Thursday, December 09, 2021

KERAJAAN SABAH MENUJU PEMANTAPAN PENTADBIRAN DAERAH


KEPUTUSAN Kerajaan Negeri Sabah meletakan seorang penolong pegawai daerah (pembangunan) bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat betapa seriusnya kerajaan memajukan setiap kawasan, terutama kawasan luar bandar.

Jika sebelum ini, kerajaan mengguna pakai, pegawai kemajuan masyarakat (PPM) sebagai pemantau pembangunan daerah, akan tetapi mungkin dilihat kurang berkesan, kerana para pegawai ini masih bergantung kuasa pegawai daerah atau penolong pengawai daerah.

Dengan adanya pendekatan baharu ini, maka setiap PPM dan ADO (pembangunan) bagi setiap DUN dapat memberi fokus pada kawasan masing-masing untuk memastikan keperluan pembangunan.

Key Index Performance (KPI) akan mudah dinilai, dengan melihat kadar atau tingkat pembangunan di kawasan masing-masing, yang disesuai dengan ketersediaan bajet daripada kerajaan (Kerajaan negeri atau Persekutuan).

Kombinasi antara wakil rakyat, ADO dan PPM, serta kaki tangan lain di setiap DUN, lebih mudah melakar kemajuan setiap kawasan masing-masing.

Menerusi pendekatan ini juga, akan mudah melihat, kawasan mana cepat membangun, dan kawasan mana yang lambat atau kurang. Dengan adanya fakta lapangan, maka memudahkan kerajaan melihat, menilai, dan mengambil tahu,masalah, kekangan yang dihadapi, atau mendapat gambaran faktor yang menjadi pendorong, untuk dicontohi dan dipanjangkan di kawasan-kawasan yang kurang menyerlah.

Benar lah kata peribahasa, sekali air bah sekali pantai berubah. Dan perubahan positif dan proaktif ini, adalah hasil garapan pemimpin yang berpengalaman, seperti mana terdapat pada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tidak seperti mana berlaku pada kerajaan Sabah semasa ditadbir parti Warisan, yang lebih memperlihat seperti tikus membaiki labu, kerana para pemimpin kerajaan lalu itu tidak faham peranan atau fungsi masing-masing, bagaikan kera mendapat bunga.

Isunya NANTI, apa kah PENDEKATAN yang CANTIK ini, boleh diterjemahkan DI LAPANGAN oleh mereka yang diberi amanah? Kerana banyak pendekatan baharu yang dilaksanakan kerajaan yang kelihatan cantik akan tetapi para pegawai atau kaki tangan yang diberikan tanggungjawab, dirasakan belum bersedia memikul tanggungjawab.

Kerana isu ada para pegawai kerajaan yang belum bersedia atau siap menjalankan tanggungjawab, menjadikan program kerajaan terkandas di tengah jalan, pada gilirannya menyebabkan orang awam atau rakyat marah, dan seterusnya menjadikan peti undi untuk melepaskan kemarahan.

Penulis hanya pengamat perjalanan pemerintahan dan pentadbiraan kerajaan off the day, dan sentiasa mengharapkan sebuah pemerintahan dan pentadbiran yang cekap dan efisien, demi kemajuan negeri dan rakyat.

Jangan kerana mereka sebagai pelaksana, menjadi faktor penolakan pada para pemimpin politik yang siang malam memikirkan soal kemajuan negeri dan rakyat, ditolak, hanya kerana sikap segelintir kaki tangan kerajaan yang bertindak sambil lewa, dan tidak merasa kebertanggungjawaban. Belum terlambat bagi kerajaan off the day MENGENALPASTI para MUSANG BERBULU AYAM.

No comments:

Blog Archive