Tuesday, September 27, 2022

DISENSASIKANNYA PERKATAAN “MUSUH” APABILA MUHIYIDDIN MERUJUK KEPADA BN

BENAR lah kata-kata orang bijaksana “Great minds discuss ideas; Average minds discuss events; Small minds discuss people”, apabila perkataan “musuh” yang digunakan Tan Sri Muhiyiddin merujuk pada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya disensasikan, bukan oleh sesiapa akan tetapi mereka yang mempunyai kedudukan.

Kenyataan itu, tidak merujuk pada Umno, ertinya apabila Setiausaha Agung Pas merujuk Umno sebagai “rakan kerjasama” bagi maksud perpaduan ummah, tidak dapat dilihat percanggahan antara dua kenyataan atau pandangan tersebut.

Dalam pilihan raya, apabila tiada istilah “musuh” apa tujuan kempen? Atau tujuan meletakan calon berbagai penjuru?

Jika tiada pendekatan “musuh” bagai mana pengundi menentukan parti yang diberi kemenangan? Kalau tiada parti saling “bermusuh” maka undi yang diberi pengundi tiada halatuju, tiada matlamat.

Perkataan “musuh” yang digunakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, untuk menujukkan pada pengundi, samada memberi mandat pada Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN).

Timbulnya perkataan “musuh”kerana kepemimpinan Umno yang diketuai Datuk Ahmad Zahid Hamidi secara konsisten menolak kerjasama dengan Bersatu, manakala dengan Pas, Umno meletakkan syarat, perlu berpisah dengan Bersatu.

Masing-masing pemimpin mempunyai halatuju dan matlamat akhir. Bagi Tan Sri Muhiyiddin, semasa PRU-15, rakyat kena menentukan, untuk menyokong salah satu blok parti politik untuk menerajui negara.

Di Sabah pula, hanya kerana ada 25 kawasan parlimen, maka masing-masing pemimpin samada BN atau GRS, hanya menerusi kerjasama, maka dapat mengumpul sejumlah kerusi untuk menunjukkan kekuatan yang boleh menjadi “bargaining power” di peringkat Persekutuan, menuntut hak-hak negeri.

Asas kerjasama pemimpin GRS dan BN bahawa kekuatan masing-masing mesti disatukan untuk menjadi kekuatan sebenar, seperti mana keputusan PRN-16 Sabah pada September 2020. Oleh kerana semua pemimpin pada dua blok politik itu telah mengenepikan semua ego masing-masing, dan memilih kerjasama, maka tidak timbul istilah “musuh”. Apabila tidak timbul istilah itu, maka Razlan Rafii MKT Umno daripada Wilayah Persekutuan, menterjemahkannya, bahawa Bersatu (PPBM) terkubur di Sabah kerana menyokong calon BN, akan tetapi tidak pula berkata, bahawa Umno terkubur di Sabah kerana menyokong calon GRS!!!.

Nampaknya pemimpin di luar Sabah, masih tidak boleh melepaskan diri pada kaedah pecah dan perintah. Di masa lalu, kerana ada pemimpin Sabah terpengaruh dan menyokong, maka kesannya pada rakyat dan negeri.

Sudah tiba masanya, pemimpin Sabah melepaskan diri daripada pendekatan pecah dan perintah, kerana ianya menjadi asas pada kelemahan.

No comments:

Blog Archive