JANGAN timbul lagi panggilan kerajaan pintu belakang lah, kerajaan tebuk atap lah, kerajaan tebuk tepi lah. Juga, jangan lagi timbul “I’ve The Numbers”; jangan ada lagi kenyataan “strong, formiable, convincing” , jika masih ada juga pemimpin menyebut perkataan perkataan ini, memang sah lah para pemimpin tersebut pengamal politik jahat.
Penulis tertarik dengan kenyataan akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas Datuk Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9 negara. Menurut Presiden PKR tersebut, PH kena bekerja keras selepas ini, untuk menghadapi PRU-15.
Selain itu pengakuan Anwar bagi pihak PH, bahawa perlantikan Ismail Sabri mengikut perlembagaan, ada lah satu kenyataan yang perlu dipuji, kerana mengakui kekalahan secara terhormat.
Di pihak yang kalah, menerima proses yang dilaksanakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, namun di pihak yang menang, ada pula suara-suara sumbang, seperti kata peribahasa, rumah siap pahat berbunyi. Kenyataan-kenyataan yang boleh mengwujudkan konflik dalam kerajaan baharu, yang sepatutnya tidak perlu pun.
Pembangkang dilihat, akan mengambil pendekatan gecatan senjata politik sehingga parlimen dibubar, walaupun tidak secara langsung mengutarakan sokongan kepada kerajaan baharu menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda rakyat dan negara.
Kadar harian jangkitan positif covid-19 yang masih tinggi, selain jumlah kumulatif mereka yang sedang dirawat melebihi suku juta orang, merupakan cabaran utama kepada kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu, ramainya rakyat yang sudah tidak mampu lagi menyediakan makanan di atas meja untuk ahli keluarga, menambah lagi tugasan Perdana Menteri ke-9 negara tersebut.
Covid-19, memangpun virus pembunuh, sebab itu, pengamalan SOP ketat, perlu dilakukan oleh setiap individu, agar tidak dijangkiti.
Kini, walaupun semua itu dilakukan, termasuk lengkap divaksin, akan tetapi jangkitan tetap berlaku. Kerana keadaan tersebut, maka kehadiran virus pembunuh tersebut bukan sahaja ditakuti, akan tetapi, telah menimbulkan isu psikologi, seperti resah, tertekan, sehinggakan mempengaruhi kehidupan harian.
Alhamdulillah, pihak pembangkang sudah menyedarai keresahan rakyat tersebut, atas sebab itu, mereka hanya menumpukan kerja politik mereka berhadapan PRU akan datang.
Kalau diteliti betul, ketidak stabilan politik, sehinggakan kerajaan tumbang, bukan angkara pembangkang, akan tetapi perbuatan penyokong kerajaan itu sendiri.
Cuba bayangkan Perdana Menteri yang disokong belumpun masuk pejabat secara rasmi, bermunculan sudah komen-komen di laman sosial yang boleh menimbulkan kekerohan.
Apa yang malangnya, mereka yang cuba menimbulkan konflik ini, adalah mereka yang ditolak oleh rakyat dengan teruk sekali pada PRU-14 lalu.
Sementara politik jahat ada kebarangkalian berhenti, politik adu domba pula muncul..
No comments:
Post a Comment