HANYA akhir-akhir ini rakyat Sabah mula bercakap berkaitan AMBALAT, satu kawasan antara Sabah dan Kalimantan Timur seluas 15,000 kilometer.
Ambalat dikatakan kaya dengan minyak dan gas.
Untuk mendapat keuntungan politik, khususnya pembangkang, maka perlu mengetengahkan isu-isu baharu yang boleh menyudutkan kerajaan atau kerajaan dalam keadaan tidak bersedia untuk menjawab isu-isu dibangkitkan.
Isu Ambalat berbangkit, apabila pada tahun ini PMX dan Jokowi menandatangani satu perjanjian sempadan antara Malaysia-Indonesia, yang mana butirannya, hanya diketahui antara kerajaan dan kerajaan (G to G).
Atas sebab tiada penjelasan terperinci apa yang ditandatangi, sehinggakan seorang ADUN Sabah daripada parti Warisan- ADUN Tungku mendakwa, bahawa Malaysia menyerahkan Ambalat pada Indonesia.
Adalah satu perkara biasa, apabila sesuatu perjanjian yang mempunyai kesan besar, dalam perkara ini negeri Sabah dan rakyatnya yang samar-samar atau tidak diketahui secara terperinci, maka “tindakan” provokasi perlu dilakukan, agar pihak kerajaan terpanggil membuat penjelasan.
Penjelasan terpinci perlu dilakukan bukan dengan KATA-KATA, akan tetapi dalam bentuk PETA/INFOGRAFIK yang jelas.
Kerajaan Sabah khasnya tidak boleh mengambil enteng isu AMBALAT, dan perlu mengambil iktibar berkaitan ISU LABUAN pada tahun 1985. Kerana ISU LABUAN, kerajaan negeri pada masa itu yang mempunyai 43 ADUN daripada 48, hanya berbaki 5 pada PRN tahun 1985.
Kerajaan negeri perlu mempertimbangkan cadangan ADUN dilantik-Datuk Yong Teck Lee agar ada satu penjelasan pada Dewan Undangan Negeri Sabah oleh pihak Persekutuan berkaitan AMBALAT.
No comments:
Post a Comment