Tuesday, May 28, 2019

PTI SABAH-CARI PENYELESAIAN-BUKAN CARI KAMBING HITAM

SEHARUSNYA kerajaan hari ini mencari penyelesaian berhubung PTI Sabah, bukannya mencari kambing hitam termasuk menyalahkan kerajaan sebelum ini.

Kerajaan lalu, sudah melakukan langkah MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PTI ke negara asal, selepas sahaja keputusan RCI PTI Sabah diumumkan pada Disember,2014.

Kerajaan lalu juga, memperkenalkan TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO) dengan matlamat Sabah sifar PTI. Namun, kaedah itu tidak diteruskan, sebaliknya kerajaan hari ini melaksanakan pendekatan "mesra" PTI, termasuk menyediakan penempatan-penempatan baru.

Bagi mempercepat penempatan-penempatan baru itu, maka telah "berlaku" puluhan kebakaran di merata tempat kawasan-kawasan koloni PTI, yang mana "musibah" ini jarang sekali berlaku semasa tempoh pemerintahan kerajaan lalu.

Atas liputan media sosial, apa yang berlaku setiap kali kebakaran, disebarkan dengan cepat, yang menggambarkan bahawa setiap kebakaran, para penghuni koloni-koloni sudah siap siaga menyelamatkan harta masing-masing, "kecuali" dokumen pengenalan diri.

"Tidak" pernah berlaku pada era kerajaan sebelum ini, apabila berlaku "kebakaran" maka "pendaftaran bergerak JPN" turut digerakkan serta merta. Tindakan seperti ini, telah mengundang kecurigaan, bahawa ada gerakan "pemberian" dokumen kepada PTI, apa tah lagi disokong oleh gambar-gambar bahawa "memang" berlakunya gerakan pemberian dokumen.

"Mengundang" orang awam membuat laporan polis atau kepada pihak berkuasa, apabila mendapati gerakaan seumpama ini, sudah dianggap bukan lagi penyelesaian, kerana masalah PTI bagi Sabah bukan isu baru, akan tetapi sudah kronik. Rakyat yang prihatin berkaitan isu ini, sebenarnya sudah "bosan" menyandarkan "keluhan" mereka terhadap pihak berkuasa, kerana "penyelesaian" tidak kunjung tiba. Berasaskan kepada kebosanan itu, maka neitzen memilih media sosial, sebagai upaya penyebar luasan untuk pemangkin kesadaran, pada setiap warganegara turut sama prihatin terhadap masalah PTI.

Seharusnya, kerajaan hari ini, patut berterima kasih kepada pengguna sosial yang tidak segan-segan berkongsi dengan kegiatan pemberian dokumen, untuk menjalankan siasatan terhadap maklumat-maklumat yang ditularkan, bukannya mensasarkan kepada penyebar maklumat, apa tah lagi menangkap mereka itu.

Tiada orang awam yang mempunyai akses terhadap sistem Jabatan Pendaftaran, atau pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa memberi dokumen. Kenyataan pihak kerajaan yang mencabar mereka yang curiga terhadap gerakaan pemberian dokumen, untuk memberikan bukti-bukti sebenarnya bukan cara penyelesaian.

Kenyataan Kerajaan Negeri, bahawa mereka tiada kuasa memberikan dokumen, kerana perkara itu dibidang kuasa kerajaan Persekutuan, hanya berupa kenyataan politik.

Sepatutnya Kerajaan meneruskan tindakan sebelum ini, sehingga Sabah sifar PTI. 

Seharusnya kerajaan mengambil iktibar terhadap kegiatan-kegiatan jenayah yang melibatkan PTI, termasuk kes pembunuhan anak tempatan, pemandu grab asal Kampung Taun Gusi Kota Belud, beberapa hari lalu.

1 comment:

Anonymous said...

SEDIHnya!! Ini dah kali KEDUA, adik pemandu Grab Car Islam/Melayu kita diBUNUH dgn. KEJAM, kali ni di KK!!! Dahlah kes pertama dulu, disyaki oleh PEMBUNUH2 warga ASING Bukan Islam yg. RASIS - terus SENYAP!! POLIS - hang SIASAT habis2an!!!!!!!!! Buka balik kes pertama tu juga!!! Lihat di –

https://sozcyili.blogspot.com/2019/05/polis-sahkan-pemandu-grab-yang-hilang.html

Polis Sahkan Pemandu Grab Yang Hilang Kini Ditemui Mati..

Soz Cyili blogspot com
28/05/19.

Blog Archive