Saturday, October 31, 2015

Isu 1MDB Digunakan Sebagai Alasan Menjatuhkan DS Najib

1. Sebenarnya jika niat para pemimpin kanan Umno mahu membantu DS Najib Razak menyelesaikan isu 1MDB, berbagai cara boleh dilakukan. Boleh melalui mesyuarat Kabinet, boleh melalui mesyuarat AMT Umno, boleh dengan cara lain termasuk perjumpaan empat mata.

2. Oleh kerana niat para pemimpin Umno tertentu mahu menjatuhkan Perdana Menteri, maka cara itu tidak digunakan, sebaliknya berselindung atas nama kepentingan parti, sebagai alasan diberikan mengeritik pengurusan 1MDB. Mereka lupa, DS Najib sebenarnya tidak mahu sebarang kemelut berlaku pada sesebuah syarikat di mana beliau merupakan penasihat. Para pemimpin yang mengeritik DS Najib terlupa, bahawa betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

3. Para pemimpin yang mengeritik 1MDB, diragui niat mereka, kerana, mengapa tidak sabar-sabar menunggu hasil siasatan terhadap syarikat tersebut, sedangkan Perdana Menteri telah akur dengan pandangan atau desakan berbagai pihak, sehingga beliau mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat, selain itu PAC Dewan Rakyat juga turut menyiasat.

4. Kepada para ahli Umno atau penyokong Umno, kena berfikir semula dan menghayati apa yang berlaku ,mengelilingi isu 1MDB yang dijadikan sebagai punching bag berbagai pihak untuk memburukkan imej Perdana Menteri. Juga diingatkan, bagaimana mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sanggup bersengkokol dengan media asing seperti The New York Times, The Wall street Journal, Bloomberg serta Sarawak Reports dan banyak lagi, sedangkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau beranggapan, semua laporan media tersebut bertujuan jahat dan pariah.

5.Kita semua sebagai penyokong dan ahli Umno kena berfikir semula, disebalik apa beberapa pemimpin Umno menggunakan 1MDB sebagai alasan utama mengeritik Perdana Menteri, sedangkan hingga setakat ini, belum terbukti apa-apa, bahawa syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut telah kehilangan wang atau rugi. Sebuah syarikat yang hanya bermodal RM1juta, namun diberikan pinjaman sehingga 42ribu kali ganda modal berbayar sebenarnya satu pencapaian luarbiasa. Meskipun syarikat itu mempunyai liabilti sebanyak RM42bilion, akan tetapi mempunyai aset sebanyak RM52bilion. ertinya di atas kertas syarikat itu telah mendapat keuntungan dalam semua transaksinya. Bayangkan hanya bermodal RM1juta, namun dapat pulangan sebanyak RM10bilion dalam tempoh 6 tahun. Selain itu, impak adanya 1MDB, tarif litrik di negara ini bukan sahaja membendung kenaikkan tarif kerana perjanjian konesesi beberapa IPP, akan tetapi mampu menurunkan tarif litrik.

6. Pada akhir tahun ini, tindakan rasionalisasi 1MDB, bukan sahaja mampu melangsaikan seluruh hutang akan tetapi akan mendapat lebihan tunai. Perkara ini, yang terlupa oleh para pemimpin Umno tertentu, bahawa sebarang masalah boleh diselesaikan, dan memperlukan masa tertentu untuk menyelesaikannya. Mereka terlupa, bahawa kuasa yang ada pada manusia hanya berusaha, berkerja dan bertawakal. Manusia tidak mempunyai kuasa kunfayaqun. Para pemimpin tertentu dalam Umno tersebut, bertindak, jika ada sesuatu masalah, maka seperti kilat, masalah itu diselesaikan.

7.Para pemimpin Umno tertentu yang kerap bercakap berkaitan 1MDB di mana-mana kesempatan, sebenarnya bertujuan memberi bebanan kepada DS Najib dan juga pengurusan 1MDB, selain itu, mereka juga mahu mengumpul persepsi negatif, bahawa isu 1MDB tidak bakal akal terselesaikan.

8. Berbagai andaian dilontarkan berkaitan 1MDB, termasuklah, kononnya penurunan nilai ringgit terhadap USD Dollar impak kepada syarikat milik MOF tersebut, namun mereka terlupa mata wang negara lain juga menyusut terhadap dollar, sedangkan negara-negara tersebut tidak mempunyai syarikat seperti 1MDB.

9. Sebenarnya tiada korelasi antara penurunan mata wang ringgit dengan 1MDB. Penurunan ringgit terhadap dollar amerika, hanya kerana menjunamnya harga minyak di pasaran dunia, selain persepsi lain, termasuk, impak kepada penerimaan yang kurang daripada minyak, maka negara akan kekurangan wang untuk pembangunan atau melaksanakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

10. Sangkaan berbagai pihak tersebut, kononnya negara akan kekurangan wang untuk pembangunan atau mengurus, ditepis melalui Bajet 2016, apabila Perdana Menteri membentangkan bajet dengan lebihan RM7bilion berbanding bajet 2015, selain itu peruntukkan untuk pembangunan adalah RM51bilion berbanding RM40bilion pada Tahun 2015.

11. Sebenarnya, kalau ditelusuri pencapaian DS Najib sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 6 tahun, kalau dilihat daripada fakta angka, telah melepasi pencapaian PM2 terdahulu.


2 comments:

Anonymous said...

Setuju dgn pandangan tuan.

Saya berpendapat itulah sebabnya mengapa PM tidak melatah dan meletak jawatan spt diminta, dan menanggung malu atas sesuatu yg tidak pernah dilakukannya atas kapasiti kedudukan dan kepentingan peribadi.

1MDB dan 2.6bil pada saya telah digunakan sewenang-wenangnya sbg senjata utk memusnahkan PM dan pencapaian beliau selama ini, baik dari kalangan parti sendiri lebih-lebih lagi oleh pihak pembangkang.

Motif dan tembelang utk menjatuhkan beliau ini nampaknya sudah mula terbuka sedikit demi sedikit dgn sendirinya, dan kita tunggulah bagaimana pengakhiran episod ini nanti. Hanya kita perlu mengikuti dan memahami fakta sebenar supaya tidak terkeliru oleh permainan persepsi pihak-pihak yg memusuhi beliau.

Dalam pada itu kita kena berpegang pada prinsip yg salah itu tetap salah, yg benar tetap benar, demi keadilan.

Anonymous said...

Sudah terang lagi bersuluh, pembangkang dan sewaktu dengannya memilah cara yg salah untuk menjatuhkan Najib. Cara memfitnah sebegitu menunjukkan tingkah laku mereka yang amat keji dan x bermoral. Orang2 seperti ini x layak untuk menjadi pemimpin negara.

Blog Archive