Wednesday, May 27, 2020

SHAFIE CUBA BERGAYUT DI DAHAN RAPUH

BAGAIKAN titik embun berbanding isu yang melanda Kerajaan Shafie Apdal, sehingga ada daripada pihak beliau cuba mempolitikkan pembinaan Pusat Kebudayaan Bajau Sama (PBSS) di Kg Lok Batik Tuaran, kononnya berhadapan dengan masalah teknikal kerana dibangunkan di atas tanah tidak bergeran, pembinaan tiada pelan bagunan, sebab itu tidak akan dapat sijil pendudukan (OC), selain bekalan utiliti dan kemudahan air paip.

Pusat kebudayaan itu telah diadakan pecah tanah pada 27 Mac, 2017 oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Semasa majlis pecah tanah tersebut di antara dif-dif kerhormat yang hadir adalah Datuk Madius Tangau selaku MP Tuaran merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Persekutuan.

Semasa merasmikan pusat itu, Tan Sri Musa menzahirkan pemartabatan budaya rakyat pelbagai suku kaum dan etnik di Sabah.

Selain itu, pembinaan pusat tersebut merupakan pusat ke tiga seumpamanya dibina di Sabah selepas KDCA Penampang dan Pusat Kebudayaan Masyarakat Murut di Tenom.

Pusat itu dibina di atas tapak seluas 1.4hektar dengan kos pembinaan RM7.5juta.

Semasa mengumumkan projek tersebut pada Januari 2017, ADUN Sulaman Datuk Hajiji Haji Noor mengharapkan pembinaan pusat itu akan bermula pada mei,  2017 dan dijangka mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan.

Oleh kerana pembinaan projek tersebut cuba dipolitikkan, sehingga harian tempatan Daily Express membuat laporan bertajuk “RM7m white elephants?”.  Tajuk tersebut membawa makna, bahawa pembinaan pusat itu adalah sia-sia.

Selepas membaca kandungan laporan tersebut, rupanya laporan itu  cuba menimbulkan persoalan berkaitan pemberian dan pelaksanaan projek tersebut seolah-olah tidak mengikut peraturan.

Bagi mereka yang berkemungkinan terperdaya dengan laporan tersebut, satu perkara yang perlu diketahui untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri, pertama syarat-syarat yang diperlukan perlu lengkap, termasuklah pelan pembangunan, status tapak pembinaan, sokongan Majlis Daerah dan Pejabat Daerah, selain sokongan daripada jabatan bomba, pembekal utiliti, Jabatan Air dan juga Jabatan Parit dan Saliran. Tanpa dokumen-dokumen tersebut, adalah mustahil sesebuah projek yang dibiayai kerajaan diluluskan.

Projek sebegini bukan sahaja dilaksanakan oleh kontraktor yang berkelayakkan tetapi  juga mempunyai jururunding, termasuk akitek, juruukur bahan  dan semuanya dipantau oleh Jabatan Kerja Raya.

Pembinaan tidak akan dapat dijalankan jika tiada dokumen-dokumen yang diperlukan atau tidak lengkap.

Kerana situasi politik di Sabah bertiup akan berlaku perubahan bahawa Kerajaan Warisan yang diterajui Shafie bakal tumbang, maka mereka cuba mencari helah, untuk memalitkan imej buruk kepada Presiden Bajau Sama yang juga ADUN Sulaman, selain secara tidak langsung mengaitkan Tan Sri Musa.

Di Sabah jika kerajaan Warisan tumbang, pemimpin yang bakal menggantikan beliau kemungkinan besar adalah Hajiji.

Mereka yang menyokong Shafie cuba bertindak ke hadapan dengan cara memalitkan imej negatif kepada Pengerusi Bersatu Sabah itu bagi menghalang untuk dilantik ke jawatan Ketua Menteri.

Kumpulan Shafie perlu bertindak demikian atas sebab isu-isu yang melanda kerajaan Warisan Sabah semakin hari semakin terbongkar, khususnya berakitan projek-projek di bawah kementerian Datuk Peter Anthony. Selain itu munculnya Yayasan Osimal semasa Covid-19 yang bertindak seperti Santa Klus, kecelaruan pakej bantuan covid-19, selain projek-projek yang melibatkan pusat kurantin covid-19 Sabah.

Nampak gaya, Shafie cuba bergayut ditahan rapuh, dengan menimbulkan pembinaan PBSS, sedangkan apabila didedahkan nanti, cubaan pendedahan ini seperti kata peribahasa ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri, kerana projek tersebut dilaksanakan mengikut peraturan kewangan negeri yang ketat dan telus.

1 comment:

Anonymous said...

Tunggu masa je SPRM jemput Shapie datang ke pejabat.

Blog Archive