak akan mengalir ke dalam negara. Mereka lupa, bahawa FDI, tidak semudah itu masuk ke dalam negara. Mereka tidak mahu menghargai, bahawa tahap pembangunan yang bakal berlaku di TRX dan Bandar Malaysia melalui kerjasam dengan IPIC, di mana di kawasan itu, akan berlaku mercu tanda negara, dan pertama di dunia, bahawa aliran transport dari semua penjuru di Semenanjung berpusat hanya pada satu lokasi.

9. Selepas beberapa bulan menghentam 1MDB, termasuk mendakwa RM2.6bilion (USD681milion), kononnya daripada 1MDB, kini terlerai, bahawa wang derma itu, bukan berpunca daripada 1MDB. 

10. Apa kah, mereka-mereka itu akan meminta maaf kepada 1MDB? atau kepada DS Najib? kerana akibat tindakan mereka, selain mencipta imej negatif kepada syarikat itu, juga kepada Perdana Menteri ke-6 negara.

11. AYT, kini menunggu, pengakuan daripada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Shafie Apdal, apa kah mereka akan menarik balik dakwaan mereka, dan meminta maaf? kerana dalam politik, semuanya boleh berlaku.

Tuesday, November 10, 2015

Disebalik Kebodohan Lim Kit Siang

1. Lim Kit Siang cuba mengalihkan kebodohannya kepada rakyat Sabah. Kononya, jika 1MDB tidak ditubuhkan, maka Sabah akan mendapat dana RM50bilion dalam masa 12 tahun daripada Persekutuan. Kononnya kerana 1MDB berhutang sejumlah itu, maka Sabah kehilangan peluang mendapatkan dana sebesar itu. Lihat bagaimana bodohnya pemimpin veteran DAP itu!!!, kemudian kebodohannya cuba mempengaruhi rakyat Sabah.

2. Sangat jelas, 1MDB merupakan syarikat perniagaan, seperti juga syarikat-syarikat besar di negara ini yang dimilki Vincent Tan, YTL, Ananada, Syed Mohktar, Robert Kwork, semua syarikat itu mempunyai hutang ratusan bilion. Apa kah jika syarikat-syarikat itu tidak berhutang, maka Sabah akan mendapat peruntukan ratusan bilion? 

3. 1MDB berhutang daripada syarikat kewangan atau perbankkan, bukanpun berhutang daripada rakyat. Syarikat itu tidakpun mendapat modal awam, dimana rakyat terlibat langsung. Walaupun 1MDB merupakan syarikat penuh Kementerian Kewangan, akan tetapi pada awalnya kerajaan hanya menyumbang RM1juta, walaupun kemudian, menambah paid-up capital kepada RM2.5bilion, sesuai dengan besarnya syarikat tersebut.

4. 1MDB membuat pinjaman kerana membeli aset yang berkaitan dengan pengeluar tenaga litrik, khususnya pembelian beberapa IPP yang dimilki beberapa individu di negara ini. Perlu diketahui, pemilik beberapa IPP itu telah mengaut wang kerajaan melalui subsidi dan wang rakyat melalui tarif litrik ratusan bilion. Kerajaan pimpinan DS Najib Razak mengambil tindakan membeli semua IPP itu, agar supaya rakyat jelata mendapat manafaat, bukannya segelintir individu.

5. Perlu diketahui, sebahagian besar wang yang dipinjam 1MDB adalah untuk membeli aset untuk kemudahan rakyat negara ini dalam jangka masa panjang.

6. 1MDB mendapatkan wang melalui pinjaman, bukan wang kerajaan. Bagaimana pula Lim Kit Siang berkata, bahawa rakyat Sabah kehilangan peluang mendapatkan wang yang dipinjam? Dakwaan itu, bukan sahaja satu pembohongan akan tetapi cuba memperbodohkan rakyat Sabah.

