Friday, May 29, 2020

SIAPA KATA KERAJAAN WARISAN KUKUH?


MARI kita lihat keputusan PRU-14 berasaskan parti, termasuk parti-parti dalam Parti Barisan Nasional.

Daripada 60 kerusi yang dipertandingkan, Parti Warisan menang -21, Umno -17, PBS-7, DAP-6, UPKO-5, PKR-2 dan STAR-2.

Oleh kerana Umno, PBS dan UPKO menggunakakan logo BN sebagai parti, maka dianggap sebagai sebuah parti.

Kerana atas asas itu, maka keputusan PRU-14 Sabah sebenarnya adalah BN-29; Warisan-21; DAP-6; PKR-2 dan STAR-2.

Oleh kerana Warisan, DAP dan PKR berkolaborasi semasa PRU tersebut, walaupun menggunakan logo masing-masing, 3 parti itu mengumpul 29 kerusi DUN, sama jumlahnya dengan kerusi yang dimenangi BN.

Atas sebab keputusan tersebut, maka SPR tidak mengumumkan parti mana yang menang sebaliknya menyerahkan kepada parti-parti yang bertanding untuk menentukan parti mana yang membentuk kerajaan.

Tindakan SPR itu adalah betul, merujuk kepada jumlah kerusi yang dipertandingkan, iaitu 60, yang mana kerajaan yang boleh membentuk kerajaan adalah parti yang mempunyai bilangan kerusi minimum 31.

Berdasarkan Perlembagaan Sabah, mana-mana parti yang mempunyai jumlah terbanyak hendaklah diberi peluang membentuk kerajaan. Dan parti itu adalah BN.

BN dengan jumlah kerusi yang tiada majoriti mudah, akhirnya membentuk kerjasama dengan STAR dan seterusnya bilangan kerusi bagi 2 parti tersebut menjadi 31.

Kerana kedudukan tersebut, Pengerusi BN telah menghadap TYT Sabah dan mempersembahkan bilangan kerusi atau ADUN yang menyokong pada 10 Mei, 2018.

Di pihak TYT pula, walaupun BN dan STAR mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi membentuk kerajaan, TYT telah memanggil semua 31 ADUN ke Istana. Setelah berpuas hati, maka TYT menyampaikan watikah perlantikan kepada Pengerusi BN Sabah-Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri.

Musa bersama kabinet beliau mengangkat sumpah jawatan pada malam 10 Mei, 2018 disaksikan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Peguam Negeri dan kenamaan-kenamaan lain daripada Persekutuan dan Negeri.

Perlantikan Musa penuh dengan liku-liku, kerana adanya tangan-tangan ghaib, walaupun demikian, upacara perlantikan dapat juga dilangsungkan.

Selepas perlantikan tersebut, tangan-tangan ghaib tidak berhenti, sehinggakan pada 11 Mei, UPKO telah keluar daripada BN, bersama-sama 2 ADUN, iaitu ADUN Kedamaian dan Paginatan. Tindakan itu disusuli oleh 4 ADUN UMNO, ADUN Balung, ADUN Tanjong Batu, ADUN Sebatik dan ADUN Kemabong.

Ekoran tindakan UPKO dan 4 ADUN Umno tersebut, Shafie telah menemui TYT pada 11 Mei, 2018 untuk mempersembahkan kedudukan sokongan para ADUN Sabah.

Pada petang 12 Mei, para penyokong Shafie telah berkumpul di Padang Merdeka, Kota Kinabalu yang diketuai Darell Leiking mendesak TYT Sabah melantik Datuk Shafie sebagai Ketua Menteri.

Sementara itu, Musa dengan kabinet beliau telah mengadakan Mesyuarat Kabinet pertama di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Teluk Likas di sebelah tengah hari 12 Mei, 2018.

Oleh kerana kejadian pada 12 Mei begitu genting, PPNS telah dijaga rapi dan tidak dibenarkan sesiapa kecuali kerajaan yang sah memasuki bangunan tersebut.

Pada masa yang sama juga Tan Sri Musa pada petang 12 Mei telah keluar daripada kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah Sri Gaya.

Pada malam 12 Mei, TYT Sabah melantik Shafie sebagai Ketua Menteri, maka berlaku lah dua ketua menteri Sabah pada masa yang bersamaan.

Pada 13 Mei, PPNS berjaya dimasuki atas sebab keputusan Setiausaha kerajaan Negeri Sabah, maka Shafie duduk di Pejabat Ketua Menteri sehingga kini.

Ekoran keputusan TYT Sabah tersebut, Tan Sri Musa telah membawa isu kedudukan Ketua Menteri ke Mahkamah, malangnya di Peringkat Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bukan berasaskan Perlembagaan Sabah, sebaliknya Perlembagaan Negeri Perak.  Di peringkat mahkamah Rayuan pula, belum didengar, kerana rayuan Musa ditolak secara teknikal. Kini isu siapa Ketua Menteri sah Sabah berada di Mahkamah Persekutuan, dan dijadualkan akan diputuskan pada Jun ini.

Melihat daripada keputusan PRU-14, memang tiada parti yang diberi mandat oleh rakyat Sabah memerintah Sabah. Tetapi berasaskan kepada sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita, bahawa wakil rakyat lah yang menentukan kerajaan atau Ketua Menteri.

Para wakil rakyat selepas PRU-14 pada awalnya telah memutuskan Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri dan seterusnya membentuk kerajaan. Namun, berasaskan senario masa itu, 6 ADUN berserta parti UPKO membuat keputusan untuk bersama-sama dengan kerajaan yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

Jika asas itu dipanjangkan pada masa ini, maka tidak mustahil para ADUN yang berfikiran bahawa kerajaan Negeri perlu sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan, seperti mana berlaku di Johor, Melaka dan Kedah tidak akan menular di Sabah.

Cerita semakin masak, bahawa sekurang-kurangnya 9 ADUN asal Warisan dan 7 mantan BN (UMNO, UPKO dan PBS) akan mengistiharkan mesra Kerajaan Perikatan Nasional, menunggu urusan yang perlu diselesaikan termasuk mungkin keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kedudukan Ketua Menteri sah sabah.

Penantian para ADUN Sabah yang masih ragu-ragu berkaitan kedudukan kerajaan PN yang dikatakan tidak stabil, sedikit terjawab, apabila tindakan terhadap 5 MP Bersatu yang telah dilucutkan keahlian, bukanlah penghalang kepada kerajaan yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin untuk bertahan, sekurang-kurangnya sehingga PRU-15, kerana keyakinan kerajaan terus mendapat sokongan sekurang-kurangnya 113 MP daripada 222.

No comments:

Blog Archive