Friday, December 10, 2021

PRODUK 100 HARI KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA


TIGA produk utama 100 hari kerajaan keluarga malaysia- pertama terbitnya buku memori ke-2 Tun Dr Mahathir, kedua kenaikkan luarbiasa harga barang keperluan harian, dan ke-3 gagalnya rayuan Bossku, berkaitan sabitan dan hukuman jenayah rasuah RM42 juta wang SRC International.

Tiga produk ini dikategorikan sebagai utama, atas sebab bukan sahaja mempunyai daya tarikan tersendiri, tetapi mempunyai nilai tinggi terhadap kerajaan dalam tempoh 100 hari.

Buku memori ke-2 Tun Dr Mahathir mendedahkan, motif sebenar parti DAP, selain menyebut komitmen Tan Sri Muhiyiddin Yassin tidak mencampuri urusan mahkamah.

Berkaitan kenaikkan harga barangan keperluan yang luar biasa, menunjukkan, bagaimana lemahnya sektor pengeluar tempatan untuk memenuhi keperluan makanan dalam negara.

Dan faktor ketiga, berhubungan dengan pengekalan sabitan dan hukuman terhadap Bossku, menunjukkan bahawa sistem kehakiman negara ada lah bebas daripada campur tangan pemimpin politik.

Daripada tiga isu tersebut, isu ketiga yang paling menarik, kerana membabitkan mantan Perdana Menteri.

Datuk seri Najib menggunakan mahkamah untuk membersihkan nama,namun untuk sementara masih gagal,malah keputusan mahkamah lebih banyak mengundang imej neagtif pada beliau.

Temuan para hakim, seperti “ memalukan negara” “seperti cerita dogeng 1001 malam” menggambarkan bahawa alibi atau hujah pembelaan semacam tiada merit, malah tiada satu pun pertuduhan dapat dipatahkan.

Para penyokong DS Najib Razak, dan juga sebahagian pemimpin Umno, menzahirkan rasa kecewa berkaitan keputusan mahkamah, walaupun menghormatinya. Namun, keputusan hakim tiada yang boleh menyanggahnya kecuali hakim juga. Peluang itu, ada di peringkat hakim mahkamah Persekutuan.

Bagi penulis, apapun keputusan mahkamah berkaitan Datuk Seri Najib, penerimaan akan berbelah bahagi, ada sebahagian melihat jasa mantan Perdana Menteri tersebut, dan juga sebahagian melihat jasa mantan perdana menteri itu menerusi cara yang salah daripada segi undang-undang.

Memang sangat memperhatinkan, kerjaya politik Datuk Seri Najib yang sangat menyerlah, hanya kerana kesilapan sedikit, telah menjadi noda hitam, yang telah memerangkap beliau.

Apa pun perjalanan berkaitan kes Datuk Seri Najib, talian hayat hanya pada mahkamah Persekutuan.

Namun, di Malaysia, bukan perkara mustahil, apa pun sabitan dan hukuman, boleh sahaja, orang yang disabit dan dihukum itu, boleh bertukar seperti kain putih tanpa noda.

No comments:

Blog Archive