APA kah semua ahli Umno bersetuju, “semangat” Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sanggup meredah banjir jika PRU-15 diadakan pada musim tengkujuh? Jika semua setuju, maka jelas lah nyawa rakyat dipertaruhkan hanya kerana jawatan.
Hakikiatnya tidak semua ahli parti itu bersetuju diadakan pilihan raya dalam keadaan banjir, dan mereka itu sependapat dengan majoriti rakyat (jika ada referendum, pasti majoriti rakyat tidak setuju diadakan PRU-15 pada musim banjir).
Sudah kenampakkan sangat begitu ghairahnya sesetengah pemimpin Umno mendapatkan kuasa semula, kerana ingin kembali pada keadaan glamour yang hilang kesan tumbangnya parti itu pada PRU-14.
Hanya Agong boleh menghalang diadakan PRU di musim tengkujuh, dengan tidak perkenaan apabila Perdana Menteri mohon pembubaran parlimen.
Kemungkinan besar Agong akan memberi nasihat 4 mata pada Perdana Menteri, untuk menunggu sehingga keadaan tenang dan kondusif diadakan PRU.
No comments:
Post a Comment