Friday, May 29, 2020

SIDANG PARLIMEN 18 MEI-MENGAPA HANYA SATU AGENDA?


SEBABNNYA, Tan Sri Muhiyiddin Yassin menghormati dan tidak mahu menyakiti Tun Dr Mahathir, apabila USUL TIDAK PERCAYA beliau ditolak.

Selain itu memberi peluang seluas-luasnya kepada Dato Mukhriz selain mumujuk bapanya, bertukar arah kepada sebahagian daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

Kerana kedegilan luarbiasa, kedegilan tidak bertempat, kedegilan yang melayan nafsu peribadi, maka perkara yang cuba dielakkan jangan berlaku, telah berlaku.

Mukhriz tumbang di Kedah. Kini beliau dan bapa bersama 3 MP dilucutkan sebagai ahli parti, kerana bertindak diluar batasan perlembagaan parti.

Tindakan melucutkan hak sebagai ahli parti, menamatkan peluang  menjadi sebahagian daripada MP Bersatu yang menyokong kerajaan PN.

Mengapa TSMY berani bertindak? Sebabnya beliau yakin, sokongan 113MP kepada kerajaan PN kekal.

Menerusi tindakan tersebut dengan sendirinya menjawab, propaganda PH bahawa mereka cukup angka, malah menyebut 129, kononnya kerana terpengaruh dengan tweet Raja Petra Kamaruddin, yang sebenarnya memperli PH, apabila menggunakan nombor plat kereta PH129 berwarna merah yang tersadai di bengkel.

Sejak mengangkat sumpah pada 1Mac, 2020 sebagai PM, TSMY mengotakan janji tidak bercakap politik, tetapi bukan tindakan politik.

Akibat tumbangnya Mukhriz dan kemudian dilucutkan sebagai ahli parti, kononnya, akan menyebabkan serangan agresif daripada mereka yang diketuai bapanya kepada kerajaan TSMY. Tindakan itu, memang telah diramalkan daripada awal-awal lagi, kerana sifat Tun Dr Mahathir pantang mengalah, biar putih tulang jangan putih mata, perlu menang sorak walaupun kampung habis terbakar.

Menerusi perkembangan terbaharu ini, nampaknya kerajaan PN tidak boleh duduk selesa. Setiap peluang akan digunakan oleh Tun Dr Mahathir untuk menumbangkan kerajaan, apa kah menerusi UNDI TIDAK PERCAYA atau kah cara lain, termasuk menolak BAJET negara YANG  bakal dibentangkan pada oktober. Sama-sama kita tunggu episod selanjutnya.

No comments:

Blog Archive