7. Selain itu, Kit Siang cuba memperdaya rakyat Sabah dan Sarawak, kononnya dua buah negeri itu merupakan "kingmaker" kuasa di negara ini. Kononnya untuk menjatuhkan DS Najib, maka 22 MP Sabah dan 25 MP Sarawak perlu menyokong tindakan 71 MP pembangkang yang cuba menolak Bajet2016 pada 16 November. Sebenarnya, Kit Siang cuba mengelirukan rakyat Sabah dan Sarawak, agar supaya pada kali ini sahaja menyedari, bahawa dua negeri itu merupakan Kingmaker kuasa bagi Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman, sejak 13 kali pilihanraya umum di negara ini, hanya sekali sahaja parti-parti di semenanjung berkesempatan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, yakni pada tahun 2004, sedangkan 12 PRU, penubuhan kerajaan Persekutuan, perlu mendapat sokongan para MP daripada Sabah dan Sarawak.

8. Kit Siang memulakan kempen soladiritinya di Tenom, kononnya mengambil iktibar kepada kejatuhan Kerajaan Parti Berjaya Tahun 1985, di mana Ketua Menteri masa itu Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) kalah kepada Kadoh Agundong (kini Datuk), seorang pemimpin masyarakat yang tidak dikenali di arena politik negeri.

9. Lihat bagaimana, Kit Siang memperbodohkan rakyat Sabah, seolah-olah rakyat Sabah ini, tidak peka dengan perkembangan semasa, tidak celik maklumat dan tidak celik pengetahuan dan ilmu. Nilailah sendiri, jangan terpengaruh dengan pemimpin yang cuba memperbodohkan rakyat. Salah satu tindakan Kit Siang ini, adalah bagaimana dia memperbodohkan penduduk kampung Tambuton Kota Belud, untuk menolak empangan yang diperlukan oleh lebih 100ribu rakyat, sedangkan empangan yang lebih besar dibina di Pulau Pinang di mana anaknya menjadi Ketua Menteri. Akibat, hasutan Kit Siang itu, hingga kini, masalah bekalan air bersih bagi penduduk kota Belud, tidak dapat diatasi. Untuk itu, elaklah dipatok ular daripada lubang yang sama.

Wednesday, November 04, 2015

Politik Itu Macam Peperangan

1. Bernula awal tahun ini, serangan politik menghujani Perdana Menteri. Perdana Menteri diserang daripada berbagai sudut, antaranya bermain golf dengan Obama dikala Semenanjung dilanda banjir, mempertikai penggunaan jet kerajaan yang diguna PM, isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion.

2. Melihat kepada serangan tertumpu pada Perdana Menteri, maka dicuba mengalihkan serangan itu ke arah lain. Antaranya isu berbalas-balas kenyataan antara Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar, berkaitan dengan isu meletakkan jawatan. 

3. Selain itu retaknya Pakatan Rakyat, atas sebab parti Pas dan Dap tidak sehaluan lagi, ekoran Hudud, serta perpecahan Parti Pas sendiri, ekoran keputusan muktamar parti itu, yang menyebabkan seluruh aliran erdogan dalam parti itu tumpas. Keadaan seumpama ini, sebenarnya salah satu cara mempelbagai "the making news" bagi mengalih perhatian kepada DS Najib.

4. Walaupun pergolakan dalam Parti pembangkang begitu kuat, termasuk pemenjaraan Dato Anwar Ibrahim kerana didapati bersalah meliwat pembantu lelakinya, PRK Kajang yang menyebabkan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim digulingkan dan PRK Permatang Pauh, tidak juga berjaya mengalih serangan yang didepani Perdana Menteri.

5. Untuk mengubah serangan yang bertubi-tubi yang diarah kepada DS Najib khususnya berkaitan dengan 1MDB, maka berlaku perubahan kepimpinan di Terengganu, merombak kabinet Persekutuan termasuk memecat Timbalan Perdana Menteri serta salah seorang Naib Presiden Umno, selain itu memecat Peguam Negara, juga tidak dapat mengalih serangan langsung kepada Perdana Menteri ke-6 tersebut.

