Thursday, May 28, 2020

APA BEZA TSMY ADA SOKONGAN 129MP ATAU TUN M JUGA ADA SOKONGAN 129MP?

DUA-DUA andaian itu tidak berasaskan fakta, itu sahaja maknanya.

Fakta yang ada TSMY sudah jelas disokong 113 MP, sebab itu berjawatan Perdana Menteri. Jika ada pihak lain mengaku ada sokongan lebih daripada itu, hanya penyedap hati atau dalam bahasa mudah perang persepsi.

Selama PKP ini, ada blogger atau penulis, yang pro Anwar dan PH, kerana terpencil dengan dunia luar, suka-suka menulis tidak berasaskan fakta, kemudian tulisan itu dikongsi semasa mereka, sebagai perkara betul. Mereka terlupa, perbuatan mereka itu hanya seperti kucing bermain dengan ekornya.

Kalau betul lah PH ada sokongan 129MP, bukan hari ini atau esok apa tah lagi menunggu bulan Julai, 2020 menghadap YDP Agong, tetapi semalam lagi sudah menghadap!!!.

Mungkin penulis blogger atau penulis tersebut, kehilangan watak sebagai penulis rasional, sehinggakan boleh menulis seperti punggok rindukan bulan.

Betul, sebelum PH tumbang pada 24 Februari, tidak terfikirkan bahawa kerajaan tersebut begitu mudah hilang kuasa. Tetapi senario itu sudah berlalu.

Apa yang ada sekarang ini, adalah kumpulan 113 MP yang bervisi tanpa elemen DAP. Kerana elemen itu lah mereka terikat bagaikan satu.

Jika TSMY disokong 129MP, kerbarangkalian boleh berlaku, kerana PKR ada 40MP, Amanah ada 11MP dan Warisan ada 9MP. TSMY hanya memerlukan 16MP daripada senarai tersebut; tetapi PH atau sesiapa yang berkolaborasi dengan 3 parti itu, tiada peluang mendapat tambahan daripada 42MP BN, 18MP Pas, 18MP GPS, kerana semua mereka itu, no to DAP!!!. Sekurang-kurangnya 21MP daripada senarai MP tersebut diperlukan untuk mencapai 129 seperti mana dakwaan blogger atau penulis yang kehilangan asas berfikir tersebut.

Kita tahu, anggapan seumpama ini, sebagai cara menyenangkan hati, kerana kerajaan Warisan Sabah diambang kejatuhan.. Dengan adanya tulisan tersebut, kononnya akan dapat mempengaruhi para ADUN yang menyokong Warisan bakal undur ke belakang, atau membatalkan niat untuk berpaling tadah.

Penulis tersebut, lupa, bahawa para ADUN tersebut, sudah memasang niat, antara sekarang sehingga Julai, akan mengumumkan pendirian mereka, menunggu urusan-urusan mengenainya selesai.

Tindakan para ADUN penyokong Warisan yang berpaling tadah tersebut bukan andaian tetapi nyata, kerana tiada faktor yang boleh menyebabkan tindakan mereka terhalang; tidak seperti 113MP yang menyokong kerajaan PN, yang mempunyai hanya SATU LALUAN “No To DAP”.

3 comments:

Anonymous said...

NO TO DAP!

Demi Islam, demi Melayu, demi Bumiputera, demi Raja2 Melayu demi Keamanan.

Anonymous said...

Hebatlah muhyidin,dlm duk cuti bleh pecat atok n boboi...ph n dap,dahla2 perang persepsi,penipu n kaki kencing

Anonymous said...

Si Shabudin yg mula uar-uarkan berita ni adalah penjilat tegar Bang Non.. dia meroyan tiap hari.. umpama punggok rindukan bulan.. kikikiki ♫ ♪

Blog Archive