Saturday, May 25, 2019

PARTI TERKUAT SABAH-HALATUJU BERSATU SABAH

APA kah sesebuah parti mendapat sokongan rakyat, akan dibuktikan pada pilihan raya. 

Parti PPBM (Bersatu) yang hanya melebarkan sayapnya ke Sabah pada April tahun ini, belum diketahui dengan pasti, sejauh mana parti itu mendapat sokongan rakyat Sabah.

Parti itu untuk sementara waktu merupakan parti ke dua terbesar di Dun Sabah selepas Parti Warisan Sabah, kerana penghijraan. 

Pada PRU-14, parti itu tidak meletakan sebarang calon di Sabah.

Adalah terlalu awal untuk menilai, apa kah parti itu bakal menjadi parti terbesar di Sabah, kerana ianya bergantung kepada sejauh mana jumlah kerusi yang bakal diberikan kepada pada parti itu pada PRU-15.

Sabah yang mempunyai 60 DUN sejak tahun 2002 atau jika persempadan semula diluluskan, pada tahun 2016 yang berjumlah 73 bakal digunapakai, maka mana-mana parti yang diberikan kerusi lebih separuh daripada jumlah itu, dan seterusnya memenanginya melalui pilihan raya, maka dikategorikan sebagai parti terkuat atau terbesar.

Bersatu perlu menunggu PRU-15, apa kah bakal menjadi parti terkuat atau terbesar.

Bagi politik Sabah, selepas PRU 1994, Umno telah menjadi parti terkuat atau terbesar sehinggalah menjelang pada PRU-14. Pada PRU itu, parti itu kehilangan kedudukan sebagai parti terbesar kepada parti Warisan Sabah, dengan 17 kerusi Dun berbanding Warisan 21.

Umno Sabah pada masa lalu boleh menjadi parti terkuat dan terbesar, kerana parti itu merupakan parti tunjang kerajaan Persekutuan. Berbeza dengan Bersatu, walaupun pemimpin parti itu merupakan Perdana Menteri selepas PRU lalu, namun, daripada segi jumlah kerusi, bukanlah parti terbesar atau terkuat.

Adalah menjadi cabaran utama bagi para pemimpin Bersatu Sabah, yang diketuai Datuk Hajiji Haji Noor untuk menjadikan parti itu parti terkuat atau terbesar.

Hakikat perlu diterima oleh para pemimpin parti itu, selain perlu bersaing dengan Parti Warisan, juga perlu bersaing dengan Umno Sabah. Namun, apa yang pasti, pembahagian jumlah kerusi merupakan penanda aras utama, sesebuah parti itu sebagai parti terbesar dan terkuat, selain itu, keupayaan "deliver" kerusi semasa pilihan raya adalah kunci utama.

Jika berpandukan pada PRU-14, sudah tentu, parti Warisan akan mengekalkan 21 kerusi dun yang dimenangi, dengan kerbarangkalian tambahan, beberapa kerusi lain, seperti Pitas, Tandek, Tempasuk, Balung, Tanjung Batu dan Sebatik serta Kemabong, malah Kuamut.

Melihat kepada hakikat itu, Bersatu, kemungkinan besar hanya diberikan kerusi-kerusi yang diwakilinya, atau barang kali, bertanding dikawasan-kawasan yang diwakili parti yang bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, seperti Matunggong, Kiulu, Tamparuli dan sebagainya.

Melihat kepada senario politik dan susunan wakil rakyat Dun Sabah post PRU-14, penulis melihat hanya menerusi determinasi yang jitu daripada barisan kepimpinan Bersatu Sabah, membolehkan parti itu menjadi parti terkuat dan terbesar.

Penulis melihat, jika rakyat Sabah secara umumnya, mengakui bahawa barisan kepimpinan Bersatu merupakan alternatif sebenar kepada kepimpinan yang menerajui Sabah pada masa ini, maka hasrat untuk menjadikan parti itu terkuat dan terbesar, bukanlah hanya di atas kertas, akan tetapi boleh menjadi kenyataan.

No comments:

Blog Archive