ADA beberapa parti beroperasi di Sabah tergolong parti matahari terbenam dan parti luput jangka hayat.
Oleh kerana pemimpin parti-parti berkaitan cuba menyelamatkan parti masing-masing, maka mencuba berbagai pendekatan, termasuk bergabung dengan parti-parti yang masih relevan.
PRN2023 telah menunjukkan salah satu parti yang masih beroprasi di Sabah membuktikan parti itu telah luput jangka hayat.
Seperti barang yang luput jangka hayat, tidak semestinya barang itu rosak atau tidak selamat digunakan, akan tetapi keraguan sangat tinggi pada barang tersebut, maka menyebabkan pengguna tidak sanggup menggunakannya.
Apabila keraguan sangat tinggi, jelas, tiada siapa yang mengkonsumsi atau menggunakan barang itu, kerana kuatir mudarat lebih tinggi berbanding manfaat.
Demikian juga pada parti yang telah luput jangka masa hayat, keraguan tinggi dipihak rakyat menyokongnya, termasuk lah ahli parti itu sendiri.
Manakala parti matahari terbenam, adalah sebuah parti yang sukar mendapat sokongan, atas sebab, rakyat berpendapat menyokong parti sedemikian hanya sia-sia, kerana tiada masa depan.
Di Sabah parti-parti yang terkategori luput jangka hayat & matahari terbenam bergabung dengan parti-parti yang masih releven sebagai upaya untuk mendapatkan talian hayat.
Malangnya, pemimpin parti dalam kategorikan demikian bertindak lebih sudu daripada kuah, bertindak seperti kaduk naik junjung, sehingga tindakan mereka boleh membawa mudarat pada parti yang menjadi penaung.
Sesebuah parti yang dilihat masih relevan boleh berhadapan risiko ditolak rakyat kesan berkolaborasi dengan parti-parti yang tiada harapan/parti luput jangka hayat.
Menerusi keputusan PRN2023 boleh dikutip pengajaran, bahawa apapun usaha/tindakan/strategi digunakan untuk menjadikan parti yang luput jangka hayat untuk menjadi relevan atau dengan kata lain mendapat sokongan tidak juga menjadi, kerana demikian lah citranya parti yang luput jangka hayat.
No comments:
Post a Comment