ERNESTO SAMBAS (bertanda panah) The Sulu Lion telah maut, sementara lelaki yang gagah (komander)-Jeneral Haji Musa Abdulla juga disahkan maut.
Kini, hanya Agbimuddin Kiram adik kepada Jamalul Kiram III masih diburu.
Dalam perburuan Agbimuddin, telah sembilan perwira negara maut, dan beberapa lagi yang cedera. Selain itu, ada juga perwira kita maut kerana kemalangan semasa bertugas. Pagi tadi seorang lagi perwira kita terkorban.
Selama ops Daulat telah 10 perwira negara terkorban, 9 kerana tertembak dan satu kemalangan jalan raya.
Yang menyedihkan, walaupun anggota keselamatan kita berkorban nyawa, namun ada pemimpin pembangkang sanggup menghina perkorbanan mereka. Yang cukup parah lagi, ada kakitangan awam yang sanggup memberi komen negatif terhadap pengorbanan pasukan keselamatan.
Kalaulah bukan kerana kuasa, mungkin kejadian penerobohan Lahad Datu tidak berlaku. Antara Jamalul Kiram III dan Dalang pencerobohan Lahad Datu, walaupun mempunyai matalamat yang berbeza, akan tetapi untuk melakasanakan matalamat itu, mereka melakukan pendekatan yang sama.
Menimbulkan huru hara adalah matalamat dalang itu, sementara kewangan adalah matalamat Jamalul Kiram III.
Dari awal-awal lagi pasukan keselamatan kita, mengesan matalamat dalang dan Jamalul Kiram III, atas sebab itu pendekatan perundingan digunakan sebagai jalan penyelesaian.
Jamalul Kiram III, hampir kecundang, kerana hampir menerima penyelesaian damai dan bersedia berundur. Namun, matalamat dalang itu tidak akan tercapai, kalau Kiram bersetuju menarik semua kumpulannya daripada Bumi Sabah pada atau sebelum 1 Mac 2013.
Pertemuan Kiram III dengan utusan kerajaan Malaysia Datuk Datu Amir Kahar Tun Datu Mustpaha hampir berjaya, kalau bukan tindakan awal dalang empat jam sebelum pertemuan itu.
Pertemuan Amir-Jamalul Kiram jam 2.30 petang waktu Malaysia, namun pertempuran berlaku 4 jam sebelumnya. Penyebab pertempuran itu, apabila pengganas menggunakan taktik kotor dengan menarik bendera puith, dan apabila pasukan komando 69 menghampiri pengganas itu, bedilan mortar menyambutnya.
Berlakulah tembak menembak, di mana 15 (sebelum ini 12) pengganas mati.
Berpunca pada kejadian 1 Mac itu, pengganas yang mendengar kawan2 mereka maut, mengganas pula pada malam 2 Mac di Kg Sri Jaya Simunul Semporna, dan menyerang hendap pasukan polis dan mengorbankan enam pada malam itu.
Kini, selepas genap sebulan, pencerobohan pengganas di Lahad Datu, sejumlah 57 pengganas telah mati, dan lebih 200 telah ditahan kerana disyaki sebagai talibarut atau pengikut pengganas sulu.
Satu perkara yang perlu dirungkai oleh pasukan keselamatan negara, siapa sebenarnya dalang kepada pencerobohan ini? Kalau mengikut laporan daripada Manila, nama Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai dalang, dan sumber kewangan disalurkan melalui SUARAM, dan senjata diperolehi melalui operasi rahsia negara adikuasa.
Senarai Perwira negara yang terkorban
Senarai Perwira negara yang terkorban
1 Mac 2013 - Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69
1 Mac 2013 - Sarjan Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69
2 Mac 2013 - Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
2 Mac 2013 - Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 - Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 - Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
2 Mac 2013 - Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
1 comment:
aku cadangkan, kuncu2 tian chua dan nurul izzah dari pakatan yg tak habis2 mempertikai dan menghina pasukn kslmtn kita tidak perlu dilayan dan tidak perlu dibesar2 dlm laman blog atau sosial. krn ini akan mmberikn publisiti murah kpd mrk yg smemangnya diingini oleh mereka utk melemahkn semangat wira2 kita. memadailah jika ada diantra kita yg mengesan kebiadapan mrk, dgn serta merta melaporknnya kpd skmm dan pdrm. biarkn phk bkuasa mngambil tindkn segera.
Post a Comment