Monday, August 23, 2021

NARATIF: JANGAN TERPALIT DENGAN KERAJAAN LALU


MASIH ada pemimpin Umno berhujah, khususnya mereka yang ditolak rakyat semasa PRU-14 lalu, atau PRU-PRU sebelumnya, masih menggunakan naratif, JANGAN TERPALIT dengan kerajaan lalu.

Jika lah mereka ini cerdik pandai, dan mampu menghadam ucapan sulung Perdana Menteri ke-9, naraf seperti itu, bukan sahaja tidak tepat akan tetapi janggal, malah perlu dibuang ke laut.

Menerusi ucapan sulung Perdana Menteri, dengan jelas, tanpa berselindung, selain mengakui kejayaan kerajaan lalu, juga akan meneruskan dasar-dasar dan strategi yang telah dilaksanakan.

Pemimpin Umno yang disifatkan terdesak dan mabuk sanjungan ini, lebih berminat menimbulkan konflik berbanding penyelesaian.

Perdana Menteri dengan jelas, menyatakan, tanpa sokongan ahli-ahli parlimen yang sama, beliau tidak akan boleh dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

Selain itu pengakuan ikhlas Perada Menteri ke-9 tersebut, pertukaran kepimpinan negara yang kerap dan singkat pada hakikatnya merugikan rakyat dan negara. Boleh hadam kah mereka?

Mereka ini, menunjukkan ketidak kesenangan pada para pemimpin yang menyokong pemimpin Umno menduduki kerusi nombor satu negara. Apa pula pendapat mereka, berkaitan tawaran Perdana Menteri pada pemimpin pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas menangani Covid-19? Jika mereka bersetuju, makna kata, hujah mereka, bukan berpaksi kepada fakta, akan tetapi lebih bersifat peribadi, asasnya mereka sahaja yang tahu. Apa yang jelas hujah mereka itu, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Kepada perdana Menteri, berhati-hati dengan kawan-kawan seperti ini, kerana tindakan mereka ini, boleh menjurus kepada sokong membawa rebah.

1 comment:

Ted said...

Great read of a well researched article, thanks for sharing your perspective. If you have any questions or want more information about website content writing, please do not hesitate to contact us.

Blog Archive