6. Tindakan terbaru, bagi mengubah tujuan serangan adalah melalui 'ruling' yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat berhubungan dengan debat berkaitan dengan 1MDB antara anggota PAC Tony Pua yang juga MP DAP bagi kawasan Petaling jaya Utara dengan Presiden syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut. Sebelum itu, ada juga tindakan mengalihkan serangan terhadap DS Najib, apabila Lim Kit Siang menuduh Tan Sri Pandikar mensabotaj Penyiasatan PAC terhadap 1MDB, di mana dakwaan tersebut menyebakan Kit Siang digantung oleh Dewan Rakyat selama 6 bulan.

7. Selain itu, tindakan mengalih serangan terhadap DS Najib Razak dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dengan kenyataan Bangun awal, jika mahu mengelak kesesakan jalanraya dan bayaran tol.

8. Memang dalam politik antara cara untuk menang adalah bagaimana para pemain politik itu dapat mempelbagai target, tujuannya agar kesan peluru melemah kerana target yang berganda. 

9. Di pihak kerajaan, memang ramai pemimpin politik yang bertindak mengubah arah serangan, antaranya Menteri Komunikasi dan Mutimedia Datuk Salleh Tun Said, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan-Dato Rahman Dahlan, Menteri KKLW Dato Ahmad Sobri Yacob, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani- Dato Tajuddin Abdul Rahman serta Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar.

10. Kenyataan Speaker Dewan Rakyat, bahawa beliau akan meletakkan Jawatan jika debat antara Tony Pua dan Arul diteruskan, jika syarat yang beliau kemukakan tidak dipatuhi, merupakan tindakan politik yang cuba mengalih arah serangan terhadap terhadap Perdana Menteri. Benar juga, apabila kenyataan itu dilaporakan, maka ianya menjadi "the making news' bukan sahaja bagi media arus perdana, juga portal pembangkang dan termasuk media sosial baik yang pro kerajaan mahupun tidak.

11. Bagi pengamal media sosial yang pro pembangkang, ramai juga mengangkat kenyataan Rahman berkaitan dengan bangun pagi, termasuklah MP Pandan- Rafizi Ramli. Setidak-tidaknya kenyataan Rahman itu, mengurangkan kosentrasi serangan terhadap DS Najib. Sebenarnya, kenyataan Rahman itu, tidak berimpak kepada dirinya sebagai MP Kota Belud, kerana melalui kenyataan tersebut, jika yang menyokong beliau 7 daripada 10 bagi kawasan yang diwakilinya, sokongan akan meningkat kepada 8 daripada 10.

12. Demikian juga cara, Datuk Salleh mengulas atau menjawab tulisan-tulisan atau kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir, misalnya berkaitan dengan hutang sesebuah syarikat. Salleh mengingatkan semula, bahawa hutang merupakan sebahagian daripada perniagaan, atas sebab itu diwujudkannya perbankan. Jika hutang bukan sebahagian daripada perniagaan, maka dengan sendirinya perbankan akan lumpuh kerana tidak akan berkembang.

13. AYT melihat kenyataan-kenyataan para menteri kabinet DS Najib, adalah kalanya macam disengajakan untuk mengundang kritikan, agar supaya penumpuhan serangan kepada Perdana Menteri dapat dikurangkan, kalaupun tidak dapat dihapuskan. Cara Dato Ahmad Maslan, sebenarnya cara untuk mengalih pandangan, atas sebab itu, beliau memberi kenyataan-kenyataan yang mengundang kritikan dan cemohan. Sebagai hulubalang, perlu bertindak demikian.

Tuesday, November 03, 2015

Teruskan Debat 1MDB Antara Tony Pua- Arul-Bersyarat: Pandikar

1. Siasatan PAC Parlimen terhadap 1MDB masih berjalan, malah tiada sebarang laporan dikemukakan kepada Parlimen. Tujuan kepada siasatan tersebut selain merungkai kemelut yang berlaku dalam syarikat milik Kementerian Kewangan yang mempunyai hutang RM42bilion, juga mahu mengetahui, transkasi yang berlaku, mengapa sejumlah hutang yang begitu besar berlaku  hanya dalam tempoh masa 6 tahun.

