Wednesday, September 28, 2022

TIADA SEBAB PRU-15 MENGEJUT

PILIHAN RAYA mengejut, kerana kerajaan bimbang ditumbangkan atau memerlukan mandat baharu kerana memperkenalkan polisi baharu.

Memandangkan tiada siapapun kecuali “kluster mahkamah” mahu kerajaan tumbang, akan tetapi kalaupun kumpulan ini bertindak, kerajaan tidak akan tumbang, kerana masih mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

Daripada memikirkan PRU-15, yang mana penggal parlimen hanya akan tamat pada 15 Julai 2023, sebaiknya baki hampir setahun ini digunakan mengatasi pemasalahan rakyat terutama berkaitan inflasi, ringgit yang merosot nilai, juga menyelesaikan isu-isu yang memalitkan imej negatif pada negara.

Lagipun, jika PRU-15 diadakan tahun ini, apatah lagi di musim tengkujuh, bukan sahaja menyusahkan rakyat akan tetapi, kos mengadakan pilihan raya akan meningkat, terutama berkaitan logistik, apatah lagi, jika negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN, sebaliknya menunggu sehingga berakhir.

Dikatakan jika pilihan raya berasingan antara parlimen dan dewan negeri, kos akan meningkat sekali ganda, iaitu daripada RM1bilion ke RM2bilion. RM1bilion jika digunakan membantu rakyat, cukup besar kesannya.

Selain kos yang ditanggung kerajaan mengadakan pilihan raya berasingan, juga kos yang ditanggung parti-parti politik.

Dalam pilihan raya, jika sebuah parti berhasrat menembusi sebahagian besar kawasan dan pengundi, maka dana untuk menggerakkan jentera cukup besar.

Jika pilihan raya diadakan pada musim banjir atau tengkujuh misalnya, maka parti yang kaya mempunyai kelebihan bergerak, manakala parti-parti yang kurang dana, terpaksa menjadi penonton.

Kerana Umno-BN menyadari akan perkara ini, maka berhasrat sangat diadakan PRU-15 pada masa yang tidak kondusif diadakan pilihan raya, kerana di antara berbagai parti, parti itu lah yang mempunyai dana lebih besar berbanding parti-parti lain, selain jentera yang ramai, iaitu ahli parti itu sendiri.

Faktor lain adalah peratus pengundi yang keluar mengundi. Umno-BN menyadari, jika peratus pengundi keluar tinggi, peluang parti itu semakin menipis atau terjejas.

No comments:

Blog Archive