Semoga ahli MKT Umno tersebut telah mendengar ucapan sulung Perdana Menteri ke-9.
Jika beliau mengikutinya, semoga beliau insaf, kerana pandangan beliau tersasar jauh daripada visi Perdana Menteri.
Diharapkan selepas ini, tiada lagi hujah-hujah yang disifatkan bertentangan dengan visi Perdana Menteri yang bermatlamatkan kebersamaan sebagai Keluarga Malaysia.
Penegasan Perdana Menteri berkaitan strategi yang disediakan oleh kerajaan lalu, iaitu Kerajaan PN, akan diteruskan, diperkasakan dan ditambah baik, adalah pengiktirafan, bercanggah dengan pendirian mantan MP Kota Belud tersebut.
Ternampak sangat, hujah mantan Pengarah Strategik Barisan Nasional tersebut semasa PRU-14, benar-benar diluar kamus Perdana Menteri ke-9.
Semoga Ketua Bahagian Umno Tuaran tersebut bermuhasabah, dan mengutamakan kebersamaan, berbanding konflik.
No comments:
Post a Comment