Tuesday, April 19, 2016

Kedudukan 1MDB Bercelaru- IPIC Tamatkan Pelan Menyelamat

International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpengkalan di Abu Dhabi, United Emerite Arab telah menamatkan pelan menyelamat 1MDB yang ditandatanagi pada Jun 2015 dengan Kemenenterian Kewangan malaysia.

Pada perjanjian tahun lalu itu, IPIC telah menyalurkan AS1bilion tunai kepada 1MDB, untuk tujuan membayar hutang daripada konsertum Bank yang diketuai Dutse Bank, Jerman sebanyak AS970juta. Melalui perjanjian itu juga, IPIC mengambil alih hutang bond 1MDB bernilai AS3.5bilion melalui pertukaran aset milik 1MDB yang tidak dinyatakan. 

Jika berasaskan laporan berkaitan dengan perjanjian menyelemat itu, 1MDB perlu membayar AS3.54bilion, kepada IPIC. Menurut rekod 1MDB, memangpun syarikat itu telah menyalurkan AS3.5bilion kepada BVI Aabar PJS Ltd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island pada tahun 2012. Syarikat itu walau bagaimanapun ditutup pada Jun 2015.

Pada 11 April lalu, IPIC dan Aabar telah memberi tahu Bursa London, bahawa syarikat itu tidak mempunyai kaitan dengan BVI Aabar PJS Ltd, dan pada masa yang sama memberitahu, bahawa syarikat itu tidak pernah mendapat apa-apa bayaran daripada 1MDB.

Semalam, IPIC telah memberitahu Bursa London, bahawa pelan menyelamat 1MDB ditamatkan sepihak, atas sebab 1MDB gagal membayar AS1,102,750,000.00 beserta faedah. juga, ekoran kepada penamatan itu, maka IPIC juga tidak akan membayar faedah RM50juta ke atas AS3.5bilion nilai bond yang dijamin syarikat itu, di mana faedah itu perlu dibayar pada 19 April 2016.

Jaminan IPIC ke atas bond yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS3.5bilion, tidak boleh ditukar milik atau dibatal, ertinya obligasi terhadap bond itu masih tanggungjawab IPIC.

Melihat kepada kedudukan IPIC dan 1MDB, 1MDB tertipu AS3.5bilion, akan tetapi IPIC menjamin bond yang diterbitkan 1MDB dalam jumlah yang sama. Ertinya 1MDB di atas kertas tidak rugi apa-apa. Dalam keadaan yang sama, IPIC telah menyalurkan AS1bilion kepada 1MDB, dan bersamaa dengan itu 1MDB yang sepatutnya membayar balik wang pendahuluan itu, namun tidak memulangkan wang itu.

Pada kedudukan sekarang, 1MDB dalam kedudukan ingkar janji berkaitan faedah bond AS3.5bilion sebanyak AS50juta. Jika 1MDB mempertahankan ingkar janji itu, maka, 1MDB boleh disenarai hitamkan oleh bank-bank atau institusi kewangan antarabangsa, jika ianya berlaku, maka akaun-akaun syarikat itu boleh dibekukan.

Semalam, 1MDB mengumumkan, bahawa semua hutang jangka pendek syarikat telah dibayar, dan pada masa yang sama, syarikat itu mempunyai lebihan tunai sebanyak RM2.3bilion.

Melihat senario yang menyelubungi bayaran 1MDB kepada BVI Aabar, macam, syarikat milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MKD) itu tertipu oleh satu syarikat “bogus”, maka pihak 1MDB perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa, kalau memang syarikat itu merasa tertipu. 

Jika laporan tidak dibuat, maka persepsi negatif akan menyelubungi syarikat itu termasuk memalitkan imej buruk kepada penasihat lembaga pengarah, DS Najib Razak.

Melihat tindakan IPIC menamatkan pelan menyelamat ke atas 1MDB, merupakan satu perkembangan baru yang menyelubungi syarikat gergasi itu. Laporan PAC Parlimen pada 19 Mac ke Dewan Rakyat, sebelum ini dianggap sebagai titik terang berkaitan syarikat itu, kini telah bertukar, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan turun di tengah hari.

Kemelut pembayaran 1MDB kepada BVI Aabar PJS Ltd yang mencecah AS3.5bilion, sebenarnya berpunca daripada dua pengurus tertinggi IPIC dan Aabar, iaitu Pengarah Urusan IPIC Khadem al Qubaisi dan Pengerusi Aabar Mohamed Al Husseiny. Dua individu ini telah menubuhkan BVI Aabar pada mac 2012 untuk rancangan menipu 1MDB.

No comments:

Blog Archive