Saturday, November 09, 2024

PRN SABAH: GAGASAN RAKYAT SABAH TELAH BERSEDIA

SUASANA Persidangan Agung Tahunan (PAT) ke-2 Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang sedang berlangsung di SICC, Kota Kinabalu yang dihadiri 6000 perwakilan dan pemerhati boleh digambarkan sudah cukup bersedia berdepan dengan PRN.

Pun demikian, walaupun ketersediaan terpancar pada wajah perwakilan dan para pemimpin, akan tetapi Pengerusi perunding agihan kerusi parti, Datuk Seri Masidi Manjun semasa podcast bersama Biro Penerangan parti berkata, setakat ini tiada kesegeraan berkaitan rundingan, memandangkan parti atau kerajaan masih berbaki setahun lagi, akan tetapi, dalam suasana politik hari ini, jentera parti perlu terus bergerak, menyantui rakyat, sebagai jaminan sokongan yang berterusan, ibarat bermain bola, perlu menjaringkan goal sebanyak mungkin, kerana jaringan menentukan kemenangan.

Gagasan Rakyat salah sebuah parti komponen GRS, merupakan komponen yang paling banyak menyandang kerusi.

Sesuai dengan kedudukan parti itu, maka perlu lebih bersiap sedia berdepan pilihan raya untuk mempertahankan mandat yang diberikan rakyat pada PRN-16.

Berkaitan agihan kerusi antara komponen GRS, kebarangkalian tinggi, status quo dipertahankan, manakala komponen yang bukan penyandang, disesuaikan dengan kekuatan masing-masing, dan jika potensi menterjemahkan pencalonan kepada kemenangan tinggi, maka diberi peluang mewakili GRS.

Prinsip GRS, tidak berpaksi daripada parti mana datangnya calon, melainkan yang dipilih itu mempunyai potensi tinggi untuk menghadiahkan kerusi pada GRS.

Dalam perkembangan yang berasingan, Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata, sebarang kerjasama antara parti berdepan dengan PRN Sabah hendak lah diputuskan pemimpin Sabah sendiri, tanpa campur tangan daripada pihak luar, atas sebab, latar belakang politik Sabah tidak menerima paksaan, sebab itu, di Sabah calon bebas pun boleh menang.

Berdepan dengan PRN Sabah pemimpin Umno yang gemar sangat membuat kenyataan, baik di pentas politik maupun majlis rasmi, seperti parlimen atau sidang akhbar lawatan rasmi sebagai menteri, antara lain kenyataan datangnya daripada Presiden parti itu semasa lawatan di Sarawak, bahawa PRN Sabah dijadikan “tikus makmal” kerjasama BN-PH, dan kenyataan TUKAR KERAJAAN semasa di parlimen.

Tindakan Presiden Umno itu, cerminan kesungguhan campur tangan perjalanan politik Sabah, meremehkan rakyat Sabah, dan juga, cerminan, bahawa rakyat Sabah tidak bermaruah, tiada kebolehan menentukan hala tuju politik sendiri.

Rasa tergores Timbalan Presiden Gagasan Rakyat selaku anak jati Sabah berkaitan rakyat Sabah dijadikan “tikus makmal”, tidak bersendirian, rakyat Sabah secara umum juga turut tergores, kecuali pemakan dedak parti Umno.

No comments:

Blog Archive