Thursday, May 23, 2019

BORANG JPN PALSU-SIAPA DALANG?

TAHUN 90-an kerana sindiket pemberian Kad Pengenalan biru Sabah, ramai yang jadi jutawan. Kini sindiket itu beraksi semula, sebagai reaksi kepada kepada tindakan Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah memberi dokumen kepada mereka yang tiada dokumen.

Pihak kerajaan yang mempunyai agensi seperti PDRM, Imigresen, sepatutnya mampu bertindak menangkap sindiket ini, kerana ianya bermotifkan penipuan, untuk mengaut keuntungan kewangan.

Cuba bayangkan, jika setiap dokumen dijual RM100, didarapkan dengan 800,000 PTI di Sabah, jumlah kewangan yang terlibat bersamaan RM80,000,000.00, jika RM500 setiap dokumen, maka melibatkan RM400,000,000.00 (RM400juta).

Jangan hanya menyalahkan kerajaan lalu, kerana kerajaan lalu juga berdepan dengan sindiket seumpama ini. Sindiket bermotifkan kewangan ini, sukar dibendung, kerana adanya permintaan, malah berasaskan rekod, mereka yang terlibat termasuk juga beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran negara (JPN).

Seharusnya, Kerajaan Negeri, tidak mengambil pendekatan pemutihan, dan perlu meneruskan tindakan kerajaan sebelum ini sesuai dengan dapatan RCI Pati Sabah yang diumumkan pada Disember, 2014.

Kerajaan lalu, telah memulakan langkah, MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PTI, menerusi kaedah TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO), namun, menjelang PRU-14, ada parti politik (masa itu parti pembangkang) mempolitikkan tindakan kerajaan tersebut, sehinggakan mendorong, kawasan-kawasan yang dipadati PTI, ramai calon kerajaan lalu tewas.

Ada kah trend pengundian pada PRU-14 lalu itu, menjadi pendorong kepada kerajaan hari ini melunakan pendekatan terhadap PTI? sehinggakan dicadangkan menempatkan mereka di pulau-pulau?

Sindiket yang bermotifkan kewangan, sudah tentu gembira dengan pendekatan lunak kerajaan tersebut. Persoalannya, siapa kah dibelakang sindiket ini? Mengapa sindiket ini boleh menjalankan aktiviti mereka?

Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak pantas, menyelongkar aktiviti penipuan ini, dan berhenti menuding jari pada kerajaan lalu, seperti alasan, Kerajaan hari ini terpaksa membersihkan tindakan kerajaan lalu, sedangkan, kerajaan lalu cukup tegas dan tanpa kompromi berkaitan PTI.

1 comment:

Anonymous said...

KDNhomo tu dah diJAHANAMkan oleh si yiddin-GILA SEKS dgn. bini CINA Hakim (si BETINA ni disyaki EJEN DAPembunuh, maka yiddin dah kena BLACKMAIL oleh DAPembunuh sampai dia MAMPOS!!)!!!!

Si PENJAJAH/PENGGANAS/PEROMPAK/PERASUAH/PENIPU/PENYANGAK DAPanjing homo jijik ZIONIS ISrael, dan KULI2 depa dr. si BARUA2 PENYAMAQ Melayu/Islam dayus, anwaq PARIA HOMO jijik dan geng HOMO2 PKR dia, serta syafie HOMO/warisan JIJIK - sdg. memperGUNAkan saudara2 se bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu Filipina kita dr. MINDANAO, utk. MENIPU bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu SABAH!! SEBENAQnya, MAJORITI pati2 yg. akan diberi KERAKYATAN oleh si BETINA Pendatang Cina Indonesia-EJEN DAPembunuh, dr. WARISAN ni, adalah disyaki si PENJAJAH2 Cina dr. CHINA, INDONESIA, dan FILIPINA!!! Lihat di –

1. http://sabahkini2.com/en/news/1910/anak-tanpa-negara-melalui-perkahwinan-pti-akan-diberi-kerakyatan-kata-christina-liew/view

'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan, kata Christina Liew

By SabahKini2

May 06, 2019; dan di

2. http://sabahkini2.com/en/news/1915/anwar-ibrahim-setuju-ph-beri-dokumen-kepada-pti-tinggal-lama-di-sabah/view

Anwar Ibrahim setuju PH beri dokumen kepada PTI tinggal lama di Sabah

By SabahKini2

May 8, 2019.

Blog Archive