Thursday, September 29, 2022

PRU-15: AGIHAN KERUSI ANTARA GRS DAN BN?

 


KERUSI parlimen bagi Sabah hanya 25. Menang pada kawasan-kawasan ini lah menjadi asas pada kerjasama antara GRS dan BN.

Jika berpandukan pada PRU-14, BN menang 10, Warisan 8, DAP 3, PKR 3, STAR 1. 

Daripada 10 yang dimenangi BN, Umno 7, masing-masing 1 PBRS, UPKO dan PBS. Namun kini, daripada 7 kawasan tersebut, kekal dengan Umno hanya 2, manakala 5 lagi bersama Bersatu.

Jika berpandukan pada "penyandang" terkini, maka komposisi atau kedudukan parti-parti adalah GRS-8, Warisan- 7, DAP-3, PKR-2, BN-3.

Tidak pasti kaedah apa yang digunakan antara GRS-BN dalam mengagihkan kerusi, kerana ada dua senario, iaitu kawasan yang dimenangi pada PRU-14 dan penyandang terkini. Bagi kawasan Warisan, DAP dan PKR, sudah tentu berasaskan kekuatan di kawasan tersebut, jika BN kuat,maka BN, demikian juga jika GRS kuat,maka GRS.

Penulis yakin, antara pemimpin GRS dan BN Sabah, ada formula khusus untuk digunakan, untuk menghasilkan agihan menang-menang, dan seterusnya menang dalam pilihan raya.

Penulis berkeyakinan, dalam siri jelajah GRS, para pemimpin parti itu telah mengenal pasti kekuatan, demikian BN yang melancarkan gelombang biru, juga telah mengenal pasti kekuatan.

Apa yang penting, apabila parlimen dibubar, dan pengumuman calon dibuat, akan diketahui agihan kerusi. Dari agihan kerusi itu lah boleh diketahui sejauh mana kerjasama antara dua blok parti itu.



No comments:

Blog Archive