Friday, September 30, 2022

BUBAR PARLIMEN SELEPAS PEMBENTANGAN BAJET 2023?

WALAUPUN kata putus ditangan Perdana Menteri akan bila kah parlimen dibubar, akan tetapi desakan 3 daripada TOP 5 Umno yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bakal menenggelamkan ketidak setujuan berbagai pihak termasuk daripada pemimpin parti rakan kongsi dalam kerajaan.

Malam ini, sebelum mesyuarat MKT dan Biro politik ada mesyuarat Top5 Umno (Top5 merujuk pada Presiden, Timbalan dan 3 Naib).

Pada kali ini lah, selain Perdana Menteri mengetahui tarikh sebenar pembubaran parlimen, kerana sebelum ini, hanya Perdana Menteri seorang sahaja yang tahu mengenainya.

Hakikatnya, walaupun desakan PRU-15 mengejut bermula lebih 7 bulan, akan tetapi sehingga kini, tarikh mengenainya masih teka teki.

Apabila pembentangan Bajet 2023 diawalkan 3 minggu daripada tarikh sebenar, maka semakin kuat andaian, bahawa pembubaran parlimen semakin pasti, dan kini, semakin jelas, sehingga ada yang memilih 10 Oktober 2022 adalah tarikh keramat itu.

Sebenarnya, tiada sesiapapun boleh menghalang Perdana Menteri memohon perkenaan Agong membubarkan parlimen, termasuk daripada kabinet beliau. Jika Perdana Menteri memutuskan memohon perkenaan, maka hanya mohon mengadap Agong, jika diperkenan menghadap dan selepas mempersembahkan permohonan dan diperkenan, maka bubar lah parlimen.

Faktor yang dipertimbangkan hanya isu banjir yang kerana musim tengkujuh sudah bermula dan diramal akan berakhir pada Mac tahun depan.

Mengadakan pilihan raya pada masa tidak kondusif, selain menyusahkan pengundi, juga akan menelan kos yang lebih tinggi terutama kos membabitkan logistik. Selain itu, kemungkinan peratus yang keluar mengundi rendah.

Apabila peratus pengundi keluar rendah, maka keputusan pilihan raya tidak mencerminkan suara majoriti, maka kesannya akan terwujud kerajaan minoriti.

Bagi parti yang mempunyai ramai ahli dan penyokong tegar, matlamat utama, menterjemahkan sokongan ahli dan penyokong tegar dalam bentuk kerusi, walaupun bukan undi popular, kerana sistem demokrasi negara menggunapakai kerusi untuk menentukan menang-kalahnya sesebuah parti. Tidak kira lah jika daripada 10 pengundi, hanya 5 yang keluar mengundi, dan daripada 5 itu, 3 menentukan kemenangan yang diterjemahkan kepada jumlah kerusi. Senario ini lah yang berlaku pada PRN Melaka dan Johor.

No comments:

Blog Archive