APAPUN senario politik yang berlaku di Semenanjung yang menampakkan polarisasi yang amat ketara, diharapkan tidak menular ke Sabah.
Sabah memerlukan kestabilan politik bagi memajukan dan membangun negeri.
Sabah adalah negeri yang tercatit sebagai negeri yang banyak kali berganti-ganti kerajaan kesan perubahan politik, sehinggakan menjadi punca kemajuan dan pembangunan negeri terkesan, kerana mengikut erti peribahasa setiap kali air bah maka pantai berubah.
Contoh paling ketara kemajuan dan pembangunan terkesan apabila berlaku perubahan kerajaan pasca PRU14, yakni kerajaan yang tidak berkesinambungan dengan kerajaan terdahulu, sehinggakan pertumbuhan ekonomi negeri bukan sahaja menjunam malah mengalami pertumbuhan negatif.
Kini perekonomian Sabah sudah berada di landasan betul, apabila ekonomi bukan sahaja dapat dipulihkan akan tetapi semakin rancak.
Pemulihan ekonomi kerana adanya kesinambungan kepimpinan.
Kesinambungan kepimpinan berlaku kerana adanya pengertian daripada berbagai pihak, bahawa kepimpinan yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan rakyat dan negeri perlu diteruskan.
Kerana pengertian itu, apabila berlaku “Langkah Kinabalu” pada 6 Januari 2023, para wakil rakyat yang sebelumnya merupakan pembangkang kerajaan maju ke hadapan untuk mempertahankan kerajaan dan kepimpinan.
Apabila timbul adanya cubaan untuk memisahkan antara pemimpin, yang saling sokong menyokong semasa keadaan genting, agar ada pihak bertindak seperti kacang lupakan kulit, Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor menepis usaha-usaha sedemikian, atas sebab ianya bukan keutamaan Sabah. Keutamaan Sabah adalah untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk kestabilan politik negeri.
Pengwujudan kestabilan politik sangat bergantung pada iltizam semua pihak yang didasarkan pada saling menghormati, saling percaya dan saling memerlukan, semata-mata untuk membangun negeri dan memajukan rakyat.
Penulis melihat, para wakil rakyat yang menyokong kerajaan GRS PLUS, walaupun berlatarkan politik yang berbeza, ideologi yang berbeza, akan tetapi mereka meraikan matlamat yang sama, iaitu membangun negeri dan memajukan rakyat.
Sangat jelas PASCA 6 Januari 2023, yang kemudiannya semua yang terlibat saling sokong menyokong pada 10 Januari 2023, sehingga kini, masing-masing pemimpin yang diberi tanggungjawab dan amanah berlumba-lumba menunjukkan KPI bukan dalam bentuk politik, akan tetapi KPI membangun negeri dan memajukan rakyat.
Melihat cara para wakil rakyat yang menyokong kerajaan GRS PLUS berkerja, adalah merugikan rakyat Sabah, apabila golongan ini dinafikan sebagai kerajaan selepas PRN17 Sabah.
Penulis meihat, kombinasi kepimpinan yang ada dalam GRS PLUS merupakan kombinasi yang diperlukan rakyat dan negeri untuk terus menjadi peneraju kerajaan negeri.
Pandangan penulis, jangan ganggu gugat sesuatu kombinasi yang berada dalam “winning team” kerana kesannya, akan mendapat pasukan seperti tikus membaiki labu seperti mana berlaku pada PASCA PRU14. Fikir-Fikirkan.
4 comments:
Respect parti sabah la ni.. Berkerjasama dgn kerajaan persekutuan
Sarawak pun sama.. Yg semenanjung tak sedar lagi..
Insyaallah saya doakan sarawak n sabah akan maju di bawah kerjasama dgn kerajaan perpaduan
Tahniah
Post a Comment