Thursday, May 12, 2022

UMNO KEMBALI PADA TABIAT LAMA

KENYATAAN Setiausaha Agung Umno- Datuk Ahmad Maslan yang mencadangkan parti Pas dibubar, hanya kerana Umno telah menukar Perlembangaan, yang menukar perjuangan daripada kaum melayu kepada islam pada tahun 2019, memberi gambaran bahawa parti itu kembali pada tabiat lama. Tabiat sombong dan takabur.

Hanya pada tahun 2019, Parti PAS telah menghulurkan tangan menjalin hubungan kali ke-2 dengan parti itu, sehingga terwujudnya Muafakat Nasional (MN).

Produk MN, telah menyebabkan calon-calon Umno pada beberapa PRK pasca PRU-14 menang termasuk merampas kawasan yang dimenangi PH pada PRU tersebut.

Semasa Umno dalam keadaan “nazak” parti PAS adalah penyambung nafas.

Sementara bersama MN, Umno yang tengah mengumpulkan tenaga kekuatan semula, tumbang pula kerajaan Pakatan Harapan (PH). Peluang ini tidak disia-siakan, walaupun terpaksa menyokong pemimpin daripada lain untuk menjadi Perdana Menteri menerusi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Berundur setapak ke belakang, untuk mengatur kekuatan, mengatur strategi, sebelum maju ke hadapan. Pada Ogos, 2021, apabila kekuatan dianggap mencukupi, maka bertindak maju ke hadapan, sehingga Naib Presiden parti itu diangkat sebagai Perdana Menteri.

Semasa dalam kerajaan PN parti itu menyusun kekuatan sambil merangka memulihkan semangat yang telah down ekoran kekalahan pada PRU-14.

Apabila merasakan telah kuat, maka diuji kekuatan tersebut menerusi PRN Melaka dan Johor. Memang sah, kekuatan telah kembali. Kerana merasa kekuatan telah kembali, maka tabiat lama muncul semula.

Tabiat tersebut, ditunjukkan apabila mendesak membubarkan parlimen untuk membuka jalan PRU-15, walaupun kerajaan masih dipimpin pemimpin parti itu. Cuba bayangkan, pemimpin sendiripun cuba dikotak katikkan, termasuk dianggap lebih rendahnya statusnya berbanding BossKu, di dua kejadian, pertama semasa pengumuman kemenangan PRN Johor, dan ke-2 pada sesi bergambar PAU 2021.

Apa yang cuba dilupakan oleh parti itu, tidak akan berlaku dalam masa singkat kebangkitan parti itu, jika parti PAS tidak menghulukan tangan, Tan Sri Muhiyiddin tidak menjadi Perdana Menteri apabila menumbangkan kerajaan sendiri.

Tindakan Pas dan Tan Sri Muhiyiddin sebenarnya sebagai reaksi pada Kongres Melayu yang diadakan pada Oktober, 2019 di Stadium Melawati. Impak kongres tersebut, walaupun tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan langkah Sheraton, akan tetapi bibit-bibit keinginan menubuhkan kerajaan yang berfaksikan melayu dan bumiputera, ada lah asas kepada langkah tersebut.

Menubuhkan kerajaan melayu dan bumiputera, tersangat jelas perlu mengajak Umno. Malangnya, mereka yang ingin mengwujudkan kerajaan berasaskan melayu dan bumiputera, kini dijadikan oleh pemimpin Umno bagaikan melepaskan anjing tersepit. Selain daripada itu, cuba pula dilenyapkan, malah parti Pas pula didesak untuk dibubarkan.

Melihat tindak tanduk segelintir pemimpin Umno yang kembali pada tabiat lama, mungkin mendorong rakyat negara ini untuk membuka mata, bahawa Umno tidak mahu berubah, walaupun telah dihukum pada PRU-14, kerana tabiat sombong, arrogant dan takabur sesetengah pemimpin parti tersebut.

No comments:

Blog Archive