Friday, September 30, 2022

PARTI DIRESTUI RAKYAT SABAH?

TIADA indikator yang tepat untuk menggambarkan restu atau sokongan rakyat pada sesebuah parti atau gabungan berbagai parti, melainkan undi yang mereka berikan pada sesebuah parti atau gabungan parti-parti pada pilihan raya.

Berhadapan PRU-15, setidak-tidaknya para pemimpin parti mempunyai indikasi atau petunjuk sejauh mana sambutan rakyat pada parti masing-masing dengan melihat keputusan PRN-16 Sabah pada September 2020.

Hasil keputusan PRN tersebut parti-parti yang bergabung dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menang 38 kerusi (52.05%) daripada 73 yang dipertandingkan, manakala Warisan-PH dan UPKO 32 (43.83%) dan Bebas 3(4.1%).

Apa yang boleh dijadikan iktibar pada restu dan sokongan rakyat Sabah, bahawa tiada parti secara berasingan disokong melainkan sebaliknya.

Jika masih ada parti yang menganggap bahawa bergerak tanpa gabungan mempunyai kelebihan, hakikatnya bercanggah dengan restu atau endorsement rakyat.

Penulis membaca dan mendengar sebahagian pendapat, bahawa kerjasama antara GRS-BN Sabah pada PRU-15, hanya kehendak pemimpin, bukannya daripada akar umbi atau dengan kata lain tidak direstui rakyat, sangat bertolak belakang dengan keputusan rakyat pada PRN Sabah.

Pada tangan pemimpin kedua belah blok parti lah menentukan, sejauh mana mereka dapat menterjemahkan aspirasi atau restu rakyat yang ditunjukkan menerusi kerjasama, yang dilihat pada agihan kerusi.

No comments:

Blog Archive