2. Tujuan pengwujudan PAC Parlimen adalah untuk check and balance terhadap sebarang tindakan kerajaan khususnya berkaitan dengan kewangan negara. Jika hasil siasatan yang dijalankan jawatankuasa itu belumpun membuahkan hasil, namun diluaran sudah dibincang dengan berbagai persepsi termasuk maklumat yang simpang siur yang tidak berkesudahan, termasuk debat, maka fungsi jawatankuasa itu, padam dengan sendirinya, ertinya, pengwujudan jawatan kuasa itu tidak diperlukan, malah dikemudian hari untuk menyelesaikan sebarang kemuskilan, cukup melalui debat sahaja. Jika debat diambil sebagai cara untuk menyelesaikan sebarang masalah, maka, elok kerajaan melahirkan pendebat ulung sebagai pendebat yang boleh membantu kerajaan bagi sebarang kemuskilan.

3. Debat sebenarnya tidak akan membawa sebarang kesimpulan, ianya hanya boleh melahirkan persepsi yang berbagai, tergantung kepada persepsi masing-masing yang mendengar., malah melalui debat itu, akan melahirkan berbagai spekulasi atau masalah lain yang berantai, sehingga tidak berpenghujung.

4. Debat antara Tony Pua yang juga anggota PAC dan MP Petaling Jaya Utara daripada DAP dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy boleh diteruskan, asal memenuhi persyaratan, iaitu, Tony perlu meletakkan jawatan sebagai anggota PAC dan Arul tidak boleh dipanggil sebagai saksi dalam siasatan PAC. Tujuannya, seperti mana kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar, adalah untuk memerlihara ketelusan siasatan jawatan kuasa parlimen tersebut.

5. Adalah sesuatu yang memeranjatkan, apabila Speaker Dewan Rakyat berkata, jika persyaratan itu tidak dipatuhi dan debat diteruskan juga oleh kerajaan, maka beliau tiada pilihan, terpaksa meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat, kerana menurutnya, Parlimen mempunyai matalamat berkaitan pengwujudan PAC dan hasil siasatannya adalah untuk kepentingan suluruh rakyat yang diterjemahkan melalui seluruh anggota parlimen. 

6. Melihat kepada kenyataan yang dikemukakan Pandikar, maka pihak yang menganjurkan debat antara Tony dan Arul perlu menimbang semula rancangan tersebut atau jika debat itu perlu diteruskan juga, persyaratan seperti mana dikemukakan oleh Speaker perlulah dipatuhi.

Sunday, November 01, 2015

1MDB Dijadikan Kambing Hitam Desak DS Najib Letak Jawatan

1. Perkembangan terkini berkaitan 1MDB, apabila Presiden syarikat Kementerian Kewangan tersebut bersedia berdebat secara langsung dengan Tony Pua seorang anggota PAC dan MP DAP Petaling Jaya Utara yang sangat kritikal terhadap syarikat ilham Perdana Menteri tersebut. 

2. Apabila Arul Kanda Kandasamy bersedia berdebat"live" tanpa syarat dengan Tony Pua, rentak MP DAP itu macam berubah, sambil membuat kenyataan bahawa bersemuka dengan Arul bukannya debat akan tetapi "live Show", di mana beliau hanya bertindak sebagai wartawan yang hanya bertanya dan Arul memberi jawapan.

3. Kenampakan sangat, bahawa selama ini Tony begitu hebat mengeritik 1MDB, walaupun jawapan demi jawapan diberikan, namun MP DAP itu ada sahaja putar belit berkaitan dengan sebarang jawapan berfakta yang diberikan oleh pengurusan syarikat MOF tersebut.Oleh kerana tembalang akan terbongkar, maka Tony mengubah "tune".

4. Sebenarnya tiada sebarang kemuskilan besar yang berlaku dalam 1MDB sehingga menggugat kestabilan negara, apa yang berlaku dalam syarikat itu adalah fenomena biasa sesebuah syarikat yang berniaga, iaitu boleh mencipta keuntungan dan boleh juga rugi.

