Thursday, May 12, 2022

GUNA PETRONAS SELAMATKAN SAPURA- BERAKHIR SEBAGAI KESILAPAN

KENA ingat, hasil Petronas sebahagian besarnya daripada Sabah dan Sarawak. Apabila digunakan untuk selamatkan SAPURA, ada kah syarikat daripada dua negeri tersebut terlibat dengan syarikat tersebut?

Betul selamatkan SAPURA, maka menyelamatkan pelabur-pelabur PNB, termasuk juga lembaga pengarah agensi kerajaan tersebut yang bertindak salah, kerana menyuntik dana menggunakan pelaburan rakyat hanya semata-mata untuk menyelamatkan pemegang saham syarikat tersebut.

Jika kerajaan mahu menyelamatkan SAPURA, kerana mahu menyelamatkan vendor-vendor yang terlibat, menyelamatkan ribuan kaki tangan yang terlibat, menyelamatkan sebuah syarikat multinasional, maka kerajaan juga perlu bertindak pada mereka yang menyebabkan syarikat itu rugi besar, sehingga menuju muflis.

Benar, jika SAPURA diselamatkan, ada kemungkinan dapat dipulihkan, jika harga minyak kekal tinggi, kerana memang syarikat itu berhardcorekan perminyakkan. Gambaran sedemikian hanya di atas kertas atau berasaskan andaian, kerana tidak semestinya berlaku dalam dunia nyata.

Apabila Petronas mengambil alih SAPURA, kerana dikatakan syarikat minyak dan gas negara itu mempunyai kepakaran, mengapa daripada awal-awal lagi tidak dibuat? Mengapa PNB yang tiada kepakaran pula dipilih untuk menyuntik dana RM2.8 bilion?

Apa kah jaminan jika PETRONAS mengambil alih SAPURA, maka syarikat tersebut dapat dipulihkan? Atau kah akan mencontohi PNB yang bakal kehilangan RM2.8 bilion, apabila SAPURA muflis.

Teori cantik atas kertas, seperti mana 1MDB, tetapi akhirnya membebankan rakyat. Wang berbilion lesap begitu sahaja, dan jika wang berbilion tersebut digunakan untuk membina kemudahan awam, terutama di negeri-negeri yang ketandusan kemudahan seumpama itu misalnya Sabah dan Sarawak, sudah tentu spin ekonomi di dua negeri itu akan bergerak pantas.

Negara ini bukan tiada pengalaman mengurus syarikat-syarikat tenat, yang terpaksa dibail-out, tetapi pengakhirannya, syarikat-syarikat itu menjadi syarikat defunct, seperti Perwaja!!!. Malah syariakat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berkali-kali disuntikkan dana, sehingga sekarang tidak pulih-pulih. Walaupun tidak pulih-pulih, kerana membawa nama negara, maka kekal dibantu, entah sampai bila.

Masalah yang melanda SAPURA, bank pun yang bermotif keuntungan tidak sanggup memberi pinjaman, kerana melihat syarikat itu, sukar pulih, dan kemungkinan pinjaman yang diberikan menjadi non-performing loans (NPL).

Menggunakan Petronas untuk menyelamatkan syarikat bermasalah seperti SAPURA, akan berakhir sebagai satu kesilapan di masa hadapan...pada masa itu, tiada yang boleh dibuat, kerana NASI SUDAH MENJADI BUBUR, seperti mana yang dihadapi PNB sekarang.

No comments:

Blog Archive