Saturday, August 19, 2023

SISTEM DUA PARTI “ON THE CARD”

APABILA Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor membuat kenyataan, bahawa Kerajaan GRS PLUS mengguna pakai formula Kerajaan Perpaduan (ertinya semua parti utama penyokong kerajaan Perpaduan) menghadapi PRN17 Sabah, maka ianya satu indikasi bahawa akan wujud sistem dua parti dalam negera.

Pada masa ini, walaupun belum secara rasmi sistem dua parti telah wujud, akan tetapi tanda-tanda ke arah itu sangat ketara, atas sebab dua blok politik boleh dianggap sebagai utama, iaitu Blok Pakatan Harapan (PH) dan Blok Perikatan Nasional (PN).

Akan dilihat nanti pada PRN17 Sabah, bagai mana dua blok parti ini mengambil bahagian. Jika berpandukan pada senario semasa, parti-parti yang bersama Blok PH seperti GRS, GPS dan BN tentunya akan sepasukan, manakala blok PN ada lah pasukan lawan.

Jika demikian, akan berlaku pertembungan antara Blok PH dan Blok PN. Tidak pasti apa kah keputusan parti-parti kecil yang juga penyokong kerajaan perpaduan diperingkat Pusat,apa kah parti-parti itu bertindak sebagai kuasa ketiga (spoiler) sepertimana keputusan MUDA bertanding solo pada PRN2023.

Jika berlaku pertembungan antara dua blok parti utama, akan terlihat, yang mana satu kah pilihan rakyat Sabah. Pilihan rakyat Sabah itu nanti boleh menjadi indikator atau penanda aras pada PRU16 yang membabitkan Parlimen.

Jika benar akan terwujudnya sistem dua parti, maka PRU16, rakyat hanya memilih antara satu.

Bagi penulis, masing-masing blok parti utama mempunyai kelebihan/kekurangan masing-masing.

Blok PH mempunyai masalah mendapat sokongan kaum melayu, manakala PN mempunyai masalah mendapat sokongan bukan melayu.

Jika merujuk pada Sabah dan Sarawak, tentunya Blok PH mempunyai kelebihan, akan tetapi pada masa sama, PN boleh menawan banyak kerusi kawasan melayu di Semenanjung.

Jika berpandukan pada PRN2023, keputusan hampir serupa dengan keputusan PRU15 di Semenanjung. Pun demikian, tren orang melayu menyokong PN lebih ke hadapan berbanding Blok PH (termasuk Umno).

Pada PRU15, PH secara solo menang 71 kerusi parlimen di Semenanjung, sama banyak dengan dimenangi PN. Manakala Umno 20 kerusi. Akan tetapi berasaskan tren PRN2023, separuh kerusi Umno dirampas PN, ertinya PN boleh menang 81 kerusi, dan blok PH (bersama Umno) juga 81 kerusi. Jika mengambil kira kerusi MCA dan MIC, maka Blok PH 84, daripada 165 kerusi parlimen yang tersedia di Semenanjung.

Oleh kerana untuk menubuhkan kerajaan diperlukan 112/222, maka PN memerlukan tambahan kerusi daripada Sabah dan Sarawak sebanyak 31 daripada 57 kerusi (termasuk WP Labuan). Manakala Blok PH memerlukan 28 kerusi. Makna kata, untuk mengwujudkan sistem dua parti, penentu adalah Blok Borneo.

Terpulang pada parti-parti Sabah tentang bagai mana mencatur politik negara, kerana hasilnya nanti adalah cerminan PRU16. Apa kah nanti, PRU16 akan terwujud sistem dua parti dalam negara, sama-sama kita nantikan PRU16, iaitu selepas Disember 2027.

No comments:

Blog Archive