5. 1MDB dijadikan alat atau faktor mengecam pentadbiran DS Najib apabila syarikat tersebut mengumumkan bahawa pada Disember 2014 mengalami kerugian sebanyak RM665 juta, selain berdepan dengan aliran tunai, kerana gagal menerbitkan IPO pada November 2013 dan November 2014. Akibat kerugian dan kekurangan aliran tunai, maka pada masa itu syarikat itu berdepan dengan membayar obligasi sebanyak RM2bilion kepada perbankan tempatan.

6. Kerana berdepan dengan kekurangan wang tunai,walaupun aset yang terakru bernilai RM52bilion berbanding liabiliti RM42bilion, GLC itu memohon suntikan modal daripada pemegang saham utama, iaitu MOF, sebanyak RM3bilion, namun permohonan tersebut ditolak, sebaliknya digantikan dengan standby credit sebanyak RM950juta. Bagi memenuhi obligasi kepada perbankan tempatan, syarikat mendapat pinjaman daripada Ananda Khrisnan sebanyak RM2bilion.

7. Oleh kerana maklumat berkaitan 1MDB diberikan kepada kabinet dalam bentuk FACT SHEETS, di mana maklumat berkenaan syarikat tersebut dipaparkan melalui dokumen tersebut, maka mereka yang mempunyai niat menjatuhkan Perdana Menteri mempergunakannya mengeritik 1MDB dengan menokok tambah sebagai jamuan rakyat bagi menggamit persepsi negatif terhadap Perdana Menteri.

8. Sebenarnya tiada yang pelik berlaku dalam 1MDB, apabila melihat laporan kewangan yang telah diaudit oleh pengaudit bertauliah. Atas sebab itu, apabila Arul menyahut cabaran Tony berdebat tanpa syarat, MP DAP tersebut macam terkedu kerana sebagai anggota PAC, beliau tahu, bahawa Arul dipihak yang benar dan akan bercakap berasaskan fakta, sementara bagi pengeritik hanya bersifat spekulasi dan putar belit.

9. 1MDB benar-benar dijadikan sebagai kambing hitam oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir apabila mendakwa hutang 1MDB sebanyak RM42bilion telah lesap, walaupun kemudian mengubahnya kepada RM26bilion dengan mengambilkira pembelian beberapa IPP yang bermilai RM18bilion.

10. Kerana berbagai dakwaan Tun Dr Mahathir, selain syarikat tersebut telah memperinci liabiliti sesuai dengan aset yang dibeli melalui pinjaman yang dibuat, Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut. Pada masa yang juga, Bank Negara, SPRM, PDRM dan PAC Parlimen turut menjalankan siasatan terhadap syarikat milik MOF tersebut.

11. Memberi kebenaran memeriksa syarikat tersebut, seolah-olah membuka pintu kepada petualang-petulang yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri meneruskan agenda. Benar juga, separuh jalan siasatan terhadap syarikat tersebut, maklumat-maklumat separuh benar atau yang tiada hubungan dengan syarikat tersebut dibocorkan atau disalurkan kepada pihak media asing, tujuannya selain memalukan Perdana Menteri, akan tetapi dijadikan alat untuk mendesak Perdana Menteri meletakan jawatan.

12. Juga melalui siasatan tersebut, berbagai maklumat yang diperolehi disalurkan kepada media asing, antaranya akaun peribadi Perdana Menteri di Ambank, akaun SRC International, malah pihak media asing membuat lakaran aliran tunai, kononnya sebanyak RM42milion daripada SRC International telah disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri. SRC International adalah anak syarikat MOF, sebelum itu, syarikat itu adalah anak syarikat 1MDB. SRC International telah mendapat pinjaman RM4bilion daripada wang kumpulan persaraan.

13. Belumpun siasatan matang dengan berbagai maklumat yang sahih, pihak tertentu telah merangka melakukan penangkapan terhadap Ceo dan Pengarah Eksekutif SRC International untuk dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan salahguna kuasa, malah menurut perancangan tersebut, DS Najib dijadikan sebagai tertuduh. Tujuan kepada tindakan tersebut, bukan berasaskan kepada maklumat atau fakta betul, akan tetapi pre-judge, untuk membuatkan DS Najib terpaksa meletakkan jawatan. Bagi kes-kes di Malaysia telah banyak berlaku, misalnya kes Tan Sri Kasitah Gadam, kes Dato Saidin Thambi, kes Tan Sri Muhammad Taib dan ramai lagi, dimana berlakunya pre-judge, untuk memaksa seseorang itu meletakkan jawatan. Jawatan politik, tidak akan kembali, kerana jawatan yang ditanggalkan itu akan diganti oleh orang lain walaupun kemudian mereka yang dituduh tersebut didapati tidak bersalah.

14. DS Najib masih mempunyai kekuatan dan masih ada penyokong sehingga mampu memintas konspirasi tersebut, apabila pada 27 Julai menggantikan Peguam negara dan 28 julai mengumumkan rombakan kabinet, termasuk menggugurkan dua orang pemimpin yang disfatkan sebagai gunting dalam liptan.

15. Kini, masa menentukan, bahawa sebenarnya tiada apa-apa yang salahguna berlaku dalam 1MDB, malah wang RM2.6bilion yang dikatakan berasal daripada syarikat itu, disahkan bukan daripada syarikat milik MOF tersebut, melainkan daripada penderma budiman. SPRM tidak akan memperjudikan itergritinya, dan telah menyatakan bahawa wang RM2.6 bilion bukan wang 1MDB. SPRM kini, mahu meningkatkan anggapan umum terhadap agensi pencegah rasuah tersebut, kerana pada Tahun 2009, kadar keyakinan umum terhadapnya hanya 39 peratus, kini telah melonjak kepada 70 peratus, mungkin keyakinan tersebut sebagai impak daripada tindakan agensi tersebut menyiasat kes-kes berprofile tinggi, termasuk Perdana Menteri.

16. Meskipun 1MDB digunakan sebagai Kambing Hitam khususnya oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Mantan TPM Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Mantan Menteri KKLW Datuk Shafie Apdal  yang disokong pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, disokong wartawan veteran seperti A Kadir Jasin serata beberapa mantan pemimpin, tidak akan dapat mempengaruhi Ketua-Ketua Bahagian Umno seluruh negara atau AMT Umno untuk tidak menyokong DS Najib, kerana mereka itu, lebih maklum berkaitan dengan 1MDB.

Saturday, October 31, 2015

Isu 1MDB Digunakan Sebagai Alasan Menjatuhkan DS Najib

1. Sebenarnya jika niat para pemimpin kanan Umno mahu membantu DS Najib Razak menyelesaikan isu 1MDB, berbagai cara boleh dilakukan. Boleh melalui mesyuarat Kabinet, boleh melalui mesyuarat AMT Umno, boleh dengan cara lain termasuk perjumpaan empat mata.

2. Oleh kerana niat para pemimpin Umno tertentu mahu menjatuhkan Perdana Menteri, maka cara itu tidak digunakan, sebaliknya berselindung atas nama kepentingan parti, sebagai alasan diberikan mengeritik pengurusan 1MDB. Mereka lupa, DS Najib sebenarnya tidak mahu sebarang kemelut berlaku pada sesebuah syarikat di mana beliau merupakan penasihat. Para pemimpin yang mengeritik DS Najib terlupa, bahawa betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

3. Para pemimpin yang mengeritik 1MDB, diragui niat mereka, kerana, mengapa tidak sabar-sabar menunggu hasil siasatan terhadap syarikat tersebut, sedangkan Perdana Menteri telah akur dengan pandangan atau desakan berbagai pihak, sehingga beliau mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat, selain itu PAC Dewan Rakyat juga turut menyiasat.

