Tuesday, May 26, 2020

TUNTUTAN MA63- MARI TENGOK APA YANG DIBANGGAKAN OLEH SHAFIE

1. Tuntutan Duti Eksport Balak Dan Hasil Hutan Di Negeri Sabah;
Tidak banyak mendatangkan hasil kepada negeri, memandangkan pembalakan bukan lagi sumber utama kerajaan negeri. Keputusan ini hanya boleh disifatkan sebagai gimik, kerana jika dilihat pada perolehan negeri, hanya bersifat melukut ditepi gantang.

2. Pengedaran Gas Dan Kuasa Kawal Selia Elektrik Dan Gas Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
Hanya berbentuk perkhidmatan, dan tidak banyak memberi hasil kepada negeri. 

3. Pelaksanaan Kerja Raya Persekutuan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
Hanya bersifat pelaksana projek, daripada peruntukan yang disalurkan Persekutuan. Tidak siginifikan terhadap pendapatan atau perolehan negeri

4. Tenaga Buruh Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
Hanya bersifat perkhidmatan, tidak banyak memberikan perolehan kepada Sabah

5. Kuasa Negeri Ke Atas Isu Kesihatan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
Hanya merugikan rakyat Sabah, bukti semasa PKP kerana Covid-19, pusat2 kurantin yang disediakan kerajaan Sabah terlalu buruk dan daif.

6. Pentadbiran Pulau Sipadan Dan Ligitan Di Negeri Sabah;
Kerana bantuan Persekutuan, maka dua pulau itu terlepas daripada tuntutan Indonesia. Hasil daripada dua pulau itu hanya berupa produk pelancongan, sejak dahulu lagi dinikmati para syarikat pelancongan negeri, tiada yang membabitkan syarikat luar.

7. Isu Pertanian Dan Perhutanan;
Sejak zaman ajali dikuasai kerajaan negeri.

8. Obligasi Kewangan Persekutuan Di Bawah Senarai Bersama;
Tidak banyak membantu perolehan kepada negeri dan rakyat.

9. Semakan Semula Pemberian Khas;
Sangat bergantung kepada budibicara persekutuan

10. Penangkapan Ikan, Perikanan Laut dan Muara;
Memang sejak lama dikuasai kerajaan negeri.

11. Tanah Diberi Hakmilik Kepada Persekutuan di Negeri;
Kerajaan negeri boleh sahaja mengambil tanah-tanah itu semula, seperti mana yang lalu-lalu.

12. Kuasa Baki Perundangan Mengenai Alam Sekitar dan Pelancongan;
Tidak signifikan terhadap pendapatan rakyat

13. Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Perjawatan);
Negeri Sabah bebas melantik para pegawai, hanya daripada segi bayaran pencen, tertakluk kepada kerajaan Persekutuan, kerana Sabah tiada tabungan untuk itu.

14. Penurunan Kuasa Kepada Mahkamah Sabah dan Sarawak;
Boleh sahaja dilaksanakan bila-bila masa, asalkan tidak melanggar perlembagaan.

15. Bidang kuasa Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Autonomi Pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak, dan Pengalaman Kehakiman Borneo di Mahkamah Rayuan Bagi Mendengar Kes Difailkan di Borneo;
Hanya untuk yang mereka yang langgar undang-undang, bukan untuk rakyat yang baik-baik.

16. Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman; dan
Hanya untuk pelanggar undang-undang

17. Duti Setem Yang Dikenakan Ke Atas Instrumen Pemindahan, Caj, Menyewakan Tanah Di Bawah Ordinan Tanah Sarawak Dan Sabah.
Dari dahulu Sabah adalah urusan kerajaan negeri.

17 SENARAI yang dipersetujui, kalau diperatuskan, hanya 10%  manafaatnya kepada negeri dan rakyat Sabah daripada 4 yang belum dipersetujui, 4 perkara tersebut adalah:-

1. Ini termasuk isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum; 

2. Mineral minyak dan medan minyak; 

3, Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750];

 4. dan hak negeri ke atas pelantar benua.

No comments:

Blog Archive