Thursday, May 28, 2020

BETUL KAH KERAJAAN PN KERAJAAN KHIANAT

'Saya nak menegaskan ... bahawa usaha untuk mengambil alih kembali pentadbiran yang telah dirampas oleh Perikatan Nasional melalui tindakan khianat adalah satu usaha yang wajib ...' - Khalid Samad

Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, rakyat tidak memilih kerajaan atau Perdana Menteri. Di peringkat negeri juga tidak memilih kerajaan atau Ketua Menteri/Menteri Besar.

Rakyat di sesuatu kawasan hanya membuang undi bagi memilih wakil mereka untuk kawasan itu di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 

Pemilihan wakil rakyat dibuat melalui perkiraan undi semasa PRU atau PRK, yakni calon mana yang mendapat undi terbanyak. 

Andaikan di kawasan X terdapat 1000 orang pengundi. Andaikan juga semua pengundi hadir dan membuang undi yang sah semasa PRU atau PRK. 

Akhir sekali, andaikan 300 orang mengundi A dan 300 orang mengundi B manakala baki 400 orang mengundi C.

Menurut sistem pemilihan yang diamalkan di Malaysia, C akan diisytiharkan sebagai wakil rakyat untuk kawasan X walaupun 600 orang di kawasan itu tidak mengundi C. Mahu tidak mahu, itulah kaedah yang kita guna pakai selama ini, dan kaedah ini dikenali sebagai FPTP atau first past the post.  

Kalau rakyat tidak memilih kerajaan atau Perdana Menteri tetapi rakyat di sesuatu kawasan hanya memilih wakil rakyat untuk kawasan itu menggunakan kaedah FPTP, jadi siapa yang memilih kerajaan atau PM? 

Jawapannya adalah wakil-wakil rakyat yang telah dipilih. 

Kalau di Parlimen sekarang, terdapat 222 wakil rakyat. Mereka yang akan menentukan siapa dipilih sebagai PM. 

Walaubagaimanapun, ada syarat-syaratnya. PM mestilah salah-seorang daripada 222 orang itu, dan yang paling penting, Yang di-Pertuan Agong hendaklah berpuas hati bahawa wakil rakyat yang dipilih sebagai PM itu mempunyai sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat yang lain. 

Rakyat hanya boleh memilih wakil-wakil rakyat setiap kali PRU atau PRK diadakan di kawasan mereka. 

Namun wakil-wakil rakyat boleh memilih PM pada bila-bila masa, walaupun selepas Yang di-Pertuan Agong melantik seorang wakil rakyat sebagai PM. 

Sebagai contoh, Tun Dr Mahathir, iaitu wakil rakyat kawasan Langkawi, dilantik sebagai PM pada tahun 2018 tetapi pada tahun 2020, TSMY, iaitu wakil rakyat kawasan Pagoh, pula dilantik sebagai PM. 

Rakyat tidak boleh membuat apa-apa apabila wakil rakyat mereka melompat parti dan menyokong pihak lawan. Satu lagi contoh, selepas sehari Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal pula dilantik sebagai Ketua Menteri negeri itu. Rakyat Sabah hanya boleh merungut.

Akhir sekali, siapa yang melantik anggota kabinet? Sudah pasti yang melantik adalah Yang di-Pertuan Agong tetapi lantikan dibuat berdasarkan nasihat PM. Menteri dan Timbalan Menteri boleh dilantik dalam kalangan wakil-wakil rakyat yang menyokongnya, wakil-wakil rakyat yang tidak menyokongnya, dan juga ahli-ahli Dewan Negara yang bukan dipilih oleh rakyat.    

Pendek kata, (1) rakyat memilih wakil-wakil rakyat masing-masing semasa PRU atau PRK, (2) wakil-wakil rakyat tersebut pula memilih pada bila-bila masa salah seorang daripada mereka sebagai PM setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan (3) PM dari masa ke masa boleh memilih sejumlah Menteri dan Timbalan Menteri sebagai anggota-anggota kabinet kerajaan. 

Nampak tak betapa jahilnya Khalid Samad caption pertama pada tulisan ini?

Tun Dr Mahathir meletak jawatan secara sukarela dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin (TSMY) dilantik mengganti tempatnya, menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Tiada rampasan kuasa. Baca apa yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini: 

'Dalam pertemuan itu, beta telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. Beta dengan hati yang sedih terpaksa akur dan menghormati keputusan beliau. Oleh yang demikian, beta bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690203/agong-sudah-minta-tun-m-tak-letak-jawatan-tetapi-gagal)

Khalid Samad, kalau ya pun PH nak jadi balik kerajaan, tak payah buat PC. Tak payah hasut rakyat. Tak payah soal budibicara dan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Tak payah tunggu sidang Parlimen Julai nanti. 

MP Shah Alam itu boleh kumpulkan sekarang juga sekurang-kurangnya 112 orang wakil rakyat yang menyokong Dr M atau DSAI sebagai PM. 

Jika berjaya, maka TSMY telah hilang sokongan majoriti, dan dalam keadaan itu, TSMY hanya mempunyai dua pilihan: (1) pohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen dibubarkan dan PRU 15 diadakan dalam masa 60 hari, atau (2) letak jawatan sebagai PM. Tapi jika tak berjaya, maka berhenti dan tutup mulut lah sehingga PRU 15 diadakan.

1 comment:

Anonymous said...

Ada lagi ke Melayu yg akan undi wakil DAP berlogokan "AMANAH" pada PRU 15?

Melayu dah mula sedar. Tendang AMANAH dan DAP pada PRU-15 nanti...baru lah segala undang2 ANTI PEMANDU MABUK dan undang2 ANTI PENGANAS LTTE dan ANTI ABU CHIN PENG dapat dilaksanakan tanpa bantahan DAPIGS!

No AMANAH = NO DAPIGS!

Blog Archive