4. Kepada para ahli Umno atau penyokong Umno, kena berfikir semula dan menghayati apa yang berlaku ,mengelilingi isu 1MDB yang dijadikan sebagai punching bag berbagai pihak untuk memburukkan imej Perdana Menteri. Juga diingatkan, bagaimana mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sanggup bersengkokol dengan media asing seperti The New York Times, The Wall street Journal, Bloomberg serta Sarawak Reports dan banyak lagi, sedangkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau beranggapan, semua laporan media tersebut bertujuan jahat dan pariah.

5.Kita semua sebagai penyokong dan ahli Umno kena berfikir semula, disebalik apa beberapa pemimpin Umno menggunakan 1MDB sebagai alasan utama mengeritik Perdana Menteri, sedangkan hingga setakat ini, belum terbukti apa-apa, bahawa syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut telah kehilangan wang atau rugi. Sebuah syarikat yang hanya bermodal RM1juta, namun diberikan pinjaman sehingga 42ribu kali ganda modal berbayar sebenarnya satu pencapaian luarbiasa. Meskipun syarikat itu mempunyai liabilti sebanyak RM42bilion, akan tetapi mempunyai aset sebanyak RM52bilion. ertinya di atas kertas syarikat itu telah mendapat keuntungan dalam semua transaksinya. Bayangkan hanya bermodal RM1juta, namun dapat pulangan sebanyak RM10bilion dalam tempoh 6 tahun. Selain itu, impak adanya 1MDB, tarif litrik di negara ini bukan sahaja membendung kenaikkan tarif kerana perjanjian konesesi beberapa IPP, akan tetapi mampu menurunkan tarif litrik.

6. Pada akhir tahun ini, tindakan rasionalisasi 1MDB, bukan sahaja mampu melangsaikan seluruh hutang akan tetapi akan mendapat lebihan tunai. Perkara ini, yang terlupa oleh para pemimpin Umno tertentu, bahawa sebarang masalah boleh diselesaikan, dan memperlukan masa tertentu untuk menyelesaikannya. Mereka terlupa, bahawa kuasa yang ada pada manusia hanya berusaha, berkerja dan bertawakal. Manusia tidak mempunyai kuasa kunfayaqun. Para pemimpin tertentu dalam Umno tersebut, bertindak, jika ada sesuatu masalah, maka seperti kilat, masalah itu diselesaikan.

7.Para pemimpin Umno tertentu yang kerap bercakap berkaitan 1MDB di mana-mana kesempatan, sebenarnya bertujuan memberi bebanan kepada DS Najib dan juga pengurusan 1MDB, selain itu, mereka juga mahu mengumpul persepsi negatif, bahawa isu 1MDB tidak bakal akal terselesaikan.

8. Berbagai andaian dilontarkan berkaitan 1MDB, termasuklah, kononnya penurunan nilai ringgit terhadap USD Dollar impak kepada syarikat milik MOF tersebut, namun mereka terlupa mata wang negara lain juga menyusut terhadap dollar, sedangkan negara-negara tersebut tidak mempunyai syarikat seperti 1MDB.

9. Sebenarnya tiada korelasi antara penurunan mata wang ringgit dengan 1MDB. Penurunan ringgit terhadap dollar amerika, hanya kerana menjunamnya harga minyak di pasaran dunia, selain persepsi lain, termasuk, impak kepada penerimaan yang kurang daripada minyak, maka negara akan kekurangan wang untuk pembangunan atau melaksanakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

10. Sangkaan berbagai pihak tersebut, kononnya negara akan kekurangan wang untuk pembangunan atau mengurus, ditepis melalui Bajet 2016, apabila Perdana Menteri membentangkan bajet dengan lebihan RM7bilion berbanding bajet 2015, selain itu peruntukkan untuk pembangunan adalah RM51bilion berbanding RM40bilion pada Tahun 2015.

11. Sebenarnya, kalau ditelusuri pencapaian DS Najib sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 6 tahun, kalau dilihat daripada fakta angka, telah melepasi pencapaian PM2 terdahulu.


Blog Archive