Showing posts with label PTI Sabah. Show all posts
Showing posts with label PTI Sabah. Show all posts

Wednesday, May 27, 2020

SIAPA DALANG PATI?

AKUI lah, dalang kepada pendatang asing tanpa ijin (PATI) adalah ajen pekerja dan majikan.

Di Sabah selepas perang saudara di Filipina, kemasukan PATI hanya bermotifkan ekonomi tidak lain daripada itu.

Impak kepada kemajuan dan pembangunan, maka tenaga kerja untuk 3 D- dirty, dangerous, difficult bertambah ramai apabila banyak ladang-ladang, pertanian yang dibuka, sektor pembinaan selain sektor-sektor lain yang memerlukan tulang empat kerat.

Majikan di sektor ini bermatlamat keuntungan. Salah satu penyumbang kos adalah tenaga kerja.

Kerana tenaga asing jauh lebih murah, maka mereka memilih tenaga asing. Memilih tenaga asing selain rendah "turn over" kerana keluar masuk tenaga kerja yang rendah.

Kerana permintaan yang tinggi terhadap tenaga buruh asing, maka timbul lah ajen-ajen pekerja yang berkolaborasi dengan majikan, mulanya menerusi bayaran komisyen, kemudiannya menjadi pemerdagangan manusia. Kerana berdagang manusia lebih untung berbanding berdagang unta- kata Husein Lempoyang dalam Filem Tiga Abdul.

Kerana kolaborasi antara ajen pekerja dan majikan, maka bertambah lah kemasukan buruh asing dalam negeri. Untuk tujuan memaksiumkan keuntungan, maka kemasukan mereka itu tidak melalui saluran rasmi tetapi menggunakan laluan-laluan tikus.

Melihat ramainya "penduduk" baharu dalam negeri, timbul pula bisnes baru, iaitu bisnes menjual dokumen. Maka lahir lah sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Kerana panggilan keuntungan yang cukup besar, maka telah melibatkan petualang-petualang dalam agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftar Negara (JPN).

Tiada yang dapat menafikan, di Sabah bukan sedikit warga baharu, khususnya produk pelarian Filipina dan selain produk pembukaan ladang-ladang yang bersempadan dengan Indonesia.

Kini, warga baharu tersebut, status mereka sama seperti penduduk asal. Mereka telah memasuki penjawat awam, malah menjadi wakil rakyat, termasuk menteri.

Di katakan, daripada 3.9 juta penduduk Sabah, 1.2 juta adalah daripada kalangan penduduk baharu.

Mungkin di antara kita masih dapat membaca laporan-laporan akhbar tempatan tahun 90-an, bahawa kedatangan PATI ke Sabah telah menghasilkan beberapa orang kaya serta merta, kerana melakukan bisnes menjual dokumen palsu.

Hasil temuan RCI PATI Sabah yang diumumkan pada Disember, 2014 merumuskan kebanjiran PATI di Sabah semata-mata bermatlamat kewangan, khususnya yang melibatkan ajen pekerja dan majikan.

Menghubung kaitkan kedatangan PATI atau membanjirnya PATI dengan orang politik atau parti politik, sebenarnya hanya sangkaan, walaupun ada oknum-oknum seperti itu yang mempergunakan JPN untuk memutihkan PATI, akan tetapi jumlahnya hanya 90,000 seperti mana rumusan RCI PATI Sabah.

Thursday, May 30, 2019

JENAYAH OLEH PTI- KELUARGA MANGSA PATUT SAMAN KERAJAAN

TELAH tiba masanya, keluarga mangsa yang kehilangan keluarga kerana jenayah dilakukan PTI menyaman kerajaan kerana cuai.

Mungkin ada provision dalam undang-undang negara memungkinkan warganegara menyaman kerajaan berkaitan jenayah yang dilakukan, terutama yang melibatkan kematian.

Kerajaan mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan warganegara.

Memang jenayah sukar dikawal, kerana berkaitan dengan prilaku manusia, namun jenayah yang disebabkan oleh bukan rakyat negara ini, sepatutnya tidak perlu berlaku.

Hanya menyaman kerajaan oleh setiap rakyat negara ini terhadap kerajaan, berkemungkinan menjadi pembuka mata kepada kerajaan untuk bertindak secara agrisif terhadap Pendatang asing tanpa izin, apa tah lagi, jika mahkamah memutuskan sejumlah besar kompensisi kepada keluarga mangsa.

Rakyat negara ini, khususnya mereka yang menjadi mangsa, perlu memikirkan setiap jenayah yang membabitkan PTI, perlu bertindak dengan menyaman kerajaan kerana kecuaian menjaga keselamatan rakyat.

Tuesday, May 28, 2019

PTI SABAH-CARI PENYELESAIAN-BUKAN CARI KAMBING HITAM

SEHARUSNYA kerajaan hari ini mencari penyelesaian berhubung PTI Sabah, bukannya mencari kambing hitam termasuk menyalahkan kerajaan sebelum ini.

Kerajaan lalu, sudah melakukan langkah MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PTI ke negara asal, selepas sahaja keputusan RCI PTI Sabah diumumkan pada Disember,2014.

Kerajaan lalu juga, memperkenalkan TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO) dengan matlamat Sabah sifar PTI. Namun, kaedah itu tidak diteruskan, sebaliknya kerajaan hari ini melaksanakan pendekatan "mesra" PTI, termasuk menyediakan penempatan-penempatan baru.

Bagi mempercepat penempatan-penempatan baru itu, maka telah "berlaku" puluhan kebakaran di merata tempat kawasan-kawasan koloni PTI, yang mana "musibah" ini jarang sekali berlaku semasa tempoh pemerintahan kerajaan lalu.

Atas liputan media sosial, apa yang berlaku setiap kali kebakaran, disebarkan dengan cepat, yang menggambarkan bahawa setiap kebakaran, para penghuni koloni-koloni sudah siap siaga menyelamatkan harta masing-masing, "kecuali" dokumen pengenalan diri.

"Tidak" pernah berlaku pada era kerajaan sebelum ini, apabila berlaku "kebakaran" maka "pendaftaran bergerak JPN" turut digerakkan serta merta. Tindakan seperti ini, telah mengundang kecurigaan, bahawa ada gerakan "pemberian" dokumen kepada PTI, apa tah lagi disokong oleh gambar-gambar bahawa "memang" berlakunya gerakan pemberian dokumen.

"Mengundang" orang awam membuat laporan polis atau kepada pihak berkuasa, apabila mendapati gerakaan seumpama ini, sudah dianggap bukan lagi penyelesaian, kerana masalah PTI bagi Sabah bukan isu baru, akan tetapi sudah kronik. Rakyat yang prihatin berkaitan isu ini, sebenarnya sudah "bosan" menyandarkan "keluhan" mereka terhadap pihak berkuasa, kerana "penyelesaian" tidak kunjung tiba. Berasaskan kepada kebosanan itu, maka neitzen memilih media sosial, sebagai upaya penyebar luasan untuk pemangkin kesadaran, pada setiap warganegara turut sama prihatin terhadap masalah PTI.

Seharusnya, kerajaan hari ini, patut berterima kasih kepada pengguna sosial yang tidak segan-segan berkongsi dengan kegiatan pemberian dokumen, untuk menjalankan siasatan terhadap maklumat-maklumat yang ditularkan, bukannya mensasarkan kepada penyebar maklumat, apa tah lagi menangkap mereka itu.

Tiada orang awam yang mempunyai akses terhadap sistem Jabatan Pendaftaran, atau pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa memberi dokumen. Kenyataan pihak kerajaan yang mencabar mereka yang curiga terhadap gerakaan pemberian dokumen, untuk memberikan bukti-bukti sebenarnya bukan cara penyelesaian.

Kenyataan Kerajaan Negeri, bahawa mereka tiada kuasa memberikan dokumen, kerana perkara itu dibidang kuasa kerajaan Persekutuan, hanya berupa kenyataan politik.

Sepatutnya Kerajaan meneruskan tindakan sebelum ini, sehingga Sabah sifar PTI. 

Seharusnya kerajaan mengambil iktibar terhadap kegiatan-kegiatan jenayah yang melibatkan PTI, termasuk kes pembunuhan anak tempatan, pemandu grab asal Kampung Taun Gusi Kota Belud, beberapa hari lalu.

Thursday, May 23, 2019

BORANG JPN PALSU-SIAPA DALANG?

TAHUN 90-an kerana sindiket pemberian Kad Pengenalan biru Sabah, ramai yang jadi jutawan. Kini sindiket itu beraksi semula, sebagai reaksi kepada kepada tindakan Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah memberi dokumen kepada mereka yang tiada dokumen.

Pihak kerajaan yang mempunyai agensi seperti PDRM, Imigresen, sepatutnya mampu bertindak menangkap sindiket ini, kerana ianya bermotifkan penipuan, untuk mengaut keuntungan kewangan.

Cuba bayangkan, jika setiap dokumen dijual RM100, didarapkan dengan 800,000 PTI di Sabah, jumlah kewangan yang terlibat bersamaan RM80,000,000.00, jika RM500 setiap dokumen, maka melibatkan RM400,000,000.00 (RM400juta).

Jangan hanya menyalahkan kerajaan lalu, kerana kerajaan lalu juga berdepan dengan sindiket seumpama ini. Sindiket bermotifkan kewangan ini, sukar dibendung, kerana adanya permintaan, malah berasaskan rekod, mereka yang terlibat termasuk juga beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran negara (JPN).

Seharusnya, Kerajaan Negeri, tidak mengambil pendekatan pemutihan, dan perlu meneruskan tindakan kerajaan sebelum ini sesuai dengan dapatan RCI Pati Sabah yang diumumkan pada Disember, 2014.

Kerajaan lalu, telah memulakan langkah, MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PTI, menerusi kaedah TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO), namun, menjelang PRU-14, ada parti politik (masa itu parti pembangkang) mempolitikkan tindakan kerajaan tersebut, sehinggakan mendorong, kawasan-kawasan yang dipadati PTI, ramai calon kerajaan lalu tewas.

Ada kah trend pengundian pada PRU-14 lalu itu, menjadi pendorong kepada kerajaan hari ini melunakan pendekatan terhadap PTI? sehinggakan dicadangkan menempatkan mereka di pulau-pulau?

Sindiket yang bermotifkan kewangan, sudah tentu gembira dengan pendekatan lunak kerajaan tersebut. Persoalannya, siapa kah dibelakang sindiket ini? Mengapa sindiket ini boleh menjalankan aktiviti mereka?

Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak pantas, menyelongkar aktiviti penipuan ini, dan berhenti menuding jari pada kerajaan lalu, seperti alasan, Kerajaan hari ini terpaksa membersihkan tindakan kerajaan lalu, sedangkan, kerajaan lalu cukup tegas dan tanpa kompromi berkaitan PTI.

Blog Archive