Wednesday, November 24, 2021

MANDAT BAHARU RAKYAT DIPERLUKAN


SANGAT betul, kestabilan politik menentukan kestabilan kerajaan dan pemerintahan. Jika politik tidak stabil, bukan sedikitnya impaknya pada negara.

Dalam pemerintahan negara, sejak merdeka, julung kali diadakan MOU (persefahaman) dengan pembangkang, hanya untuk tujuan kestabilan pemerintahan. Pun demikian, kestabilan yang diinginkan itu, ramai melihatnya hanya termeterai di atas kertas, dan ianya rapuh dan pada bila-bila retak dan seterusnya berkecai.

Dalam keterkaitannya dengan kerajaan Persekutuan yang ada, ramai melihatnya, ianya kerajaan “Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob” bersama-sama dengan kumpulan ahli-ahli parlimen, yang mendapat jaminan daripada Pakatan Harapan tidak akan ditumbangkan sebelum Julai, 2022, jika ada kumpulan ahli parlimen yang membentuk kerajaan menarik sokongan.

Ertinya, kerajaan, akan sentiasa “terancam” untuk tumbang. Akibat pada keadaan ini, maka dilihat oleh pihak pelabur, sebagai sebuah kerajaan yang “tidak stabil”, dan jika ada niat mereka melabur, maka ditangguh dahulu, sehingga negara ini mendapatkan kerajaan yang stabil.

Hakikatnya, perkara paling pokok, dalam sistem demokrasi, kerajaan yang dibentuk atau ditubuhkan adalah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat menerusi pilihan raya, bukannya oleh kumpulan ahli parlimen atau wakil rakyat semasa pilihan raya saling berlawan, kemudiannya ‘BERGABUNG” untuk membentuk kerajaan.

Kerajaan yang ada sekarang, mengikut kaedah PECAH DAHULU GABUNG KEMUDIAN. Tindakan sebegini, sebenarnya TINDAKAN terang-terangan MENIPU rakyat atau pengundi.

Kerana kedudukan kerajaan yang berstatus “PECAH DAHULU GABUNG KEMUDIAN” maka PRU-15 diperlukan untuk menyelesaikan keadaan ini “once for all”.

Rakyat negara ini “deserve” mendapatkan kerajaan stabil hasil mandat rakyat. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive