Thursday, September 29, 2022

MENGIMBAS KEMBALI PENUBUHAN KERAJAAN GRS-BN SABAH

HARI ini 29 September, genap 2 tahun Kerajaan GRS-BN Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Kerajaan GRS-BN diberi mandat oleh rakyat Sabah pada 26 September 2020 menerusi PRN mengejut, ekoran tumbangnya kerajaan Warisan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal.

Barangkali memang suratan bagi Hajiji menjadi Ketua Menteri lebih awal, memandangkan ADUN Sulaman tersebut sebahagian daripada ADUN bersama Tan Sri Musa Aman yang mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi pada 29 Julai 2020, namun dinafikan membentuk kerajaan, apabila Shafie menasihati TYT Sabah untuk membubarkan penggal ke-15 DUN Sabah.

Rekod atau sejarah kena dicatit sebagai panduan bagi generasi akan datang atau pengkaji berkaitan perjalanan politik Sabah.

Kerajaan GRS-BN, walaupun kerjasama antara dua blok parti politik, akan tetapi, latar belakang para pemimpin hampir sama, kerana daripada kilang politik yang sama.

Mungkin kerana rakyat melihat para pemimpin daripada dua blok parti tersebut berDNA sama, maka rakyat memberi mandat seimbang, sehinggakan, tiada mana-mana blok boleh berdikari, melainkan saling memerlukan dan saling sokong menyokong.

Menjelang PRU-15, penulis masih berkeyakinan, bahawa majoriti rakyat mahukan agar dua blok parti itu bekerjasama. Jika kehendak rakyat disanggah, dikhuatiri, akan menghukum kedua-duanya, lalu memberi sokongan pada blok parti lawan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive