Tuesday, September 27, 2022

HANYA UMNO-BN MEMILIH MUSIM TENGKUJUH DIADAKAN PRU-15

MENGAPA Umno-BN memilih musim tengkujuh diadakan PRU-15? Hanya satu sebab, jentera parti itu lebih kuat dan mempunyai kemampuan bergerak dalam situasi demikian.

Dalam pilihan raya pertemuan bersemuka atau fizikal lebih besar kesannya berbanding kempen secara sepihak. Lagi pun, Umno-BN boleh bersandar pada Perdana Menteri yang masih caretaker Prime Minister, dan dapat mengerahkan aset-aset kerajaan untuk sampai ke pusat-pusat pemindahan, dan sudah tentu disertai jentera parti, sebagai upaya, sambil menyelam sambil minum air.

Pengundi yang ramai terkesan adalah dikawasan-kawasan melayu, yang menjadi rebutan antara tiga blok parti- BN,PH dan PN. Mana-mana parti menguasai kawasan-kawasan sedemikian akan keluar sebagai pemenang.

Dalam keadaan banjir, hanya ahli dan penyokong tegar masing-masing parti akan bersusah payah untuk keluar mengundi, manakala pengundi pasif atau atas pagar, tidak akan berbuat demikian. Bukti jelas pada PRN Melaka dan Johor semasa pandemik Covid-19, hanya ahli dan penyokong tegar keluar menunaikan tanggungjawab, manakala pengundi majoriti sebaliknya.

Umno-BN sangat bimbang apabila peratus keluar mengundi tinggi, seperti mana PRU-14. Semakin tinggi peratus pengundi keluar mengundi semakin menipis peluang parti itu menang. Fakta jelas jumlah undi yang sama pada PRU-14, akan tetapi parti itu kalah, sebaliknya menang 2/3 kerusi pada PRN Melaka dan Johor.

Data PRN Melaka dan Johor dijadikan asas oleh Umno-BN mendesak diadakan PRU-15 pada musim tengkujuh, kerana jika musim biasa, kemungkinan besar 80% daripada 21 juta pengundi akan keluar mengundi.

Daripada 21 juta pengundi, lebih 60% penyokong parti-parti lain, pengundi pasif dan atas pagar, termasuk undi-18. Jika berpandukan pada PRU yang lalu-lalu golongan pengundi ini mengundi parti-parti yang berlawan dengan Umno-BN.

Bagi penulis apapun strategi Umno-BN termasuk mendesak diadakan PRU-15 diadakan di musim tengkujuh, tidak semestinya memberi kelebihan pada parti itu, walaupun dianggap ahli dan penyokong tegar kekal setia, akan tetapi mereka itu juga manusia yang mempunyai perasaan dan deria rasa. Ada lah keterlaluan, menyokong parti atau pemimpin yang menyusahkan, kerana tidak semestinya semua mereka itu dapat disantuni, ertinya timbul juga kemarahan.

No comments:

Blog Archive