AKUI lah, dalang kepada pendatang asing tanpa ijin (PATI) adalah ajen pekerja dan majikan.
Di Sabah selepas perang saudara di Filipina, kemasukan PATI hanya bermotifkan ekonomi tidak lain daripada itu.
Impak kepada kemajuan dan pembangunan, maka tenaga kerja untuk 3 D- dirty, dangerous, difficult bertambah ramai apabila banyak ladang-ladang, pertanian yang dibuka, sektor pembinaan selain sektor-sektor lain yang memerlukan tulang empat kerat.
Majikan di sektor ini bermatlamat keuntungan. Salah satu penyumbang kos adalah tenaga kerja.
Kerana tenaga asing jauh lebih murah, maka mereka memilih tenaga asing. Memilih tenaga asing selain rendah "turn over" kerana keluar masuk tenaga kerja yang rendah.
Kerana permintaan yang tinggi terhadap tenaga buruh asing, maka timbul lah ajen-ajen pekerja yang berkolaborasi dengan majikan, mulanya menerusi bayaran komisyen, kemudiannya menjadi pemerdagangan manusia. Kerana berdagang manusia lebih untung berbanding berdagang unta- kata Husein Lempoyang dalam Filem Tiga Abdul.
Kerana kolaborasi antara ajen pekerja dan majikan, maka bertambah lah kemasukan buruh asing dalam negeri. Untuk tujuan memaksiumkan keuntungan, maka kemasukan mereka itu tidak melalui saluran rasmi tetapi menggunakan laluan-laluan tikus.
Melihat ramainya "penduduk" baharu dalam negeri, timbul pula bisnes baru, iaitu bisnes menjual dokumen. Maka lahir lah sindiket pemalsuan kad pengenalan.
Kerana panggilan keuntungan yang cukup besar, maka telah melibatkan petualang-petualang dalam agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftar Negara (JPN).
Tiada yang dapat menafikan, di Sabah bukan sedikit warga baharu, khususnya produk pelarian Filipina dan selain produk pembukaan ladang-ladang yang bersempadan dengan Indonesia.
Kini, warga baharu tersebut, status mereka sama seperti penduduk asal. Mereka telah memasuki penjawat awam, malah menjadi wakil rakyat, termasuk menteri.
Di katakan, daripada 3.9 juta penduduk Sabah, 1.2 juta adalah daripada kalangan penduduk baharu.
Mungkin di antara kita masih dapat membaca laporan-laporan akhbar tempatan tahun 90-an, bahawa kedatangan PATI ke Sabah telah menghasilkan beberapa orang kaya serta merta, kerana melakukan bisnes menjual dokumen palsu.
Hasil temuan RCI PATI Sabah yang diumumkan pada Disember, 2014 merumuskan kebanjiran PATI di Sabah semata-mata bermatlamat kewangan, khususnya yang melibatkan ajen pekerja dan majikan.
Menghubung kaitkan kedatangan PATI atau membanjirnya PATI dengan orang politik atau parti politik, sebenarnya hanya sangkaan, walaupun ada oknum-oknum seperti itu yang mempergunakan JPN untuk memutihkan PATI, akan tetapi jumlahnya hanya 90,000 seperti mana rumusan RCI PATI Sabah.
1 comment:
Brown Flesh Vibrator says:
PATI? satu medium bukti pengkhianatan & penderhakaan tahap tertinggi keatas suatu bangsa dan Negara. Dlm konteks Malaysia, ianya dilaksanakan oleh pemimpin utama Negara yang semuanya mengaku melayu dan islam.
tengok sejarah sejak kerajaan Melaka dicatat. Hingga kini, pemimpin utama dan pemimpin2 melayu islam banyak yang berdiam diri dan segelintir mengambil kesempatan menangguk berjuta ringgit habuan. Jangan lupa peranan ajensi-ajensi yang diberi kuasa namun memilih utk tutup mata telinga otak dan hati.
Hal ini tak pernah terjadi dalam mana-mana Negara dalam sejarah tamadun kemanusian. Hanya Malaysia yang mampu mencipta sejarah dan masih mencipta sejarah yang amat busuk hanyir dan teramat burok.
hanya doa laknat dunia akhirat utk pelaku2 ini.
Post a Comment